BlogList Malaysia
Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

04 December 2012

Siri Jelajah DS Anwar ke Kedah & Perlis 6 & 7 Dis 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah & Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat
Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah & Perlis - 6 & 7 Disember 2012

6 Disember 2012 (Khamis) - Kedah

1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai)
2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Taman Angsana, Kulim
3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu)
Lokasi: Dewan Masyarakat Tionghua, Serdang,
4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai)
Lokasi: Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas


5) Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Datuk Saifuddin Nasution
iii. YB Datuk Fakhrol Radzi Zawawi
iv. YBhg Datuk Wan Salleh Wan Isa
v. YBhg N Surendran
vi. YB Hee Loy Siang
vii. YB Chang Li Kang
viii. YB Husin Yaakob

7 Disember 2012 (Jumaat) – Perlis & Kedah

1) 2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping)
Lokasi: Rumah Asri Che Abdullah, A64 Blok 5, Felda Chuping, Perlis.
2) 4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar
(DUN-Sena, P- Kangar)
3) 8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah
4) 8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH

Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

5) Barisan Pemidato:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
iii. YB Lim Kit Siang
iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Kedah
v. Pimpinan NGO


Read More...

14 August 2012

Mufti - Kerajaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi'

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".

Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.

Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.

Berikut adalah wawancara dengan Dr Juanda Jaya yang dijalankan melalui emel:

Malaysiakini: Apa pandangan Dr berhubung pandangan Abdullah Sa'amah bahawa haram kepada umat Islam menyokong DAP? Apakah hujah yang digunakan berasas dan apakah pula kesan pandangan sebegini kepada masyarakat?

Dr Juanda: Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan.

Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing. Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan.

Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

Kalau nak marah kepada bukan Islam sekalipun, sikap isytihar perang adalah sikap yang amat tidak cerdik. Ini dinamakan mahu ambil alih tugas kerajaan dan pemerintah yang sah. Sikap mahu melabelkan pihak tertentu layak diperangi adalah mencabar kuasa pemerintah yang sah. Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama.

Sepatutnya orang Islam meletakkan diri sebagai umat dakwah, yakni sentiasa berusaha mendakwahkan bukan Islam untuk memahami Islam secara lebih baik dengan bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Islam tidak kasar dan suka bergaduh dengan bukan Islam. Soal hidayah urusan Allah. Kita yang wajib berdakwah, bukan bergaduh. Ini umat Islam yang sebenar. Sikap suka bergaduh dan mirip teroris seperti ini bukan sikap umat Islam yang meletakkan dakwah dan penyampaian agama secara berhikmah sebagai satu keutamaan. Imej Islam boleh tercalar oleh mereka yang ekstrem sebegini.

Malaysiakini: Bagaimana pandangan ini harus ditangani oleh pelbagai pihak, termasuk masyarakat, pihak berkuasa agama dan kerajaan?

Dr Juanda: Saya syorkan jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka suatu kajian dan peraturan baru perlu diperkenalkan terutama berkaitan dengan kewarganegaraan dan berparti politik. Soal bernegara dalam Islam adalah amat dinamik dan berkembang menurut zaman. Sistem kependudukan zaman Nabi dan sahabat ribuan tahun lalu pasti berbeza dengan apa yang wujud pada hari ini dalam sistem nation state. Hak demokrasi dan berpolitik juga adalah suatu hak yang diakui oleh Islam. Oleh itu, jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka ubahlah sistem yang ada. Tapi saya percaya, rakyat majoriti tidak akan menerima perubahan terhadap sistem yang sudah utuh ini buat masa ini.

Negara sejak merdeka sudah menerima sistem memberikan kewarganegaraan kepada penduduk asal dan mereka yang layak yang telah datang ke Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Ini sistem yang telah utuh. Ini juga menunjukkan setiap mereka yang menerima Malaysia sebagai negara mereka adalah mereka yang akur kepada segala perjanjian dan peraturan menjadi rakyat negara ini.

Orang Islam yang menerima syarat dan perjanjian ini terikat kepada isi perjanjian yang telah dimeterai. Ia suatu kewajipan yang mesti dipenuhi. Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Orang orang beriman itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang mereka telah persetujui, kecuali perjanjian yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Bahkan mereka yang terima perjanjian ini adalah orang-orang zimmi yang Nabi SAW perintahkan umat Islam untuk melindungi mereka dan memberikan hak-hak kepada mereka. Ini perintah Nabi SAW.

Malaysiakini: Bagaimana sikap politik yang harus diambil oleh umat Islam dalam suasana demokrasi dan kepelbagaian kaum di negara ini?

Dr Juanda: Saya ingin menarik perhatian ummat Islam terhadap Hadis Abu Bakrah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai kesaksian palsu atau syahadtuz zur:

Maksudnya; Daripada Abi Bakrah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar? Kami menjawab: Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan berkata dusta (palsu). Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan kesaksian palsu. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini amat relevan dalam kehidupan berdemokrasi di dalam negara kita pada hari ini – di mana sistem demokrasi diterima dan kepelbagaian adalah suatu realiti yang tidak dapat dielakkan. Memahami rangka demokrasi yang positif dan kepelbagaian yang merupakan realiti amat penting agar kehidupan bernegara akan terus berada dalam keadaan rukun dan damai.

Sistem dan realiti ini sudah wujud separuh abad di Malaysia dan terbukti apabila sistem ini dihormati, negara aman damai. Jelasnya, jika semua pihak jujur dalam berpolitik maka kebenaran dan kejujuran yang akan berjaya. Rakyat mesti difahamkan terutama umat Islam, proses membina negara adalah tugasan semua pihak. Ia bukan hanya kerja orang politik sahaja. Semua wajib terlibat dengan politik walaupun bukan mesti mereka masuk dalam mana-mana parti politik. Semua juga wajib memilih dan mengundi mereka yang benar benar layak untuk memegang tampuk kepimpinan, sebab kesilapan pemilihan akan membawa bahana kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah, dukunglah pihak yang membawa agenda yang menepati kehendak agama dan membawa kestabilan negara, juga pangkahlah calon yang benar benar layak, ada sifat al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah. Jika didukung pihak yang tidak membawa agenda untuk kemakmuran agama dan negara maka itu adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh islam.

Demikian juga, jika dipangkah individu yang tidak layak menjadi pemimpin, maka itu juga adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh agama, yang merupakan suatu dosa besar yang paling besar. Kesedaran bahawa kehidupan politik dalam bernegara adalah termasuk urusan agama amat dituntut dpd umat Islam di Malaysia


Read More...

19 March 2012

Fenomena Batu Berdiri Di Kuala Perlis


Kejadian pelik ini berlaku di sepanjang persisir pantai menuju ke Kuala Perlis.. Kejadian 50 biji batu berdiri ini sesuatu fenomena yang pelik berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu...sebagai bukti kejadian pelik ini berlaku ketua polis Negeri Perlis telah meninjau dan memerhati keadaan dan ianya mengesahkan kejadian ini.

Read More...

05 February 2012

PRU 13 - Peluang 50-50 bagi PR dan BN di Perlis

Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan tanah air, Perlis pula menjadi negeri kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman BN.

Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.

Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.


Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.

Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 80% , namun tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.

PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini.

Berita tentang Timbalan Mursyidul Am Dato’ Harun Din akan menyemarakkan semangat petugas PAS di Perlis. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenaangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13.

Semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain.

Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang menpunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR lebih 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %.

Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja.

Justeru , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :

1. Sanglang

2. Simpang Empat

3. Guar Sanji

4. Santan

5. Kayang

6. Indera Kayangan

7. Titi Tinggi

8. Baseri

Bagaimanapun , PRU 13 sebenarnya terbuka kepada BN dan PR berikutan jumlah pengundi yang kecil. Perubahan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Peluang BN dan PR di Perlis , sekarang ini adalah 50 – 50.

http://tulahan.blogspot.com.au/


Read More...

08 November 2011

Mufti Perlis terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji sebelum masanya

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.


“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Sumber [MalaysiaKini]


Read More...

18 October 2011

Tak logik orang dakwa lebih 250,000 Muslim sudah murtad

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikai dakwaan bahawa kes murtad di negara ini semakin parah dan ramai yang sudah keluar Islam, sebagaimana ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

Juanda berkata jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

Jelas beliau (gambar), isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.


“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.

“Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pandangan itu diketengahkan ketika beberapa pihak menggesa agar kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes murtad.

Pagi tadi, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang akan diadakan Sabtu ini, yang antara lain bermatlamat mahu menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan mengeluarkan deklarasi menggesa kerajaan menggubal satu undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Gesaan ke arah itu merupakan salah satu kandungan dalam deklarasi yang akan diputuskan di akhir perhimpunan, kata Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya kepada The Malaysian Insider.

Kandungan deklarasi mirip pandangan dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria minggu lalu. Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa agama supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Harussani, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Harussani, yang dijangka akan turut berucap pada perhimpunan, akta murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam.

Meskipun belum ada angka rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kes murtad, pada tahun 2008 Harussani dilaporkan berkata terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Islamic Renaissance Front (IRF) berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

Read More...

14 August 2011

Wahabi: Juanda harap Uthman akur nasihat Jamil Khir

Mufti Perlis terus meletakkan harapan agar pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan akur kepada nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut mahu kedua-dua tokoh agama itu berdialog bagi menjernihkan isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Dalam satu kenyataan kelmarin Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau berharap dan amat baik bagi kedua-dua personaliti itu akan bertemu dan berbincang secara berhemah kerana perbincangan dalam apa jua isu sememangnya dituntut dalam Islam.

“Saya harap mereka dapat ambil berkat dan semangat bulan Ramadan sekarang,” kata Jamil Khir.


Sehubungan itu kata Dr Juanda Jaya,”saya ingat... kita menyeru Dr Uthman akur dengan nasihat Datuk Seri Jamil Khir,” kata Juanda ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Uthman yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut perkara ini atas alasan mahu menghormati bulan Ramadan.

“Biar keadaan reda dulu, saya tidak mahu kata apa-apa sekarang,” kata beliau.

Juanda berkata pihaknya berharap Uthman akan menerima pelawaan beliau untuk berdialog untuk memperjelaskan keadaan memandangkan “kita tahu bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Uthman.”

“MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga sudah memberikan pendirian mereka, saya berharap Dr Uthman akan menerima nasihat Menteri,” katanya Juanda lagi.

Sebelum ini Juanda berkata Uthman membalas pelawaan beliau dengan mengenakan pelbagai syarat seolah-olah enggan bertemu sedangkan Uthman pula menegaskan beliau tidak pernah menolak pelawaannya.

Berhubung soalan sama ada pihaknya akan mengatur pertemuan dua ulama itu, Jamil Khir menambah, soal itu termasuk masa dan tempat terpulang kepada pihak berkenaan.

“Biar mereka sendiri yang putuskan mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing,” katanya dipetik akhbar kelmarin.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider Rabu lalu, Juanda berharap Uthman akan menerima pelawaan mereka.

“Kami sudah beri cek terbuka, kami (tetap) menanti kehadiran beliau,” kata Juanda Jaya berhubung laporan terbaru semalam menyebut Uthman tidak menolak pelawaan Juanda agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi,” katanya.

Hari ini, Juanda menjelaskan, beliau masih meletakkan harapan agar Uthman akan menggunakan bulan Ramadan, yang tinggal sekitar dua minggu lagi, untuk datang ke Perlis bagi mengadakan dialog.

Laporan media Isnin lalu memetik Uthman berkata beliau mahu dialog yang disyorkan itu tetapi perlu diadakan secara tertutup.

“Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri,” kata beliau.

Juanda berkata, surat jawapan yang dibalas Uthman lebih seminggu lalu dengan jelas menunjukkan beliau telah menolak pelawaan Jabatan Mufti Perlis agar datang ke Perlis untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada satu mesyuarat MKN tiga minggu lalu.

