BlogList Malaysia
Showing posts with label dbkl. Show all posts
Showing posts with label dbkl. Show all posts

25 November 2012

Dataran Merdeka Ditutup Lagi Kerana Takutkan Himpunan Hijau

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan. Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.

Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.



DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di Dataran Merdeka hari ini.

Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.

Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran.

Satu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.

Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut


Read More...

16 May 2012

Puak Bodoh Mana Pulak Nak Buka Pasar Malam Depan Rumah Ambiga?

Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu.

Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan.

Seorang penguatkuasa DBKL yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut.


Bagaimanapun, tinjauan petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan.

Sekumpulan peniaga mula mengadakan demonstrasi anti-BERSIH pada 10 Mei lalu dengan membuka gerai mereka dan menjaja burger di depan rumah Ambiga.

Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut.


Read More...

25 April 2012

DBKL Rampas Kotak Derma Mahasiswa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.


"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.

"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.

Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.

"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.

Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya.

- Malaysiakini


Read More...

22 April 2012

Video - DBKL Dan Polis Di Dataran Merdeka


Read More...

DBKL Mengganas Di Dataran Merdeka

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.


Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.


Read More...

20 April 2012

Demo Mahasiswa - DBKL Lebih Bermaruah Dalam Tindakan

'3 khemah saja ketika konsert diraja, kata DBKL'

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mendirikan tiga khemah ketika konsert diraja esok, kata kumpulan itu.

Jurucakap Mahasiswa Bangkit Mohd Syahid Zaini berkata, khemah itu akan digunakan untuk menyimpan keperluan dan derma yang diterima mereka setelah tujuh hari berkhemah di situ.


Bagaimanapun, katanya, mereka akan menuruti syarat itu sebagai menghormati konsert yang diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti pada Sabtu ini.

Konsert diraja itu terbuka kepada umum.


Read More...

16 April 2012

Video : Mahasiswa - PTPTN - DBKL


Read More...

15 April 2012

PANAS - Mahasiswa Berdemo Ditumbuk Penguatkuasa DBKL

(Alif Ashraf [baju merah] dikasari oleh anggota penguatkuasa DBKL apabila cuba mempertahankan khemah mereka)

KUALA LUMPUR, 15 April: 20 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka terus bertembung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu meroboh dan merampas khemah mereka.

Tengahari tadi, dua dari enam khemah yang mereka bina berjaya dirampas oleh DBKL.


Jam 5 petang petang ini, sekali lagi penguatkuasa DBKL bertindak merampas khemah mereka.

Dua pelajar, Alif Hafiz dan Alif Ashraf ditumbuk oleh peguatkuasa DBKL.

(Pelajar bertindak membuat benteng manusia bagi mempertahankan khemah mereka dari dirampas oleh DBKL)

Peguam N. Surendran yang berada di tempat kejadian berkata mahasiswa boleh buat laporan polis kerana DBKL berkasar.

Kali ini dua khemah mereka berjaya dirampas. Dua lagi khemah yang ada mereka pasang kembali.

Kesemua mereka berusaha untuk berkhemah di Dataran Merdeka sehinggalah 28 April ini apabila pehimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di situ.


Read More...

22 February 2012

Seleweng Dana - DBKL Cover Raja Bersiong

DBKL nafi dana persatuan biayai program menteri

Majlis Bandaraya Kuala Lumpur menafikan dakwaan bahawa dana yang diperuntukkan bagi aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu adalah "tidak tepat dan tidak benar".

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, malis itu hanya menyediakan bantuan logistik dan sedikit juadah untuk program sosial "berdasarkan peruntukan sedia ada".


Ini adalah dana tambahan selain peruntukan tunai RM5,000 setahun untuk menyokong aktiviti-aktiviti sosial Persatuan Penduduk yang aktif di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia juga menyatakan bahawa program anjuran NGO dan DBKL adalah untuk memenuhi objektif pembangunan sosial.

Menurut DBKL, Raja Nong Chik menghadiri acara-acara berkenaan atas jemputan dari pihak penganjur.

"Kehadiran beliau adalah atas kapasiti sebagai menteri, seperti yang diamanahkan oleh kerajaan, dan bukan untuk tujuan politik," kata kenyataan itu.


Pada Jumaat lalu, Nurul Izzah pada sidang medianya mendakwa penduduk dalam kawasan parlimennya mengadu bahawa permohonan mereka untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat telah ditolak oleh DBKL dan duit tersebut digunakan untuk membiayai "program Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin".

Mengesahkan perkara tersebut, ahli jawatankuasa penduduk Apartmen Sri Putra Abdul Rahi Mohd Noor berkata program mencegah kebakaran yang dijadualkan April 2011 telah dibatalkan disebabkan alasan berkenaan.


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas