BlogList Malaysia
Showing posts with label sprm selangor. Show all posts
Showing posts with label sprm selangor. Show all posts

26 May 2011

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."


"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

Masiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

Sarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

03 May 2011

'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'


Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporannya, Sallehuddin Muhamad, seorang professor madya dalam jurusan kejuruteraan melanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.


"Mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.

Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

02 April 2011

Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat

KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini.

Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain.



MENYUSUL LAGI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

31 March 2011

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.


Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh. - mkini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

20 January 2010

SPRM Selangor Buat Hal Lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Hussein Ahmad, setiausaha peribadi exco Selangor, Yaakop Sapari atas dakwaan rasuah berhubung lawatannya ke China yang dipercayai dibiayai oleh sebuah syarikat melombong pasir.

Premraj Victor yang mengetuai lima anggota pasukan SPRM berkata mereka menahan Hussein untuk disoal siasat setelah menerima tiga laporan mengenai lawatannya ke Yiwu, China pada bulan November 2009.

Ketiga-tiga laporan yang berbeza itu ialah urusniaga perlombongan yang diluluskan oleh Hussein, lawatannya ke Yiwu, China dan lawatan lain ke Beijing.

“Lawatan Hussein ke Yiwu, China dibayar oleh kerajaan negeri. Saya boleh sahkan kita mempunyai dokumen yang cukup untuk membuktikannya,” kata Yaakop, Ahli Dewan Selangor Kota Anggerik itu.

Yaakob SapariYaakop yang juga Pengerusi Pembangunan Usahawan, Pengurusan Sumber Asli, Modenisasi dan Pertanian Negeri berkata, pejabatnya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan urusniaga seperti ini.

“Semua permohonan dan kelulusan diproses oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menerajui industri pasir, batu dan galian,” terang beliau.


Adalah dipercayai SPRM pada mulanya pergi ke pejabat Semesta untuk membeli dokumen mengenai kelulusan urusniaga perlombongan pasir. SPRM juga mengambil paspot dan dokumen perjalanan Hussein ke Yiwu, China.

Yaakop mendakwa SPRM sengaja mengambil tindakan ini bagi memalukan pejabat pentadbirannya.

Salim Bashir, peguam yang mewakili kerajaan negeri berkata Hussein ditahan di bawah Akta SPRM 2009 dan mempunyai waran tangkap.

Beliau berkata, “Hussein telah dibawa oleh lima pegawai ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya jam 11.15 pagi tadi untuk disoal siasat.

Mereka menahan Hussein dan merampas beberapa dokumen berhubung urusniaga perlombongan pasir.

“Mereka dijangka merakamkan kenyataan beliau dan membawanya ke mahkamah di Kajang, esok,” terang beliau.

Kekecohan berlaku jam 3.30 petang tadi dekat lif untuk turun ke lobi bangunan SUK apabila pegawai-pegawai SPRM enggan memberi nama dan nombor pengenalan mereka kepada pegawai bangunan.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran kepada SRPM supaya mengikut prosedur temuduga dan menekankan bahawa ianya hendaklah dilakukan pada waktu pejabat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam kepada Hussein.

Read More...

21 November 2009

Kubur Beng Hock Di Gali Hari Ini

Kubur mendiang mantan Setiausaha Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula hari ini bagi membolehkan mayat mendiang dibedah siasat untuk kali kedua esok di Hospital Sungai Buluh.

Para petugas yang mengali kubur berkenaan bersiap sedia seawal jam 7.30 pagi di Nirvana Memorial Park, Semenyih dan upaca berkenaan akan diawasi sepenuhnya oleh Polis.

Kerja-kerja menggali kubur berkenaan dianggarkan berjalan selama dua jam dan dijangka selesai jam 11.30 pagi.

Ketua Jabatan Patalogi dan Forensik Hospital Sungai Buluh, Dr Shahidan Md Noor hadir ke upaca berkenaan bagi mewakili hospital tersebut untuk menerima mayat mendiang.

Hadir sama dalam upaca berkenaan adalah Pakar Patalogi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunand dan peguam mewakili keluarga mendiang, Gobind Sigh Deo.

Mahkamah Koroner sebelum ini mengarahkan kubur mendiang di gali semula hari ini manakala bedah siasat kedua ke atas mayat akan dijalankan esok di Hospital Sungai Buloh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas berkata bedah siasat ini akan diketuai oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Bagaimanapun Pakar Patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip Rojanasunan dan doktor pakar luar yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan menyaksikan bedah siasat berkenaan.

Koroner juga mengarahkan bekas doktor Forensik, Dr K.Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk membantu Dr Shahidan dengan mengambil gambar semasa bedah siasat dilakukan.

Permohonan bedah siasat kali ke dua dibuat keluarga mendiang setelah dr Porntip mendedahkan kemungkinan 80% mendiang dibunuh.

Read More...

21 October 2009

Pakar Dakwa Teoh Didera Sebelum Dibunuh, Siapa Pakar Tersebut?

INI PAKAR FORENSIK



INI TEOH BENG HOCK


INI DAVID CARRADINE



SIAPA PEREMPUAN INI

Dr. Khunying Pornthip Rojanasunand M.D. ialah seorang pakar forensik dan bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Beliau adalah pakar forensik yang ulung bukan sahaja di Thailand malah bertaraf antarabangsa.

Dr. Khunying adalah orang yang bertanggungjawan memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk diguna pakai di Mahkamah Thailand.

Pada tahun 2004 – setelah berlakunya – tsunami – Dr. Khunying telah menjalankan kajian forensik untuk mengenali mayat-mayat yang telah hancur.

Pada tahun 2005 National Geography telah membuat satu rakaman dokumentri tentang tugas beliau di wilayah Phang Nga ketika membuat kajian forensik untuk mengenali mayat mangsa tsunami.

Paling akhir ialah kajian beliau terhadap kematian pelakon Hollywood David Carradine yang ditemui mati didalam bilik hotel di Bangkok. Dunia telah gempar dengan berita ini matinya pelakon kungfu yang tersohor ini. Pelbagai andaian telah dibuat. Dibunuh oleh samseng. Dibunuh kerana dadah. Dibunuh kerana tersilap orang.

Keluarga David Carradine telah membawa pakar mereka sendiri untuk membuat sissatan.

Dr. Khunying telah dijemput untuk membuat siasatan forensik. Beliau mendapati David mati kerana autoerotic asphyxiation yang menyebabkan autoerotic yang fatal dan bukan dibunuh.

Pendapat Dr Khunying ini telah diterima dengan baik oleh keluraga David walau pun pada awalnya mereka mensyaki ada 'kerja jahat' terhadap David.

Dr Khunying telah di jemput oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuat kajian forensik terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Hasil dari kajian forensik Dr Khunying telah membuat kesimpulan bahawa 80% dari tanda-tanda yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock telah dibunuh.

tukar-tiub

Read More...

Pakar Sahkan Teo Beng Hock Didera Sebelum Dibunuh

Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan. _ hrkh

Read More...

15 October 2009

Seperti Dijangka SPRM Tutup Kes Adun Lunas


ALOR SETAR, 15 Okt (Bernama) -- Kes siasatan terhadap bekas Exco kerajaan negeri Kedah, Muhammad Radzhi Salleh yang didakwa membuat tuntutan perjalanan tidak munasabah telah ditutup selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur penyelewengan atau penipuan dilakukan ahli politik itu.

Pengarah SPRM Kedah, Idrus Jaafar berkata Timbalan Pendakwa Raya SPRM di Putrajaya yang meneliti laporan siasatan berpuas hati supaya kes itu ditutup kerana semua tuntutan Muhammad Radzhi disokong dengan dokumen, resit dan saksi.

"Kes itu disiasat mulai pertengahan tahun ini dan ditutup baru-baru ini (Oktober)," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM di sini pada Khamis, Idrus berkata kes itu adalah antara empat kes tuduhan penyelewengan dan rasuah membabitkan ahli politik negeri ini yang disiasat pihaknya tahun ini.

Muhammad Radzhi, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Lunas ialah bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Masyarakat, mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas apabila keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos lepas.

Idrus berkata tiga lagi kes membabitkan ahli politik yang didakwa rasuah atau melakukan penyelewengan masih disiasat.

Katanya dari Januari sehingga hari ini, SPRM Kedah menerima 565 maklumat dan daripada jumlah itu, hanya 317 kes atau kira-kira 56 peratus mempunyai unsur rasuah manakala 248 kes lagi tiada unsur rasuah.

"Maklumat ini menghasilkan 24 tangkapan melibatkan seorang penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Pofesional, sembilan orang dari kumpulan sokongan serta 14 orang awam dan rampasan bernilai RM26,689.

"Sebanyak 141 maklumat (kes) dari 248 yang tidak berunsur rasuah dirujuk untuk tindakan jabatan antaranya polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun terhadap pegawai mereka yang terbabit," kata Idrus.

Beliau berkata sebanyak 14 laporan SPRM diserahkan kepada jabatan atau agensi kerajaan membabitkan pegawai yang didapati melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterib) 1993 untuk dikenakan tindakan tatatertib.

-- BERNAMA

Read More...

22 September 2009

Ada Yang Tidak Kena Dengan Majlis Ini..

SPRM, siasat segera!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak menyiasat dengan segera bagaimana kerajaan Selangor boleh makan besar semalam:

1. Dari mana wang diperolehi.
2. Bagaimana wang diperolehi.
3. Siapa terlibat mengeluarkan wang tersebut.
4. Siapa yang mendapat tender untuk menyediakan makan besar itu.
5. Siapa dan berapa orang yang mendapat manfaat dari makan besar itu.

Mungkin ia lebih dasat dari kes Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Read More...

14 September 2009

Ajaib.. Khir Toyo Keluar Bangunan SPRM Dalam Keadaan Selamat

SPRM siasat Khir Toyo 6 jam

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Berhubung laporan siasatan SPRM ke atas banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir pernah berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat.

Read More...

13 September 2009

Rakyat Sudah Muak Dengan SPRM

PM Najib Razak perlu lakukan sesuatu kerana semakin hari semakin jelas sikap dan wajah sebenar sebuah badan yang diamanahkan untuk menghapuskan rasuah telah kelihatan menyimpang jauh dari matlamat asal kewujudannya. Kenapa mesti wujud apa yang dikatakan pendakwaan terpilih. Jika Najib ingin mendapatkan kembali kepercayaan dan sokongan rakyat, beliau perlulah melakukan sesuatu. Jika perlu rombak dan tukar sahaja Ahmad Said dengan orang yang lebih diyakini rakyat.

SPRM diberi tempoh 7 hari - Lapor siasatan rumah mewah Khir

Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.


Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.

"Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.? katanya.

Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.

Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.

"Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web berkaitan dan sebagainya," jelasnya.

Sambil melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan Dun yang kita (Gerak) hantar, saya kira dalam tempoh dua minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo ini?" soalnya lagi.

Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata, keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut mengakibatkan Gerak sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga terpalit difitnah sebagai "buat laporan terpilih" dan proksi Mohd Ezam Mohd Noor (Umno).

Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.

Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir itu.

Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang bergelar Umno Reform.

Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta.

Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit, khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja.

harakah

Read More...

10 September 2009

SPRM Makin Tersepit Gara-Gara Dera Saksi

Hakim tolak permohonan ketepi saksi inkues Teoh

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.

"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.

Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.

Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Berita Terdahulu

Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.

T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Read More...

20 August 2009

Membongkar Salahlaku Timbalan Pengarah SPRM Selangor







Sumber Malaysia Today

Read More...

17 August 2009

Peguam Negara Mahu Exco Selangor Diburu

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor yang melindungi penjawat kerajaan dari kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock.

Menteri Besar Khalid Ibrahim mengeluarkan pekeliling tersebut yang menetapkan bahawa penjawat kerajaan negeri hanya boleh disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkarangan ibu pejabat sekretariat Selangor dan dalam tempoh waktu bekerja sahaja.

Peguam Negara mahu menghapuskan pekeliling ini supaya SPRM dapat menyerbu, menahan dan membawa mana-mana penjawat awam ke mana yang dikehendaki SPRM.

Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor dan ditemui mati dalam pengawasan SPRM, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam selepas disoal-siasat tanpa henti selama 10 jam.

Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi kerajaan Pusat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Baru-baru ini, seorang lagi pembantu kepada exco Selangor Wong Chuan How cedera selepas dikasari anggota-anggota SPRM. Wong cuba mempertahankan diri selepas dikejutkan dengan tindakan individu-individu misteri yang cuba menggari dan membawanya ke SPRM Putrajaya.

Selepas kematian Beng Hock, ahli-ahli politik dan pembantu-pembantu mereka enggan berganjak dari pekeliling yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Read More...

06 August 2009

SPRM Selangor Membisu - YB Rodziah

Anggota Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail berkata, beliau tidak menerima sebarang notis atau arahan untuk memberikan
kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung dakwaan penyalahgunaan wang oleh beberapa ADUN baru-baru ini.

Katanya kehadiran pegawai SPRM di bangunan Sekretariat negeri (SUK) hanyalah untuk menyoal pegawai khasnya dari pusat khidmatnya yang terletak di dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Sementa.

"Saya menghadiri mesyuarat Exco ketika itu apabila pembantu khas saya memberitahu bahawa para pegawai SPRM telah mengeluarkan notis untuk menemui dia, dan saya pastikan dia ditemani oleh penasihat undang-undang negeri seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Perbincangan semalam hanya di antara Pegawai SPRM dan penasihat undang-undang yang mewakili pegawai khas saya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan SUK di Shah Alam ini.

Para pegawai SPRM dari Putrajaya muncul di pejabat Rodziah di bangunan SUK tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri.

Bagaimanapun, para pegawai Rodziah enggan membenarkan mereka masuk dan para peguamnya tiba selepas itu dan memberitahu para pegawai SPRM bahawa mereka tidak boleh masuk tanpa waran.

Ketika ditanya berhubung perbincangan antara pegawai SPRM dan pegawai undang-undang itu, Rodziah berkata perbincangan itu hanya berkisar mengenai keperluan SPRM untuk mengeluarkan notis untuk membolehkan seseorang yang akan ditemubual itu boleh menyediakan dokumen yang diperlukan, kenyataan dan saksi-saksi sebelum siasatan dijalankan.

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga, tidak menolak kemungkinan kehadiran pegawai SPRm itu semalam bermotifkan politik oleh
pihak-pihak tertentu.

"Sebagai anggota Exco yang berjuang untuk keadilan, ketelusan dan akauntabiliti, saya tidak takut untuk disiasat. Bagi pihak saya, saya telah menjalankan tugas mengikut keupayaan saya," katanya.

Katanya kawasan DUN Sementa menjadi kawasan anak angkatnya Jun tahun lepas. Datuk Abdul Rahman Palil adalah ADUN Sementa yang mewakili Umno.

Sementara itu, Rodziah juga kecewa dengan tindakan SPRM dalam menjalankan siasatan yang hanya berdasarkan khabar angin dan surat-surat layang.

"Dalam hubungan ini, saya tidak faham kenapa SPRM hanya memberi keutamaan kepada kes-kes terpilih sahaja," katanya.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas