BlogList Malaysia
Showing posts with label altantuya. Show all posts
Showing posts with label altantuya. Show all posts

31 December 2012

Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar

KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk “The Black Rose – Black Rose 1.0″

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.


Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya’s sebagai penulisnya.

Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku tersebut menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.

Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.

Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.

Selepas wawancara disiarkan Harakah Daily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.

Selepas wawancara kedua disiarkan pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.

Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.

Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.

Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.

Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.

- keadilandaily.com/



Read More...

28 December 2012

Pendedahan Terkini Deepak..

Saya dipaksa jual syarikat saya, kata Deepak

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.

Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.


"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/217592


Read More...

22 December 2012

Siasat lima perkara serius dalam SD Bala

PETALING JAYA 21 Dis: Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:


25. “Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:

25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.

25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.

Menurut Johari, Balasubramaniam dalam akuan berkanun itu menyatakan dengan jelas nama Najib Razak, sebelum ia ditarik balik mengguna akuan bersumpah kedua. Tambahnya, akuan bersumpah kedua dirangka seorang peguam yang bersalahan dengan undang-undang.

“Untuk buat perakuan bersumpah tidak mudah. Tindakan peguam menyediakan atau draf SD adalah berat. Harus diambil tindakan kalau salah,” tegas Johari.

Ketika ditanya mengenai lafaz sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, pada 22 Ogos 2008 menafikan tidak terlibat atau mengenali Altantuya, Johari mengulas, ‘itu bukan hal yang utama’.

Terdahulu, KEADILAN menggesa lima individu iaitu Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam dan Balasubramaniam disiasat.

“Sebab itu kita minta siasat kelima mereka , sama ada wujud unsur fitnah atau elemen rasuah. Harus dijelaskan nama PM dan polis kena ambil tindakan,” katanya.

- http://www.keadilandaily.com/


Read More...

17 December 2012

Peguam Anak Beranak Terlibat Dalam SD Bala

Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala

Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ini telah didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak (kiri), yang mendakwa terlibat mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Nama peguam itu dikatakan telah disebut oleh Deepak dalam temubual video dengan organ PAS, Harakah, yang telah disiarkan di YouTube, dengan nama tersebut disunting.

Dalam temubual itu, ahli perniagaan tersebut menceritakan bagaimana peguam kanan itu mendraf dan menyediakan dokumen tersebut bersama-sama dengan anaknya, walaupun hanya anaknya saja yang datang bertemu pihak-pihak lain yang terlibat, di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana bekas penyiasat persendirian itu didakwa "disimpan" .

Dalam blognya tiga hari lalu, aktivis hak asasi manusia, Haris Ibrahim telah membayangkan siapakah peguam kanan yang dimaksudkan itu, tetapi tidak tidak menyebut namanya.

Haris seterusnya telah membuat laporan kepada Majlis Peguam Malaysia awal hari ini.

Harris, dalam suratnya kepada Majlis Peguam, meminta satu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti peguam berkenaan, dan menentukan sama ada terdapat sebarang salahlaku dalam penyediaan SD kedua itu.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.

Hari ini, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan) pula membayangkan bahawa peguam kanan tersebut menganggotai salah sebuah daripada lima panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PI Bala mendakwa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa dia menandatangani SD kedua kerana takut.

Siri pendedahan Deepak itu memberi gambaran yang berbeza, dengan mendakwa Bala menandatanganinya kerana wang.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama peguam kanan tersebut serta anaknya sementara menunggu respon daripada mereka terhadap pertanyaan kami.

http://www.malaysiakini.com/news/216882


Read More...

12 December 2012

Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini.


SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.

"(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya.

Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.

Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan wanita sebelum ini.

"Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya.

Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.

Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/216526


Read More...

Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar

KUALA LUMPUR 12 Dis: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

“Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

“Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.


“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

“Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya,” cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

“Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya “datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana”.

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.


Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.


Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 – 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja.”

Dipetik Dari - http://www.keadilandaily.com/


Read More...

08 December 2012

Hakim Perancis mahu rekod penuh kes Altantuya: Dia adalah KAITAN UTAMA

Hakim penyiasatan Perancis yang mendengar kes Scorpene di Paris telah memutuskan bahawa pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu ada berkait rapat dengan penglibatan kerajaan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam dari DCNS. Mereka mahu menyiasat penglibatannya dalam perkara ini dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap DCNS.

Hakim penyiasatan Perancis telah meminta rekod perbicaraan pembunuhan Altantuya dan mungkin akan datang ke Malaysia, di mana dia telah dibunuh, jika mereka menganggapnya perlu untuk berbuat demikian, jelas Apoline Cagnat, salah seorang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak kumpulan aktivis Malaysia SUARAM.


Cagnat mendedahkan maklumat ini kepada Ahli Parlimen Malaysia pada hari Selasa dalam taklimat yang terpaksa diadakan di Singapura. Pasukan undang-undang SUARAM telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat di Parlimen Malaysia tetapi mereka tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pentadbiran Najib.

Ironi

Pemimpin Malaysia yang berusia 59 tahun dan isterinya Rosmah Mansor telah dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya, di mana 2 bekas pengawal peribadi


mereka telah dihukum gantung kerana membunuh. Selain daripada itu, dakwaan menerima sejumlah 115 juta euro (RM570 juta) dalam bentuk sogokan haram dari DCNS bagi bersetuju untuk membeli kapal selam adalah sebab utama SUARAM membawa DCNS ke muka pengadilan.

"Kami mendapati taklimat itu sangat berguna dan ia benar-benar menangkis propaganda yang cuba disebarkan oleh Umno dan Najib - bahawa perbicaraan

Scorpene di Paris adalah satu rekaan yang kompleks oleh pihak pembangkang," kata Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberitahu Malaysia Chronicle.

"Malah, maklumat terkini yang diberikan oleh peguam Perancis semalam menunjukkan bahawa Najib kini dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Pertama, dia berada di atas senarai saksi utama dan jika dia enggan bekerjasama, dia boleh ditangkap jika berada di Eropah. Kedua, dan merupakan perkembangan yang terpenting adalah keputusan terbaru hakim siasatan atas kes Altantuya. Mereka tidak akan menyiasat pembunuhannya itu secara langsung tetapi ironinya ia mungkin bakal memberi jawapan kepada persoalan yang berada diminda semua rakyat Malaysia iaitu siapakah yang mengarahkan pengawal peribadi untuk membunuh Altantuya - akhirnya ia bakal terjawab di mahkamah Paris dan bukannya di Malaysia ".

3 kali pembayaran


Cagnat juga memberitahu penggubal undang-undang Malaysia bahawa hakim penyiasatan telah meneliti 3 pembayaran. Yang pertama adalah bayaran sebanyak 115 juta euro kepada Perimekar, sebuah firma yang dikawal oleh Razak Baginda teman akrab Najib yang juga berada dalam senarai saksi utama; kedua, pembayaran sebanyak 2.5 juta euro yang dipercayai menjadi "wang yang digubah" di Malta; dan ketiga, pembayaran sejumlah 36 juta euro kepada Terasasi, sebuah firma yang diterajui bapa Baginda.

Altantuya merupakan seorang wanita Mongolia cantik yang berusia 28 tahun. Dia datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menuntut haknya daripada sejumlah komisyen yang diberi DCNS. Dia tidak pernah meninggalkan negara kita dan rekod imigresen Malaysia terhadapnya dengan misterinya telah dipadam, menunjukkan campurtangan di peringkat tertinggi.

Walau bagaimanapun, desas-desus mengatakan bahawa dia merupakan kekasih Najib dan kedua-dua Najib dan Baginda pernah pergi ke luar negara untuk berunding dengan DCNS. Dia dipercayai telah dibunuh kerana mengugut untuk mendedahkan mereka serta membongkar kegiatan rasuah dalam pembelian Scorpene.

Dua bekas pengawal peribadi Najib, Azilah Hadri dan Sirul Umar telah dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh selepas perbicaraan yang dibocorkan pegawai kedutaan AS dalam WikiLeaks mengambarkan ia sebagai perbicaraan yang meragukan. Kedua-duanya kini menunggu hukuman dijalankan, dengan rayuan mereka berkali-kali ditangguhkan oleh pihak berkuasa.

Mahkamah Malaysia tidak peduli dakwaan memeranjatkan Sirul

Baginda, yang telah mengaku sebagai kekasih Altantuya, telah dibebaskan deng

an kontroversinya dan sejak itu melarikan diri ke luar negara dari perhatian media. Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan bahawa mereka kenal akan Altantuya. Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi juga telah menafikan pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan pembelian Scorpene.

Walau bagaimanapun, salah seorang pengawal peribadi itu, Sirul, telah berkata dalam satu kenyataan bahawa dia dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya. Walau bagaimanapun, dakwaan mengejutkan ini telah diabaikan oleh mahkamah Malaysia, yang enggan memerintahkan polis untuk memeriksa dengan lebih lanjut dakwaan Sirul.

SUARAM telah beberapa tahun cuba untuk mendedahkan perjanjian Scorpene, dengan mendakwa ia jauh melebihi harga sepatutnya dan merupakan sesuatu yang tidak perlu. Dakwaan rasuah terhadap Najib telah diabaikan oleh pihak berkuasa, memaksa organisasi hak asasi manusia itu untuk memfailkan aduan di Paris pada tahun 2010 terhadap DCNS. Ia adalah menyalahi undang-undang di Perancis untuk membayar sogokan haram bagi mendapatkan kontrak dan jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia. Melalui perbicaraan di Paris, SUARAM juga berharap ia sebagai desakan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk akhirnya mengadakan siasatan yang telus ke atas skandal itu.

Dipetik dari - Malaysia Chronicle


Read More...

01 December 2012

Altanyuta Hidup Balik Sedang Bergerak Ke PWTC

Petang ini Ha Najib Razak dan pemimpin Umno akan menyimpulkan segagala perbahasan dalam perhimpunan agung Umno termasuklah menyimpulkan segala macam maki hamun yang dilemparkan ke atas pembangkang selama empat hari bersidang.

Bagaimana pun bukan kesimpulan terhadap maki hamun perwakilan kepada pembangkang termasuk sinikal kejam Mohamad Alwi Che Ahmat kepada Nik Aziz itu yang dinanti-nantikan, tetapi apa ditunggu ialah jawaban Najib kepada beberapa isu yang meletup di luar dewan merdeka merdeka.

Isu yang meletup di luar dewan merdeka sangat dinanti dan menuntut Najib membuat penjelasan. Bahkan isu-isulah menjadi signifiken kepada perhimpunan terakhir Umno sebelum parti itu akan kehilangan keramat.


Tanpa penjelasan isu-isu yang meletup itu perhimpunan selama empat hari empat malam itu tidak bermakna. Ia sia-sia saja dan meletihkan. Mungkin kira-kira 2,500 perwakilan Umno - itu pun tidak semua berpuas hati dengan perhimpunan kali ini, apalah lagi dengan pemerhati dan rakyat di luar sana, mereka lagi tidak memerhati kerana apa yang disaksikan di dewan merdeka itu adalah sandiwara ulangan.

Isu-isu panas dan yang menjadi seperti bom jangka yang diletupan diluar dewan menuntut penjelasan tuntas dari Najib Razak. Najib tidak dapat mengelakkan kerana ia menyentuh soal integriti kerajaan beliau dan Umno. Makanya isu-isu ini menjadi sangat terdesak untuk dijawab oleh Najib dan menjadi perioriti daripada terus mengulas dan memperpanjangkan ejekan kepada kepada pembangkang.

Bagi ahli Umno mereka akan balik bagaikan itik pulang petang - 'biyan' (tembolok) penuh dengan dengan makanan; sebab di perhimpunan itu atau untuk hadir ke perhimpunan semuanya disediakan termasuk makan minum dan wang saku. Begitu juga isu-isu dan bahan fitnah telah dibekalkan kepada mereka untuk diecerkan di kampung-kampung, tetapi tidak bagi orang ramai mereka mempersoalkannya mengenai isu-isu yang meletup di luar dewan itu.

Bagi orang ramai dan rakyat mereka tidak lagi fokus kepada apa yang dijelaskan didalam dewan berhubung makin hamun tetapi apa ditunggu-tunggu ialah jawaban kepada apa yang ditimbul menerusi isu yang meletup di luar dewan Merdeka itu yang sangat meruja dan mengejutkan. Isu-isu itu bagaikan hala lintar yang memanah kepala Najib dan Umno.

Isu-isu dimaksudkan ialah mengenai pendedahan Deepak Jaikishan mengenai penglibatan keluaraga Najib berhubung urusniaga taukeh karpert itu dalam perkongsian pembelian sebidang tanah dengan seorang wanita Umno. Ada kemisterian di sebalik urusniaga itu dan inilah yang menjadi tanda tanya.

Apa didedahkan Deepak Jaikishan itu satu rahsia besar yang selama ini cuba di sembunyikan. Walaupun perkara ini sudah menjadi persoalan tetapi ia seakan tersembunyi sekejap dan kini timbul balik. Semuanya bermula apabila Deepak Jaikishan dikatakan di tipu atau dipermain-mainkan oleh wanita Umno berhubung dengan pembelian tanah. Deepak Jaikishan baru mengenali hati budi bagaimana seorang wanita Umno.

Penipuan atau pun pemnbolotan harta rakyat bukan saja dilakukan oleh ahli Umno jantan dan muda tetapi ahli wanita Umno tua dan wanita Umno remaja juga. Mereka adalah sama saja menipu dan membolit harta rakyat. (Apologi kepada orang Umno yang tak makan bangkai).

Mungkin soal Deepak ditipu oleh wanita Umno itu tidak begitu besar dan membimbangkan. Yang lebih parah dari itu ialah apabila Depak membayangkan dia terlibat dalam kerja-kerja untuk mempengaruhi penyiasat persendirian P Balasubarmanian agar mengubah akuan bersumpah (SD)nya yang membabitkan pembunuhan Altantuya.

Dalam SD pertama penyiasatan itu ada menyebut bahawa pembunuhan Altantuya ada sangkut paut dengan Najib atau individu tertentu keluarganya. Bagaimana pun tidak semena-mena SD itu diubah dengan memadamkan beberapa penjelasan dan pengakuan awal termasuk sangkutan dengan Najib tadi.

Pengubahan SD oleh Bala itu dilihat ada kaitan dengan peranan Depak manakala Depak pula dilihat seakan mendapat sesuatu (upah atau imbuhan) di sebalik usahanya sehinggakan SD pertama Bala itu dipinda. Inilah orang nampak di sebalik isu Deepak ini yang boleh menyebabkan darah Najib akan naik sampai ke rambut.

Jadi kemunculan Deepak beberapa jam menjelang Najib memberi ucapan utama didewan merdeka sesuatu mengejutkan. Dan ia sudah tentu isu ini menyebabkan Najib menggeletar dan menuntut dia menjawab pada ucapan penggulungan nanti. Tanpa jawaban Najib rakyat diluar sana akan tetap beranggapan isu yang disebut Deepak itu adalah benar dan Najib terus hendak menyebunyikan anak arbok didalam kocek bajunya.

Isu kedua ialah mengenai pendedahan bekas IGP Musa Hasan kononnya Hishamuddin Hussein telah membuat arahan langsung kepada polis tanpa diketahui olehnya sebagai ketua polis. Apa dilakukan Hishamuddin adalah satu penyalahgunaan kuasa yang besar. Kita semua ingat macam mana Anwar Ibrahim pernah dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa apabila beliau meminta polis bertindak dan mengawal seorang betina sial yang menabur fitnah ke atasnya.

Natijah dari tindakan itu menyebabkan Anwar didakwa atas kesalahan rasuah. Jadi apa dilakukan Hishamuddin seperti mana didakwa Musa itu sama dengan apa yang dilakukan ke atas Anwar. Dari segi semangat kejadian itu Hishmuddin juga perlu ditangkap dan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri. Adalah tidak adil dan nampak sangat undang-undang kita haprak kalau ianya dikenakan kepada seseorang dan seseorang lain pula dilepas dan dibebaskan.

Mengenai salah laku Hishamuddin ini Najib kena bertanggungjawab. Dia kena perjelasakan. Dan sekiranya apa didakwa Musa itu tidak betul, Najib berhak untuk mengarahkan agar Musa Hasan ditahan hari ini juga kerana pendedahan dibuat itu menyentuh soal intergriti kerajaan dan ia mencabar transformasi Najib yang kononnya mahukan ketelusan dan keadilan.

Isu ketiga ialah yang berkaitan dengan isu pertama tadi. Tidak semena-mena isu pembunuhan kejam ke atas Altantuya hidup kembali. Kalau sebelum ini kematian Altantuya sudah hampir hilang dan luput bersama kerangka dan debu-debunya yang dibawa pulang ke Olu Batur Mongolia, tetapi kini ia hidup kembali.

Dengan apa didedahkan oleh Depak itu dan mengambil kira penyalahgunaan kuasa dilakukan Hishamuddin menyebabkan tulang-tulang Altanyuta yang berselerak kini bergerak dan berhimpun membentuk lembaga Altantuya. Cebisan daging yang hancur dan menjadi debu dan humas kini berhimpun dan berpadu kembali kemudian melekat ditulang mengikut kedudukan asalnya. Justeru kini lembaga Altantuya bangkit dan bangun kembali. Dia kini sedang berjalan perlahan-lahan menurun Bukit Puncak Alam dan menuju ke PWTC.

Kemudian ia berjalan dan bergeliwat di dewan merdeka. Makanya sudah tentu Najib dan pemimpin Umno termasuk Zahid Hamidi kena halau lembaga itu, kena runtuh lembaga Altantuya itu. Sekiranya Najib dan pemimpin Umno gagal menghalaunya sudah pasti lembaga Altantuya yang dijampi oleh P Balasubermanian dan Deepak akan bergerak dan berjalan.

Lembaga Altantuya akan round seluruh Malaysia menceritakan nasibnya, menceritakan siapa matermind membunuhnya dan akhir sekali akan menunjuk kepada 29 juta rakyat Malaysia siapa mencengkek lehernya sebelum ditembak. Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah yang membunuh Altatuya tidak akan muktamad. Dunia tetap akan meragui keputusan itu sampai ke bila-bila?

Makanya petang yang mulia nanti kita sama-sama tunggu apakah Najib dan pemimimpin Umno bersuara atau tidak tentang segala isu itu. Dan kalau pun mereka bersorak kegembiraan kerana perhimpunan itu berjaya menggemburkan semangat, tetapi percayalah nun jauh di lubuk hati, mereka didogam keresahan dan setiap telinga orang Umno terdengar dengan rintihan tolonggg... tolonngggg.... dari Altantuya Sharribbu. [wm.kl.10:17 am 01/12/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/altanyuta-hidup-balik-sedang-bergerak.html


Read More...

29 November 2012

Najib Perlu Saman Deepak Kerana Menfitnahnya..

Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.


Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.

Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.

Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.

Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

http://www.malaysiakini.com/news/215421


Read More...

27 November 2012

Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti Hakim Scorpene

SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.


“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.


Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.

Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.

Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.
(Laporan lanjut menyusul)

Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/


Read More...

03 August 2012

Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala

Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali "di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.


"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".

Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

http://www.malaysiakini.com/news/205341


Read More...

21 April 2012

Zahid Hamidi Enggan Hadir Ke Mahkamah Perancis

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.


Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. - Malaysiakini

* Rakyat biasa sebut rasuah, orang atasan panggil komisen...

Dipetik dari - http://lagiberita.blogspot.com/2012/04/menteri-enggan-hadir-ke-mahkamah.html


Read More...

12 April 2012

Soalan Panas Shaaribuu..

Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?

Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.

Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.


Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia.

Dipetik dari - http://karatijau.blogspot.com/2012/04/soalan-shaaribuu-ini-mengkantoikan-puak.html


Read More...

09 March 2012

Pembunuhan Altantuya : Siasat semula, banyak perkara yang tidak kena - Bekas Pengarah CID

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.


Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).
“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28063


Read More...

08 March 2012

Hubungan telefon pada malam Altantuya dibunuh

Beberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia ltantuya Shaariibuu dibunuh.

Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu - perkara itu dinyatakan pada kertas pertuduhan yang mencatatkan masanya sebagai antara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya - yang menyaksikan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.


Azilah menelefon Abdul Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9:41 malam, 19 Oktober 2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dilakukan sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10:41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.

Azilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.

http://malaysiakini.com/news/191434


Read More...

16 December 2011

Razak Baginda Muncul Kembali..

Selepas sekian lama tidak mendapat perhatian media, Abdul Razak Baginda yang meraih kontroversi daripada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu muncul dalam satu program dialog di Kuala Lumpur.

Abdul Razak, yang menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford bercakap dalam satu program dialog anjuran satu persatuan universiti berkenaan di The Bankers Club, Jalan Imbi pada malam tadi.

Hebahan program di laman web kelab berkenaan menyebut, program dialog tersebut adalah berhubung "cabaran agama dan politik Malaysia hari ini."


Difahamkan, Abdul Razak dalam program berkenaan telah mempertahankan penglibatannya melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd dalam urusniaga pembelian kontroversi dua kapal Scorpene.

Abdul Razak bertindak sebagai ejen kerajaan melalui syarikat berkenaan.

Abdul Razak dalam sesi soal jawab dalam program berkenaan dipercayai berkata, urusniaga berkenaan berlaku secara terbuka dan bersih.

Kandungan terperinci sesi berkenaan tidak dapat didedahkan kerana penganjur mengenakan peraturan kerahsiaan Chatham House.

Peraturan kerahsiaan itu digunapakai dalam mesyuarat untuk menggalakkan ketelusan dan perkongsian maklumat.

Read More...

27 October 2011

Rayuan Bapa Altantuya

Segerakan kes saman sivil, rayu bapa Altantuya

Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan.

Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.


Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.


Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Read More...

27 May 2011

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.


"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

18 April 2011

Altantuya: Umno-BN masuk jerat Raja Petra

Setelah tiga tahun membuat perakuan bersumpah, Raja Petra Kamaruddin (PRK) akhirnya mencapai hasratnya supaya pihak berkuasa menyiasat kandungan keterangan itu bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Namun anehnya, yang akan menjalankan siasatan bukan polis, tetapi Angkatan Tentera Malaysia yang menggantung tugas Kolonel Azmi Zainal Abidin, individu yang dinamakan oleh RPK dalam kenyataan bersumpahnya itu.

RPK mendakwa beliau diberitahu dari dua sumber lain bahawa Azmi mempunyai laporan perisikan yang mengesahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua pegawai ATM lain berada di tempat kejadian malam Altantuya dibunuh di sebuah hutan simpanan pada Oktober 2006.


Ketika itu, tidak ada siasatan dijalankan oleh mana-mana pihak, polis mahupun ATM bersabit isi kandungan kenyataan bersumpah itu.

Sebaliknya Raja Petra sendiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menfitnah Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Larikan diri

Khuathir terhadap keselamatan diri, Raja Petra yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu melarikan diri ke Australia dan menetap di sana dalam buangan.

Setelah tiga tahun berlalu, RPK mengambil keputusan dua bulan lalu untuk memberikan wawancara kepada TV3, sebuah stesen televisyen kawalan Umno.

Beliau mengumumkan dua perkara. Satu adalah RPK tidak lagi percaya Rosmah berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh, lebih-lebih lagi setelah beliau dimaklumkan bahawa laporan perisikan yang ada pada Kolonel Azmi telah “dimusnahkan” dan tidak ada salinan pendua.

Seperkara lagi yang turut menjadi muka depan di semua akhbar adalah bahawa Anwar tidak bijak menguruskan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam kes Rosmah-Altantuya – tentunya persoalan utama ialah kenapa hanya sekarang ATM bingkas menyiasat Kolonel Azmi yang menjadi pegawai kedua tertinggi dalam Cawangan Khas pada tahun 2008.

Tidak ada pula arahan daripada ATM ketika itu untuk Azmi membuat laporan polis bagi mengesah atau menafikan wujudnya laporan perisikan sedemikian ataupun kebenaran sama ada beliau berurus dengan ahli-ahli politik.

Dinaikkan pangkat

Sudah tentu ATM mempunyai akses kepada kenyataan bersumpah RPK pada tahun 2008 lagi, namun nampaknya tidak ada tindakan terhadap Azmi ketika itu, malah beliau dinaikkan pangkat dari Lt Kol menjadi Kolonel penuh.

Ada seperkara aneh mengenai “siasatan' yang diumumkan oleh Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin Jumaat lalu.

Awal-awal lagi pemimpin tertinggi ATM itu mengumumkan bahawa laporan perisikan yang melibatkan Rosmah tidak wujud sama sekali dan Azmi telah berurusan dengan pembangkang dalam kapasiti peribadi beliau.

Bila dan bagaimanakan fakta-fakta ini terkumpul jika tidak ada siasatan dijalankan sebelum ini?.

Rumusan yang lojik adalah siasatan yang bakal dijalankan oleh ATM sudah tiga tahun lewat.

Persoalan juga menjurus kepada apakah jenis pembelaan yang boleh diharapkan oleh Kolonel Azmi jika awal-awal lagi Azizan mengisytiharkan laporan Rosmah-Altantuya tidak wujud dan beliau (Azmi) bertindak secara sendirian.
Ketelusan siasatan terhadap Azmi tidak akan diketahui kerana tentunya Akta Rahsia Rasmi akan tertera dalam huruf besar pada kertas siasatan berkenaan.

Pendedahan RPK mengenai kes Altantuya yang cuba diuar-uarkan oleh media arus perdana sebenarnya menjerat kerajaan Umno, ATM dan polis sendiri.

Mereka terpaksa menjawab kenapa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh RPK sejak tiga tahun tidak disiasat sebelum ini.

Sengaja dihilangkan

Tidak dinafikan kemungkinan laporan perisikan yang dimaksudkan oleh RPK memang tidak wujud.

Namun apakah mungkin juga laporan itu “sengaja “dihilangkan”, justeru adalah selamat untuk pihak berkenaan tampil melakukan “siasatan” sekarang?

Selain ATM, adakah polis juga akan menyiasat Kol Azmi dan individu lain yang dinamakan dalam kenyataan bersumpah RPK?

“Pendedahan terbaru” RPK di TV3, kenyataan bersumpahnya tiga tahun lalu, dan keterangan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam hanya menzahirkan keperluan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pembunuhan Altantuya.

Umum tahu bahawa tawaran terbuka Bala untuk disoal siasat mengenai pengakuannya bahawa Najib ada berhubungan dengan Altantuya tidak disambut oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapa beri arahan?

Seperti RPK, Bala juga berada “dalam buangan” di luar negara kerana bimbangkan keselamatan diri namun rela bekerjasama dengan syarat keselamatan dirinya terjamin.

Masa sudah sampai untuk sebuah RCI ditubuhkan dan mendengar serta menilai keterangan dan bukti-bukti yang dibawa oleh Raja Petra, Bala, Deepak Jaikishen, Abdul Razak Baginda dan lain-lain.

Persoalan-persoalan seperti siapa yang memberi arahan kepada dua pegawai polis untuk membunuh Altantuya, jika benar mereka yang bertanggung jawab, masih belum terjawab.

Begitu juga dengan hubung kait pembunuhan itu dengan komisyen RM500 juta untuk pembelian kapal selam ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Antara video lucah dan pembunuhan seorang warga asing yang melibatkan kepentingan negara, agaknya yang mana satu lebih mendesak untuk mengundang penubuhan RCI?

Dipetik dari - Malaysiakini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

14 April 2011

Raja Petra ‘ubah’ sejarah, kata Pengarah Strategi PKR

KUALA LUMPUR, 14 April — Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh Hamzah tiga tahun lalu untuk membincangkan strategi menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjadi perdana menteri, sebaliknya peluang tersebut memihak veteran Umno itu.

Rafizi (gambar), Pengarah Strategi PKR menegaskan, pertemuan dimaksudkan itu diadakan pada Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas perdana menteri tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.

“Raja Petra mengubah cerita supaya memihak kepada beliau,” katanya.

Dr Mahathir ketika itu “menyerang” Abdullah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Ia terjadi disebabkan rasa kurang senang apabila Abdullah merombak sistem dan dasar pentabiran diwarisi Dr Mahathir termasuk membatalkan rancangan “jambatan bengkok”, projek yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor.

Raja Petra menyatakan demikian dalam tulisan terbaru portalnya hari ini, yang mendedahkan wujud konspirasi cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan, Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri.

Beliau membuat pendedahan itu sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan Rafizi sendiri, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Bagaimanapun Rafizi berkata pertemuan itu “tidak bercakap soal Najib, Rosmah atau Altantuya.”

“Mereka yang bercakap hanya menyatakan perasaan meluat mereka dengan Abdullah dan berkata, hanya Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh menyelamatkan negara.

“Najib bukan satu faktor kerana beliau terlalu lemah untuk mencabar Abdullah,” katanya.

Beliau menambah, sebelum petanda pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan Barisan Nasional (BN) tewas lima negeri dan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Jadi semua orang menyangka BN kebal dan Abdullah hanya boleh digantikan seseorang dalam Umno. Ku Li dilihat mampu untuk menerima cabaran itu kerana apa yang telah beliau lakukan sebelum ini,” kata Rafizi merujuk kepada Tengku Razaleigh yang disingkirkan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

“Tetapi Ku Li tidak makan umpan,” katanya.

“Pertama beliau mahu melihat sokongan. Sebaliknya, jika tiada sesiapa dari Umno menyokong dia, dia akan diskru,” tambah Rafizi.

“Tapi Ku Li tidak berminat. Beliau mahu melihat sokongan dulu, kalau tiada sesiapa dalam Umno yang sokong, beliau akan tarik diri,” tambahnya.

Jelas Rafizi, beliau hadir pertemuan itu atas dasar peribadi sama seperti Raja Petra yang dijemput untuk hadir dalam satu program anjuran Allahyarham Adlan Benan Omar.

Beliau setuju untuk menghadiri pertemuan itu, yang mana kali pertama berjumpa dengan Raja Petra pada 2003.

Rafizi berkata, temu bual Raja Petra bersama TV3 itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti Tengku Razaleigh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ancaman kepada Najib.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau tidak tahu mengapa Raja Petra, yang dulu memihak pembangkang kini membuat dakwaan sedemikian, sementara beliau tidak bercakap dengan blogger kontroversional itu sejak 2009. - MI

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas