KUALA LUMPUR : Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.
Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.
Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam. Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan anggota polis beruniform di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama memukul mangsa.
Dalam rakaman selama lima minit itu, seorang lelaki berbaju belang dilihat naik ke atas kereta dinaiki mangsa dan menghayun penukul besi ke arahnya.
Mangsa yang dipercayai suspek penjenayah kemudian diheret keluar daripada keretanya sebelum beberapa individu lain memukul bertubi-tubi dan menendang beliau.
Salah seorang lelaki berbaju batik pula dilihat cuba menghempas batu ke kepala lelaki tersebut, tetapi dihalang. Mangsa yang cedera, kemudian diheret ke arah kereta peronda polis berhampiran tempat kejadian.
Sementara itu, maklumat di Facebook menyatakan lelaki yang menggunakan penukul besi dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Bagaimanapun, timbul persoalan mengapa beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak menghalang perbuatan itu.
Rakaman ini sekali lagi mencemar reputasi polis yang semakin buruk, ekoran salah laku anggotanya seperti memukul suspek penjenayah, kes tembakan rambang terhadap orang awam dan kematian dalam tahanan.
Terbaru, melibatkan seorang pengawal keselamatan, C Sugumar yang mati dalam satu kejadian di Hulu Langat 23 Januari lalu.
Antara kes lain termasuk kematian Chang Ching Te awal tahun ini, kematian A Kugan yang dipukul dalam balai polis pada 2009 dan kes remaja 14 tahun, Aminul Rasyid Amzah yang ditembak dalam satu kejadian di Shah Alam pada 2010.
Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com
19 February 2013
Video lelaki dibelasah ‘polis’ guna tukul tersebar
15 February 2013
100 samseng Umno kepung, sepak mahasiswa di Pekan
PEKAN 15 FEB: Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu, diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng Umno untuk menghalau mereka pulang.
Bercakap kepada Keadilan Daily, wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ di sekitar kawasan itu.
“Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok serangan berlaku.
“Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya dihubungi ketika beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar.
Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi.
“Samseng-samseng itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok,” kata Ekhsan.
Sebelum ini, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan.
Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.
Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4.
Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu.
29 January 2013
Video Panas Cybertrooper Umno Gaduh Kerana Duit
Cybertrooper UMNO adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran dalam Facebook dan Blog.
Sesuai dengan nama trooper, satu jenis ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya.
Antara tugas mereka ialah membin blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO, menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
Menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.
Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.
Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.
Dan mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO.
Mereka dibayar oleh UMNO..
Mereka diajar dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti.
Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.
Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.
Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.
Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.
Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?
Tetapi sampai bila UMO boleh bayar mereka? Sampai bila cybertrooper ini boleh terima upah yang sikit dan tidak berbaloi? Pastinya mereka akan bergaduh kerana dunia….bergaduh kerana duit….
Dipetik dari ASD
22 January 2013
09 January 2013
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Polis & SB digesa pamer nombor dan tanda nama
KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing.
Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat.
Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR.
“Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?” soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily.
Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya.
Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil iktibar daripada peristiwa ‘Duduk Bantah Bersih 3.0’ pada 28 April 2012 yang mana ramai wartawan telah diserang oleh pihak polis ketika membuat liputan sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital serta kad memori kamera telah dirampas dan ada yang rosak.
“Tapi sehingga hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil berhubung aduan insiden tersebut. Ini tidak harus berlaku di mana wartawan juga merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya diberikan perlindungan keselamatan oleh pihak polis,” ujarnya.
Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang dan menghormati hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Tambahnya, pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan profesionalisme supaya hak asasi rakyat jelata tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya.
“Pihak polis harus berperanan sebagai rakan kita dan tidak memihak kepada sesiapa,” ujarnya lagi.
Katanya, untuk mencapai sasaran 1 juta rakyat untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, WargaAMAN, Tamilar Action Force (TAF), Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan berusaha untuk menggerakkan 10,000 hingga 15,000 masyarakat India di Lembah Kelang dan dianggarkan hampir 100,000 masyarakat India dari seluruh negara akan membanjiri Stadium Merdeka yang ingin keadilan ditegakkan di tanah air kita.
- http://www.keadilandaily.com/
22 December 2012
Hikmah Disebalik Pergaduhan Kaum Di Sungai Petani
SS ke Kulim kelmarin ada urusan keluarga, kebetulan jumpa rakan India, Annamalai yang merupakan MKK di kawasan Padang Serai. Berborak hampir setengah jam di kedai nasi kandaq bersama beberapa rakannya, semuanya India.
"Ada hikmah rupanya cerita Hindu gaduh sama Melayu di Sungai Petani.." kata Malai. Nak tergelak SS, sejak India PKR ni berkawan dengan PAS dah pandai sebut 'hikmah'... sejauh mana dia faham hikmah tu SS pun tak tau.
Semua orang tahu cerita kononnya pergaduhan di Sungai Petani hanyalah cerita antara dua kumpulan yang berselisih faham, kebetulan satu kumpulan Melayu satu India. Isu pergaduhan bukan kerana politik, agama atau perkauman... isunya sangat remeh. Tetapi menjadi besar akibat campurtangan puak ultra Melayu....
"Sekarang rata-rata orang India marah sama Perkasa, Pekida depa pun tau ini semua UMNO punya orang.." terang Malai.
PRU 2008 dulu sokongan India untuk pembangkang memang kuat tapi lepas dua tahun ramai kembali sokong BN. "Sekarang orang India memang marah sama UMNO kes Sungai Petani punya pasal," kata Malai.
Memang betul, ada hikmah atau manfaat politiknya bila puak2 'terlebih Melayu' ni pi dok campurtangan tunjuk samseng kat orang India di Sungai Petani. Tiba-tiba saja tanggapan orang India terhadap Perkasa, Pekida (sebelum ni orang India mungkin tak pernah dengar) dan UMNO jadi negatif.
Bagi SS, bila Allah nak menentukan penolakan rakyat untuk BN maka muncullah sebab musabab yang dibuat oleh penyokong mereka sendiri.
- Saiburi Sudin Kedah La
19 December 2012
Amaran Keras Polis Kedah
Kenyataan Media Polis berhubung Kes Gaduh di Sg Petani
SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.
“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.
“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.
“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.
Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.
Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.
“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.
“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.
Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.
“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.
“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.
Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.
Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.
Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.-SinarHarian
Pergaduhan Di Sungai Petani - UPDATED!!
Apa sudah jadi di Sungai Petani? - UPDATED!
Updated :
Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan.
Nota penting ;
Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete...
Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak. Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.
Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.
Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.
Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.
Petikan dari KBSB.
Kemaskini dari wall PDRM ;
Rujukan : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Dasat. Dasat. Aku tatau nak cakap apa. Aku baca je la cukup. Ini ada orang share info. Katanya just sharing.
Updated :
Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.
Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.
Pemberitahuan ;
Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.
1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.
2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.
3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.
4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.
5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.
Terima kasih.
Dipetik Dari http://sozcyili.blogspot.com/2012/12/apa-sudah-jadi-di-sungai-petani.html
06 December 2012
Tragedi Gombak - Cerita Sebenar Dari Penduduk Tempatan
Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..
Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.
Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun..
Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..
Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..
Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..
Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?
Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..
Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.
Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).
Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.
Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..
Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.
Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"
Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.
Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.
Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?
Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?
Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..
Catatan oleh Mohamed Hadi Al-Majwi, 06 Dis 2012
Dipeti dari - http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/12/keganasan-umno-di-gombak-ini-catatan.html
05 December 2012
Gambar-gambar Lelaki ditikam samseng Umno dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak
Rakyat wajib ajar dan tolak budaya samseng puak-puak umporno dan b-end pada PRU 13 akan datang. Mereka ibarat lembu yang akan disembelih....Batu sebesar ini dilemparkan oleh samseng umporno...
Puak-puak upahan/samseng umporno/b-end datang membuat kacau dengan membaling batu dan objek keras ke atas orang ramai di tapak ceramah merdeka rakyat di gombak! seorang pendengar ceramah telah ditikam di bahu beliau! Ketua cawangan PAS Air Panas, Gombak cedera dikepala selepas terkena balingan pasu. InsyaAllah esok, laporan polis akan dibuat. Kami akan dedahkan lebih banyak bukti. Terus bersama kami. Hancur samseng lembu umporno
10 October 2012
Panas - MB Negeri Sembilan Nak Tumbuk Muka Benggali..
![]() |
| Si Benggali (berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad Hasan... |
1. Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin.
2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni
3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu…
4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat.
5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan.
6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri.
7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya.
8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk.
9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I’ll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!"
10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi.
11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer?
12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat?
13. Stress bonar ko Mad? Kok nak diikutkan, Najib sepatutnya lagilah stress, tapi takdo pulak dio ugut nak numbuk oghang!
-paneh miang
18 August 2012
Imam Dibelasah Warden Dalam Penjara?
Disampaikan oleh isteri Imam Hoslan bahawa suaminya kena belasah dalam penjara. Tidak ada sesiapa dibenarkan melawat melawat beliau selama 14 hari.
Laporan polis sudah dibuat oleh isteri beliau di Balai Polis Kajang. Polis kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa.
http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/08/imam-yang-baling-kasut-kat-hakim-kena.html
30 July 2012
Inspektor Polis Yang Belasah Pekerja Hotel Dikenakan 6 Pertuduhan
Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.
- Bernama
28 July 2012
Mangsa Kezaliman Polis Patut Saman Kerajaan
KUALA LUMPUR: Peserta Bersih 2.0 yang menjadi mangsa kezaliman polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) punya dua pilihan terbaik untuk menuntut bela, iaitu melalui proses mahkamah dan pilihan raya.
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng berkata, tindakan itu bagi menyedarkan pemimpin kerajaan yang tidak tahu menghormati hak rakyat.
“Mangsa patut saman kerajaan kerana ia peluang terbaik untuk menuntut bela terhadap kepimpinan Umno, serta NGO dan polis yang terlibat bertempur dengan rakyat dalam himpunan 9 Julai lalu,” kata Jui Meng.
Tambahnya, keputusan mahkamah yang membatalkan pengharaman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu memalukan kerajaan dan kementerian itu sendiri.
“Saya setuju dengan kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bahawa Hishammuddin adalah Menteri Dalam Negeri paling teruk dalam sejarah Malaysia, sebab beliau selalu buat tindakan sesuka hati,” katanya merujuk kenyataan Kit Siang berhubung isu komunis minggu lalu.
Mengulas lanjut, Jui Meng berkata, perkara asas kepada isu keganasan dalam himpunan Bersih ialah polis sendiri yang mengamalkan sikap berat sebelah dalam berdepan dengan kerajaan Umno dan Pembangkang.
“Sebab itu saya menyeru agar semua rakyat memberi sokongan pada gerakan reformasi yang ingin membebaskan institusi Persekutuan (kerajaan) termasuk polis yang selama ini dikawal kerajaan Umno,” katanya.
“Janji Pakatan Rakyat bila menang pilihan raya termasuklah mengubah institusi Persekutuan agar mereka dapat bertindak adil pada semua dan tidak perlu berasa takut pada kerajaan seperti yang berlaku sekarang,” tambah Jui Meng.
http://dialograkyat.blogspot.com/
18 July 2012
16 July 2012
Dua suspek halang SPRM serbu lombong haram dikenalpasti
Polis Kelantan mengenal pasti dua daripada lapan lelaki yang disyaki mengganggu tugas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika membuat serbuan ke sebuah lombong emas haram di Sungai Emas, Felda Perasu, Gua Musang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek berusia alam lingkungan 30-an dan akan ditangkap pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata mereka adalah antara individu yang dikatakan menahan sebuah kereta dipandu pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya dalam operasi mencegah kegiatan lombong haram di kawasan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata maut dalam rusuhan), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kem Kendiri Kesedaran Jenayah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan di Kota Bharu semalam.
Dalam operasi itu, pegawai SPRM menahan tiga jengkaut, dua pam air, sebuah kereta Perodua Kembara dan dua Toyota Hilux di kawasan perlombongan selain menahan beberapa suspek yang menjalankan kerja melombong.
"Kelapan-lapan suspek yang menaiki empat buah motosikal dan bersenjatakan benda tajam, menahan pegawai berkenaan dan mengugut untuk memukulnya jika tidak menyerahkan rakan mereka yang ditahan penjawat awam terbabit," katanya.
Jalaluddin berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak SPRM menahan beberapa pekerja lombong emas haram dan menyita jentera serta peralatan perlombongan di kawasan itu.
Beliau berkata ekoran kejadian itu, empat laporan polis dibuat oleh pihak SPRM yang akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mengugut), Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan), Seksyen 353 (menghalang penjawat awam) dan Seksyen 427 (khianat) kanun sama.
Sebelum ini, akhbar melaporkan sepasukan pegawai dari ibu pejabat SPRM menyerbu sebuah kawasan perlombongan haram di Felda Perasu dan merampas peralatan yang digunakan sindiket lombong haram itu, Khamis lepas.
Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui pihaknya menyedari wujudnya kegiatan itu, tetapi ia dijalankan secara kecil-kecilan.
- Bernama
04 July 2012
Samseng SEDAR Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf
Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.
Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.
“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.
Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.
Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.
Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis ‘R’.
“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.
“Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.
Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan ‘bunting’ khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis ‘R’.
Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.
Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.
http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/07/samseng-ada-masa-7-hari-sahaja.html
19 June 2012
PANAS - Papagomo Tumbuk Blogger Umno
Aku dapat info via email. Aku akan share kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest.
Actually, semalam memang aku nampak pg ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai. Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud dia.
So kalau aku linked kan citer yang aku dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN tersembunyi. Tapi aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna.
Lihat kandungan email kat bawah neh oke ;
Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!
Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa http://aku-tak-peduli.blogspot.com/"
Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.
Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.
Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.
Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?
Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.
Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini.
Aku takmo campur dalam bab peribadi dorang. Dalam bab harta peribadi pun aku takmo campur. Itu urusan dorang dan takde kena mengena dengan aku satusen pun. Cuma aku nak tekankan satu perkara disini yang ramai orang seringkali sangsi dan mempersoalkan.
Mereka kata blogger umno berjuang tanpa upah. Aku nak bagitau perkara tersebut adalah KARUT semata2. Aku tak kata pun amek upah itu satu kesalahan oke. Aku rasa takde hal lah blogger amek upah untuk menulis kerana blogging juga merupakan satu kerjaya.
Yang aku persoalkan ialah kalau dah amek upah tue mengaku je lah. Toksah takut dengan persepsi masyarakat kalau kita yakin apa yang kita buat neh benar dan betul kan.Yang sorok2 taknak mengaku tue sebab nak memperlihatkan sangat yang kekonon korang tue sama macam blogger2 pr yang bergerak cari dana sendiri tanpa disponsor bagai.
Alamak aii.. aku sendiri pun kena sponsor. Tak percaya ko tanya pembaca2 aku. Siap tulis terang2 lagi siapa yang taja aku.
kah kah kah
Yang sorok2 neh sebenarnya satu jek sebab nya. Sebab menulis bukan dari ahti dan fakta tapi ikhlas membodek dan menipu. Betul tak? Mengaku je larh weh.. money can buy you.. errk jap silap.. money already bought you..
kah kah kah
Ameno : Sedap tumbuk orang pg?
Dipetik dari - http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/papa-gomo-tumbuk-blogger-umb.html#ixzz1yDl9qhGt
29 May 2012
100 Samseng Umno Mengganas Di Sembrong
JOHOR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika cuba menghalang samseng Umno dari menghampiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali, berkata kejadian itu berlaku sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu tiba di lokasi ceramah berhampiran pejabat KEADILAN Cabang Sembrong.
Beliau berkata, mangsa cedera ketika membuat perisai manusia berikutan kira-kira 100 samseng itu cuba menghampiri Anwar yang menuju ke pentas ceramah.
“Ketika itulah, Nazri dikeronyok kumpulan samseng sampai terjatuh. Mujur sempat diselamatkan beberapa ahli AMK lain.
“Seorang lelaki tua bertongkat juga rebah berikutan suasana kacau bilau itu.Seorang lain pula cedera di dahi akibat terkena mercun,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Syed Hamid kesal kerana beberapa anggota polis bertugas hanya membiarkan kejadian itu berlaku tanpa sebarang tindakan tegas.
Berikutan itu, beliau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat, sekitar jam 2 pagi semalam oleh Ketua Cabang KEADILAN Kluang.
“Samseng-samseng ini menggunakan kayu bendera dan membakar mercun, sehingga ada yang dilempar menghampiri khemah pimpinan”, ujarnya lagi.
Dalam kejadin itu, cermin kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim retak dibaling batu manakala bahagian sisi kenderaan kemek akibat ditendang.
Kumpulan samseng itu juga melontar kayu, batu, bendera selain berteriak kata-kata kesat
Dipetik dari - http://btmmari.blogspot.com/2012/05/halang-samseng-ketua-amk-johor-cedera.html
19 May 2012
Lagi Kisah Polis Malaysia Yang Ganas Dan Zalim
KUALA LUMPUR 19 Mei: “Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini,” kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, ‘dikeroyok’ sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.
“Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka,” kata Saufi.
Beliau antara 19 mangsa keganasan polis yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.
Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.
“Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.
“Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh,” jelas Lee.
Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.
“Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti,” tegas Hishamuddin.
Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan ‘Duduk Bantah’
Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat ‘Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30606
















