BlogList Malaysia

26 January 2010

Mana Lebih Biadap : Mampos Atau Binatang ??

Pagi tadi ketika sedang membeli sarapan di sebuah warung, tiba-tiba terdengar brek kecemasan kereta ditekan dengan bunyi yang kuat tidak sampai 10 meter dari tempat saya berdiri. Rupanya pemandu kereta - seorang wanita - cuba mengelak seorang pemuda bermotorsikal yang membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.

"Nak mampoih betoi budak tu. Nasib baik tak kena langgaq!," kata mak cik penjual nasi lemak.

"Eei...mak cik, jangan sebut perkataan mampoih, nanti polis tangkap!" tiba-tiba pemuda di belakang saya berkata.

"Awat pula sebut 'mampoih' tak boleh? Dia memang lapaq mampoih!" kata mak cik separuh tercengang.

"Mak cik tak tau ka ada orang dah kena tangkap polis sebab sebut perkataan mampoih (mampus)? Tapi kalau nak sebut Raja tu menatang (binatang) tak pa, makcik, tak salah..."

Mak cik penjual nasi lemak itu cuma tersenyum. Entah dia faham atau tidak dengan apa yang cuba dikatakan oleh pemuda di belakang saya itu, entahlah. Tapi bagi mereka yang faham, apa yang cuba diperkatakan pemuda itu kini sedang hangat diperbualkan oleh ramai orang. Ia mengenai blogger Aduka Taruna yang ditahan polis kerana menyebut perkataan 'mampus' bagi merujuk kepada kemangkatan al-marhum Sultan Johor.

Tapi itu cerita Aduka dan al-marhum Sultan Johor. Di Terengganu pula lain ceritanya: Sultan pernah dipanggil natang (binatang) oleh puak Umno pada Mac 2008, tetapi hingga kini tiada siapa pernah dituduh di mahkamah kerana menghina Sultan walaupun laporan polis pernah dibuat mengenainya.






Apa bezanya 'mampus' dan 'binatang', bukankah kedua-duanya membawa maksud menghina? Tapi jika diteliti perkataan 'binatang' itu lebih teruk dan lebih biadab maksudnya berbanding 'mampus'. Sekurang-kurangnya mangkat, mati dan mampus membawa maksud yang sama. Jika tak percaya, cuba selak kamus, ketiga-tiganya diterjemahkan sebagai dead dan pass away dalam Bahasa Inggeris. Cuma tempat ia digunakan saja berbeza mengikut kehalusan budaya Melayu.

Tapi perkataan 'binatang' dan 'Tuanku' tidak membawa maksud yang sama dalam Bahasa Inggeris. Bezanya bagai langit denga bumi. Jika tidak percaya, bukalah kamus!

Tapi mengapa menyebut perkataan yang lebih berat penghinaannya itu tidak dihukum? Adakah kerana yang menyebut perkataan yang tersangat biadab itu ialah pengikut Umno, maka ia tidak dikenakan hukuman? Tak kan di negara 1Malaysia ni ada dua set undang-undang untuk pengikut Umno dan bukan pengikut Umno?

Catatan terkini: Aduka Taruna diperintah tahanan reman sehingga 29hb. Januari, 2010.

Pendikar Gunung Keriang

3 Komen :

Unknown January 26, 2010 at 9:45 PM  

dua set minda yang terbalik!

Anonymous ,  January 26, 2010 at 11:00 PM  

http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2666:minta-maaf-tidak-cukup-aduka-taruna-perlu-disiasat-polis-dan-jakim&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

Anonymous ,  January 26, 2010 at 11:02 PM  

http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/01/adun-triang-menitiskan-air-mata.html

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas