Mahathir: Bahaya jika kebebasan media alternatif tidak dikawal
KUALA LUMPUR - Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.
"Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.
Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'tidak'.
"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'tidak' sebagai respons.
"Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube.
"Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya.
Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak."
Dr Mahathir berkata, meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih.
"Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan.
"... Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya. - Bernama
18 February 2013
Mahathir Makin Gelabah.. Mahu Media Maya Disekat Agak Rakyat Terus Diperbodohkan.
23 January 2013
21 January 2013
Video Panas - Umno Buat Ceramah Depan Budak Sekolah..
15 January 2013
Video Khas Buat Kangkung-Kangkung Di UUM
Malukan pelajar, Persatuan Hal Ehwal A’bangsa UUM kutuk Sharifah Zohra
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.
2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.
5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.-Kd
02 January 2013
21 December 2012
10 December 2012
07 December 2012
Video Panas - Musa Hassan Pengkhianat Negara
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.
"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.
"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya.
Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.
Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.
05 December 2012
30 November 2012
Video Panas Pendirian Malaysia:Jangan sokong pejuang yang menentang Bashar Al-Assad
Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah. Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.
Majlis tersebut diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.
(Yang berucap dalam video ini ialah :ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM))
Dipetik dari - http://www.youtube.com/watch?v=i5Emx1AFOEE&feature=player_embedded
08 November 2012
23 October 2012
16 October 2012
05 October 2012
04 October 2012
03 October 2012
TERKINI - Video Hangout Najib Di Privatekan Di Internet.
Tak sampai sejam sesi hangout najib razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. ( klik sini )
Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga sekarang, ( sila klik sini )
Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?.
Baiklah, kita bezakan ketelusan, besar kemungkinan video najib akan diedit (dipotong-potong) dan dimuat semula bagi menutup peristiwa memalukan yang telah "tukanglawan" siarkan tadi. ( klik sini ).
Ini bermakna, najib tidak dapat terima sesi google hangout ini telah jelas memalukannya.
Sedangkan video Google hangot Anwar ibrahim terus boleh ditonton tanpa ada pengubahsuaian.
Disini ketelusan 2 orang pemimpin dapat kita bezakan... najib cepatx2 padam video kerana terlalu ramai yang dislike, manakala Anwar tiada apa mahu disembunyikan kerana itu hangout Anwar masih boleh ditonton hingga sekarang.
http://tukanglawan.blogspot.com/
Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes
SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut.
Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib].
Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya.
Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]
Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter. Ini jelas membuktikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak kurang disenangi oleh golongan anak muda (majoriti pengguna internet).
milosuam.blogspot.com/
02 October 2012
Video - Anwar Bidas Bajet Melampau Najib
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.
“Jika diperhatikan, sejak Najib Altantuya menjadi Menteri Kewangan, saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan,” katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen semalam.
Anwar berkata, bayaran khidmat hutang meningkat paling ketara sebanyak 56 peratus atau kepada RM8 bilion sejak Najib Altantuya menjadi Menteri Kewangan pada 2009.
“Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (diguna) untuk membayar khidmat hutang dan ia telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu peningkatan 85 peratus.
“Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran,” katanya
“Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hingga 2013 adalah (RM)184 bilion,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya.
Malangnya, kata Anwar, sejak Najib Altantuya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh.
Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya.
Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga.
“Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan,” jelas Anwar.
Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi
Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut:
1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi.
2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi.
3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional.
Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi.
Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah.
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/10/video-penuh-bahas-bajet-anwar-tempelak.html




