NAZMAWATI Binti Walli adalah pendatang baru dalam arena politik, khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semporna. Namun apa yang membimbangkan ramai penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati ini tidak mempunyai pengikut atau penyokong yang ramai baik dalam PKR mahupun dalam daerah Semporna itu sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan penyokong PKR Cabang Semporna, sejak kebelakangan ini tindak-tanduk Nazmawati dapat mengatasi kuasa Ketua Cabang PKR Semporna, seolah-olah dia bertindak atas kapasiti Ketua Cabang.
Situasi ini, jika tidak dibendung boleh mendatangkan perpecahan dalam PKR cabang Semporna seterusnya akan mendatangkan kesan negatif dalam PRU-13 nanti.
Perkara yang menjadi tanda tanya kepada seluruh penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati bersama ayahnya, Walli adalah masih ahli UMNO.
Seandainya dakwaan ini benar, maka matlamat Nazmawati menyertai PKR adalah semata-mata ingin menghancurkan PKR Cabang Semporna. Dakwaan ini ada asasnya kerana ayahnya telah diberikan projek atau kontrak sebagai pembekalan makanan bermasak di SMK Tun Sakaran.
Mengikut hukum logik akal, tidak mungkin Walli diberikan projek atau kontrak jika beliau benar-benar berjuang dalam PKR. Tidak mustahil pemberian kontrak atau projek ini sebagai habuan atau penghargaan seandainya Walli berjaya melaksanakan misinya untuk menghancurkan PKR Cabang Semporna.
Ini bermakna penyertaan Nazmawati bersama ayahnya dalam PKR Cabang Semporna ada makna sebaliknya. Lagi dibimbangi oleh penyokong PKR seandainya Nazmawati dicalonkan PKR untuk menentang Datuk Shafie Afdal di kawasan Parlimen Semporna, kebarangkalian Nazmawati akan umumkan undur/tarik diri dan akhirnya Shafie Afdal diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Situasi ini tidak mustahil kerana kita sedia maklum dunia politik ini penuh dengan pelbagai strategi atau tipu helah bagi memperolehi kemenangan untuk diri sendiri. Oleh itu diharap kepada Ketua Cabang menyiasat hal ini sebelum nasi menjadi bubur atau sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Salam Hormat,
PENGUNDI SUNTI PRU-13
Read More...
Summary only...
Rumah Zahida Rafik yang diperkatakan bernilai lebih RM3.0 juta
Baca
di sini
Read More...
Summary only...
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) tidak dipolitikkan bagi merungkai penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Mohd Shafie berkata semua pihak seharusnya membenarkan suruhanjaya yang dianggotai pakar-pakar perundangan berpengalaman itu mengemukakan cadangan, menyiasat dan mengkaji segala perkara dan isu-isu yang berkaitan.
"Penubuhan suruhanjaya itu merupakan satu landasan terbaik dari segi peraturan dan perundangan yang membolehkan siapa layak mendapat kerakyatan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud di Kota Belud, malam tadi.
Beliau berkata fokus sebenar RCI juga dapat menyelesaikan status sesetengah rakyat tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan pendaftaran lewat kelahiran terutama di kawasan pedalaman.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan terma rujukan (TOR) lapan perkara bagi RCI yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu dan menurutnya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sambil mengalu-alukan suruhanjaya itu, Mohd Shafie berpendapat tempoh enam bulan adalah masa terbaik untuk membuat siasatan dan kajian mengikut terma dan syarat yang digariskan demi kepentingan rakyat di negeri ini.
"...ada sesetengah rakyat tempatan yang daftar lewat (kelahiran) jangan pula ia dikatakan pendatang tanpa izin dan RCI ada spesifik dan fokus agar jangan orang asing mendapat tempat dan orang tempatan tidak dapat," kata naib presiden Umno itu.
Beliau turut menafikan pilihan raya umum akan diadakan selepas tempoh enam bulan suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.
"Tempoh enam bulan yang diberikan itu akan mengemukakan cadangan dan ia akan berjalan sehingga perkara ini selesai dan saya yakin (selesai) kerana data yang ada selain kerjasama semua pihak jika tidak dipolitikkan, benda ini akan selesai," katanya.
Pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak itu, Mohd Shafie menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
- Bernama
Read More...
Summary only...
Aktres terkenal tanah air, Zahida Rafik hari ini tampil menjelaskan skandalnya bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang sedang hangat ketika ini.
Zahida yang dikaitkan dengan Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.
"Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?
"Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.
"Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.
Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun.
Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.
Zahida menuduh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Ahmad yang juga anak saudara penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan sebagai bohong dan dusta tetapi tidak pula memberi dokumen dan fakta yang kukuh bagi menafikan dakwaan Noor Azman.
Sedangkan dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam jelas menujukkan bahawa Noor Azman adalah individu yang bertanggungjawab membawa wang tunai sehingga RM1 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida sendiri!
Zahida juga menafikan dakwaan Noor Azman bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Shafie Apdal sejak skandal hubungan mereka didedahkan media hiburan tempatan pada 2010 dengan gossip mengatakan mereka sudah berkahwin di London, United Kingdom.
Sekiranya benar penafian Zahida, mengapa polis menyoal siasat Noor Azman yang direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis menafikan dakwaan Zahida bahawa dia melarikan wang tunai RM200 ribu milik Zahida yang ingin dimasukkan ke dalam akaun bank.
Mengapa pula dalam soal siasat tersebut, Noor Azman ditanya oleh pegawai polis dari Cawangan Khas dan bukannya pegawai polis yang mengambil kertas siasatan tersebut?
Mengapa Noor Azman ditanya, adakah kamu mahu menghancurkan imej dan nama baik menteri (Shafie) yang berjasa kepada rakyat (kununnya)?
Tetapi yang paling menghairankan, mengapa tuntutan saman difailkan ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin oleh Zahida melalui peguam Umno-APCO terkenal, Muhammad Shafee Abdullah?
Bukankah Zahida boleh mengupah peguam lain yang tidak ada kaitan dengan Umno-APCO jika benar dia tidak ada hubungan dengan Shafie Apdal?
Lagipun, PKR tidak berminat dengan skandal mereka berdua sebaliknya mahu penjelasan dari mana datangnya wang sebanyak itu yang diterima daripada Shafie dan untuk tujuan apa?
Kenyataan Zahida jelas bakal memakan dirinya sendiri!
Jalan Pulang
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA: Seorang bekas pemandu peribadi mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah deposit wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun pelakon wanita, Zahida Mohd Rafik.
Noor Azman Azemi yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi Zahida selama tiga tahun mendakwa menteri berkenaan mendeposit wang sejumlah itu ke dalam akaun artis terbabit.
“Angka itu merupakan jumlah yang tertinggi sepanjang beliau berkhidmat dengan Zahida,” katanya dalam sidang media PKR di sini hari ini berhubung dakwaan skandal yang hangat diperkatakan dewasa ini.
Katanya, purata sebulan empat kali Datuk Seri (Shafie) akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida. Ia untuk menjelaskan bayaran kereta, rumah dan kad kredit milik artis terbabit.
“Baki wang itu akan diguna untuk belanja Zahida. Paling rendah Datuk Seri akan masukkan sebanyak RM100,000 sehingga RM200,000.
“Namun pada tahun lepas saya tersedar saya telah masukkan wang bernilai RM1 juta ke dalam bank,” katanya.
Hubungan Zahida dengan seorang pemuda
Noor Azman menjelaskan beliau cukup tertekan selama berkhidmat dengan Zahida dan mengakui berlaku pergaduhan kecil sebelum beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pemandu peribadi artis terbabit.Beliau turut mendakwa Zahida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda dan memaklumkan perkara itu kepada Mohd Shafie.
“Saya cukup tertekan sepanjang tiga tahun bekerja dengan Zahida. Dah tiga tahun saya berlakon dan simpan segala rahsia dan keburukan. Ini juga salah satu sebab saya letak jawatan.
“Sebulan sebelum letak jawatan saya ada bergaduh dengan Zahida. Saya bagi tahu pada Datuk Seri Shafie, Zahida ada kaitan atau hubungan dengan seorang pemuda,” dakwa beliau.
Ujarnya, Mohd Shafie dan Zahida kerap bertemu di sebuah hotel berasingan di ibu negara.
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan (ibu saudara); Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguam yang mewakilinya, Lateefa Koya.Beliau tampil memberi kenyataan hari ini untuk membersihkan nama dan keluarganya ekoran satu laporan polis yang menuduh beliau melarikan wang bernilai RM200,000 milik bekas majikan.
Keluarga diganggu
Sementara itu, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang artis terkenal suatu ketika dulu, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu tidak dikenali sejak anak saudaranya bebas dari tahanan reman. Polis menahan reman Noor Azman pada 13 hingga 16 Mac tahun ini untuk siasatan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat ke atas bekas majikannya.
“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya. Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Dayangku Intan.
Menurut Dayangku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah bagi pihak kerabat DiRaja Kedah.Zuraida ketika sesi parlimen bulan lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Mohd Shafie kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida hanya dalam tempoh empat bulan sahaja
Read More...
Summary only...
Pemimpin Umno, Artis Berkahwin Di Siam?
Kelmarian semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.
"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam. Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya.
Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolor bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau.
Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan.
Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran.
Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderongan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya.
Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.
Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.
Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.
Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.
Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.
"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.
"Bila mereka kahwin?" soal saya.
"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.
"Zubir tu orang mana," tanya saya.
"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula. [wm.kl.7:33 pm 25/04/12]
Dipetik dari - http://msomelayu.blogspot.com/2012/04/sembanga-petang.html
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.
Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan berserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.
Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu.
Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.
“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.
“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi FMT.
Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.
Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.
Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.
Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/25/zuraida-dakwa-ada-bukti-kukuh/
Read More...
Summary only...
Mungkin kerana hebat disindir atau bertalu-talu dihubungi rakan, wartawan, kaum keluarga, maka si artis ini menutup telefonnya. Mungkin.
Yang menariknya, dia menulis di Twitter: "its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli??
Eh, marah!
Orang tidak hairan dengan siapa dia mahu membuat hubungan. Orang hanya peduli tentang wang RM1.4 juta itu? Jika benar, dari mana sumber wang tersebut?
duniacacamarba
Read More...
Summary only...
Shafie Apdal Nafi Belanja ‘Makan’ Zahida Rafik
KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.
Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
- Mynewshub.my
Read More...
Summary only...
(Panas) Pemandu Peribadi Dedah Zahida Rafik Dibela Menteri
Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”
Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.
Dalu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.
“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.” – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.
OH ARTIS: ADUH ADUH ADUHHHHHHH..SEBAB MULUT BADAN BINASA KE, SEBAB PERBUATAN MASUK PENJARA NI? YANG PASTI APA YANG TIDAK BAIK, TIDAK AKAN BUAT KITA BAHAGIA SELAMANYA. APAPUN TIDAK TAHU BETUL ATAU TIDAK. TUNGGU JELAHYE!
http://wrlr.blogspot.com/2012/04/panas-pemandu-peribadi-dedah-zahida.html
Read More...
Summary only...
Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'
Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.
Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.
Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.
Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.
Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.
“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar
sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.
Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian.
http://www.malaysiakini.com/news/183047
Read More...
Summary only...
MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri?
Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?
Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.
Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.
Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.
Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan pemberian sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.
Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada para tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.
"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.
Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.
Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?
Team Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.
Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!
Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
Dipetik dari mengejar cahaya / http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8285:polis-tutup-kes-maut-di-rumah-shafie&catid=37:politik&Itemid=41
Read More...
Summary only...
SANDAKAN 16 Jun – Tindakan menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan parti pembangkang takut berhadapan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Menurut beliau, parti pembangkang sanggup menggunakan gelanggang jalan raya untuk menentukan kedudukan mereka dan meraih sokongan rakyat.
"Kalau mereka berani untuk menyatakan rakyat bersama mereka, kenapa perlu menimbulkan rusuhan atau perhimpunan secara haram di jalanan.
"Tindakan itu boleh merosakkan perniagaan, perjalanan teksi dan usaha orang mencari nafkah hidup akan terbantut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di sini hari ini.
sumber:Bernama
Tok Syapei Bedal bagitau yang pembangkang takot nak hadapi pilihanraya 13 nanti...hahahah.sapa yang takot ni PIEE???Be End ka PR?Hg tu kira nak BEDAL ja tak tentu pasai..cakap bg comei sikit haaa....hangpa yang takot,lepaihtu hangpa dok main tuduh pembangkang takot pulak.
Lanie hangpa toksah la dok kalut-kalut nak sekat BERSIH.kalau hangpa sekat jugak memang SAH!!!hangpa yang penakut...kah!!!Kah!!!kah!!!kalau hangpa dok kemaih gak bawak geng-geng topi merah tu ngan kumpulan jihad Brahim Ali,rakyat memang akan bangun lawan laaa..Rakyat tau sapa yang betoi sapa yang tak betoi.Rakyat bukanla nak jatuhkan hangpa macam yang dah belaku kat Mesir&Tunisia.Hangpa mau ka jadi macam Libya???Dengarla suara rakyat sama,apa yang rakyat tuntut cuba dengar.
Rakyat nak Malaysia buat PRU yang bersih ja dari sebelum ni yang memang dah kotoq dengan mainan pengotoq macam BE END..Bagila perluang pada rakyat nak tunjukkan ketidakpuasan kepada hangpa.bagila seluruh dunia tau macamna hangpa perintah negara.
Yang dok buat kalut la ni Berahim Ali tu..Memang ketaq perut la dengar dia bagitau nak turun berarak jugak dengan pejuang-pejuang jihad dia.Mat Sabu jangan la dok wat cakap kemaih yang Pejuang Ibrahaim tu perkara kecik.Dia tu kuat laa...dia mesti nak bawak ramai-ramai nak pi taboh hang Abg Mat oiii .Paling sikit pun dia nak bawak sejuta pejuang.Kah!!!kah!!!kaH!!! memang pengacau betoi la katak sekoq ni.kalau nak himpun jugak p la himpun kat tempat lain.Sk takot mat sabu Kena taboh ja...Kah!!kah!!!kaH!!jom pakat-pakat turun 9 Julai ni.Sk pun nak join gak..
Siasahkini
Read More...
Summary only...
TASK-FORCE UMNO UNTUK GULINGKAN MUSA?
SETELAH beberapa kali sesat di belantara politik dan sering menemui kegagalan untuk merintis jalan pulang ke Sabah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini menubuhkan Task Force UMNO; konon atas restu Presiden UMNO bagi menggulingkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Jika sebelum ini, Shafie menggunakan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai ‘kuda’ dan ‘keldai’ politiknya, namun sering menemui kegagalan, menyebabkan Shafie terpaksa menukar ‘Modus Operandi’ dengan menjual nama Presiden UMNO untuk memberi kekuatan dan memastikan cita-cita menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang menjadi kenyataan.
Pengkhianatan Shafie begitu ketara pada Pilihanraya Umum Ke 12 apabila langsung tidak membela pemimpin USBO sekalipun sebagai Penasihat USBO beliau telah berjanji untuk memastikan bahawa pemimpin tertinggi USBO akan tetap dipilih sebagai calon; namun ketika senarai calon diumumkan, nama Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Tan Sri Pandekar Amin Haji Mulia dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha tercicir dan tersingkir.
Kini menjelang Pilihanraya Umum Ke 13, Task Force UMNO (KDM) digunakan untuk menyingkirkan Musa Aman dan semua penyokongnya bagi memastikan beliau terpilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan mengetuai pilihanraya umum akan datang.
Task Force UMNO (KDM) yang dibentuk Shafie akan mengguna platform Perayaan ‘Pesta Menuai’ untuk melancarkan ‘Saiwar’ bagi meraih sokongan akar umbi dan pemimpin bahagian agar berpaling tadah daripada menyokong Musa Aman.
Sebagai bukti kesungguhan Shafie, Task Force UMNO (KDM) yang diketuai ‘Bapa Ayam’ John Ambrose dengan bantuan ‘Raja Kelab Malam’ Peter Anthony akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Termiskin Luar Bandar dan Sumbangan Sekolah Sempena Pesta Kaamatan 2011 pada 15 Mei 2011 di SK Our Lady Fatima, Kampung Kelatuan, Papar yang dirasmikan oleh ‘Ketua Menteri Sabah Dalam Penantian’, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Hj Apdal, yang juga Menteri KKLW.
Saiwar politik ini amat menarik kerana majlis berkenaan diadakan di Parlimen KImanis ketika Ahli Parlimennya, Datuk Anifah Aman yang juga adik Musa Aman berada di luar negara kerana menjalankan tugas rasmi.
Menurut maklumat dalaman KKLW, John Ambrose dan Peter Anthony diberi projek bernilai NKRA RM300 juta sebagai dana untuk memperkukuhkan operasi Task Force UMNO (KDM); terutama memastikan arahan ‘Perdana Menteri’ yang disampaikan melalui Shafie dijayakan dengan sempurna.
Penggulingan Musa Aman menjadi agenda utama Task Force UMNO (KDM) dan dimulai dengan menyerang kawasan Pro-Musa Aman iaitu Kimanis, Tenom, Beluran, Papar dan sebagainya bagi melumpuhkan pengaruh Musa Aman untuk memudahkan beliau melalukan kudita (coup-de-taat) dengan restu ‘Big Brother’, Najib Tun Razak.
Penggunaan gambar Najib dalam poster majlis berkenaan memang disengajakan atau direstui Perdana Menteri kerana masih teragak-agak membuat keputusan sehingga Chin Su Phin menjadi burung kakak tua menyuarakan hasrat Shafie dengan menjadikan pilihanraya umum Sarawak sebagai peluru untuk menembak Ketua Menteri Sabah.
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
Read More...
Summary only...
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.
Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
Shafie juga berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.
Read More...
Summary only...
Seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.
Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.
"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkan lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.
Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".
Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.
"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.
"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.
Read More...
Summary only...
Gerombolan penyokong Umno diketuai Naib Presiden Umno Shafie Apdal mendirikan sekatan di Pusat Pembuangan Undi Sungai Aup, menghalang perayu undi Pakatan Rakyat dari memantau pusat terbabit.
Sekatan ini hampir membawa kepada pergaduhan apabila gerombolan Umno ini menghalau petugas-petugas DAP dari pusat terbabit, kata Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa.

Meskipun petugas DAP memantau pusat ini sejak jam 8 pagi lagi, namun mereka diminta beredar dari kawasan terbabit oleh Shafie yang tiba dengan kereta pacuan empat roda, pada jam 10.30 pagi bersama gerombolannya.
Melihat provokasi ini, penduduk Iban kemudiannya mengepung gerombolan Umno ini, dan seorang anggota Parti Keadilan Rakyat kemudiannya menegur Shafie meminta Naib Presiden Umno ini mengalihkan kereta pacuan empat rodanya yang menyekat laluan keluar-masuk kampung terbabit.
Menurut Er, Shafie kemudiannya meninggalkan pusat pembuangan undi dibawah kawalan keselamatan yang ketat.
TV Selangor tidak dibenarkan menghampiri pusat terbabit, dan DAP menerima banyak aduan berlakunya pembelian undi berhampiran pusat pembuangan undi.
Read More...
Summary only...
Shafie Apdal orang Sabah yang dilantik mengetuai Perhubungan UMNO Kedah berkata, di Kedah tidak ada pembangunan. Kerajaan negeri cuma mewarisi pembangunan yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu.
Mungkinkah Shafie bermaksud, pembangunan telah difaraidkan oleh UMNO dan BN kepada Menteri Besar dan Exco-exco di Kedah.
Lembu punya susu sapi dapat nama ? Tak gitu !
Maka Helmi Khalid Setiausaha Akhbar MB Kedah pun memberitahu wartawan bahawa kenyataan Shafie itu melucu, menggelikan dan melawak.
Kata seorang ahli UMNO penyokong Ahmad Bashah Hanifah, Helmi patut berani bertanya Shafie, 'Sabah macamana. Pemimpinnya pandai bercakap dan berpidato. Satu Malaysia sudah merdeka 52 tahun. Kasihan rakyatnya ketinggalan jauh beratus batu di belakang akibat kebangangan pemimpinnya termasuk Shafie'.
Apa kata exco-exco Kedah. Diam tanda setuju dengan Shafie ?
[ Heboh di merata-rata, Exco-exco Kedah unik kerana tidak ada keberanian untuk bersuara ]- alkerohi
Read More...
Summary only...