BlogList Malaysia
Showing posts with label memali. Show all posts
Showing posts with label memali. Show all posts

03 December 2012

SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING

PROGRAM “SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA”

Tarikh : 10 Disember 2012(Isnin)
Tempat : Auditorium Dewan Sivik MBPJ,
Jalan Yong Shook Lin, 46675, Petaling Jaya, Selangor
Masa : 8.00 PM –11.15 PM


Hubungi yang berikut untuk sebarang pertanyaan : -

Sdr. Rozan Azen Mat Rasip 012 657 7878 (Pengarah Program)
Sdr. Mohamad Ali Ibrahim Khan 017 255 0040 (Koordinator)
Sdri. Sabrina Ab Rahim 019 397 4298 (Koordinator)
Sdri. Aznida Hamidun 013 721 2246 (Koordinator)



SYARAHAN BALING BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA


Aturcara

8.00 mlm : Ketibaan tetamu dan para hadirin hadirat

8.20 mlm : Tayangan Fillem Pendek & Dokumen: Gambar Kenangan Demontrasi Baling

8.30 mlm : Deklamasi Sajak & DEKON Peristiwa: Demonstrasi Baling (Dinsman)

8.45 mlm : Ucapan Pembukaan Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Malaysia)

9.00 mlm : Forum & Soal Jawab bersama Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob, Syed Hamid Ali (aktivis utama kebangkitan rayat Demonstrasi Baling)

10.00 mlm : Sesi Senator Dr Syed Husin Ali (Aktivis Demonstrasi Baling & Tahanan ISA 1974-
1980) memberi syarahan signifikan memperingati Demonstrasi Baling & memperkenalkan DS Anwar Ibrahim sbg Pensyarah Utama Syarahan Baling

10.20 mlm : Bermula Syarahan Utama : Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

11.00 mlm : Pelancaran Monograf Syarahan BALING.

11.15 mlm : Majlis Tamat


Read More...

27 September 2011

Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad

SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana.

Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara.

Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya.


"Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini.

"Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin.

Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat.

"Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya.

"Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir.

"Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi.

Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap.

"Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut.

"Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak.

"Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah.

Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China



Read More...

01 February 2011

Benarkah Berjuta Wang 'Tabung Mangsa Memali' Diseleweng?

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma. Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam Pas selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku. ‘‘Oleh itu saya tidak hairan dengan pendedahan yang dibuat melalui buku ini. Saya yakin pendedahan ini adalah berdasarkan bukti dan asas yang kuat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas forum pembaca hari ini yang menyiarkan tulisan Zainon sendiri apabila penulis buku Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali itu mempersoalkan akhbar Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010. Di dalam keluaran itu, Zulkifli mempertikaikan kononnya C.N Al-Afghani menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku tersebut sedangkan kolumnis Harakah itu mengakui yang dia belum membaca buku itu sepenuhnya.

Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas. Akibatnya seperti ada arahan rasmi, buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu. Mengulas lanjut, Nakhaie percaya penulis buku tersebut cuba mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam Pas dan bukannya sengaja mereka-reka cerita atau menimbulkan fitnah.

‘‘Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini ada kaitannya dengan kredibiliti Pas sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Beliau mahu memberitahu rakyat dengan ikhlas hati bahawa inilah rupanya Pas yang sebenar. ‘‘Sekiranya Pas menjadikan Islam sebagai pegangan sudah pasti tidak akan berlaku perkara-perkara sebegini. Ini tidak, penyelewengan tetap berlaku di dalam Pas,’’ katanya. Dalam pada itu, beliau juga percaya pucuk pimpinan Pas akan marah kepadanya ekoran kenyataan tersebut kerana ia boleh mencalar imej parti itu di mata rakyat.

‘‘Saya bercakap atas kebenaran dan saya sedia kemukakan kebenaran itu sekiranya diminta. Realitinya, Pas tidak boleh menafikan wujudnya penyelewengan ekoran adanya segelintir pemimpin yang tidak amanah di dalam parti itu. ‘‘Ini ditambahkan lagi dengan ketiadaan sistem pengurusan yang bersistematik hingga menyebabkan penyelewengan berlaku dengan mudah,’’ katanya

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pucuk pimpinan Pas akan berusaha menyembunyikan kebenaran itu tetapi mereka jangan lupa bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha melihat setiap perlakuan mereka. ‘‘Seperkara lagi saya ingin nasihatkan Pas, sekiranya tidak mampu memelihara nama baik Islam, gugurkan sahaja nama Islam pada nama Pas. Jangan gunakan nama Islam sekiranya mereka tidak mampu menjaganya dengan baik,’’ katanya lagi.

Read More...

22 November 2010

Memali - Mengimbau Kembali Perjuangan Almarhum Ustad Fadzil Noor


Read More...

20 November 2010

Memali: Kami nak dedah tindakan Umno jadikan PAS ‘kambing hitam’

KUALA LUMPUR, 20 Nov — PAS berharap sambutan 25 tahun memperingati peristiwa berdarah Memali selama tiga hari yang bermula malam tadi akan membuka mata generasi muda terhadap kezaliman kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno, kata Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah berkata, kesemua mereka yang terbabit — yang terbunuh dan ditahan — dituduh oleh kerajaan pusat sebagai pengkhianat agama, penentang kerajaan dan pelampau kerana rata-rata mereka adalah aktivis PAS.

“Generasi muda, saya ingat ramai yang tak tahu atau mendapat maklumat yang tidak sahih berhubung peribadi Ibrahim Libya serta peranan pusat pendidikan Islam yang diasaskannya.

“Generasi muda ini wajar diberitahu tentang kemuncak kezaliman yang dilakukan oleh Umno pada 1985,” kata Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Ibrahim Mahmud yang lebih popular dengan panggilan “Ibrahim Libya” serta 13 pengikutnya terbunuh ketika menghadapi lebih 3,000 anggota polis.

Seramai 35 pengikut yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya mengangkat mengangkat senjata memerangi kerajaan pusat. Peristiwa tersebut turut mengorbankan empat anggota polis.

Polis memanggil operasi itu sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

Peristiwa ini terjadi ketika Tun Musa Hitam ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri berada di China.

Peristiwa ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling — daerah yang dikaitkan dengan pertemuan berseajrah antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada 1955.

Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Menurut Mahfuz, kehilangan jiwa yang dialami mereka yang terbabit sebenarnya bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan.

Tetapi dakwa Mahfuz, mereka yang terbabit dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka (Umno) cuba mengalih tumpuan rakyat dari melihat kelemahan mereka. Memali pada sesetengah pandangan dari kita hanya kambing hitam.

“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno sebagaimana Umno melihat PAS sebagai ancaman padanya,” ujar Mahfuz lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan cakap-cakap umum kononnya perayaan jubli Perak ini demi menenggelam beberapa kemelut politik yang melanda pentadbir Umno pada ketika itu.

“Tak timbul mengapa dibuat sekarang sebab setiap tahun kita buat, istimewanya pada tahun ini kerana sambutan sempena 25 tahun.

“Kalau dahulu pun Umno memutar belit tentang isu Memali, sekarang pun Umno akan buat lebih dari itu kerana ia fobia dengan Islam dan kepimpinan Islam,” tambahnya.

The Malaysian Insider difahamkan selama tiga hari ini, karnival Memali sarat dengan aktiviti seperti ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

Lebih pada itu, pantomim mengisahkan rakyat Palestin turut akan dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat.

Perasmian pembukaan malam tadi disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri perhimpunan malam ini.

Pada malam terakhir esok, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abd Rani dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria berkata kemuncak program ini ialah apabila Setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

“Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit,” katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung esok.

Program sambutan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah — sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata, tragedi Memali adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ia bermula dengan isu kafir-mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno. Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

“PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

“Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat. “Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dipetik Harakahdaily.

Hadi menambah Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan ISA mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS, kata beliau. Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

“Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

“Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

“Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali,” kata Hadi lagi.

Menurut Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Oleh Dzulfikar Mashoor

Read More...

19 November 2010

Memali Dalam Kenangan

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali bermula hari ini.

NONEKetua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

"Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit," katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung pada hari ketiga, iaitu Ahad ini.

Menurutnya, program itu akan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tiada permit polis


Nasir berkata pihaknya tidak memohon permit polis, kerana program tersebut dibuat di dalam kawasan sekolah dan berharap program itu berlangsung dengan aman tanpa kekecohan.

NONE"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya. Namun katanya, pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran program berkenaan. PAS menganggarkan kira-kira 50 ribu pengunjung dari seluruh negara akan menghadiri penganjuran "ala-ala karnival" dalam sambutan ulang tahun ke-25 memperingati peristiwa Memali.

Selain pengkisahan itu, pelbagai program juga disusun bermula hari ini yang dianjurkan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS di peringkat pusat.

NONE"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.

"Kita mahu menyampaikan sejarah peristiwa Memali. Kita mahu peristiwa ini sentiasa segar dalam ingatan rakyat di negara ini," kata Nasir.

Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.NONEMereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Konvoi bermotosikal

NONEPeristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Menurut Nasir, lagi program sambutan memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dibuat setiap tahun bagaimanapun kali ini dianggap istimewa kerana sempena genapnya 25 tahun peristiwa itu.

Nasir berkata, program selama tiga hari ini diisi dengan program antaranya, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.Selain itu, Nasir juga berkata pantomin mengisahkan rakyat Palestin akan juga dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesengsaraan yang masih terus dihadapi oleh saudara Islam mereka di bumi Anbiya'. memali 25 year anniversary, pas supporters"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.

"Ceramah pembukaan malam ini yang akan disempurnakan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kita menjangkakan kira-kira 8,000 orang akan menghadirinya sekiranya cuaca mengizinkan," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Read More...

28 October 2009

Penduduk Memali Digesa Ambil Tindakan Terhadap Fitnah Kosmo

Menteri besar Kedah menyerahkan isu tuduhan ajaran sesat dalam Kosmo! kepada penduduk Kampung Memali untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada akhbar tersebut.

"Mungkin mereka akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyamakan kes Memali dengan ajaran sesat. Ia merupakan satu perkara yang tidak betul dan perkara itu sudah selesai," kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak

"Biarlah orang Memali mengambil tindakan yang wajar kepada mereka," katanya, sambil menambah beliau sendiri mengetahui kontroversi ini selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung terbabit.

"Kalau (di) Memali itu ajaran sesat, bagaimana (Sultan Kedah) Sultan Abdul Halim sendiri menziarahi pusara Ibrahim Mahmud dan kawannya di Parit Panjang (di Baling)?"

Beliau mengadakan sidang media di Kuala Lumpur petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan Kedah di pejabat Kedah Business Centre di ibu negara.

Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkata isu Memali selesai sejak 24 tahun lalu dan mempersoalkan kewajaran tragedi berdarah yang mengorbankan 14 orang itu ditimbulkan semula.

Ditanya tindakan PAS Kedah berhubung itu tersebut, Azizan berkata: "Memali jangan dikaitkan dengan PAS. Kebetulan mereka (ini) ahli PAS, tapi perjuangan mereka bukan perjuangan PAS."

"Perjuangan (yang menyebabkan) peristiwa Memali bukan perjuangan PAS tetapi mereka adalah sebahagian daripada ahli PAS," katanya.

Sementara itu, PAS Baling mendesak akhbar terbitan kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd itu menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang mengaitkan tragedi itu dengan ajaran sesat.

Ketua penerangannya Mat Juki Ahamad juga mendesak harian itu memohon maaf berhubung penyiaran artikel kelmarin.

"Mereka menulis dengan mengaitkan (allahyarham) Ustaz Ibrahim (Mahmud) dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali.

"Perkara ini sudah lama selesai, kerajaan sudah bayar pampasan, tiba-tiba mereka mengingatkan semula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain PAS kawasan itu, aduan polis turut dibuat oleh balu Ibrahim, penceramah PAS yang lantang dan juga bekas seorang pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri.

Aduan polis tersebut dibuat di balai polis Baling, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Mat Juki, yang juga pengetua sekolah yang diasaskan oleh allahyarham, turut menggesa akhbar tersebut mendapatkan maklumat perinci mengenai tragedi itu yang mengorbankan 14 orang pada penghujung 1985.

"Kalau ajaran sesat takkan (Sultan Kedah) Sultan Abdul Halim, sebagai ketua agama Islam di Kedah mahu mencemar duli datang menyiram air mawar (di kuburan Ibrahim dan pengikutnya).

"Ini bermakna allahyarham (Ibrahim) tak sesat," katanya.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas