KUALA LUMPUR – Taktik licik seorang lelaki yang berpakaian kemas untuk menyamar sebagai peguam Istana Negara selain memakai 15 tangkal untuk ‘menundukkan’ mangsa dapat memperdaya 45 individu melibatkan kerugian RM200,000 sejak awal tahun ini.
Lelaki berusia 28 tahun dari Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor itu dikatakan bermulut manis dan pandai membuatkan mangsa terpedaya dengan kata-katanya. Untuk itu, suspek sering menggunakan gelaran ‘Tengku Razali’ atau ‘Tengku Shahrizwan’.
Bagaimanapun, suspek yang mendakwa keturunan kerabat diraja itu akhirnya diberkas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang, Khamis lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan dari seorang wanita berusia 44 tahun.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, peniaga itu mendakwa dia kerugian RM7,000 selepas barang kemas miliknya dilarikan suspek pada 12 Ogos lalu.
Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mendatangi mangsa yang sedang berniaga di kedai makannya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh di sini dan memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja yang berkhidmat sebagai peguam Istana Negara sehari sebelum itu.
“Ketika itu, suspek menawarkan mangsa peluang untuk membekalkan makanan ke istana lalu dipersetujui mangsa. Keesokannya, dia datang semula dan membawa mangsa ke kediaman diraja itu dengan menaiki Proton Perdana sewa.
“Sebaik tiba di luar pintu istana, suspek memaklumkan mangsa beberapa peraturan sebelum masuk seperti tidak boleh memakai barang kemas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.-kosmo
Read More...
Summary only...
Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.
Kebakaran itu hendak menunjukkan kepada kita betapa besarnya 'istana raja-raja Umno'. Ini salah seorang kalangan 'raja-raja Umno yang memiliki 'istana', begitu juga dengan 'raja-raja' yang lain. Ini banglo empat tingkat yang jarang-jarang dimiliki 'rakyat biasa'. Tahniah kerana kesungguhan dan kerajinan mereka mampu memiliki 'istana', tak gitu!!
Sabar Ku Nan, apalah sangat...banglo lain kan masih ada!!
Ekelee

Read More...
Summary only...
Sedap membaca sejarah ciptaan Dr Mahathir.
YB Bayan Baru Zaharin Hashim mencadangkan supaya supaya gelaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh mana Raja-Raja Melayu yang telah menganugerahkan gelaran-gelaran kepada Anwar dahulu. Zaharin telah menuduh Anwar mempersoalkan isu ketuanan Melayu didalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Zaharin menganggap Anwar tidak wajar menyimpan gelaran kerana tidak bersama membina apa yang dihebohkan oleh pemimpin Melayu yang beretorik tentang ketuanan Melayu. Zaharin menempelak Anwar kerana kononnya PKR tidak mahu bersama memperjuangkan ketuanan Melayu dan oleh sebab itu segala gelaran yang diterima Anwar wajar ditarik balik.
Media perdana telah memberikan liputan cadangan Zaharin ini dan Anwar telah menjawab yang itu adalah anugerah Tuanku-Tuanku yang berkaitan dan beliau tidak pernah merayu dan mengemis untuk mendapatkan gelaran-gelaran tersebut.
Bagi saya samada gelaran itu ditarik balik atau dikekalkan bukanlah menjadi isu tetapi saya mengambil persepsi yang Zaharin membuat kenyataan ini semata-mata kerana perasaan peribadinya terhadap Anwar semata-mata. Pada hal Zaharinlah yang menjunjung Anwar semasa gerakkan reformasi dan seterusnya mendapat tempat diDewan Legislative dan sekarang digelar Yang Berhormat.
Saya bukan hendak mempertahankan Anwar kerana saya sendiri tidak ada perasaan apa-apa terhadap pemimpin ini kerana Anwar bukanlah pemimpin yang saya kagumi. Tetapi apa yang saya persoalkan ialah Zaharin bukannya berkata-kata kepada landasan kejujuran tetapi oleh kerana ‘persona non grata’ beliau terhadap Anwar sahaja.
Kalau isu kelalaian Anwar terhadap bangsa Melayu mewajarkan gelaran ditarik balik, maka hampir kesemua pemimpimpin UMNO sepatutnya ditarik gelaran Datuk Seri, Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Zaharin sepatutnya menyarankan gelaran kepada Dr Mahathir dilucutkan kerana beliau mengepalai barisan pimpinan UMNO (Baru) menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis prlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir serta Ghaffar Baba pada tahun 1993 dahulu.
Semasa itu Perlembagaan Persekutuan telah melarang Raja-Raja Melayu diipersoalkan samada didalam Dewan Legislative atau diluar Dewan. Jika dilanggar individu-individu yang terlibat boleh dipenjara ‘mandatory’. Menghina Raja-Raja itu adalah penghinaan kepada orang Melayu dan isu itu patut disebut oleh Zaharin. Kenapa hanya Anwar dipersoalkan?
Kalau dibuat intrepitasi mengikut Perlembagaan Persekutuan Dr Mahathir, Anwar, Ghaffar Baba, Najib Tun Razak, Hj Khalid Yunus, Isa Samad, Anwar Musa dan terlalu ramai yang lain sepatutnya telah dipenjarakan dan ditarik semua gelaran kebesaran masing-masing semasa krisis cetusan UMNO (Baru) itu sedang hangat didebatkan oleh setiap lapisan masyarakat semasa itu.
Kepada penggiat politik yang masih berhingus masa itu tentunya tidak ingat dengan sejarah hitam semasa itu. Isu ii diperbesarkan oleh orang Melayu dalam UMNO yang mengampu pimpinan semasa itu dan tidak kedengaran semasa itu kritikkan kepada Raja-Raja Melayu dilakukan oleh bangsa lain.
UMNO telah melakukan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu tanpa sempadan dan media letronik dan cetak telah memberikan sokongan agar Raja-Raja Melayu ditamatkan riwayat kewujuddan mereka. Ini sejarah yang begitu baru dan pada siapa yang berumur sebaya atau lebih tua daripada saya tidak akan mampu melupakan insiden hitam yang dihadapi oleh Raja-Raja Melayu sewaktu itu.
Pemimpin-pemimpin kita yang besar dan yang kecil semasa itu telah lupa daratan dan mereka seolah-olah tidak lagi memerlukan institusi Raja-Raja Melayu dan ramai yang bertempik dan bersorak mengkritik Raja-Raja Melayu didalam akhbar-akhbar perdana dan media letronik. Kepada sesiapa yang mushkil dengan kata-kata saya ini elok pergi keArkib Negara dan bacalah setiap berita yang tertulis didalam dada akhbar pada tahun 1993 dan saudara akan terbaca semua yang saya katakan tadi.
UMNO (baru) bersikap lebih buruk dari sikap British Malayan Union yang cuba untuk menurunkan martabat bangsa Melayu dengan mencemuh Raja-Raja mereka. Kalau Malayan Union itu adalah dari kaum Inggeris cuba untuk merendahkan mertabat Raja-Raja Melayu, UMNO (B) pula adalah dari rakyat yang hampir kesemuanya Melayu yang cuba untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu mereka sendiri.
Walaupun pindaan terhadap perlembagaan yang bersabit dengan Raja-Raja tidak dibenarkan namun UMNO tetap memindanya dan itu merupakan penghinaan kepada bangsa Melayu. Semua yang mencadangkan pindaan itu adalah orang-orang yang telah mendapat gelaran dari Raja-Raja dan Zaharin patut mengeluarkan segala-galanya jika benar beliau serius untuk memperjuangkan apa yang kikatakan sebagai ketuanan Melayu.
Jika Zaharin tidak bersikap ‘limau masam sebelah’ elok beliau diberitahu bahawa Fasal 159(5) dan 181(2) telah di’repeal’ oleh UMNO pimpinan Mahathir dan ini merupakan ancaman gila yang tidak ada tolok bandingnya terhadap institusi Melayu yang unggul itu.
Tetapi UMNO mudah lupa; dalam krisis diPerak baru-baru ii UMNO telah menggunakan kuasa yang sikit-sikit berbaki kepada Sultan Perak untuk mengambil alih kerajaan pilihan rakyat dari PR. Barulah sekarang, apabila sudah terdesak UMNO mahu menerima kenyataan yang institusi Raja itu penting.
Sejak dari itu UMNO tidak mahu lari dari berlindung dicelah ketiak Raja Melayu. Bagi sekumpulan kecil dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakkan UMNO itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja semasa itu tanpa berdaya melakukan sesuatu kerana semasa itu semua ahli-ahli UMNO haya bangun untuk membodek Dr Mahathir bagi kepentingan politik jangka pendek mereka.
Kami bersedih dan terkilan dengan penghinaan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO semasa itu. Semasa itu kami hanya berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk terhadap kepimpinan yang sesat barat itu kembali kejalan yang benar.
Alhamdulillah, UMNO sudah sedar tentang pentingnya Raja-Raja Melayu, walaupu hanya setelah mereka hampir mati oleh tindakkan mereka sendiri. ‘BUT, it’s better late than never’ bak kata perbilangan Inggeris yang semua orang tahu.
Sesungguhnya sangat seronok membaca sejarah cetusan Dr Mahathir ini. Masalahnya saya tidak pandai menulis buku. Kalaulah saya seorang penulis buku sejarah, topik ini merupakan topik yang paling utama bagi saya supaya anak muda yang akan datang faham bahawa kita adalah orang Melayu yang telah dipunah ranahkan oleh pemimpin mereka sendiri.
Cukuplah setakat ini.
Sumber di sini
Read More...
Summary only...
Kalau Mahathir sebut A, dalam kepala nya mungkin B.
Jadi kalau Mahathir sedih gara-gara kes Lingam di tutup, maaf aku langsung tak percaya.
Banyak kes yang melibatkan Mahathir. Terutama yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Sampai sekarang dia tak pernah jejak kaki di dalam Mahkamah. Kalau nak bagi alasan, Mahathir memang boleh bagi. Kalau Samy Vellu pandai berbelit, Mahathir lagi bijak. Lidah mamak tu. Berani kah Mahathir menjawab soalan lawyer yang memang dah lama nak belasah Mahathir?
Mahathir kata dia sedih sebab tak dapat bersihkan nama. Bukan satu kes ni saja punca nama dia busuk. Tapi ada banyak lagi.
Mati hidup semula pun, aku tak kan percaya pada Mahathir. Yang percaya adalah mereka mereka yang mudah di tipu. Banyak untuk aku, sikit untuk kau. Itu lah Mahathir. Yang lebih, semuanya bohong. - Love Perak
Dr M kecewa kes Lingam ditutup
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup, dan oleh itu tidak memberi beliau peluang untuk membersihkan namanya.
"Beliau (peguam Datuk VK Lingam) tentunya merasa lega, Tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya (diraja), mengenai pengaruhnya ke atas saya dalam pemilihan hakim-hakim?" soalnya.
Menurut Dr Mahathir, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim," tulis Dr Mahathir dalam blognya.
"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.
"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?
"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?" tambahnya.
Dr Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.
"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.
"Tidak ada kesalahan jenayah'
Read More...
Summary only...

Tiba-tiba rindunya saya dengan Ketua Putra Umno yang badannya gedebab, tapi sekali kena peluk sudah lebam badannya yang bernama Azeez tu. Lepas penamaan calon dia dilaporkan masuk hospital dan kini kabar beritanya entah di mana. Siapa yang tau di mana Azeez? Masih di hospital lagikah dia? Atau dia sudah keluar hospital dengan kesan-kesan lebam yang masih tak hilang kerana kulitnya memang lebam dari rambut hingga ke kaki sejak dilahirkan?
Apapun, saya sangat rindu untuk tahu berita mengenai Azeez. Saya juga ingin tahu perkembangan siasatan polis terhadap kes lebam Azeez. Suspeknya sudah ditahankah? Tak kan pula lepas hampir 2 minggu polis kita yang terkenal cekap dalam kes-kes pelik itu masih tak dapat selesaikan kes sekecil itu?
Tak kan pula polis dah tutup kes pula, kot? Tak kan pula selepas disiasat dan mendapati ia cuma cerita rekaan, polis pun tutup fail? Tak kan pula lepas Isa menang besar, cerita putra Umno badan besar itu tidak lagi jadi kes besar? Tak kan pula, kan?
~ pendikar gunung kriang
Read More...
Summary only...
Isu Mirzan: Apa Jawapan Para Mufti? Nizar vs Najib Altantuya

Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor. Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.
Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak. Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor. Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.
Memang pelik, di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam syarikat arak. Pendedahan terbaru tentang Mirzan ini cukup menyedihkan umat Islam. Sekarang rakyat menunggu reaksi pemimpin Umno dan reaksi bekas Perdana Menteri sendiri. Rakyat juga sedang menantikan apa jawapan mufti-mufti dalam hal ini.
Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, "Ini adalah urusan perniagaan sahaja."
Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah Negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.
Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pengeluaran arak hingga menjadi 1 %, adakah syarikatnya dikira bersih ?
Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan ?
Rakyat Malaysia yang menghina lagu Negaraku akan dikenakan hukuman bila pulang dari luar Negara kerana dikatakan menghina rakyat dan Negara Malaysia. Apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada Mirzan kerana menghina Islam secara terang-terangan ?
Jika, Mirzan Mahathir seorang yang bermaruah dan sayangkan agama anutannya. Letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Bertaubat dan carilah rezeki dengan cara halal.
/detikdaily
Read More...
Summary only...
Cadangan perwakilan MIC ekoran kenyataan didakwa campur urusan dalaman MIC 'Kalung selipar' gambar Dr. Mahathir
Letakkan 'kalungan selipar' pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.
Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC kerana mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan daripada perwakilan lain.
Perkara yang sama juga dicadangkan terhadap Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, tetapi ia turut di bantah.
Perwakilan dari Ampang, M. Muniandy berkata, kesemua perwakilan yang membahaskan usul hari ini bagaimanapun sebulat suara mengecam dan menolak campur tangan bekas Perdana Menteri.
''Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini.
''Kami tidak akan terima apa-apa kenyataan yang boleh mengancam maruah Presiden parti. Kami tahu apakah peranan beliau serta komitmen beliau terhadap parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul-usul pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Minggu lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini.
Kata Muniandy, orang luar terutama ahli-ahli parti lain tidak ada hak mencampuri urusan MIC.
''MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.
''Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya," katanya.
Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang.
Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.-um
Read More...
Summary only...
Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dipercayai telah mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.
Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.
Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkatapegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.
Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertaklum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.
Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali
Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.
Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.
Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.
Read More...
Summary only...
Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.
"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?
"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.
"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.
Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".
Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.
"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.
"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?
"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.
Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.
Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.
Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.
Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.
Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".
Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.
Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.
Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.
Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.
Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.
"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.
Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.
"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.
"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra._
Read More...
Summary only...
Adalah kami yang memanggil diri kami Raja Gopal anak lelaki Muthurasu cucu kepada Raja Bahwan cicit kepada Raja Kapoor warisan turun termurun Raja Suran hendaknya apa yang kami masahorkan disini adalah niat kami agar ianya dapat dipakai hingga kepada cucu cicit kami turun temurun.
Dengan ini adalah dimaklumkan seantero dunia bahawa dihari dan bulan termaktubnya wasiat ini hendaklah apa yang tersurat diikuti hingga ke anak cucu cicit selagi ada ayer di perigi selagi ada berok dihutan.
1 – Segala kontrek membasuh kereta Snow Wash di seluruh warkoh hijau ini hendaklah dianugerahklan kepada shahrikat Gormuda.
2 – Segala kontrek membuat jalan, lorong, denai, jamban-tan, tali air , terutama jalan kereta api hendaklah ianya jatuh ke dalam shahrikat Snow Wash dan akan jatuh kembali kepada anak sharikat Gormuda.
3 – Jika ada kontrek-kontek baru hendahlah kaum keluarga Raja Gopal diberi peluang terlebih dahuu sebelum kontrek2 ini diagih2kan kepada orang2 lain hendaknya.
4 – Adalah di maklumkan jika sharikat anak cucu kami ada berhutang maka adalah dipinta gantinya dana yang akan dianugerahkan kepada kami.
5 – Adalah kami Raja Gopal anak lelaki Muthurasu memiliki hak untuk mendapat hutan, bijieh dan petai di hutan selagi ayam berkokok dan kuching terberak.
6 – Adalah hak kami untuk menjual apa sahaja yang kami boleh jual. Jika kami kalah judi hendaknya hutang judi kami akan dibayar ganti. Hendaknya jikalah kami bawa masuk kereta tanpa cukai maka tanpa cukailah kereta itu. Maka jika sekiranya ada anak kami yang shiok kepada Minah Indon maka shioklah Minah Indon itu hendaknya tanpa ulang bicara saman ada adanya.
7 – Sayugia diingatkan seantero warkoh hijau hendaknya janganlah ditanya-tanya lagi siapakah asal usul kami ini dan hak kami untuk memiliki kontrek-kontrek ini.
8 – Janganlah ada orang yang terbaring dijalan raya menggangu kereta cuci cicit kami atau ada yang membaling kasut terutama jika kasut itu hanya dibeli di kedai bata atau di beli di kedai bundle. Kalau hendak mebaling kasut balinglah kasut Doc Marten baru kool.
Itu sahajalah tujuh wasiat kami yang wajib diingat - ingati. Sesiapa yang membaca2 wasiat ini sebagai lapan maka durkalah hendaknya mata yang membaca. Maka adalah sumpah janji Raja Gopal agar sesiapa yang meninggalkan wasiat ini akan beku dan jadi siminlah dia hendaknya.
dicilok dari respon kerajaan rakyat
Read More...
Summary only...