PTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.
Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.
UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.
Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.
Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang.
Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan sebagai orang politik yang tidak kelas.
Mereka hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka.
Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu.
Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila.
Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana di zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila.
Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?
Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.
Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah.
Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN.
http://bm.harakah.net.my/index.php/columnist/subky-latif/11080-bukan-ptptn-saja-yang-gila?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter
19 June 2012
Bukan PTPTN saja yang gila
11 June 2012
Isu PTPTN - MB Khalid Terus Belasah Kerajaan Pusat
Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.
Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.
“Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.
“Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini,” sindir beliau.
Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.
“Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.
“Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.
“Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan,” jelasnya lagi.
Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.
“Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.
“Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka,” kata beliau. -selangorku
10 June 2012
Pembekuan Dan Penarikan PTPTN Serlah Kedangkalan Pemimpin UBN
Isu politik paling panas, paling bodoh sehari dua ini ialah isu pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel). Agak terlambat untuk saya mengulas isu ini tetapi kerana ia penting biarlah saya memberi sedikit pandangan sebagai melengkapkan blog ini.
Semasa dalam perjalanan ke Jeli petang kelmarin dulu wartawan akhbar China Oriental telah menghubungi saya minta komen mengenai isu berkenaan. Tidak pasti apakah komen saya itu disiarkan atau tidak kerana saya tidak membaca akhbar Cina itu.
Wartawan itu minta pandangan saya mengenai tindakan Pengerusi PTPTN Ismail Mohamed Said yang mengumumkan perkara itu di mana tindakan mendapat sokongan menteri pengajian tinggi Khalid Nordin dan juga menteri pelajaran merangkap TPM, Udin anak Yassin.
Saya percaya Ismail membuat pengumuman membekukan pinjaman itu sesudah merujuk kepada menteri dan TPM itu atau atas arahan menteri. Kata Khalid Nordin pembekuan itu untuk menguji sejauh mana kerajaan Selangor dapat membela dan membantu pelajar universiti berkenaan. Kenapa Unisel dijadikan mangsa kerana universiti itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.
Saya yakin itu itu musthail kalau ianya hanya pandai-pandai Ismail saja. Walaupun intelektual politik Ismail tidak setinggi mana tetapi dia tidak tergamak untuk menganiaya pelajar Unisel dengan membekukan pinjaman itu. Saya percaya ia adalah idea Udin anak Yassin bersama Khalid Nordin sama. Dua-dua orang Johor.
Kononnya tindakan itu hendak mengajar kerajaan Selangor dibawa pimpinan Khalid Ibrahim dari PKR yang mahu mansuhkan tabung pendidikan berkenaan dan diganti dengan kaedah lain. Menteri mahu kerajaan Selangor terngangga dengan tindakan itu. Bagaimana pun tindakan itu atas apa juga maksud dan tujuan ia satu tindakan diluar perikemanusiaan dan peri politik orang Melayu yang disinonimkan bersendikan adat dan agama.
Berkaitan pertanyaan wartawan akhbar China Oriental itu saya menjawab begini; tindakan itu saya sifatkan tindakan tidak tamadun dan politik bodoh. Tahap bodohnya lebih teruk daripada lembu laki Sharizat yang memelihara lembu di kondominum. Tidak sepatutnya PTPTN dijadikan modal politik murahan. Adalah sangat kohong kalau pendidikan dilacurkan untuk kepentingan politik. Perbuatan itu sebenarnya dari segi moralnya lebuh teruk dari liwat dan 'mengecung' orang.
Saya jelaskan tindakan itu tidak akan berjaya. Kerajaan Selangor tidak akan tertekan. Kalau pun bantuan dan pinjaman itu tidak diberikan, kerajaan Selangor ada idea dan ikhtiar lain untuk membantu para pelajarnya. Kerajaan Selangor nboleh mengcairkan beberapa asetnya untuk membantu pelajar dan dunia pendidikan. Makanya isunya di sini bukan soal mampau atau tidak apakah ia wajar diperlakukan begitu.
Tindakan ini saya anggap sebagai gambaran keadaan kehilangan akal para pemimpin Umno. Kalau para pemimpinya masih waras mereka tidak akan tergamak membekukan pinjaman itu walaupun atas tujuan untuk menguji atau pun hendak mengajar kerajaan Selangor. Tidak mustahil kalau menteri pengangkutan dan perdagangan pula selepas mengumumkan agar mana-mana orang tidak suka dan menantang UBN tidak dibenarkan menggunakan jalan raya. Tidak mustahil akan berlaku bila tahap politik sudah menjadi 'mumut'.
Wartawan itu juga bertanya pandangan saya, sejauh manakah benarnya dakwaan dan kebimbangan kerajaan UBN kalau PTPTN dimansuhkan negeri akan bankrup. Saya jawab biarlah kalau negara bankrup kerana wang yang membankrupkan negara itu untuk kepentingan pendidikan rakyat negara ini juga. Tidak sia-sia kalau wang itu habis asalkan rakyat mendapat ilmu. Dengan ilmu yang mereka perolehi hasil bantuan kerajaan itu juga nanti mereka akan membela negara ini.
Wartawan itu juga tanya disegi implikasi politik kepada UBN. Saya jawab ia tidak memberi kelabaan kepada UBN. Pertama orang akan marah apabila UBN mempolitikkan isu untuk kepentingan mereka. Pendidikan, kesihatan, pertahanan, makanan, air dan sebagainya adalah modal asal yang menjadi milik semua rakyat. Jadi jangan perdagangkan ini semua kalau anda tidak mahu dibenci rakyat.
Akhirnya kerana tekanan dan dimarahi oleh semua orang termasuk pelajar Unisel dan juga Ketua Pemuda Umn0 pembekuan itu ditarik balik. Penarik balik ini sekali lagi meletakkan pemimpin UBN khasnya Udin anak Yassin, Khalid Nordin dan Ismail Mohamad Said orang yang tidak mempunyai prinsip dan kredibiliti. Orang boleh menilai setinggi mana nilai dan juga daya politik mereka.
Tarik atau tidak apabila UBN telah mengemukakan cadangan itu menyebabkan rakyat tahu bahawa serendah itu pemikiran pemimpin kerajaan UBN dan jelas mereka bangsa yang cemburu, dengki dan dendam dengan rakyat.
Natijah besarnya tindakan politik dangkal itu menguntungkan pihak pembangkang. Sudah pasti pelajr yang merasakan mereka menjadi mangsa dengan tindakan acah-acahan itu akan menganggap pembangkang dan orang yang menentang tindakan pembekuan itu sebagai hero mereka. Selamanya mereka akan berterima kasih dan menyokong hero dan wira itu. Jadi di sini yang terngangga sehingga mulut dimasuki lalat dan langau ialah para pemain politik yang tolol dan bangang itu seperti Ismail, Udin dan Khalid itu. [wm.kl. 12:52 t/hari 10/06/12]
http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/ulasan-tengahari-ptptn.html
09 June 2012
Isu PTPTN: Lain kali UMNO pikiaq pakai otak jangan pakai pungkok!!!
Kedah Times sering menyarankan agar Universiti atau kolej milik negeri yang dikuasai pembangkang memberi pendidikan percuma seperti apa yang diwar-warkan Anwar dan pengikutnya. Tidak ketinggalan KUIN, milik kerajaan negeri Kedah yang mereka sangat banggakan.
Selepas apa yang dilakukan pengurusan PTPTN ke atas Unisel, nampaknya Anwar dan konco-konconya adalah PAKAR temberang. Kononnya mereka boleh memberi pendidikan percuma."
Oleh: SAIBURI SUDIN
Kenyataan di atas SS petik dari blog UMNO Kedah pro Mukhriz. Pertama nak komen ayat 'kolej milik negeri yang dikuasai pembangkang'. Ayat ni mokalau dibaca oleh masyarakat antarangsa, sah depa gelak bergulin-gulin sebab bangang takdak dah.
Mana ada negeri atau negara yang dikuasai pembangkang dalam dunia ni, sebab pembangkang adakah pihak yang kalah dan tak cukup majoriti nak bentuk kerajaan. Di Kedah ni pembangkang ialah BN dan Pakatan Rakyat adalah parti yang memerintah negeri.
