KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.
“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.
Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.
“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.
"Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.
"Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar.
- keadilandaily
Read More...
Summary only...
SEREMBAN 3 Nov:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.
“Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa,” katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar.
Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN),” katanya disambut sorakan gamat.
Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan.
September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat.
“Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa,” katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara.
“(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya lagi.
Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan.
Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan.
Skeadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.
Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.
“Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.
“Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar,” kata Musa.
Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku “salah faham” dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.
“Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.
“Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah,” kata Musa.
Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.
Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.
Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.
Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.
Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.
Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.
“Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara”, ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).
Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.
“Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik”, kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.
-malaysianiInsider-
Read More...
Summary only...
Peguam: Anwar tak minta 'penyelesaian'
Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa mereka meminta penyelesaian terhadap saman fitnah oleh bekas ketua polis negara itu Tan Sri Musa Hassan.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, Musa berkata, saman fitnah itu difailkannya ekoran "salah faham" dan beliau menerima "penyelesaian" yang dicadangkan Anwar.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu, peguam N Surendran (gambar bawah, tidak bertali leher) dan Latheefa Koya berkata, Musa yang mahu menarik balik kes itu dan bukan Anwar.
"Penarikan balik itu diusahakan oleh Musa atau wakilnya. Pada setiap masa, Anwar sedia meneruskan kes itu.
"Penarikan balik kes terhadap anak guam kami tidak bersyarat dan tiada penyelesaian luar mahkamah seperti didakwa oleh Musa.
"Anak guam kami berpuas hati dengan penarikan balik tanpa syarat dan oleh itu beliau tidak menuntut sebarang kos," kata mereka dalam kenyataan bersama itu.
Musa hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka-reka bukti dalam perbicaraan 'Liwat 1'.
Penarikan balik saman oleh Musa itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
http://www.malaysiakini.com/news/211871
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.
"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.
"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.
Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."
Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.
"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.
Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.
"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.
Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.
TVS News
Read More...
Summary only...
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.
"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.
"Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?” soalnya.
Read More...
Summary only...