Tun,
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.
Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak Malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.
Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.
Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.
Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.
Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?
Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.
Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-
a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami
c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami
Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut
ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan
iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.
Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-
a) Tukar CEO serta-merta
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.
Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?
Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.
Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.
Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.
Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.
Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.
Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.
Ikhlas,
DEEPAK J TEKWANI
15 February 2013
Surat Terbuka Deepak Buat Mahathir
18 January 2013
Rosmah 'terlalu sibuk' untuk jawab Deepak
Walaupun dikaitkan dengan dakwaan menutup kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap enggan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.
Ketika diasak sewaktu beliau menghadiri satu majlis kebajikan di Kuala Lumpur petang ini, Rosmah menegaskan beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan tidak mahu ditanya sebarang soalan.
Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjadi
tetamu kehormat di majlis amal makan tengah hari anjuran Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.
Malaysiakini cuba untuk mendekati Rosmah sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali dihalang oleh pembantu dan pengawal peribadi beliau.
Yang pertama ialah selepas makan tengahari, semasa persembahan pentas. Pembantu Rosmah bergegas cepat dan menghalang penulis daripada tanya soalan.
Percubaan kedua ialah ketika Rosmah hendak meninggalkan majlis, dan Malaysiakini bertanya sama ada beliau mahu mengulas dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan dakwaan menutup kes pembunuhan Altantuya.
Sekali lagi, salah seorang pembantunya muncul dan berkata Rosmah akan menjawabnya dalam sidang akhbar yang lain. Rosmah tidak berkata apa-apa dan terus beredar dari situ.
Ketika beliau sedang menuju ke arah keretanya, Rosmah diiringi beberapa pembantu dan pengawal peribadi. Malaysiakini sekali lagi pergi ke bahagian sebelah lain kereta itu, di mana sekumpulan pemimpin Pandu Puteri sedang menunggu untuk mengambil secara berkumpulan dengan Rosmah.
Apabila Malaysiakini cuba untuk bertanya soalan yang sama, sekali lagi pembantunya muncul dan memberitahu supaya bertanya soalan pada hari yang lain.
Bagaimanapun, Rosmah berpusing dan berkata beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan jangan tanya apa-apa soalan kepadanya.
http://www.malaysiakini.com/news/219355
PANAS - Najib kata Deepak tak boleh dipercayai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.
Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai.
(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini.
Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu.
Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008.
Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah.
http://www.malaysiakini.com/news/219270
12 January 2013
Deepak Mohon Imuniti - Pakatan Perlu Hati-Hati Dengan Musang Ini..
Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia memerintah.
"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.
"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.
Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .
Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.
"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."
08 January 2013
Deepak Bikin Gempar Lagi..
Deepak dakwa nilai tanah Bukit Raja RM400j
"Saya sanggup membeli semula syarikat dan tanah tersebut. Mereka bayar RM160 juta... Tanah itu bernilai RM400 juta," kata Deepak dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Deepak berkata beliau sanggup berbuat demikian memandangkan beliau boleh menjual semula tanah tersebut dengan harga RM400 juta, mengikut harga pasaran semasa tanah di kawasan itu.
"Jika saya letakkan tanah itu di pasaran dengan harga RM350 juta, saya masih boleh menjualnyna semula, dan bawa semua orang untuk cuti panjang di Maldives.
"Saya cuma mahu pastikan kerajaan Selangor akan memberi hakmilik tanah berkenaan kepada saya," katanya.
07 January 2013
Pelaburan Boustead ‘tak masuk akal’ – Rafizi
PETALING JAYA 7 Jan: Pengambilalihan syarikat Awan Megah dan Astacanggih oleh Boustead Holdings Berhad dengan bayaran RM160 juta merupakan pelaburan ‘tidak masuk akal’, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, tanah itu merupakan milik kerajaan Persekutuan dan tidak dimiliki Awan Megah serta tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor kononnya pembelian Astacanggih dan Awan Megah bernilai RM160 juta adalah pelaburan yang baik.
Dalam sidang media hari ini, Rafizi menunjukkan surat bertarikh 17 Julai 2009, menyatakan rayuan kerajaan Persekutuan kepada keputusan kerajaan Selangor yang menolak permohonan kerajaan Persekutuan untuk pindah milik tanah 223 ekar di Bukit Raja kepada Awan Megah.
“Maknanya tanah itu masih hak milik kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kerajaan Selangor bagi kelulusan pindah milik dan pelan pembangunan.
“Oleh itu, bayaran RM130 juta kepada Awan Megah samalah dengan beri wang kepadanya tanpa apa-apa hasil,” katanya di ibu pejabat parti.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menurut Rafizi berkata, kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah itu tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan asalnya seperti yang dipohon oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau turut menunjukkan dokumen rahsia perjanjian penswastaan antara kerajaan Persekutuan dan Awan Megah.
“Ia jelas menyatakan Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk siapkan Puspahanas (Pusat Pengajian Pertahanan Nasional) hanya RM72.5 juta.
“Dalam keadaan Puspahanas belum siap dan nilainya RM72.5 juta, bayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu tidak masuk akal,” kata Rafizi.
- keadilandaily.com
04 January 2013
Awan Megah tidak layak untuk projek Puspahanas, kata Rafizi
PETALING JAYA, 4 Jan — Kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan pusat pengajian pertahanan negara tidak mempunyai rekod dalam pembinaan dan mempunyai keadaan kewangan yang teruk, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini.
Awan Megah Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah, dianugerahkan kontrak untuk menyiapkan Pusat Pengajian Pertahanan Negara (Puspahanas) pada 2005 dengan pertukaran tanah seluas 80 hektar di Bukit Raja, Selangor, dan RM27 juta.
“Awan Megah cuma syarikat ‘Ali Baba’, sebab itu ia perlu melantik syarikat lain untuk menjadi rakan untuk membiayai dan menyiapkan projek,” kata Rafizi ((gambar fail) ) dalam sidang media di sini.
Pengarah strategi PKR itu menerangkan status kewangan Awan Megah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bahawa aktiviti terakhir syarikat tersebut pada 31 Disember, 1993, 12 tahun sebelum dianugerahkan tender Puspahanas.
Syarikat tersebut cuma mempunyai RM6,180 dalam bentuk aset, yang menyebabkan syarikat tersebut terpaksa mencari rakan lain dalam kewangan — iaitu GuppyUnip Sdn Bhd, syarikat membuat plastik.
Kemudahan kredit diberikan oleh United Overseas Bank (UOB) kepada GuppyUnip pada 21 July 2010 termasuk dana untuk Awan Megah bernilai RM59.25 juta, dan premium dari pertukaran tanah dari kerajaan negeri Selangor, dan kos untuk pembangunan kawasan tersebut.
The Malaysian Insider melaporkan pagi ini tentang projek Puspahanas bermula dari 21 November, 2008, tetapi lokasi projek tersebut masih lagi misteri, dan kemudian didapati terletak di tempat letak kereta di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1 di Putrajaya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/awan-megah-tidak-layak-untuk-projek-puspahanas-kata-rafizi/
Mahathir - broker kuasa dalam UMNO?
ULASAN SEMASA: BROKER KUASA DALAM UMNO – terus diam. Banyak laman pro pembangkang telah menggambarkan bahawa Deepak – Musa Hassan serta isu-isu yang menggegarkan BN/UMNO hari ini datang dari broker kuasa dalam UMNO sendiri. Pendedahan demi pendedahan ini banyak melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri dan ini amat jelas satu usaha kolektif untuk mencalar reputasi Perdana Menteri.
Matlamat hujungnya adalah untuk mendesak PM Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13 beralaskan teori ini akan dapat menyelamatkan BN dan UMNO. Namun adakah dengan perletakan jawatan PM ini akan menyelamatkan UMNO/BN? Adakah broker kuasa ini tidak takut kesan buruk terhadap UMNO seperti apa yang berlaku pada PRU 12.
Persoalan demi persoalan muncul dalam pendedahan Deepak ini dan siapa di belakang Deepak. Persoalan ini penting dalam membicarakan politik tetapi dalam mencari kebenaran mengenai isu rasuah dan tindakan yang melibatkan rasuah – maka adalah perlu jabatan-jabatan berkenaan menyiasat dengan segera isu yang dikatakan melibatkan pembelian kapal selam dan pembunuhan Altantuya. Isu ini bagi sesetengah pihak sudah lapuk tetapi kehadiran tuduhan Deepak sehingga melibatkan adik PM Najib sendiri adalah tuduhan besar yang mesti diselesaikan.
Berbalik kepada topik BROKER KUASA dalam UMNO – adakah tuduhan ini benar? Adakah tuduhan mahu menjatuhkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ini benar dan dilakukan oleh broker kuasa dalam UMNO. Siapa broker kuasa ini. Dari media pro pembangkang TUN DR MAHATHIR adalah broker kuasa yang dimaksudkan ini. Lihat artikel ini:http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41611:deepak-musa-senjata-dr-m-dalam-perang-gerila-terhadap-najib-rosmah?&Itemid=2 Dalam artikel ini – Dr Mahahtir adalah kuasa yang berada di belakang Deepak untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Artikel itu juga mengaitkan keberuntungan Tan Sri Muhyddin dalam isu ini. Spekulasi ini terus berlaku dengan tindakan diam Dr Mahathir mengenai tuduhan beliau adalah broker kuasa yang mahu Najib meletakkan jawatan sebelum PRU 13. Tekanan ini semakin ketara dan pendedahan demi pendedahan mengenai Rosmah yang dilakukan diberitakan akan terhenti sebaik sahaja Najib meletak jawatan.
Spekulasi ini terus berlaku dan BN/UMNO terus menjadi mangsa pada setiap pendedahan ini. Adakah benar BROKER KUASA ini merasakan UMNO akan selamat dengan Najib meletak jawatan? Penjelasan perlu dan isu pendedahan Deepak ini perlu disangkal atau UMNO akan terus berdepan dengan isu yang akan menghancurkan BN secara keseluruhan.
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1896&Itemid=58#JOSC_TOP
03 January 2013
Deepak Menyerahkan Dokumen Kepada Orang Ketiga
Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.
Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:
1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;
2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;
3. Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;
4. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;
5. Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam;
6. Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.
Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak.
Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.
Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.
Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 JANUARI 2013
http://rafiziramli.com/2013/01/deepak-menyerahkan-dokumen-kepada-orang-ketiga-pihak-berkuasa-wajar-siasat/
02 January 2013
TERKINI - Deepak Sudah Buat 'Pusingan U'
'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.
"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.
Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.
Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.
Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah
Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.
Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.
Lagi Pendedahan Rafizi Ramli Berkaitan Rosmah..
Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah
On January 2, 2013
Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
Baca seterusnya di sini
01 January 2013
Deepak dijangka temui SPRM minggu ini
Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.
Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.
"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM.
PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH..
PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiaah
Respon dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor.
Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi di atas "penyalahgunaan kuasa yang melampau", dalam menerangkan tentang transaksi terbaru yang melibatkan 223 hektar tanah Kementerian Pertahanan di Bukit Raja, Selangor sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan " kes pelaburan paling buruk pernah berlaku".
"Ia jelas menunjukkan bahawa RM30 juta untuk memperoleh 80% Astacanggih (firma Deepak) dan yang RM130 juta yang dibayar (kepada firma Raja Ropiaah) untuk tanah yang hampir tidak wujud adalah penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh Zahid Hamidi. Saya berani mengatakan bahawa Najib telah menugaskan Zahid untuk mengendalikan hal ini dengan apa jua cara sekalipun, "Rafizi, juruaudit terlatih di UK, memberitahu sidang akhbar pada hari Sabtu.
"Anda boleh meminta mana-mana penganalisis pelaburan atau penyelidik dan mereka akan memberitahu anda ini bukanlah satu pelaburan yang baik. Jadi mengapakah kerajaan persekutuan melibatkan diri dalam pelaburan yang buruk itu? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ini bertujuan untuk mendiamkan Deepak dan untuk menutup keseluruhan isu itu. "
Rasuah yang nyata?
Deepak, yang pernah menjadi teman akrab isteri Najib, Rosmah Mansor, pada tahun 2007 telah membeli tanah dari firma Raja Ropiaah Awan Megah dengan nilai kira-kira RM120 juta iaitu RM12 meter persegi. Tetapi perjanjian telah terbengkalai dan surat tanah masih belum diserahkan kepada unit Astacanggih, Cebur Megah.
Ini menyebabkan di Deepak menyaman Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik dan "niat jenayah", kementerian Pertahanan serta para pegawai di Pejabat Tanah dan Galian kerana tidak melepaskan surat tanah kepada Cebur Megah.
Deepak juga menuduh Ropiaah 'mencuri' dan menjual salah satu daripada tiga bidang tanah kepada GuppyUnip Sdn Bhd dengan nilai RM16 meter persegi. Kes itu telag didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat bulan lepas, dengan Deepak sendiri menjadi saksi. Ia telah ditangguhkan hingga Disember 14 tetapi tertunda sementara menunggu penyelesaian yang dikatakan Deepak ‘dipaksa’ keatas dirinya dan juga firmanya.
"Ia memang benar bahawa pemegang saham dan diri saya sendiri telah menjual saham kami di Asta Canggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami iaitu RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta dalam bentuk sumbangan politik, RM7 juta bagi kos kewangan dan RM2 juta untuk prosedur undang-undang dan kos lain. Ini adalah keputusan yang telah dipaksa ke atas kami, "kata Deepak dalam mesej teks pada hari Jumaat.
Menyelamatkan tabung pesara Angkatan Tentera
Pertelingkahan memuncak apabila Deepak mendakwa ada 'tangan gelap' yang dibelakang perjanjian itu. Dia menuduh keluarga Najib menerima berjuta-juta ringgit sebagai balasan kepada Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam meluluskan perjanjian itu.
Najib, yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, masih tidak memberi apa-apa jawapan kepada siri dakwaan berat yang telah dileparkan walaupun rakyat semakin jijik dan mendapat tekanan dari parti politiknya sendiri.
Rafizi menyelar Najib kerana enggan memberi penjelasan kepada orang ramai dan menuduh dia bersubahat dengan Zahid kerana memasuki perjanjian yang meragukan yang telah meletakkan dana pencen Kementerian Pertahanan dalam kedudukan yang terancam.
"Hakikat bahawa Najib tetap berdiam diri membuktikan bahawa transaksi itu telah dibuat untuk mendiamkan Deepak. Ini juga
menunjukkan pasti terdapat kebenaran dalam tuduhan Deepak. Pendedahan Deepak pasti telah menakutkan Najib sehinggakan
dia mengarahkan Boustead untuk masuk ke dalam perjanjian ini," kata Rafizi.
"Sungguh licik bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri Pertahanan terlibat dalam perjanjian itu. Di negara-negara lain, siasatan awam akan dilakukan. PKR akan sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan perjanjian itu kerana ia melibatkan LTAT, dana pencen kementerian Pertahanan. Ia tidak masuk akal. kita sudah rugi RM250 juta dari seorang menteri dan sekarang kita akan kehilangan RM160 juta wang pesara oleh seorang lagi menteri lain. "
Rafizi merujuk kepada kemelut pembiakan lembu NFC yang bernilai RM250 juta yang melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.
Najib perlu memenangi semula Selangor untuk mementerai perjanjian
Dalam kes Deepak-Ropiaah, Rafizi menegaskan bahawa tanah itu tidak pernah bertukar tangan dari awal lagi dan seterusnya mempersoalkan kenapa Kementerian Pertahanan membeli balik tanahnya sendiri.
"PKR akan menulis surat kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan perjanjian ini. Sebelum ini kita diam sahaja kerana kita tidak pasti sama ada dakwaan Deepak adalah benar. Tetapi kini, selepas pengumuman Boustand kepada Bursa, semuanya sudah terjawab. Pada perhimpunan Umno baru-baru ini, Zahid berkata dia akan meneliti perkara itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Selepas itu, terus senyap. Kami fikir ia adalah tindakan biasa Najib yang sering enggan memberi jawapan kepada rakyat. Kemudian Boustead membuat pengumuman mereka semalam, "kata Rafizi.
"Ini jelas menunjukkan perjanjian dilakukan untuk menutup mulut Deepak. Tetapi ia langsung tidak menyelesaikan masalah. Bagaimana Zahid boleh fikir yang perjanjian akan berjaya? Ia akan memerlukan lampu hijau daripada kerajaan negeri kerana tanah itu berada di Selangor . Deepak menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri kerana dia hanya mendapat RM30 juta walhal Ropiaah menerima RM130 juta. Kami telah memberitahu Deepak, jangan bimbang. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan perjanjian ini kerana ia melibatkan wang pesara. Malah, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana berkeras untuk memeriksa semua butiran dan tidak membenarkan transaksi berlaku. "
Rafizi bersetuju hak milik tanah mungkin akan bertukar tangan sekarang jika bukan kerana pembangkang berjaya menguasai Selangor selepas pilihan raya umum 2008. Menurut Rafizi, jika Najib mahu perjanjian berjalan lancar, satu-satunya cara adalah jika "dia berjaya menawan Selangor kembali".
Negeri ini merupakan yang terkaya dan mempunyai ekonomi yang terbesar berbanding 13 negeri di Malaysia. Najib sebelum ini telah berikrar untuk mengambil kembali Selangor "dengan apa jua cara." Negeri ini kini diketuai oleh Ketua Menteri PKR Khalid Ibrahim.
Unit Mindef membayar RM160 juta bagi tanah yang masih dimilikinya
Dalam satu kenyataan kepada bursa saham, Boustead Holdings Bhd, sebuah unit LTAT, mengumumkan bahawa unit milik penuh Bakti Wira Sdn Bhd telah memperolehi kepentingan 80 peratus di Astacanggih Sdn Bhd dengan nilai RM30 juta.
Pembangunan Bakti Wira dan Astacanggih juga telah menandatangani perjanjian dengan Awan Megah terlebih dahulu pada hari Jumaat untuk memperoleh 80.94 hektar tanah pegangan bebas di Klang, Selangor dengan harga RM130 juta. Menyifatkan perjanjian itu sebagai satu peluang untuk menambah hak tanahnya, Boustead berkata pembelian saham dan pemerolehan tanah itu akan dibiayai menerusi pinjaman bank dan dana yang dijana dari dalam.
"Selain itu, tanah itu juga bersebelahan dengan 283.28 hektar tanah yang dibangunkan oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan itu serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera bersama-sama memegang 60 peratus dalam kepentingan ekuiti. Permintaan untuk tanah perindustrian di lokasi ini telah menunujukkan aliran menaik setelah siapnya pembinaan loji penyimpanan dan ujian terbaru UMW di Bukit Raja, Klang, "kata Boustead.
Rafizi berserta wakil Pakatan Selangor akan meneliti perjanjian secara halus pada hujung minggu ini dan merancang untuk mengadakan satu lagi sidang akhbar pada hari Isnin.
"Pada sebelah petang, kami bersama beberapa orang pesara akan ke pejabat Bakti Wira untuk memeriksa dokumen. Para pesara mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada wang mereka," kata Rafizi.
The Black Rose
Setakat ini, Ropiaah belum memberi sebarang komen tentang transaksi itu. Sebelum ini, ketika dihubungi oleh Malaysia Chronicle, dia berkata akan merujuk dakwaan Deepak kepada peguamnya.
Dalam respons kepada pengumuman Boustead pada Jumaat, Deepak berikrar dia akan terus membuat pendedahan. Deepak bukan sahaja telah mendedahkan penglibatan Najib dalam urusan tanah Bukit Raja tetapi juga telah mendedahkan bahawa kedua-dua PM dan isterinya, Rosmah meminta beliau dirinya dalam "memudahkan" urusan penarikan balik akuan berkanun yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang membabitkan Najib dalam kes rasuah dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu-Scorpene.
Rupa-rupanya, lebih banyak skandal "panas" akan didedahkan untuk menguji Najib yang bagaikan jatuh ditimpa tangga, setelah menghadapi tekanan yang besar dari dalam partinya sendiri Umno untuk mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Muhyiddin Yassin timbalannya sebelum mengadakan pilihan raya umum.
"Ironinya ialah Raja Ropiaah yang telah 'mencuri' tanah dari kami dibayar RM130 juta, jadi itulah kuasa sebenar, bukan?" Kata Deepak, yang dalam mesej teks kepada Malaysia Chronicle dan telah berjanji untuk meneruskan agenda mengeluarkan buku yang akan menceritakan segalanya mengenai Rosmah - 'The Black Rose'.
Malaysia Chronicle
Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?
Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu?
Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut?
Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi?
Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial.
Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak.
Dalam hal ini, Najib atau Zahid mesti bersuara dan memberitahu ketelusan urusniaga tersebut. Sebagai Perdana Menteri, Najib juga mesti meyakinkan rakyat tentang makna ketelusan yang sekalu disebutnya, era kerajaan betul segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai slogan yang molek-molek yang selalu disebutnya untuk menarik perhatian rakyat sebelum ini.
Tiada guna sebenarnya Najib bercakap berbunga-bunga dan melontarkan slogan yang indah-indah setiap kali berucap di hadapan rakyat jika perbuatan beliau kerapkali bertentangan dengan apa yang diucapkannya.
Di sebalik pelbagai pendedahan Deepak mengenai Najib dan Rosmah mengenai urusniaga tanah yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeah Raja Abdullah sebelum ini, tiba-tiba diketahui umum bahawa Boustead telah membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh Deepak sebanyak RM30 juta iaitu RM13 juta untuk Raja Ropeah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta sebagai kos perniagaan dan RM2 juta untuk belanja guaman.
Deepak kemudiannya memberitahu beliau diberi kata dua dan dipaksa menjual syarikatnya itu.
Melalui pembelian secara paksa itu dan kemudian Deepak juga kemuungkinan dipaksa menggugurkan tindakan mahkamahnya, apa yang jelas ialah bahawa segala apa yang didedahkan oleh Deepak sebelum ini mempunyai asas kebenarannya. Walaupun Najib dan Rosmah yang dikaitkan dalam pelbagai pendedahan Deepak hanya berdiam diri, tetapi wujudnya usaha penyelesaian dengan menggunakan LTAT, sebuah tabung kewangan untuk askar pencen dan anak syarikatnya Boustead, untuk menutup segala tembelang yang didedahkan Deepak, turut memperlihatkan usaha terdesak Najib ke arah itu.
Dengan isu yang ditumbulkan Deepak ini terus hangat menjadi bualan dan LTAT serta Boustead turut diserang untuk mendedahkan butiran dokumen urusniaga tersebut, tidak dapat tidak, yang paling wajar bersuara merungkaikan persoalan ini ialah Zahid Hamidi dan Najib sendiri.
Jika Zahid sebagai Menteri Pertahanan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap LTAT dan Boustead tidak berani bersuara dalam hal ini, ia menunjukkan ada yang tidak kena serta sesuatu cuba disembunyikan dalam urusniaga yang dilihat lebih untuk menyelamatkan masa depan politik Najib dalam pilihanraya umum akan datang.
Dan jika Najib selaku pihak yang dituduh secara langsung oleh Deepak dan sebagai Perdana Menteri yang boleh memberi arahan kepada Zahid atau kepada LTAT, juga berani bersuara, maka terbukti bahawa beliau yang merupakan "dalamg besar" di sebalik urusniaga yang mencurigakan itu.
Jika dalam ucapan tahun baru 2013 yang disiarkan secara meluas malam tadi, Najib sekali lagi menggunakan kesempatan itu itu untuk merayu rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan dan memberi sokongan kepadanya mengemudi negara, tetapi jika persoalan mengenai urusniaga meragukan yang melibatkan LTAT ini tidak dapat dijawab bermakna tahun 2013 ini akan terus disemarakkan dengan angin perubahan yang lebih kuat lagi.
Jika wang pencen askar pun sanggup dipergunakan untuk menyelamatkan diri, isteri dan kroni, terus memberi kuasa kepada Najib hanya memungkinkan lebih banyak skandal akan berlaku selepas ini. Inilah antara ketakutan rakyat.
Zahid Hamidi pula, jika terus membisu seribu bahawa, hanya mengesahkan cakap-cakap yang banyak kedengaran sebelum ini bahawa keputusan meletakkannya sebagai Menteri Pertahanan tidak lebih hanya untuk menutup "pekung-pekung" Najib yang mungkin terdedah sepanjang beliau mengemudi kementerian itu sebelum ini.
Untuk menafikan semua itu dan menjadikan permulaan tahun baru 2013 kelihatan manis, ceria dan penuh makna, Zahid Hamidi atau Najib dan lebih baik jika kedua-duanya sekali, dapat segera bersuara menjelaskan kepada rakyat mengenai urusniaga ini. - (SH 01/01/2013)
31 December 2012
Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar
KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk “The Black Rose – Black Rose 1.0″
Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.
Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.
Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya’s sebagai penulisnya.
Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku tersebut menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.
Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.
Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif.
Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.
Selepas wawancara disiarkan Harakah Daily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.
Selepas wawancara kedua disiarkan pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.
Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.
Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.
Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.
Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.
Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.
- keadilandaily.com/
28 December 2012
Pendedahan Terkini Deepak..
Saya dipaksa jual syarikat saya, kata Deepak
Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.
"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.
"Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini.
http://www.malaysiakini.com/news/217592
17 December 2012
Peguam Title 'Tan Sri' Yang Rangka Akuan Bersumpah Bala Akan Didedah..
Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.
“Terdapat bukti mencukupi membolehkan Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini. Jika majlis melihat ini sebagai serius seperti yang saya llihat, dan ramai peguam kanan lain, mereka akan dapat ke akar kemelut ini sekali dan untuk semua,” Haris(gambar)memberitahu The Malaysian Insiderketika dihubungi di sini.
Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.
Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal “misteri”, baru-baru ini secara terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.
Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh “TVPAS” di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.
Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.
“Namun, ini bermakna terdapat individu yang tahu identiti peguam ini — Deepak, TVPAS dan pastinya, pasukan pengarang. Kita boleh memulakan penyiasatan dan mendedahkan orang ini,” kata Haris.
Di dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris menyatakan hasratnya untuk menulis kepada Majlis Peguam dan mengugut untuk mendedahkan nama peguam tersebut jika permohonannya tidak dilayan selepas 14 hari.
Beliau menyatakan beliau mengetahui identiti peguam bergelar “Tan Sri” itu daripada tiga sumber bebas dan boleh dipercayai dan tidak keberatan untuk mendedahkannya jika diperlukan.
“Saya akan menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bertanya jika mereka akan melancarkan satu penyiasatan ke atas urusan kotor ini,” katanya dalam tulisan tersebut.
Perakuan bersumpah kedua Balasubramaniam muncul sehari selepas SD pertama beliau pada 3 Julai 2008, tentang pembunuhan Altantuya 2006, di mana dua komando elit polis disabitkan bersalah dan menghadapi hukuman mati.
Dalam satu sidang akhbar tergesa-gesa itu, Balasubramaniam, diiringi oleh peguam M. Arulampalam, keluar untuk menarik balik SD pertama beliau, dengan mendakwa ia ditandatangani kerana menerima ugutan.
Beliau kemudian mengeluarkan SD kedua, yang beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh peguam lain tanpa perundingan terlebih dahulu dengannya.
Deepak menjadi tajuk berita apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranan beliau dalam membantu SD kedua detektif swasta itu untuk menyangkal akuan bersumpah pertama.
Peniaga itu kini berada dalam berita kerana menyaman Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah dibawah jenayah pecah amanah dalam penjualan 223.33 ekar tanah di Bukit Raja.
Dipetik dari http://paspb2.blogspot.com/2012/12/siapa-dia-peguam-bergelar-tan-sri.html
12 December 2012
Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.
Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini.
SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.
"(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya.
Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.
Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan wanita sebelum ini.
"Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya.
Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.
Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/216526
Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh Altantuya terbongkar
KUALA LUMPUR 12 Dis: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
“Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
“Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
“Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya,” cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
“Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya “datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana”.
Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.
Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.
Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.
Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.
Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.
Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 – 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.
Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.
Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.
Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.
Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.
Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja.”
Dipetik Dari - http://www.keadilandaily.com/
01 December 2012
Tuduhan Deepak: Adakah Muhyiddin bela Najib?
KUALA LUMPUR- Dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari pelbagai tuduhan Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Muhyiddin akan menyampaikan ucapan sebagai Timbalan Presiden dalam perhimpunan agung Umno.
"Rakyat malah seluruh dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Muhyiddin akan membela Najib dari semua serangan termasuk pelbagai tuduhan Deepak," katanya.
Jika Muhyiddin bermurah hati dan sudi membela Najib, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat ingin melihat pula sejauh manakah pembelaan itu.
"Bukan sahaja rakyat dan dunia ingin melihat sejauh manakah Muhyiddin bersungguh-sungguh membela Najib, mereka juga ingin melihat apakah yang tersirat dalam pembelaannya itu.
"Rakyat tidak bodoh, mereka boleh membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kata-kata yang positif dengan mudah dapat dibaca maksud yang negatif yang tersirat di sebalik kata-kata itu," kata Mahfuz.
Aksi Muhyiddin akan dinilai adakah benar dakwaannya bahawa beliau adalah timbalan yang setia kepada Najib, katanya lagi.
"Bagaimana Muhyiddin hendak memperlihatkan beliau adalah seorang yang setia kepada Najib, amat menarik untuk melihat bagaimana beliau memainkan peranannya terutama melalui ucapannya dalam perhimpunan agung Umno yang kini sedamng berlangsung.
"Atau, adakah Muhyiddin buat tak tahu sahaja dan membiarkan Najib menggelepar seorang diri menghadapi pelbagai serangan ke atasnya?
"Sama-samalah kita nantikan adegan yang ingin dilihat oleh semua orang itu," katanya.
Mahfuz juga menyatakan kehairanannya mengapa Najib terus membisu ketika Deepak bertalu-talu menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.
"Jika Najib tidak nafikan tuduhan Deepak, rakyat pasti akan menerima apa sahaja yang dinyatakan oleh Deepak sebagai benar.
"Najib perlu nafi dengan meyakinkan, jika tidak orang terus tidak percaya memandangkan Najib sendiri yang berkali-kali menyebabkan dirinya langsung tidak boleh dipercayai," kata Mahfuz.
Dalam apa yang dilihat antara serangan paling tepat kepada Najib, antara lain Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.
-harakahdaily
