16 February 2013
14 February 2013
Video Adun Pulau Manis, Pekan Maki Hamun Mahasiswa
Saksikan bagaimana seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu menyambut kehadiran orang dari luar ke kawasannya...
12 February 2013
Samseng Umno Belasah Mahasiswa Di Parlimen Pekan
KUALA LUMPUR 12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, kempen mereka sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.
Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis
“Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.
“Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.
“Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak,” kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.
“Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama,” katanya.
Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN.
www.keadilandaily.com/
07 January 2013
Ketua Kampung Cap Ayam..
Aksi bodoh @ baghal seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantuan banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.
Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartian. Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing.
Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik? Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?
Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain.
Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang. RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR. Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka.
11 December 2012
Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan
KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.
“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.
“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.
Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
http://www.keadilandaily.com/?p=41020
10 December 2012
PANAS - Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Sumber - JalanPulang
30 November 2012
Ada orang akan hilang telinga lepas PRU13 nanti..
MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.
Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.
Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."
Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:
"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.
"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.
28 July 2012
Lot Tanah Rezab Melayu Di Cherating Bertukar Tangan Kepada Bukan Melayu
KUANTAN, 28 Julai - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga Lot Tanah Rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating. Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990. Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.
"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu. "Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu.
Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059."Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," katanya lagi. Menurutnya, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak tertentu dalam parti kerajaan. Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku sebenarnya. Sumber
![]() | |
| Kedudukan lot-lot 5233,7058 dan 7059 di Pantai Cherating yang kini sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu gara-gara angkara pemimpin Melayu |
[Apa yang berlaku ini sebenarnya tidaklah pelik bagi rakyat Pahang kerana memang inilah kerja-kerja terkutuk yang gemar dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk mendapat habuan tertentu sejak sekian lama. Tanah Rezab Melayu Transit Kuarters ditengah bandar Kuantan yang sepatutnya dipertahankan itu pun kini sudah terjual ke tangan bukan Melayu. Tambah menyedihkan kebanyakkan tanah tersebut dijual kepada bukan Melayu dari negara jiran Singapura. UMNO sepatutnya membela tanah rezab Melayu tetapi merekalah yang beriya-iya mahu mendapat untung dengan menguruskan penjualan tanah-tanah berkenaan. Tambah menyedihkan perkara ini disedari oleh pemimpin UMNO, namun mereka hanya diamkan diri demi menjaga kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, jika dibiarkan lama-lama negeri ini juga akan terus tergadai ke tangan asing. Inilah dia senario yang seringkali berlaku jika rakyat Pahang masih tidak mahu melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang].
Dipetik dari - http://pahangdaily.blogspot.com/
24 March 2012
Pahang Akan Dapat MB Yang Loklaq Jugak..
ROMPIN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan ‘khabar angin’ yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.
Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.
Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri.
“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.
Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.
28 February 2012
Pemandu Dr Badrulamin cuba disogok untuk memfitnahnya!
Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung dakwaan beliau terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Sabtu lalu, khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.
“(Ini) kerana pemandu/pembantu saya telah didatangi oleh enam orang yang tidak dikenali yang menawarkan ‘imbuhan lumayan’ sekiranya (dia) sanggup bekerjasama dengan mereka untuk ‘jadi saksi memburukkan saya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Badrulamin juga mendakwa beliau diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.
“Untuk apa? Tentunya untuk meneruskan agenda busuk mereka menyerang Pakatan Rakyat terutama PKR melalui kes saya,” katanya lagi.
Dalam kenyataan akhbarnya selepas siasatan JAIP selama lebih dua jam, petang semalam, Badrulamin yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata keterangan yang diberikan beliau dan wanita berkenaan semasa siasatan juga tidak bercanggah.
"Bahawa kami tidak ditangkap oleh Penguatkuasa JAIP dalam keadaan berdua-duaan.
“Ketika pegawai JAIP tiba, saya berada di dalam bilik bersama beberapa orang lain sedangkan wanita itu (nama tidak disiarkan) berada di tempat lain," katanya.
'Hanya bertuala'
Sehubungan itu, kata Badrulamin, laporan media yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai berkata mereka kononnya ditangkap oleh pegawai penguatkuasa dalam keadaan berdua-duan adalah fitnah yang jahat.
“Malah ada yang melaporkan kononnya kami bertuala ketika ditangkap. (Ini) adalah fitnah jahat dan kotor. Peguam (saya) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat itu.
Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, ketika memberi keterangan.
Sementara, wanita yang didakwa media arus perdana berkhalwat dengan Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada jam 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta dengan ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.
Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pada jam 6.20 petang.
Mereka disiasat bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Sebelum ini, Badrulamin menjelaskan beliau berada di hotel berkenaan di Kuantan kerana menghadiri temurapat pemimpin PKR pada hujung minggu lalu.
Bagaimapun pada jam 2 pagi, beliau dihubungi wanita tersebut dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.
Katanya, beliau telah mengenali pasangan suami isteri itu sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah yang dikendalikannya dan pasangan itu juga sering berhubungan dengannya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi.
Sedia berundur
Beliau juga berkata, wanita berkenaan juga ada menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Badrulamin berkata kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau bersedia menanggungnya sendiri.
"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan PKR.
"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya.
Mengulas, arahan Pejabat Menteri Besar Selangor yang mengarahkan beliau supaya bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu kerajaan negeri pimpinan Pakatan turut merasa tempias daripada kes itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.
25 February 2012
Kerja Paling Bodoh Yang Dilakukan Umno Di Pahang
11 February 2012
Buku Cerita Lucah Ini Ditemui Bersepah Di Pahang
KUANTAN, 11 Feb - UMNO Barisan Nasional nampaknya semakin kemaruk untuk menarik sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Tidak cukup dengan propaganda di media arus perdana, kini mereka menyebarkan pula buku berjudul "Pilihan Raya Umum Ke-13: Nak Pilih Siapa?" kepada orang ramai di sekitar bandar ini.
Buku setebal 84 mukasurat itu mula diedarkan sejak minggu lalu, dan sasarannya ialah kepada pengundi Melayu di kawasan "hitam". Buku yang tidak dinyatakan penerbi itu kononnya dijual dengan harga RM14.99, tetapi apa yang berlaku ia diberikan secara percuma kepada orang ramai.
Ada yang mendapatnya melalui tangan dan ada pula yang menerimanya melalui pos. Apa yang menarik, buku tersebut tidak dinyatakan penulisnya dan hanya menggelarkan ia ditulis oleh Cikgu Melayu.
Terdapat mukadimah dan penutup berupa nasihat daripada guru-guru Melayu. Antara lain tercatat dibelakang kulit buku itu perkataan berbunyi "Ada yang menggelar pilihan raya umum ke-12 sebagai tsunami politik. Ramai pula yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu sudah tidak mungkin akan dapat mengembalikan kuasa politik di tanahair sendiri. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila Melayu merebut kuasa, kita sebenarnya menghakis kuasa yang ada pada kita. Sekarang, keadaan menjadi semakin genting bagi orang-orang Melayu kerana jika kita tersalah pilih, musnahlah bangsa Melayu buat selama-lamanya".
Buku ini kononnya adalah jelmaan yang terbit daripada kesedaran guru-guru Melayu terhadap pentingnya perpaduan kembali bertaut dikalangan orang Melayu dan perlunya maklumat yang betul disampaikan kepada pengundi Melayu supaya rakyat tidak tertipu. Walau bagaimana pun, isi dan bahan-bahan yang dipaparkan di dalam buku itu sungguh menjijikkan kerana ia penuh dengan tipu daya, fitnah serta kenyataan yang karut semata-mata.
Pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu dan yang lainnya menjadi sasaran mereka. Dalam pada itu, pemimpin UMNO seperti Najib Tun Razak, Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Mahyuddin Yassin, Hishamuddin Hussein menjadi sanjungan mereka. Kononnya itulah pemimpin Melayu yang wajar dikekalkan kerana perjuangan mereka yang ikhlas untuk orang-orang Melayu.
Paling memualkan apabila buku tersebut juga memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan kenyataan "Bukan senang untuk menjadi wanita pertama Malaysia. Rosmah Mansor mempunyai jadual yang ketat untuk melaksanakan tugasnya demi kepentingan negara. Kita jangan terlalu mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukkan imej Rosmah. Beliau sibuk melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan pelaburan bagi negara ini melalui aktiviti-aktivitinya sendiri supaya rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Kini ramai rakyat Malaysia mula mengenali Rosmah sebagai seorang yang sangat ramah dan prihatin. Bak kata pepata, Tak Kenal Maka Tak Cinta", demikian pujian melampau penulis terbabit terhadap Rosmah Mansor.
Apa pun, secara keseluruhannya buku tersebut memang sungguh memualkan. Bahkan, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tersenyum sinis kerana tidak sanggup melihat betapa "bodohnya" pihak yang bertanggungjawab terbitkan buku itu.
http://pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-umno-rela-cetak-buku-dan-edar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29
06 December 2011
Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas!
KUANTAN, 6 Dis - Seorang pemimpin UMNO Pahang, hari ini menegaskan dengan penuh yakin bahawa Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (foto) bakal menang dengan undi majoriti yang lebih besar gara-gara kepercayaan rakyat terhadap beliau dalam isu Lynas.
Ini berikutan laporan risikan dalaman parti itu ternyata memperlihatkan rakyat lebih yakin dengan pendedahan dan penjelasan yang diberikan oleh pemimpin PKR itu daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob.
"Saya yakin, sokongan terhadap Fuziah akan bertambah pada PRU-13 ini. Beliau akan mendapat majoriti undi pengundi muda dan juga kaum Cina yang kebanyakkannya sudah tidak percaya lagi dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh kerajaan UMNO BN dalam mempertahankan kontroversi projek tersebut. Malah, di parlimen Kuantan sendiri kemungkinan besar semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Teruntum, Tg.Lumpur & Inderapura) bakal dirampas oleh pembangkang pada kali ini", tambah pemimpin terbabit.
Kenyataan yang dibuat ini jelas sekali satu "tamparan hebat" buat UMNO BN dalam menyakinkan rakyat bahawa Lynas tidak berbahaya. Majoriti rakyat sebenarnya sudah tidak percaya dengan penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan terutamanya MB Pahang sendiri dalam isu ini.
"Adnan sebagai pemimpin negeri, sepatutnya memberikan jawapan secara profesional, lengkap dengan fakta sebelum kilang ini didirikan bukannya sekarang. Ramai rakyat melihat, trend mana-mana projek yang dijalankan di negeri ini pasti ada wang "under table" yang terpaksa dihulurkan kepada mana-mana pemimpin sebagai habuan menyokong atau meluluskan projek tersebut."
"Apatah lagi dalam projek Lynas yang menelan belanja jutaan ringgit itu. Saya sendiri hairan, kenapa Adnan beriya-iya mahu pertahankan Lynas sedangkan dia tahu kerajaan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada projek itu untuk tempoh 12 tahun akibat perlepasan cukai yang diberikan. Keistimewaan ini biasanya diberikan kepada syarikat yang menjalan perniagaan yang tidak berisiko seperti automotif, elektrikal dan yang lainnya .. tapi bukan kepada Lynas yang diperakui seluruh dunia memproses rare earth yang berisiko. Kenapa perlu MB benarkan projek itu di Pahang? Sedangkan negeri lain menolaknya..", tambah beliau.
Sumber - Pahang Daily
02 June 2011
Video Muka-Muka ‘Melayu’ Yang Sanggup Mati Demi Radiasi
hahaha apa kaitan lynas melayu?? bukn melayu je yg tk sokong lynas??? hahaha nk pertahan kilang sampai nk bergaduh apa...dapt syahid ke melayu?? syahid melayu?? hahahha yg penting kilang tu undang malapetaka byk dr baik...pikirla
mujahid69
03 January 2011
Umno Adalah Khalwat, Zina Dan Rogol

Berikut adalah berita yang didedahkan oleh Pahang Daily Online berkenaan kes penangkapan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang ke atas seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Pahang pada 25 Nov lalu, pendedahan ini dijangkakan lebih panas apabila Pahang Daily Online akan mendedahkan lebih 'detail' wajah sebenar pegawai dan pasangannya (gambar atas) ;
Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Malis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu. Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkeut dan tidak menyangka ianya boleh berlaku. Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakan individu terbabit. Kami tidak tergamak untuk mengeluarkan laporan penuh insiden berkenaan, demi menjaga nama baik pegawai kanan terbabit.
Difahamkan beliau telah ditangkap oleh beberapa orang Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika operasi cegah maksiat sedang dijalankan. Berdasarkan kepada rekod semasa, mana-mana pasangan yang ditangkap pasti akan didakwa atas tuduhan berkhalwat. Namun, dalam kes ini secara jelas didapati adanya campurtangan pihak atasan JAIP sendiri yang mahu "membuang kes" tersebut. Malah, terdapat maklumat yang mengatakan, jika kes tidak dibuang sekali pun ia tetap akan ditukar. Kes khalwat akan dihilangkan, dan pasangan terbabit akan dituduh atas kesalahan berkahwin diluar mukim tanpa kebenaran yang sah.
Maknanya, bagi mengelirukan orang ramai maka dibuat skrip agar tangkapan yang berlaku itu bukanlah tangakapan khalwat biasa tetapi kerana kesalahan berkahwin di Thailand (luar mukim). Makanya, pertuduhan juga akan dipinda bagi menjaga nama baik pegawai yang berkenaan serta imej majikannya sendiri./Pahang Daily Online
Addin
13 October 2010
Berita Lawak - Pembocor Maklumat Umno Umum Keluar PKR
Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 malam tadi.
Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri. Kami cuba mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporan berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat.
"Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegar di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya. Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (foto) itu.
"Tajuddin merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda.
Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Ku Li susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu", tambah beliau lagi.
[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang.
"Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannya dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya.
Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana telah cuba mengeluarkan kenyataan tersebut]. - Pahang Daily