Kedua, dia cabar negeri yang dikuasai PR supaya beri pendidikan percuma kepada rakyat. Cabaran tu samalah macam kerajaan negeri cabar kerajaan tempatan, misalnya Majlis Daerah Pendang supaya bayar gaji kakitangan dan pengurusan daerah sendiri toksah dok harap duit kerajaan negeri.
Tanggungjawab menjaga halehwal pendidikan adalah kerja kerajaan pusat bukan negeri, sama macam jaga keselamatan (polis), kesihatan (hospital) dan sebagainya. Jika ada negeri yang urus pendidikan ia cuma bonus untuk rakyat, kalau tak bina atau besarkan KUIN pun ia bukan satu kesalahan oleh kerajaan negeri sebab itu tugas asasi pusat.
PR janjikan pendidikan percuma jika berkuasa di Pusat bukan negeri, kerana semua cukai dikutip oleh Pusat. Walaupun Kedah diperintah PR tapi semua cukai rakyat Kedah dikutip oleh Pusat. Dok tak dok pi suruh negeri bagi pendidikan percuma maka ini satu cabaran yang amat bangang!!!
PR janjikan PTPTN dihapus bersama pendidikan percuma jika memerintah Pusat. PR tak pernah janji hapus PTPTN dan TAK BERI pendidikan percuma. Jadi kalau BN nak hapus PTPTN untuk IPT di negeri PR kononnya itu kehendak PR maka ia tak betoi tanpa memberi pendidikan percuma. Ada faham??!!!
Itulaa lain kali pikiaq pakai kepala otak, bukan pakai pungkok...
http://kedahla.blogspot.com/2012/06/isu-ptptn-lain-kali-mno-pikiaq-pakai.html
Malu Rasanya Bila Pompuan Nie Belasah Tiga Menteri Yang Perangai Macam Budak-Budak
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."
Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."
"Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
"Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik."
"Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.
"Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan.
"Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya.
Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu.
Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi.
Malaysiakini
Cemas Kerana Selangor Mampu Biayai Pelajar Punca Sekatan PTPTN Ditarik Balik
KUALA LUMPUR 8 Jun: Melihat kemampuan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah sekatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pengumuman Universiti Selangor (Unisel) mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya, BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan.
Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pada peringkat awal BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat PTPTN sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.
“AIC sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini menyelar tindakan ‘flip-flop’ kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi kerajaan Selangor iaitu Unisel dan Kuis (Kolej Universiti Islam Selangor),” katanya dalam kenyataan segera.
Beliau berkata demikian mengulas penarikan semula PTPTN terhadap pembekuan pinjaman terhadap siswa di Unisel dan
Kuis hari ini.
Penarikan itu dipercayai ekoran kecemburuan Kerajaan Pusat terhadap pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim semalam bahawa Unisel akan mencairkan asetnya bagi membantu siswa meneruskan pengajian.
Aset itu merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam.
Menurut Khalid, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini dan sebahagian wang berkenaan akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniaya akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.
Tambah Saifuddin, AIC juga hairan bagaimana kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak dangkal dengan mengugut masa depan anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.
“Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal malah tindakan itu adalah peluang Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma,” katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin percaya zaman untuk menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ politik telah berakhir.
“Saat ini AIC yakin lonjakan sokongan yang datang dari golongan atas pagar terhadap ketelusan Pakatan Rakyat telah meningkat pada satu tahap yang membanggakan. Riwayat pemerintah zalim bakal berakhir atas satu kesilapan yang mereka sengajakan,” katanya lagi.
08 June 2012
Akhirnya PTPTN Akui Kebodohan Tindakan Mereka
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. - Malaysiakini
Sekat PTPTN - Khairy Bidas Kebodohan Khaled Nordin Menteri Umno
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.
"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.
"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.
Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.
Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.
Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
sinarharian
07 June 2012
PTPTN - Kerajaan Selangor Akan Guna Dana Negeri Bantu Pelajar Unisel
Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.
"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.
"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.
Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset UNISEL.
Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.
Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.
Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.
"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.
Perut Busuk Menteri Umno Tarhadap Anak Muda Melayu
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.
Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.
"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.
"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu.
Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling.
Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu".
06 June 2012
Isu PTPTN - Angkuhnya Khaled Nordin


enteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin harus meletak jawatan dengan segera andainya benar beliau mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata jika benar Khaled tidak terlibat maka beliau perlu campur tangan segera bagi mencari penyelesaian total kepada isu pinjaman PTPTN itu.
“Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar.
“Apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-BN” tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
http://greenboc.blogspot.com/2012/06/khaled-nordin-perlu-letak-jawatan-jika.html
K’jaan Persekutuan tak berhak sekat pinjaman pelajar
SHAH ALAM 6 Jun: Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhak menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel), kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata, perbadanan tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman kepada semua pelajar seluruh negara.
“Kerajaan Persekutuan dan kementerian tidak ada hak untuk menghentikan (pinjaman). Ini adalah isu asas, kami akan membangkitkan perkara ini.
“Ini bukan masalah peruntukan, tetapi ia adalah berkaitan tanggungjawab sosial. Awak (kerajaan) boleh terlibat dalam debat tentang politik, tapi (perkara) ini berkaitan komitmen dan hak,” katanya tegas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco dekat sini petang tadi.
Beliau mengulas laporan berhubung tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel yang baru mendaftar.
Kata Khalid, walaupun Unisel diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor, universiti itu juga memberi peluang pendidikan kepada pelajar lain dari seluruh negara.
“Dengan menyekat pelajar untuk mendapat pendidikan dan pinjaman, ini bermakna kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak menjalankan tugas,” katanya.
Menurut Khalid, pihaknya akan membangkitkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan mengapa mereka bersikap diskriminasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31247
PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya?
KUALA LUMPUR 6 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendirian menolak dakwaan Umno BN bahawa pendidikan percuma yang diperkenalkan Pakatan Rakyat akan menghasilkan graduan tidak berkualiti.
Beliau berkata, soal graduan tidak berkualiti bukan disebabkan pendidikan percuma tetapi berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri.
“Ramai juga menteri mendapat pengajian percuma…mereka tetap berjaya. Termasuklah Perdana Menteri yang juga mendapat biasiswa dan ditanggung kerajaan semasa melanjutkan pelajaran,” katanya disambut tepukan gemuruh pelajar dari universiti awam dan swasta sekitar Shah Alam pada program Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma semalam.
Dengan mengambil pendekatan dalam kehidupan seharian, Rafizi berkata, sudah menjadi resam kehidupan akan wujud 90 peratus masyarakat yang mematuhi peraturan dan selebihnya tidak dapat mematuhi.
“Sebagai contoh, lampu isyarat di jalan raya…majoriti orang mematuhinya, ada segelintir sahaja yang melanggar, adakah kita patut menghapuskan lampu isyarat ini disebabkan segelintir tidak mematuhinya.
“Begitu juga dengan pendidikan percuma, saya percaya ramai yang menghargainya. Kita tidak patut menghapuskan pendidikan percuma semata-mata ada segelintir menjadi malas,” tegas Rafizi lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
29 May 2012
Debat Tak Berani.. Kutuk Belakang Berani Laa...
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.
Najib (gambar) berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik.
“Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched),” beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini.
“Mereka (PR) tidak ada niat untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibuat supaya mereka diundi,” tambah beliau.
Najib berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil pendekatan “populis” dan adalah lebih munasabah semasa merangka polisinya.
“Kami mempunyai visi yang jelas (clarity of vision) dan program yang kredibel serta pelan tindakan (roadmap) untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,” beliau berkata apabila ditanya mengapa beliau patut mendapat mandat yang kukuh dalam pilihan raya yang akan datang.
Beliau berkata bahawa mandat yang kukuh adalah penting supaya agenda transformasi kekal dilaksanakan.
BN dan PR bertentangan pendapat dalam merangka polisi ekonomi, di mana para pembangkang berjanji untuk berusaha untuk menetapkan gaji minima yang lebih tinggi dan lebih banyak subsidi minyak untuk menghadapi kos hidup yang kian meningkat.
Pemansuhan skim pinjaman pelajar ini mungkin akan jadi penarik undian yang kuat untuk pembangkang persekutuan, memandangkan banyak graduan yang baru mendapati mereka dibebankan dengan hutang dan orang dewasa muda yang merupakan kebanyakan pengundi yang baru didaftarkan dan mungkin menjadi faktor penting dalam pilihan raya.
Pentadbiran Najib telah berkata bahawa negara ini tidak mampu menanggung subsidi minyak tambahan dan kos untuk memansuhkan pinjaman pelajar dan konsesi tol yang tidak popular.
Tetapi ia juga dilihatkan telah mengambil langkah populis sendiri seperti menangguhkan initiatif rationalisasi subsidi dan pemindahan wang terus di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Ia juga telah memperkenalkan polisi gaji minima pada awal bulan ini, dengan RM900 di Penisular Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak walaupun ada kritikan bahawa polisi ini boleh menjadikan pasaran pekerja menjadi lebih tegar.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-janji-pakatan-tidak-realistik/
23 May 2012
Video Debat PTPTN Rafizi - Khairy
Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.
Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.
Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.
Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.
Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.
Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.
“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah USD2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”
Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.
Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.
“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.
Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.
“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”
Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.
Tetapi hujah Khairy itu mudah dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.
Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.
- Jalan Pulang
25 April 2012
DBKL Rampas Kotak Derma Mahasiswa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.
Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.
Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.
"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.
"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.
Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.
"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.
Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya.
- Malaysiakini
21 April 2012
Demo Mahasiswa - Semakin Ditekan Semakin Mencurah Simpati Dan Sumbangan
Umno tidak pernah senang hati dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa dan aktivis occupy dataran, jadi semasa mahasiswa dan aktivis occupy dataran bergabung tenaga untuk berkampung di dataran merdeka, mereka telah mengarahkan DBKL menghalau mereka, dalam kejadian tersebut, khemah-khemah telah dirosakkan, dan beberapa mahasiswa telah dicederakan. (baca sini)
Selang beberapa hari selepas itu, dapat berita polis dan DBKL akan adakan operasi "mengeluarkan" Mahasiswa dari dataran merdeka pada jam 3 pagi,bagi "tukanglawan" kemungkinan itu akan ada kerana tindakan mereka dapat disembunyikan pada waktu begitu, tiada media, dan tiada ramai orang awam, berita itu disebarkan di facebook, blog dan laman twitter sehingga jadi kecoh dan ramai yang turun membantu sehingag operasi itu dibatalkan.
Kemuncaknya ialah pada keesokannya. jam lebih kurang 2.30 pagi, sekumpulan samseng yang diketuai samseng jalan kebun (panglima buntal) datang dan mengasari Mahasiswa disana, ada mahasiswa wanita yang menjadi mangsa sepakan, bukan setakat itu, kumpulan samseng itu juga merompak barangan mangsa, selain merosakkan khemah-khemah mangsa untuk menakut- nakutkan mahasiswa. ( baca cerita kat sini)
Tapi semua itu tak berkesan, sehari selepas serangan. tinjauan "tukanglawan" mendapati dataran merdeka sudah menjadi tapak pesta, jika hanya ada kurang dari 100 peserta dan aktivis pada hari sebelumnya, sehari selepas kejadiaan, seramai lebih 500 orang peserta dan aktivis berada di tapak perkhemahan itu.
Walau 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian itu, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi yang masih di dalam simpanan mereka.
Bukan setakat itu, jika sebelum ini jumlah sumbangan makanan tidak terlalu banyak, sekarang sudah berubah, sumbangan makanan yang dihulurkan bukan setakat boleh memberi makan kepada Mahasiswa, namum sekarang aktivis dan orang awam juga diberi kongsi bersama.
Hari pertama "air mineral" itu adalah sumbangan kebiasaan saja, sekarang sudah ada air kotak milo, ribena malah juga air botol 100 plus, sudah ada juga nasi lemak, mee goreng selain dari roti pada awal perkhemahan mereka, malah sebelum ini bekalan makanan diletak di bahagian tepi khemah dan ditutup dengan plastik untuk mengelak dari dibasahi hujan, sekarang sudah ada penyumbang khemah besar yang digunakan untuk menyimpan bekalan makanan.
Lihatlah sebenarnya ini sikap rakyat malaysia, bantu membantu dan tolong menolong, tak perlu pun berbelanja besar untuk laksana konsep 1 malaysia yang cuma retorik itu, bagaimana BN mahu lakukan, jika parti dalaman kompenen BN masih berteras perkauman,
BN sudah silap langkah, mereka mahu menyerang dan menakutkan, dalam keadaan sekarang BN sedang terkepit teruk. mereka sebolehnya tidak mahu menimbulkan pergeseran, apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan, tapi mereka juga takut dan rakus,
Kebangkitan mahasiswa perlu dibendung, DBKL digunakan bagi melindungi apa sebenarnya yang mereka mahukan, Polis digambarkan sebagai berkecuali, tapi rakusnya mereka kerana guna pelampau umno, itu silap besar. dan sudah pasti kepala yang mengupah samseng jalan kebun itu sudah pun dipanggil mengadap sembah kaki najib.
Tak perlu kempen besar-besar pun, lihatlah sendiri beza pakatan rakyat dengan umno, kami bersatu dan sentiasa hulur bantuan tak kira agama, dan tak kira bangsa, tapi puak umno ni, nak tolong sama bangsa melayu pun tengok kaum jugak, jika beri kepentingan pada mereka baru tolong, jika tidak.. tak perlu.... Umno.. sudah boleh buang 1 Malaysia tu, kerana pakatan lebih Global dari itu, kami membuktikan kami lebih relevan,
Bayangkan jika Pakatan yang memerintah malaysia, sudah pasti tiada lagi rasa curiga antara satu kaum dengan kaum lain... rasa curiga yang ada sekarang adalah satu sistem yang disemai oleh BN supaya rakyat tidak bersatu dan senang mereka kawal.
- Tukang Lawan
20 April 2012
Umno Pasti Terkedu Kerana Selangor Akan Jelaskan Hutang PTPTN
DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.
Terbaru, penulis mendapat maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.
Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.
Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.
Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.
Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut.
Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.
Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.
PBO: bravo. tahniah pada PR. Ketar lutut puak2 UMNO lepas ni.
Pen Buruk Online
3 Sebab Kenapa Umno Tolak Pendidikan Percuma Untuk Rakyat
Orang yang menolak idea pendidikan percuma boleh saya ibaratkan seperti seorang yang otaknya disaluti tahi lembu. Otak adalah satu organ badan manusia, untuk berfikir dan jika disaluti dengan tahi yang keluar dari dubur lembu, tentulah ia otak itu lebih rendah martabatnya daripada otak lembu.
Isu hari ini, kenapa UMNO tolak pendidikan percuma? Mari gunakan akal logik:-
UMNO-BN Telah Kekurangan Dana
1 Semua orang tahu sikap pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri. Ramai pemimpin BN yang masuk politik hanya untuk mengkayakan diri-sendiri dan kroni (taukeh-taukeh) serta keluarga. Duit yang mereka gunakan itu ialah duit rakyat. Sebab itu wang yang cukup, menjadi tak cukup.
UMNO-BN Tak Mahu Manusia Cerdik
2 Melantik manusia cerdik untuk mengepalai sesebuah organisasi merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pemimpin UMNO yang berIQ rendah. Sikap takut ini bukan sahaja ada dalam parti itu, malah juga di dalam kebanyakan syarikat di Malaysia. Pendidikan percuma akan hanya memperbanyakkan individu yang berfikiran kreatif (original/baru) dan kritis (mampu menilai). Manakala individu seperti Muhamad Razali samseng yang tak pandai Bahasa Inggeris yang juga dicucuk hidung oleh tukang hulur wang, akan pupus ditelan zaman. Samada anda sedar atau pun tidak, hari ini golongan cerdik pandai lebih ramai berada di sebelah Pakatan Rakyat.
UMNO-BN Diugut Taukeh
3 Dalam menjamin tampuk pemerintahan mereka untuk tahun-tahun seterusnya, UMNO memerlukan dana untuk berkuasa. Setiap parti di dunia memiliki taukeh yang memberi mereka dana (duit). Umum tahu bahawa taukeh juga boleh datang dari . Pemimpin UMNO tidak kelihatan seperti individu yang menjuarai rakyat. Mereka lebih suka menidakkan hasrat rakyat dan mengiyakan taukeh.
Dipetik dari - http://hanief.blogspot.com/




