Mungkin setakat ini kes pukul aduka taruna di Masjid Rusila hanya berlegar di sekitar peminat-peminat blog sahaja dan belum merebak ke seluruh warga negara yang prihatin dengan hal ehwal politik, agama dan masyarakat di seluruh Malaysia.
Ada dua kemungkinan yang dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab di Masjid Rusila:
1. Pekakkan telinga dan tak payah buat apa-apa kenyataan. Apa nak dilayan dengan orang muda yang mengaku ahli Pas, seorang blogger yang tak diperakui oleh Pas sumbangannya kepada Parti. Apatah lagi blogger tersebut dengan tak ada etika menyerbu seorang Presiden Parti Politik yang meletakkan martabat Ulama di tempat yang tertinggi. Maknanya antara Ulama dan blogger adalah 2 kasta yang amat jauh jaraknya, apa nak ambil kisah.
2. Memberikan penjelasan duduk perkara yang sebenarnya dan menunjukkan Pas parti yang prihatin yang melihat segenap sudut dan tidak mengambil ringan segala kejadian yang boleh mencalar kredibiliti Parti. Mengakui juga kelemahan dan kesukaran mengawal segelintir manusia yang cepat naik darah walaupun telah bertahun-tahun ditarbiah penuh dengan ilmu keagamaan di Masjid Rusila. Kalau dah dikatakan manusia, tetap juga manusia, suka pertumpahan darah.
Semua yang berpolitik perlu ingat bahawa Pas adalah Parti Politik. Ilmu yang ditekankan biasanya berkisar dalam bidang ilmu politik, ilmu perang, ilmu tawan, ilmu menguasai, ilmu kepimpinan, ilmu pemerintahan, ilmu menjatuhkan lawan, ilmu menaikkan kebenaran, ilmu mematahkan hujah lawan, ilmu strategi, ilmu bahas hujah lawan...dan ilmu-ilmu lain yang seumpama dengannya.
Sebagai orang Islam yang ingin menunaikan tanggungjawab dakwah, Pas mengambil pendekatan politik untuk berdakwah maka segala pergerakannya tak dapat lari dari pertimbangan politik yang berkisar sekitar aktiviti yang disebutkan di atas. Ia ilmu siasah yang berorientasikan matlamat dan kadangkala terpaksa berkorban untuk mencapai agenda yang lebih besar. Boleh lihat kembali bagaimana Muawiyah mengambil kuasa dari Sayidina Ali, tak perlulah kita bahaskan siapa benar siapa salah.
Di sini ada ternampak 2 perbezaan pandangan dalam kumpulan Pas, satu yang mendakwa Pas mahu mendaulatkan Islam buka ke Putrajaya. Jadi Pas tak perlu apa-apa perubahan. Kumpulan ini pada teorinya mahu melihat Pas menjadi satu pergerakan yang syumul lebih kepada pergerakan dakwah komprehensif dan tidak terlalu fokus pada politik. bagi kumpulan ini kes Aduka taruna merupakan satu tamparan hebat kepada mereka.
Satu lagi berpendapat macam mana nak tegak dan mendaulatkan Islam kalau dalam masa yang sama tak dapat menguasai pemerintahan dengan menguasai Putrajaya. Kumpulan ini bercakap senada dengan pahaman orang politik. Mereka mahu menguasai Putrajaya melaui politik dan seterusnya menterjemahkan Islam secara lebih menyeluruh.
Bagi mereka yang mahu berdakwah melalui akhlak maka disyorkan mereka mengikuti pergerakan sufi dengan menyertai tarikat-tarikat yang ada banyak di Malaysia ini. Jiwa akan tenang dan ramai yang akan tertarik pada seorang yang lemah lembut tidak marah walaupun orang lain berkurang ajar dengan kita.
Bagi yang suka berdakwah dengan cara bermusafir pula boleh ikut jemaah tabligh, mereka tak perlu ada negara kerana jemaah mereka adalah dunia mereka. Tiada sempadan dari kutub utara hingga kutub selatan mereka lintas dengan penuh tawaduk untuk kerja fikir agama, fikir iman. Mereka tak perlu menguasai mana-mana negara, jadi kenapa perlu berpolitik.
Kembali semula kepada peringatan bahawa Pas adalah Parti Politik, maka segala tindak tanduk hendaklah dilihat dalam konteks kepentingannya terhadap survival dan juga sokongan orang ramai kepada parti. Jika memukul penyokong Pas sendiri yang agak biadab kepada presiden parti dianggap tidak membawa apa-apa kesan kepada Parti maka buat pekak sajalah. Kita lihat bagaimana Yang Mulia Tuan Guru Presiden menyelesaikan masalah ini.
Warta Shubhi
08 January 2011
Kes Aduka Taruna Kena Pukul - Perlu Penjelasan Segera !
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
aduka taruna
,
hadi
,
tumbuk
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment