Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor yang melindungi penjawat kerajaan dari kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock.
Menteri Besar Khalid Ibrahim mengeluarkan pekeliling tersebut yang menetapkan bahawa penjawat kerajaan negeri hanya boleh disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkarangan ibu pejabat sekretariat Selangor dan dalam tempoh waktu bekerja sahaja.
Peguam Negara mahu menghapuskan pekeliling ini supaya SPRM dapat menyerbu, menahan dan membawa mana-mana penjawat awam ke mana yang dikehendaki SPRM.
Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor dan ditemui mati dalam pengawasan SPRM, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam selepas disoal-siasat tanpa henti selama 10 jam.
Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran agensi kerajaan Pusat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Baru-baru ini, seorang lagi pembantu kepada exco Selangor Wong Chuan How cedera selepas dikasari anggota-anggota SPRM. Wong cuba mempertahankan diri selepas dikejutkan dengan tindakan individu-individu misteri yang cuba menggari dan membawanya ke SPRM Putrajaya.
Selepas kematian Beng Hock, ahli-ahli politik dan pembantu-pembantu mereka enggan berganjak dari pekeliling yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Pengalaman seram: Siapa bagi salam dalam surau R&R?
39 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment