BlogList Malaysia

25 October 2010

Kes Perbicaraan aduka Taruna Bersambung 30 Nov - 2 Dis

Perbicaraan hari kedua kes penulis blog yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor, Mahkamah Sesyen semalam, memanggil dua lagi saksi pendakwaan.

Saksi ketiga, Inspektor Siasatan Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Inspektor Mohd Faizal Zainal, 28, dan Ketua Siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Asistan Suprintendan Mazlan Nordin, 36, sebagai saksi keempat.

Kedua-dua saksi diminta mengecam bahan bukti yang dirampas ketika serbuan pihak polis ke lokasi perbuatan menghina kesultanan Johor dilakukan.

Semua bahan bukti yang dirampas adalah peralatan komputer riba dan perisian jalur lebar yang digunakan tertuduh ketika melakukan perbuatan terbabit.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang juga juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 7.25 dan 9.05 malam, pada 22 Januari lalu di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah dan Khairulizam diwakili peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin.

Hakim Amran Jantan menetapkan mahkamah bersidang semula 30 November dan 1 hingga 2 Disember ini. - Greenboc

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas