PETALING JAYA: Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim bergema sekali lagi.
Kali ini isu ini dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat bertajuk Dasar Siapa Lebih Menguntungkan Negara?” semalam.
“Malangnya Najib menolak tawaran berdebat. Mungkin beliau bimbang rakyat akan memilih Anwar.” tambah Setiausaha Agung DAP itu.
Pemimpin DAP itu turut menambah bahawa adalah tidak berguna untuk beliau berdebat dengan Dr Chua kerana dasar negara ketika ini ditentukan oleh Umno, bukannya MCA.
Dr Chua bagaimanapun menyangkal pandangan Lim berdasarkan kepada dasar transformasi Najib.
“Anwar sepatutnya dengan semua orang kerana kita tidak tahu apa yang beliau hendak buat.
“Pakatan penuh dengan retorik, tiada pengkhususan dan kurang dalam penyampaian,” kata Dr Chua.
Bukan budaya politik
Desakan agar Najib berdebat dengan Anwar sebelum ini kedengaran semasa Ketua Pemuda Umno merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berdebat dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Perantara debat Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa dalam komennya bertanya bila Najib akan bersemuka dengan Anwar semasa penggulungan debat berkenaan isu PTPTPN dalam bulan Mei
Bagaimanapun, Najib secara lembut menolak cadangan untuk berdebat.
“Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
“Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
“Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya,” katanya dalam satu sidang media pada 22 Jun.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/09/debat-najib-anwar-bila-lagi/
09 July 2012
Debat Najib-Anwar bila lagi?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment