BlogList Malaysia
Showing posts with label fuad zakar. Show all posts
Showing posts with label fuad zakar. Show all posts

12 January 2013

#KL112 - Guru Tak Sebangang Dan Sebodoh Fuad Zakarshi..

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.

Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.

"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.


"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.

Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.

Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama

Bagaimana pula menyertai perhimpunan boleh di anggap seperti melakukan salah laku moral disini?

Lainla kalau minum arak = salah laku moral.

Seks bebas = salah laku moral.

Ini ialah perhimpunan aman yang mana ;

1. Diberikan permit oleh PDRM itu sendiri.

2. Mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan stadium.

3. Mematuhi akta perhimpunan aman 2011.

Jadi bagaimanakah satu perhimpunan yang mengikut peraturan dan undang2 boleh di anggap seperti membawa contoh tidak baik?

Sejak bila perhimpunan itu merupakan satu contoh tidak baik?

Guru dan pelajar berhimpun setiap pagi isnin. Itu contoh tidak baik?

Najib selalu buat perhimpunan, itu contoh tidak baik?

BN kerap kali anjurkan perhimpunan, itu contoh tidak baik?

Lagi satu, apa yang orang buat di luar waktu bertugas/waktu kerja bukanlah menjadi urusan kepada mana2 pihak bukan? Sejak bila apa yang kita buat di luar waktu kerja kita kena minta kebenaran menteri di malaysia?

Inilah jenis menteri yang wujud di malaysia. Kadangkala rakyat juga hairan bagaimana dengan akal yang begitu "tak cerdik langsung" boleh diangkat menjadi menteri? Patutla orang kata ;

Siakap senohong,
gelama ikan duri,
Kecik2 berbohong,
Besar2 merepek dan mencuri sambil jadi menteri,

Heh.

http://sozcyili.blogspot.com/2013/01/menteri-warning-warga-pendidik-dan.html


Read More...

16 September 2012

PRU13- Khairy Antara LimaYang Bakal Disingkirkan Najib


Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.


Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Penguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.


Read More...

27 September 2011

Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad

SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana.

Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara.

Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya.


"Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini.

"Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin.

Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat.

"Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya.

"Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir.

"Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi.

Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap.

"Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut.

"Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak.

"Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah.

Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China



Read More...

26 June 2011

BERSIH 2.0 - Fuad Zakarshi Ugut Gantung Gaji Guru

Guru berhak sertai Bersih – bekas Presiden Kesatuan Guru Melayu

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara,” katanya.

“Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara,” katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara. Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.


“Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.

“Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara,” katanya kepada suara Keadilan.

“Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman,” katanya.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

22 May 2011

'Serangan psikologi pembangkang boleh hancur Umno'

Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pendekatan pembangkang itu boleh mempengaruhi minda anak-anak muda yang tidak memahami sepenuhnya sejarah negara ini dan terlalu memikirkan kebendaan serta kebebasan.

"Pemikiran mereka diganggu dengan (pembangkang) mewujudkan pelbagai persepsi yang negatif, contohnya konsep 1Malaysia, ia positif tetapi diberi persepsi negatif yang akanmenyebabkan sesetengah pihak yang tidak faham akan terpengaruh.


"Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun Umno pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota Umno yang tetap kuat dan kental.

Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota Umno berpegang kuat kepada lima perkara itu.

Ditanya strategi Umno untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata Umno akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

"Seterusnya Umno juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan Umno dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

10 January 2011

PRK Tenang - Fuad Zarkashi Sokong Tindakan Pengarah JPN Johor

Tindakan Dr Mohd Puad Zarkashi Memalukan

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor. Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan. Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

“Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua”

“ Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini”


Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional. Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

Saya mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. Keduanya saya mencadangkan kepada Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. Saya penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.

Suhaizan Bin Kayat

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas