Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.
Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.
Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.
Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.
Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.
Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan. _ hrkh
21 October 2009
Pakar Sahkan Teo Beng Hock Didera Sebelum Dibunuh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
sprm selangor
,
teoh beng hock
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
HELLO . ITU BUKAN PENGESAHAN. ITU HANYA PENDAPAT KEOMUNGKINAN DARI SEORANG PAKAR. JUGA HANYA DENGAN MELIHAT GAMBAR. JUGA KETERANGANNYA ADALAH KETERANGAN AWAL DAN BELUM DISOAL BALAS OLEH TIMBALAN PENDAKWA RAYA. BACA LE LEBIH SIKIT. PANDANGAN 2 PATOLOGIST MALAYSIA TU YANG YANG MENGIKAT DAN KEBOLETERIMAAN KETERANGAN DI MAHKAMAH. MEREKA YANG MELIHAT EKADAAN SEBENAR MAYAT. APALAH.
Pandangan 2 patologis malaysia tu pandangan ikut skrip la.. tu pon ko tak boleh baca ke arifomar?? Tu le sebab terlalu lama sgt dok dalam gua.. sama la mcm katak yang duduk bawah tempurungnko ni..
Akan ada menteri-menteri lagak serupa genius Dr House namun otak hanyalah sebesar otak tungau* mengeluarkan kenyataan serupa bau longkang dan dapat kita gambarkan ketiak mereka yang berbulu lebat dengan berkutu bagai serta mempunyai niat di hati mahu buat rebonding!!!
faking eshol!!!!!!!*
Post a Comment