Panas: UMNO Rela 'Cetak Buku Dan Edar' Kepada Pengundi Melayu Supaya Sokong BN Pada PRU-13
KUANTAN, 11 Feb - UMNO Barisan Nasional nampaknya semakin kemaruk untuk menarik sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Tidak cukup dengan propaganda di media arus perdana, kini mereka menyebarkan pula buku berjudul "Pilihan Raya Umum Ke-13: Nak Pilih Siapa?" kepada orang ramai di sekitar bandar ini.
Buku setebal 84 mukasurat itu mula diedarkan sejak minggu lalu, dan sasarannya ialah kepada pengundi Melayu di kawasan "hitam". Buku yang tidak dinyatakan penerbi itu kononnya dijual dengan harga RM14.99, tetapi apa yang berlaku ia diberikan secara percuma kepada orang ramai.
Ada yang mendapatnya melalui tangan dan ada pula yang menerimanya melalui pos. Apa yang menarik, buku tersebut tidak dinyatakan penulisnya dan hanya menggelarkan ia ditulis oleh Cikgu Melayu.
Terdapat mukadimah dan penutup berupa nasihat daripada guru-guru Melayu. Antara lain tercatat dibelakang kulit buku itu perkataan berbunyi "Ada yang menggelar pilihan raya umum ke-12 sebagai tsunami politik. Ramai pula yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu sudah tidak mungkin akan dapat mengembalikan kuasa politik di tanahair sendiri. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila Melayu merebut kuasa, kita sebenarnya menghakis kuasa yang ada pada kita. Sekarang, keadaan menjadi semakin genting bagi orang-orang Melayu kerana jika kita tersalah pilih, musnahlah bangsa Melayu buat selama-lamanya".
Buku ini kononnya adalah jelmaan yang terbit daripada kesedaran guru-guru Melayu terhadap pentingnya perpaduan kembali bertaut dikalangan orang Melayu dan perlunya maklumat yang betul disampaikan kepada pengundi Melayu supaya rakyat tidak tertipu. Walau bagaimana pun, isi dan bahan-bahan yang dipaparkan di dalam buku itu sungguh menjijikkan kerana ia penuh dengan tipu daya, fitnah serta kenyataan yang karut semata-mata.
Kulit buku, naskah yang diedarkan di sekitar Kuantan itu
Pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu dan yang lainnya menjadi sasaran mereka. Dalam pada itu, pemimpin UMNO seperti Najib Tun Razak, Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Mahyuddin Yassin, Hishamuddin Hussein menjadi sanjungan mereka. Kononnya itulah pemimpin Melayu yang wajar dikekalkan kerana perjuangan mereka yang ikhlas untuk orang-orang Melayu.
Paling memualkan apabila buku tersebut juga memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan kenyataan "Bukan senang untuk menjadi wanita pertama Malaysia. Rosmah Mansor mempunyai jadual yang ketat untuk melaksanakan tugasnya demi kepentingan negara. Kita jangan terlalu mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukkan imej Rosmah. Beliau sibuk melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan pelaburan bagi negara ini melalui aktiviti-aktivitinya sendiri supaya rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Kini ramai rakyat Malaysia mula mengenali Rosmah sebagai seorang yang sangat ramah dan prihatin. Bak kata pepata, Tak Kenal Maka Tak Cinta", demikian pujian melampau penulis terbabit terhadap Rosmah Mansor.
Apa pun, secara keseluruhannya buku tersebut memang sungguh memualkan. Bahkan, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tersenyum sinis kerana tidak sanggup melihat betapa "bodohnya" pihak yang bertanggungjawab terbitkan buku itu.
Lagi bukti, mukasurat kutuk Anwar, Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh
Ini pula mukasurat dimana isteri PM, Rosmah Mansor dipuji oleh penulis
http://pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-umno-rela-cetak-buku-dan-edar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29
0 Komen :
Post a Comment