PKR Dakwa Ada Bukti SPR Daftar Pemilih Baru Tanpa Pengetahuan Penama
PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan penama asal.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa.
Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen 3 (1) (a).
“Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
“Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya,” katanya dalam satu sidang media.
Menurut Fuziah aduan yang diterima dari pelbagai latar belakang antaranya pelajar di luar negara, pemilih cukup umur, orang dewasa yang tidak pernah mendaftar dan juga ahli Puteri Umno.
Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori di atas dengan segera memeriksa status pemilih mereka dilaman web SPR atau melalui wakil-wakil parti.
Tegasnya, SPR diminta memberi segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.
Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh Umno-BN, ujar beliau lagi.
“Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan, mereka disaran ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka.
“Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.
“Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut.
“Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini,” ujarnya lagi.
http://www.selangorku.com/?p=23137
Showing posts with label fauziah. Show all posts
Showing posts with label fauziah. Show all posts
19 February 2013
Terkini - PKR Ada Bukti SPR Menipu Daftar Pemilih
16 March 2012
Pindah Pengundi - SPR Langgar Undang-Undang
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata tindakan memindahkan kawasan mengundi tanpa permohonan pengundi adalah menyalahi undang-undang.
Beliau merujuk kepada pendedahan portal Malaysiakini berita tentang pemindahan kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai tanpa pengetahuan Khalid.
Menurutnya, keputusan mesyuarat PSC di Pulau Pinang baru-baru ini sendiri menetapkan pemindahan kawasan mengundi tanpa permohonan dari pengundi sendiri adalah menyalahi undang-undang.
"Pengarah SPR, Wan Ahmad perlu beri jawapan munasabah berkenaan isu ini, kalau tidak, lebih baik beliau letak jawatan," kata Fuziah dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini.
"Kita menjangkakan beliau akan memberi alasan sempadan daerah mengundi diselaraskan dengan sempadan pentadbiran, seperti diberikan kepada Jawatankuasa Pembaikan Pilihanraya (PSC) sebelum ini.
"Tidak pernah wujud peraturan sempadan daerah mengundi dan sempadan pentadbiran perlu sama. Ini tidak dapat menjustifikasikan perbuatan SPR," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.
Menurut Akta Pilihanraya 1958, Urusan Belah Bahagi Daerah Mengundi membenarkan SPR untuk memindah kawasan mengundi dengan syarat ia tidak melampaui sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen.
"Jelas SPR membiarkan mereka diperkuda Umno BN dalam membantu mereka dalam pilihanraya akan datang," kata Fuziah lagi.
Sebelum ini juga, KEADILAN mendedahkan lebih 100,000 nama dikeluarkan dari daftar pengundi penuh, manakala 6000 nama dimasukkan, tanpa sebarang makluman kepada pengundi.
Sidang media ini turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy Sian.
Lee berkata, beliau dimaklumkan penduduk kawasan beliau bahawa borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diterima, menunjukkan kawasan mengundi mereka dipindah ke Parlimen Kelana Jaya dan Dun Seri Setia.
"Menteri Kewangan pasti mendapat maklumat itu dari SPR. Namun, apabila kita periksa sendiri di laman web SPR, kawasan mengundi masih lagi kekal di Petaling Jaya Selatan.
"Mereka bimbang sekiranya dengan menerima wang RM500 BR1M, kawasan mengundi mereka akan dipindah," jelas Lee sambil mengagihkan salinan surat itu kepada pihak media.
14 March 2012
3,959 Pengundi Biasa Ditukar Jadi Pengundi Pos
Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.
Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.
"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.
Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.
06 December 2011
Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas!
KUANTAN, 6 Dis - Seorang pemimpin UMNO Pahang, hari ini menegaskan dengan penuh yakin bahawa Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (foto) bakal menang dengan undi majoriti yang lebih besar gara-gara kepercayaan rakyat terhadap beliau dalam isu Lynas.
Ini berikutan laporan risikan dalaman parti itu ternyata memperlihatkan rakyat lebih yakin dengan pendedahan dan penjelasan yang diberikan oleh pemimpin PKR itu daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob.
"Saya yakin, sokongan terhadap Fuziah akan bertambah pada PRU-13 ini. Beliau akan mendapat majoriti undi pengundi muda dan juga kaum Cina yang kebanyakkannya sudah tidak percaya lagi dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh kerajaan UMNO BN dalam mempertahankan kontroversi projek tersebut. Malah, di parlimen Kuantan sendiri kemungkinan besar semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Teruntum, Tg.Lumpur & Inderapura) bakal dirampas oleh pembangkang pada kali ini", tambah pemimpin terbabit.
Kenyataan yang dibuat ini jelas sekali satu "tamparan hebat" buat UMNO BN dalam menyakinkan rakyat bahawa Lynas tidak berbahaya. Majoriti rakyat sebenarnya sudah tidak percaya dengan penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan terutamanya MB Pahang sendiri dalam isu ini.
"Adnan sebagai pemimpin negeri, sepatutnya memberikan jawapan secara profesional, lengkap dengan fakta sebelum kilang ini didirikan bukannya sekarang. Ramai rakyat melihat, trend mana-mana projek yang dijalankan di negeri ini pasti ada wang "under table" yang terpaksa dihulurkan kepada mana-mana pemimpin sebagai habuan menyokong atau meluluskan projek tersebut."
"Apatah lagi dalam projek Lynas yang menelan belanja jutaan ringgit itu. Saya sendiri hairan, kenapa Adnan beriya-iya mahu pertahankan Lynas sedangkan dia tahu kerajaan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada projek itu untuk tempoh 12 tahun akibat perlepasan cukai yang diberikan. Keistimewaan ini biasanya diberikan kepada syarikat yang menjalan perniagaan yang tidak berisiko seperti automotif, elektrikal dan yang lainnya .. tapi bukan kepada Lynas yang diperakui seluruh dunia memproses rare earth yang berisiko. Kenapa perlu MB benarkan projek itu di Pahang? Sedangkan negeri lain menolaknya..", tambah beliau.
Sumber - Pahang Daily
Penanda
fauziah
,
lynas
,
pru13
,
umno pahang
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