Juanda juga berkata beliau dari awal-awal lagi sudah menjangkakan bahawa kerajaan akan memberi pandangan dan pendirian yang ia tidak terlibat dalam dakwaan kononnya wujud elemen “kesesatan” dan “keganasan” di sebalik fahaman Wahabi.

“Kerajaan tidak terlibat dalam pandangan-pandangan pelik dan janggal yang dibuat,” kata Juanda.

Oleh itu kata beliau, Jabatan Mufti Perlis berharap dakwaan dapat diperjelaskan agar pihak yang menuduh dan dituduh termasuk kerajaan Arab Saudi dapat gambaran yang jelas dan membersihkan keadaan.

“Dengan penjelasan Dr Uthman sendiri, orang yang dituduh akan mendapat gambaran yang sebenar... kita berharap sangat keadaan dapat dijelaskan,” katanya lagi.


Read More...

08 August 2011

Diam-diam Pakatan Kedah, Perlis

Semangat Pakatan Rakyat di utara Semenanjung umpama keluarga harimau, mesra menjaga anak-anak, garang menentang musuh. Di Kedah, Pakatan adalah kerajaan, di Perlis pula Pakatan sedang menanti mandat rakyat.

Dalam kunjungan Roketkini ke dua negeri tersebut baru-baru ini, pimpinan utama gabungan Pakatan bersependapat bahawa kunci untuk memenangi pilihan raya umum yang mendatang terletak kepada usaha berterusan membantu dan menangani isu-isu rakyat.

Negeri Jelapang Padi

Menurut Laporan Ketua Audit Negara pada 2009, yakni setahun selepas Barisan Nasional disepak rakyat Kedah, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya meningkatkan hasil negeri, khususnya balak sehingga 205 peratus berbanding pada 2007.

Kejayaan ini dicapai berikutan langkah kerajaan Pakatan Kedah melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil melalui tender secara terbuka.


Dalam pada itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan, defisit belanjawan 2010, iaitu sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Dan hutang kerajaan Kedah dengan Kerajaan Persekutuan juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Exco Kanan Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, melalui tinjauan oleh sebuah badan bebas yang diadakan di Kedah, semenjak perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan, sokongan rakyat Kedah melonjak dengan drastik terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Apa yang dijelaskan Phahrolrazi dapat dirasai sendiri oleh penulis itu ketika bersama beberapa penduduk Alor Setar, yang rata-ratanya di bawah lingkungan umur 30 tahun sudah tergerak dengan gelombang rakyat seluruh Malaysia akan kepentingan perubahan politik di peringkat kebangsaan.

Seorang pereka grafik, yang tidak mahu namanya disebut berkata, perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Kedah semenjak mengambil alih kuasa dari BN sudah menampakkan hasil.

Beliau yang mengaku sebelum ini tidak ambil peduli tentang perihal politik di peringkat negeri atau kebangsaan menjelaskan: “Barisan Nasional dah tak boleh buat apa dah… PAS punya kempimpinan lagi bagus dari BN sebelum ini. Budak-budak muda pun dah ramai sedar.”

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik pula menjelaskan penuh yakin peranan DAP sebagai rakan baik PAS dalam usaha menambahkan lagi keyakinan rakyat melalui anjuran ceramah yang diadakan bersama.

“Perkara tabu seperti sentimen perkauman yang digunakan ketika era pemerintahan BN sudah dipecahkan sama sekali,” katanya.

Mungkin ada yang menganggap kata-kata Lee hanya sebagai penaik semangat, tetapi ketika penulis berada di pejabat perkhidmatannya di Mergong, Alor Setar, tidak putus-putus kunjungan dari rakyat pelbagai lapisan kaum.

Di sini jelas sekali, walau pun penulis hanya berada di pejabatnya dalam beberapa jam, apa yang dikatakan Lee memang ada benarnya.

Bagaimana pun, Pemuda DAP Kedah lebih berhati-hati dalam mencongak sokongan rakyat terhadap DAP di negeri itu, terutamanya untuk memastikan diri tidak terperangkap dengan sikap terlalu yakin atau ‘over confident.’

Wakil Pemuda DAP Kebangsaan Kedah, KB Teoh berkata, walau pun Pakatan Kedah pimpinan PAS dijangka mendapat mandat sekali lagi untuk penggal akan datang, beliau gusar kerana penjaja-penjaja di Alor Setar dikatakan telah “dibeli” oleh MCA.

Memang mengikut sejarah DAP dan melalui apa yang dikatakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong, semenjak penubuhan DAP, kaum penjaja adalah tunjang utama kepada kekuatan DAP.

Namun realiti semasa menunjukkan rakyat dari pelbagai lapisan kaum dan status di Kedah tidak begitu mempedulikan hal-hal “kecil” sebegitu lagi kerana rata-rata, khususnya golongan muda, sudah bosan dan meluat dengan dasar-dasar BN yang tiada tiang seri.

Mereka juga sedar UMNO sebagai tonggak BN yang berangan-angan mahu merampas kembali Kedah masih tenggelam dalam kemelut rebutan kuasa dan persoalan tentang siapa mahu jadi Menteri Besar.

Jawapan untuk bukti-bukti kebencian golongan muda terhadap UMNO dan BN sudah terlampau berlambak di laman-laman Facebook.

Negeri Indera Kayangan

Berlainan dengan Kedah yang telah menyaksikan kehadiran DAP sejak 1970-an, DAP di Perlis secara rasminya mula bertapak pada 2009 dan semenjak itu dengan cepat membangun di mana sehingga sekarang sudah mempunyai tujuh cawangan.

Rekod Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang sebelum ini di Perlis kurang cemerlang berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimana pun, itu cerita lama. Realitinya, tahap penerimaan rakyat Perlis, seperti juga di Kedah, terhadap gelombang perubahan politik peringkat kebangsaan sudah terkesan di sanubari mereka yang tercerah hatinya.

Menurut Naib Pengerusi DAP Perlis, Abdul Manan Abdul Razak, orang sudah tidak takut lagi melihat logo Roket berbanding dahulu.

Ini kerana, menurut Manan, ketika banjir besar di utara Semenanjung baru-baru ini, anggota DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan banyak membantu mangsa-mangsa banjir.

“Oleh itu, logo Roket bukanlah dilihat sebagai hantu lagi,” ujarnya, merujuk kepada propaganda UMNO-BN selama setengah abad memburukkan DAP.

Ia juga membuktikan apabila sesiapa sahaja berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dengan hati yang ikhlas, semangat budi baik dikenang juga akan timbul.

Beliau yakin Pakatan Perlis bersama rakan-rakan di Kedah akan mendapat keputusan yang lebih cantik pada pilihan raya akan datang.

Kesimpulan

Diam-diam Pakatan berisi

Diam-diam UMNO-BN buta tuli

Diam-diam rakyat tajam memerhati

Diam-diam PRU, UMNO-BN tinggal lidah dan gigi.

-Roketkini-

Read More...

Isu Wahabi: Dr Uthman tolak pelawaan dialog Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady telah menolak pelawaan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya agar diadakan satu dialog berhubungi isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan soal fahaman Wahabi baru-baru ini.

Juanda menerima surat penolakan mengenai idea berdialog itu, yang dicadang diadakan ketika Ramadan sekarang, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu.


“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Jelas Juanda (gambar), isu itu amat penting dan mendesak untuk diselesaikan memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial dengan pihak Arab Saudi.

“Pihak di sana tentu tertanya tanya kenapakah mereka dituduh sedemikian rupa melalui premis rasmi kerajaan sedangkan kerrajaan Malaysia sering mewar-warkan mendapat kedudukan hubungan paling istimewa dengan Arab Saudi berbanding negara yang lain,” kata Juanda sambil menambah, beliau berharap Uthman tidak menolak ajakan berdialog begitu sahaja.

“Tak perlu dolak-dalik dengan banyak alasan. Kami sentiasa sedia menunggu beliau hadir untuk dialog ini untuk mendengar hujah-hujah beliau. Mereka yang dituduh juga ingin dengar tuduhan daripada mulut beliau sendiri terlebih lagi jika dialog ini diadakan di hadapan pihak mereka dan pihak lain yang terlibat agar mereka berpeluang menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang dituduh itu, terutama kerajaan Arab Saudi,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysian dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

“Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog),” kata beliau yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac).

Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum.

Dalam kenyataannya hari ini, Juanda menambah, tokoh tersebut “sepatutnya tidak berdolak-dalik” memandangkan dalam laporan media sebelum ini beliau bersetuju untuk menyertai dialog secara tertutup.

“... tetapi tiba-tiba datang surat rasmi beliau yang diterima Jumaat lalu, beliau pula menolak pelawaan itu dengan pelbagai alasan yang remeh dan tidak relevan seolah-olah menyalahkan pihak lain yang telah menafikan penglibatan mereka dalam kekecohan tuduhan yang bersifat jahat ini, yang boleh menggugat kepentingan negara Malaysia,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum telah pun menafikan dakwaan tersebut menerusi kenyataan media massa sebelum ini.

Sehubungan itu, Juanda berkata, Uthman mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan Arab Saudi yang beliau dakwa sesat dan bahaya serta ganas di mana beliau sendiri sudah cukup lama bertugas di Istac, yang mendapat banyak bantuan kewangan dan dana secara langsung dan tidak langsung daripada Riyadh.

Uthman juga kta beliau, merupakan penasihat Tabung Haji yang saban tahun pergi ke Arab Saudi mengerjakan haji dan umrah serta membimbing jemaah haji Malaysia tetapi tiba-tiba beliau menyatakan negara berkenaan sebagai menganut ajaran sesat dan suka mengganas dengan pihak lain.

“Umat Islam di Malaysia wajar didedahkan dengan semangat demokrasi terbuka yang memberi ruang kepada semua manusia membela diri secara terbuka dan bertamadun apabila dituduh dengan tuduhan yang amat tidak masuk akal akibat dangkalnya kajian dan penelitian pihak tertentu. Adalah amat malang bagi Malaysia jika mereka yang dirujuk ada kepentingan peribadi dan kecelaruan minda dalam menilai sesuatu perkara akibat kesan idea asal mereka yang sememangnya diketahui adalah masalah yang ramai pihak mengetahuinya.

“Zaman untuk menggunakan kuasa secara membabi buta tanpa sokongan perundangan dan keadilan sejati sudah berakhir. Pihak yang suka menyalahgunakan kuasa dan premis pihak berkuasa wajar disiasat apabila mereka didapati suka menghasut untuk mendatangkan ketidakstabilan dalam negara ini,” katanya lagi.

Read More...

07 June 2011

PAS Digesa Gubal Segera Rangka Negara Kebajikan

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.

Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.

“Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.


“Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.

Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

06 May 2011

Mufti Perlis Kena Cakap Pakai Otak Bukan Pakai Kaki

Jangan sampai orang kata nilai mufti lebih murah dari seluar dalam

Bila baca kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam berita Utusan Malaysia Rabu lalu bertajuk "Pengkhianat Islam", saya malas nak komen. Jenis cakap foot in the mouth, komen buat apa.

Mafhum cakap dia ialah, kalau tak nak bersatu dengan Umno, itu pengkhianat Islam. Tu yang saya kata jenis cakap foot in the mouth tu. Nak aku carut-carut. Segan la pulak nak mencarut sebab mencarut tak dibenarkan oleh Islam. Allah s.w.t. serta Rasul-Nya s.'a.w.w. tak pernah mencarut.

Semalam Mamat tu merapu lagi. Lihat berita Malaysian Insider semalam "Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran". Kena debik jugak nampaknya Mamat cakap kot kaki ni. Ajaq supaya jangan sedap-sedap cakap menyesatkan orang.


Saya tak peduli sama ada PAS nak bersatu dengan Umno atau tidak. Itu urusan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Depa boleh putuskan dalam muktamar depa. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Saya hanya nak bercakap sebagai orang Islam biasa atau ordinary Muslim.

Saya bukan ahli PAS. Tetapi sebagai orang Islam biasa, nas al-Quran mana yang menyatakan saya pengkhianat agama kalau saya tak nak dan benci sangat-sangat nak bersatu dengan parti perasuah yang busuk hingga ke usus? Woi Mamat, hang jangan sedap-sedap nak dakwa hang bercakap ikut al-Quran.

Hang jangan nak sesatkan orang dengan gelaran mufti yang dipakaikan kepada hang. Tu yang aku sakit hati tu. Sesatkan orang dengan dakwaan kononnya dia cakap ikut nas al-Quran.

Bukan saya yang kata Umno sudah jadi parti perasuah. Tun Dr Mahathir yang tulis gitu dalam blog dia. Berjuta-juta orang dah baca. Dr Mahathir juga yang tulis dalam blog dia bahawa Umno dah busuk hingga ke usus (rotten to the core). Saya yakin yang buruk dan busuk tu ialah kelaku. Sebab tu la saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan buat kelaku busuk macam Umno.

Hello mufti, hang nak lempaq tang mana amaran Allah dalam surah Hud ayat 113?

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Cakap pakai otak la, mufti. Jangan sesatkan orang dan dakwa pula hangan cakap ikut nas. Jangan sampai orang tuduh hang mufti sekupang tiga. Umno boleh beli sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam (Komen-komen saya malas nak moderate lagi. Nanti la bila-bila senang).

Pak Bakaq

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Mufti Perlis Terlalu Melampau

Isu PAS-Umno: Mufti Perlis tak wajar label ‘pengkhianat Islam’

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.

Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu “melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.


“Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan di sini tetapi melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Sehubungan itu, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, “dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat,” kata beliau lagi.

“Kita sokong penyatuan Umno dan PAS, tetapi untuk mengatakan seseorang itu pengkhianat Islam hanya kerana tidak bersetuju atau tidak membantah penyatuan Umno dan Islam, saya anggap ia satu kenyataan yang tidak wajar datang daripada seorang mufti,” katanya ketika diminta penjelasan mengenai tulisan dan pandangannya dalam entri blog.

Ketika ditanya tokoh agama lain seperti Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah memberikan pandangan mengenai perlunya kerjasama politik PAS dan Umno, Zamihan yang pernah terlibat dalam perang kenyataan dengan Juanda (gambar) dalam isu Wahabi lebih seminggu lalu berkata:

“Ya, ada... tetapi pandangan Tan Sri Harussani tidak melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat Islam jika membantah penyatuan Umno dan PAS.”

“Tidak wajar sebab dalam isu PAS dan Umno ini isu politik kepartian... BN atau PAS adalah parti politik sedangkan Islam bukan parti politik, ia mempunyai nilai yang tinggi, agama yang bersifat universal,” katanya sambil menambah, perkataan “khawarij” seolah-olah menganggap seseorang itu sebagai “pengganas.”

Beberapa pihak tidak bersetuju dengan kenyataan Juanda khususnya dari PAS sendiri.

Bagaimanapun dalam kenyataan lewat semalam, Juanda yang kini berada di Arab Saudi atas jemputan kerajaan negara itu mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.

Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Kelmarin akhbar melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

05 May 2011

Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.

Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”


“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Read More...

Mufti Separuh Masak Ditegur Lagi

Jangan cepat label pengkhianat Islam, pemimpin PAS tegur Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.


“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.

“Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.

“Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).

“Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu,” katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Kenyataan Separuh Masak Mufti Perlis

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

Ahmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.


"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold...”

"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.

Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

08 April 2011

Video Seks - Presiden Peguam Islam Menyeleweng Dari Prinsip Dalam Islam

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Dr Juanda (kanan) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam.

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu.

"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng.

"Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya.

Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal (kiri) berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayynah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen.

bersih parliament police blockade memo 111207 parliament"Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

04 April 2011

Anak yatim dibelasah guru, meninggal

ALOR SETAR - Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, dimasukkan ke hospital berkenaan, Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.


Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.

“Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.

“Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari,” katanya.

Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.

Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.

Sinar Harian/-

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

08 September 2010

Ditahan Sambut Aidil Fitri Lebih Awal Di Perlis

Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.


Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

“Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang dah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru,” katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir. — Bernama

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas