BlogList Malaysia

10 September 2009

SPRM Makin Tersepit Gara-Gara Dera Saksi

Hakim tolak permohonan ketepi saksi inkues Teoh

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.

"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.

Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.

Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Berita Terdahulu

Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.

T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas