BlogList Malaysia
Showing posts with label khusrin. Show all posts
Showing posts with label khusrin. Show all posts

09 February 2011

Saya belum dijemput hadir mesyuarat Exco, kata Khusrin

Walaupun pertemuan formal dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berlangsung kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri yang baryu Datuk Mohd Khusrin Munawi masih belum menerima “lampu hijau” untuk menyertai mesyuarat mingguan Exco yang diadakan pagi ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Khusrin berkata, beliau tidak “dijemput” untuk menghadiri mesyuarat Exco hari ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini bermula pukul 10 pagi.

“Saya tidak tahu... saya tak dijemput (untuk hadir) bermesyuarat (hari ini), mungkin belum lagi.


“Setakat ini memang tak ada lagi, saya pun tidak tahu apa-apa tentang mesyuarat hari ini,” kata beliau.

The Malaysian Insider juga difahamkan Khusrin telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancangan ekonomi negeri yang diadakan semalam dengan dipengerusikan oleh Khalid.

“Datuk Khusrin ada hadir satu mesyuarat perancangan ekonomi negeri, yang dipengerusikan oleh MB sendiri, yang pertama selepas pertemuan kedua-dua mereka,” kata seorang Exco Kerajaan Negeri kepada The Malaysian Insider pagi ini.

“MB memberikan penjelasan tugasan kepada Datuk Khusrin sebagaimana dimaklumkan sebelum ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada Khusrin juga akan menghadiri mesyuarat pagi ini kerana perkara itu tidak disentuh semalam.

Malah Exco itu tidak pasti sama ada Khusrin akan mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

“Biasanya, berdasarkan pengalaman lalu jika melibatkan pegawai kanan kerajaan negeri, majlis seumpama ini akan diadakan sebelum Exco mulakan mesyuarat... setakat ini tiada apa-apa makluman,” kata Exco itu lagi. - MI

Read More...

08 February 2011

Khusrin 'Play Safe' Untuk Sementara Waktu


“Mengenai pertemuan semalam, biarlah Menteri Besar yang keluarkan kenyataan, saya hanya ikut arahan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi.

Ketika diminta mengulas pertemuan semalam, Khusrin hanya mengambil pendekatan berdiam diri demi “menjaga” hubungan dengan Khalid yang dilihat sudah semakin pulih.

“Saya tidak mahu komen apa-apa, kalau mahu apa-apa dapatkan Menteri Besar,” kata Khusrin.

Read more

Read More...

07 February 2011

Arahan Khalid Kepada Khusrin

Khalid jumpa Khusrin, angkat sumpah masih tanda tanya


Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru Datuk Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam pada jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan Selangor dan menteri besar seharusnya berperanan dalam pelantikan SUK.


"...pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam pertemuan tersebut, Khalid juga mengarahkan Khusrin memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor.

"Seterusnya, menteri besar mengarahkan Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah," kata kenyataan itu.

Arahan lain Khalid kepada Khusrin:

* Menteri besar memberitahu Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.
* Khalid menyarankan supaya Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
* Khusrin diminta meneruskan usaha-usaha Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut langsung sama ada Khalid membenarkan Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan SUK yang dilantik secara kontroversi itu menghadiri meyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor. - mkini

Read More...

06 February 2011

Kesian Khusrin Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong

Temu MB: Saya belum terima makluman rasmi, kata Khusrin


Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Menteri Besar berhubung pertemuan yang bakal diadakan esok - dipercayai langkah susulan untuk menamatkan krisis sebalik pelantikan beliau.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan langkah kerajaan negeri itu pada 27 Januari lalu — tiga hari selepas Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khas meminda perlembagaan negeri, tetapi gagal.

Sebaliknya, Khusrin (gambar) berkata hanya mengetahui Khalid mahu bertemu dengannya bagi membincangkan status kedudukan beliau selaku SUK melalui media.


“Tidak ada... tidak ada surat rasmi, saya tidak dimaklumkan Menteri Besar mengenai pertemuan itu.

“Saya hanya tahu melalui media sahaja, surat rasmi tiada dan saya tidak dimaklumkan apa-apa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai status kedudukannya sebagai SUK yang dipegang sejak 1 Januari lalu dan perkara yang kemungkinan disentuh esok, Khusrin bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kalau ada, adalah. Kalau tiada nak buat macam mana,” kata beliau.

Read More...

13 January 2011

Khusrin Mungkin Guna Polis Untuk Gagalkan Persidangan Tergempar DUN 24 Januari Ini

NOTA EDITOR: Maklumat ini Tulang Besi dapat dari seorang pembaca yang menghantar email kepada Tulang Besi. Namun penghantar email ini cuma menamakan diri beliau "Simpatisan MB Selangor Dalam UMNO" sahaja. Tulang Besi tidak dapat memastikan kesahihan khabar ini. Namun dari pengalaman Pakatan Rakyat di Perak, perkara ini tidak mustahil. Terpulang kepada para pembaca untuk mempercayainya.

Assalamualaikum Tuan Haji Tulang Besi,

Saya orang dalaman UMNO. Tapi, saya juga adalah peminat blog tuan. Saya nak bagitau Tulang Besi ada desas desus Khusrin akan menggunakan PDRM untuk halang Sidang DUN tergempar 24 Januari nanti. Alasanya Sidang DUN itu akan membincangkan perkara yang tidak diperkenankan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor.

Oleh kerana perlantikan Khusrin ini dianggap "sah" setakat ini, PDRM tidak akan teragak-agak untuk bertindak mengikut arahan SUK. Setakat itu buat masa ini. Kalau ada maklumat lain, saya akan bagitau Tuan Haji Tulang Besi kelak.

Wassalam

"Simpatisan MB Selangor Dalam UMNO"

Read More...

04 January 2011

Cara Untuk Mengajar Khusrin Dan Umno Yang Kurang Ajar


Isu Khusrin : Biar dia rasa apa yang kerajaan Pakatan Perak pernah rasa ! Mereka 'mengajar' untuk menjadi 'kurang ajar'. mbnizar ! Wa cayaa luu..!!

al-banjari

Read More...

Kusrin - Kavita Kaur: Selangor KKKGates?

Marhaen.info: Mengapalah beriya-iya Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan melantik seorang kusrin bertaraf JUSA C ke jawatan JUSA A? Dah habiskan penjawat JUSA B yang layak dinaikkan pangkat ke JUSA A - kelayakan bagi seseorang dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian-kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Apa istimewa sangatnya seorang kusrin JUSA C di negeri Selangor Kota Darul Ehsan ini. (JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam) hinggakan isu pelatikannya mencatat capaian yang tinggi di dunia siber pada awal tahun 2011?

Setelah digoogle ke sana ke mari, satu artikel yang diterbitkan dalam blog Beduk Canang menarik perhatian. Ada sesuatu yang menarik. Satu persoalan yang masih belum menemui jawapan pasti tetapi bayang-bayang terdapat di mana-mana. Tunggulah dalam sehari dua lagi, dunia Internet 1Malaysia akan meriah dengan nama seorang kusrin, kavita kaur dan .....

Beduk Canang: Ada apa di sebalik nama Kavita Kaur? (7 Disember 2010)

Apakah sangkut paut pelakon Kavita Kaur dengan dunia politik tanah air mahupun kepada golongan istana di negara ini?

Read More

Read More...

03 January 2011

Saya Memang Lemah Bahasa Inggeris - Khusrin


Khusrin akui beliau mempunyai kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris tetapi menganggapnya tidak menjadi masalah baginya untuk berkhidmat sebagai SUK

Read more

Read More...

SUK Umno Lapor Diri Kepada Khir Toyo


Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

“Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi.

“Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Namun ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khusrin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen perhubung tugas baru beliau.

“Saya akan keluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabatnya dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.

“Kita tidak dibenarkan untuk halang beliau (Khusrin) tapi saya nak tahu kepada siapa beliau laporkan diri untuk bertugas.

“Sepatutnya beliau melaporkan diri kepada Menteri Besar,” kata sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Difahamkan Khalid akan menemui Sultan Selangor pada pukul11 pagi ini di Istana Mestika di sini.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Read More...

29 December 2010

Pengarah JAIS Baru Yang Menggantikan Khusrin


Ceritanya di sini

Read More...

Kerajaan Pusat Tidak Patut Perkudakan Istana Selangor

Hormati Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat

1. Politik Negeri Selangor kembali menarik perhatian umum berikutan isu perlantikan Khusrin dari JAIS ke jawatan barunya sebagai SUK Negeri Selangor . Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan YAB Menteri Besar akan mohon mengadap Kebawah Duli Sultan untuk membincangkan isu ini , suka saya tegaskan bahawa pandangan Kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah Kerajaan yang stabil.

2. Biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak se"ideologi" dengan Kerajaan pusat , namun kerajaan negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya .

3. Sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana - mana kerajaan negeri yang lain tidak di"ganggu" apalagi cuba diguling semata - mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan. Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan - kerajaan negeri seperti Selangor , Kedah , Penang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi .


4. Pengumuman KSN dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ianya dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor. [ Jawatan SUK ialah jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]

5. SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif. Namun realiti yang berlaku di Selangor , Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontraversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria - ia benar menabalkankan Khusrin sebagai SUK Selangor ?

6. Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan , tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi ? kemana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini ? apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan ?

7. Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional , tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme. Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik !

8. Saya berharap rundingan YAB Menteri Besar dengan pihak Sultan akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri malah jua demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Yang Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar.

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

Read More...

Kelayakan 'Khusrin 90 Marhalah' Dipertikai

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya.

NONEPengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira.

Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

"Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.


"Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?" soal Nik Nazmi dalam blognya hari ini.

Dari seri rekod pula, ADUN Seri Setia itu berkata, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

azlanADUN muda PKR itu berkata, Khusrin juga sekadar menghabiskan tiga daripada 27 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di peringkat persekutuan, selebihnya cuma berkhidmat di negeri Selangor.

"Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!" sindir Nik Nazmi.

Mengulas berhubung pihak yang berhak melantik jawatan SUK - sama ada kerajaan pusat atau negeri - Nik Nazmi berkata perkara itu tidak timbul kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak menyebut kedua-dua pihak.

"Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol," katanya.

Justeru, beliau berharap tiada pihak memainkan isu bahawa mempertikai pelantikan Khusrin sebagai antiistana.

"Tindakan Datuk Seri Najib (Razak) yang mengheret KSN dan IStana Selangorlah yang wajar dipertikai," tambah Nik Nazmi.

Read More...

27 December 2010

Umno Merampas Kuasa Secara Senyap Di selangor

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.


Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Read More...

15 October 2010

Kaduk Naik Junjung

Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang oleh Sultan Selangor hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali serta pemimpin masyarakat di Selangor.

Semua nazir dan jawatankuasa masjid dilantik secara demokratik di Selangor mulai tahun lepas apabila perlantikan mereka dipilih dalam mesyuarat oleh penduduk kariah berkenaan secara undi.

Mereka yang terpilih akan dilantik oleh Mais mengikut kuasa yang ada padanya.

Pendekatan ini diambil sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Berikutan pendekatan itu, hampir semua masjid dan surau di Selangor sangat aktif dan penuh aktiviti di samping ia sentiasa dipenuhi oleh orang ramai sama ada untuk solat atau aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Read More...

07 September 2010

Pengerusi Surau Taman Al Huda Disaran Saman MAIS RM20Juta

NOTA EDITOR: Sebagai seorang Islam yang membenci fitnah UMNO, saya menyarankan bekas Pengerusi Surau Al Huda supaya menyaman MAIS dan Khusrin Rahmat dengan jumlah RM20 juta.

Sesungguhnya, MAIS dan Khusrin telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan UMNO dan Barisan Najis.

Sekiranya tidak, selepas ini UMNO akan terus menerus menggunakan MAIS untuk menjalankan kerja-kerja politik kotor mereka.

Wallahualam


Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah
TERKINI @ 09:25:29 PM 06-09-2010
Oleh Clara Chooi
September 06, 2010


Malaysia Waves

Read More...

02 September 2010

Ejen Umno Dalam JAIS

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Katanya lagi, Khusrin juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.

"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.

"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.

Sumber - Kedahlanie

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas