BlogList Malaysia

20 January 2010

SPRM Selangor Buat Hal Lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Hussein Ahmad, setiausaha peribadi exco Selangor, Yaakop Sapari atas dakwaan rasuah berhubung lawatannya ke China yang dipercayai dibiayai oleh sebuah syarikat melombong pasir.

Premraj Victor yang mengetuai lima anggota pasukan SPRM berkata mereka menahan Hussein untuk disoal siasat setelah menerima tiga laporan mengenai lawatannya ke Yiwu, China pada bulan November 2009.

Ketiga-tiga laporan yang berbeza itu ialah urusniaga perlombongan yang diluluskan oleh Hussein, lawatannya ke Yiwu, China dan lawatan lain ke Beijing.

“Lawatan Hussein ke Yiwu, China dibayar oleh kerajaan negeri. Saya boleh sahkan kita mempunyai dokumen yang cukup untuk membuktikannya,” kata Yaakop, Ahli Dewan Selangor Kota Anggerik itu.

Yaakob SapariYaakop yang juga Pengerusi Pembangunan Usahawan, Pengurusan Sumber Asli, Modenisasi dan Pertanian Negeri berkata, pejabatnya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan urusniaga seperti ini.

“Semua permohonan dan kelulusan diproses oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menerajui industri pasir, batu dan galian,” terang beliau.


Adalah dipercayai SPRM pada mulanya pergi ke pejabat Semesta untuk membeli dokumen mengenai kelulusan urusniaga perlombongan pasir. SPRM juga mengambil paspot dan dokumen perjalanan Hussein ke Yiwu, China.

Yaakop mendakwa SPRM sengaja mengambil tindakan ini bagi memalukan pejabat pentadbirannya.

Salim Bashir, peguam yang mewakili kerajaan negeri berkata Hussein ditahan di bawah Akta SPRM 2009 dan mempunyai waran tangkap.

Beliau berkata, “Hussein telah dibawa oleh lima pegawai ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya jam 11.15 pagi tadi untuk disoal siasat.

Mereka menahan Hussein dan merampas beberapa dokumen berhubung urusniaga perlombongan pasir.

“Mereka dijangka merakamkan kenyataan beliau dan membawanya ke mahkamah di Kajang, esok,” terang beliau.

Kekecohan berlaku jam 3.30 petang tadi dekat lif untuk turun ke lobi bangunan SUK apabila pegawai-pegawai SPRM enggan memberi nama dan nombor pengenalan mereka kepada pegawai bangunan.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran kepada SRPM supaya mengikut prosedur temuduga dan menekankan bahawa ianya hendaklah dilakukan pada waktu pejabat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam kepada Hussein.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas