KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.
“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.
“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.
Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
http://www.keadilandaily.com/?p=41020
11 December 2012
Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan
10 December 2012
PANAS - Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Sumber - JalanPulang
29 September 2012
Anak Raja Akan Sertai Pas
Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.
Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.
Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.
Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.
Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. [wm.kl.6:36 pm 28/09/12]
http://msomelayu.blogspot.com/
28 May 2012
Macam Mana Dap Boleh Ambil Orang Bodoh Macam Ni Jadi Naib Pengerusi..?
KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks, rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang memerintah.
Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan. - UTUSAN
15 May 2012
Tentera Terpelajar Malu Dengan Tindakan Tentera Lepasan Sekolah Darjah 6 Ini..
Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.
Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.
Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera..
http://www.malaysiakini.com/news/197996


