KUALA LUMPUR, 4 April — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih menunggu video bukti kegiatan murtad yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Hasan yang juga ahli jawatankuasa agensi itu telah menjelaskan tentang perkara itu pada mesyuarat yang diadakan semalam.
Jelas beliau, tindakan selanjut tidak boleh dilakukan sekiranya Hasan tidak menyerahkan video tersebut.
"Mais bersedia menerima video berkaitan kegiatan murtad untuk kita buat siasatan lanjut...kita akan terima apa-apa bukti lain termasuk video.
"Beliau (Hasan) telah memaklumkan perkara ini kepada kita, beliau sudah jelaskan apa yang beliau lakukan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya jika menerima video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kelmarin Hasan membuat pendedahan tentang kegiatan murtad yang berlaku selain mempunyai tiga versi video berkenaan.
Pada sesi pendedahan itu, Hasan hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.
Kata Hasan, beliau tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada JAIS sekiranya agensi agama itu memerlukannya.
Menurut Mohamad Adzib, pihaknya melalui Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di Selangor termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan sewajar.
Selain itu, jawatankuasa tetap itu juga akan memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di Selangor.
"Kita ada jawatankuasa yang akan meneliti setiap aduan atau laporan yang dikemukakan, serahkan sahaja video itu kepada Mais atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Setakat ini kita masih menunggu (video daripada Hasan)," kata Mohamad Adzib.
Jelas beliau, pihaknya sentiasa membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan murtad.
"Kita juga ada pelan tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah. Kita akan kumpul maklumat dulu kemudian baru ambil tindakan sesuai," katanya.
Mohamad Adzib juga mengingatkan gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi agar menghormati peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita ada undang-undang untuk mencegah, tindakan akan diambil jika terdapat bukti ia (kegiatan murtad) berlaku.
"Kita ada jawatankuasa yang akan pantau perkara ini," katanya.
04 April 2012
Kami masih menunggu video murtad Hasan Ali, kata pengerusi MAIS
03 February 2012
PANAS - Hasan Ali Dipecat Dari Jawatan Timbalan Pengerusi Mais
Baru sekejap saya menerima panggilan yang bertanyakan apakah saya sudah tahu berita terkini mengenai Hassan Ali (Hassan Akidah). Saya memberitahu tidak tahu menahu sebab saya baru bercadang hendak mengulas mengenai Ngo bernama Jati yang beliau hendak umumkan 21 Februari nanti.
Hari ini dan semalam saya sepanjang hari di Kota Bharu, jadi berita-berita sulit dan maklumat terbaru tidak diketahui.
"Apa dia?" tanya saya penuh suspen.
"Sultan telah pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais?" jelasnya. Ha... saya terkejut dan diam seketika.
"Apakah telah diumum?" soal saya meragui.
"Belum lagi, tetapi orang dalam Mais sudah memberi tahu... harap enta siasat sikit.." katanya menyebabkan saya jadi sedikit konfisu.
Siasat?
Sara rasa kalau malumat ini benar lewat malam ini juga berita mengenai pemecatan itu akan memenuhi Fb dan juga blog. Kita tunggu sahajalah... izinkan saya untuk mandi dan menjamah nasi. Soalnya baru tiba dari Kota Bharu. [wm.kl.10:05 pm 03/02/12]
http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/terkini-malam.html
20 January 2012
Hasan Ali Tak Ada Maruah..
SHAH ALAM, 20 Jan : Pas tidak menganggap jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebagai hak mutlak parti itu dan membidas Datuk Dr Hasan Ali kerana menuduh ia sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat.
Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata Islam bukan hanya boleh dikembangkan menerusi portfolio itu sahaja dan Hasan sepatutnya mempunyai minda lebih terbuka sebelum membuat tuduhan sebegitu.
“Saya katakan di sini Islam tidak boleh kita sempitkan dalam satu portfolio, Islam kalau hendak dicakap dalam masjid, maknanya Islam dalam masjid sahajalah.
Jadi kita hendak suruh orang datang ke masjid, pelajar sekolah datang ke masjid dan ini yang kita hendak bawa sekarang,” katanya kepada antarapos.
Mahfuz berkata beliau menerima keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan sesuatu portfolio Exco tidak hanya dipegang oleh parti tertentu sahaja.
Beliau menegaskan Exco daripada Pas tetap akan mengembangkang syiar Islam menerusi portfolio yang dipegang oleh mereka.
“Contohnya portfolio pendidikan kini dipegang oleh Dr. Halimah (Ali) menunjukkan di mana Islam hendak berkembang melalui pendidikan, Iskandar (Abdul Samad) umpamanya memegang portfolio perumahan.
Kemelut rombakan Exco Selangor tercetus kerana Khalid melantik Dr Ahmad Yunus sebagai exco baru daripada Pas untuk menggantikan Hasan yang dipecat oleh parti itu pada 8 Januari lalu.
Bagaimanapun Khalid tidak menyerahkan portfolio Hal Ehwal Agama kepada Yunus, sebaliknya mengambilalih tanggungjawab penting itu. Yunus, Adun Sijangkang, dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
Hasan berkata maruah Pas dipijak kerana sebagai sebuah parti Islam, ia sepatutnya diberikan portfolio itu yang disandangnya dahulu.
Beliau dukacita kerana pimpinan parti itu menerima keputusan Khalid dan menyifatkannya sebagai bukti parti itu sekali lagi menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Mahfuz sekali lagi menegaskan pihaknya tidak bermasalah dengan susunan baru Exco Selangor dan yakin Menteri Besar boleh menguruskan portfolio Hal Ehwal Agama dengan berkesan.
Malah, menurut Mahfuz, Khalid akan menangani apa yang disebut beliau sebagai masalah-masalah ketelusan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.
“Saya percaya dia (Khalid Ibrahim) mampu menyelesaikan banyak masalah dalam ketidaktelusan dalam MAIS da JAIS hari ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, Mahfuz mendesak Hasan supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS setelah beliau digugurkan sebagai Exco.
“Jadi saya harap Hasan Ali kalau ada maruah dia letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS. Dia kena letak jawatan sebab dia dulu diletakkan di situ kerana dia Exco Agama,” kata beliau.
“Walaupun dia dilantik oleh jawatankuasa MAIS memang dia kena letak jawatan sebagai orang bermaruah supaya membolehkan Tan Sri Khalid dan pihak lain yang dilantik untuk berada di situ,” katanya.
Hasan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri sebelum tamat tempoh untuk beliau merayu keputusan itu kepada Majlis Syura parti pada 7 Febuari.
Beliau mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh sekumpulan parasit yang mahu mengubah perjuangan Islam parti itu dan berjanji mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara.
19 January 2012
Hasan Ali kekal Timbalan Pengerusi Mais
Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.
Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.
“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.
Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
23 November 2011
MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS
Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.
Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.
Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.
Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.
Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari.
Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik
18 September 2011
Selangor Anti Islam Ke??
SHAH ALAM 18 SEPT : Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang mana-aman ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid mahupun surau adalah langkah “tidak masuk akal.”
“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” katanya.
Dr Rani yang juga ADUN Meru itu berkata, beliau kesal dan tidak berpuas hati kerana tauliahnya untuk mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah ditarik balik.
Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.
“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.
Marzuki berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.
Menurutnya lagi, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.
Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.
“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.
Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.
“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.
“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.
Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.
“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.
“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
08 September 2011
Khalid dedah 'bukti' Mais alat BN
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.
Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.
"Bersama Kamalanathan, 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.
"Ini gambar beliau dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.
"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.
Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.
Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.
Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.
Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.
"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .
Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.
Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".
"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.
31 December 2010
MAIS Yang Terlebih Sudu Dari Kuah Dan Meroyan Tak Bertempat.
Tiada masalah dengan pakaian MP Serdang, kata ketua masjid
Pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat itu meskipun pemimpin-pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu telah mencemari kesucian Islam.
“Kami tidak ada apa-apa masalah sama sekali dengan pakaian YB Teo,” kata pengerusi jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya Azman Idris kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam kenyataan yang dilihat menolak kritikan disiarkan akhbar Umno yang dibawa sejak semalam, Azman menjelaskan, menutup aurat terpakai kepada umat Islam sahaja.
“Menutup aurat terpakai hanya kepada Muslim. Jadi, isu menutup aurat tidak terpakai kepada YB Yeo,” kata beliau.
Malah kata beliau, pihaknya hanya mengadakan aktiviti itu di tempat letak kereta, bukannya dalam masjid sebagaimana dijadikan isu semata-mata.
“Saya tidak melihat ada apa-apa masalah dalam isu ini,” tambah beliau sambil menjelaskan, sesetengah wanita Islam yang menghadiri karvinal Maal Hijrah pada 12 Disember lalu juga tidak menutup aurat. Program itu diadakan sempena karnival tersebut.
“Ada yang mengenakan jeans yang ketat. Tetapi kami tiada masalah,” katanya lagi.
“Kami ada meletakkan papan tanda mengatakan sila menutup aurat. Tetapi, kami tidak menguatkuasakan kerana ia tanggungjawab individu terbabit. Kami hanya boleh menggalakkan (mereka berbuat demikian),” kata beliau.
Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.
“Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadat orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pula dikatakan mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Teo dan menyertai senamrobik di pekarangan masjid itu.
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin dipetik Utusan Malaysia berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.
Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, yang terletak di Balakong, dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo.
Isu senamrobik: Mais mahu panggil nazir masjid
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di pekarangan masjid baru-baru ini.
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu yang tidak menghormati adab ketika memasuki kawasan masjid tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.
Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati baginda.
Kata beliau, tindakan selanjutnya mengenai perkara itu akan diketahui selepas mendapatkan penjelasan nazir dan melakukan siasatan.
“Sudah beberapa kali dijelaskan yang adab masuk ke masjid serta kawasan sekitarnya perlu memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
“Tetapi sebagai pemimpin kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasannya, Teo Nie Ching seolah-olah tidak peka dengan adab dan peraturan sedangkan beliau pernah ditegur sebelum ini.
“Perkara yang lebih kita kesalkan mengapa pihak masjid atau orang Islam yang bersamanya ketika itu langsung tidak menegur kelakuan beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya di Balakong dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.
Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.
Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.
Ogos lalu Teo didakwa menyampaikan “tazkirah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral.
Bagaimanapun jawatankuasa surau menafikan wakil rakyat itu menyampaikan tazkirah sebagaimana dipertikaikan media milik Umno dan pemimpin-pemimpin mereka.
Kelakuannya itu dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin.
Teo telah memohon maaf kepada baginda di atas perbuatannya itu.
Semalam, Teo memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya,” kata beliau.
Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik.
“Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu,” soal Teo lagi.
“Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
07 September 2010
Pengerusi Surau Taman Al Huda Disaran Saman MAIS RM20Juta
NOTA EDITOR: Sebagai seorang Islam yang membenci fitnah UMNO, saya menyarankan bekas Pengerusi Surau Al Huda supaya menyaman MAIS dan Khusrin Rahmat dengan jumlah RM20 juta.
Sesungguhnya, MAIS dan Khusrin telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan UMNO dan Barisan Najis.
Sekiranya tidak, selepas ini UMNO akan terus menerus menggunakan MAIS untuk menjalankan kerja-kerja politik kotor mereka.
Wallahualam
Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah
TERKINI @ 09:25:29 PM 06-09-2010
Oleh Clara Chooi
September 06, 2010
Malaysia Waves
05 September 2010
Betul Ke Sultan Selangor Kena Tipu?
Sultan Selangor Di Permainkan Pengurusi MAIS Dan Pengarah JAIS
Dah la jahil Agama, Pengurusi Mais dan Pengarah Jais ni, langsung tiada kelayakan Agama untuk menasihati sultan.
“Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid.
“Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor Zaidy Abdul Talib.
Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan.
Sumber - guanomanikurai
04 September 2010
'YB Surau' Sangkal Sumbangan Hina Islam
Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.
Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.
“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.
Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.
Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.
Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”
Seterusnya di sini
02 September 2010
Amaran Supaya Teo Jangan Masuk Masjid Dan Surau
Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.
Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.
Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.
“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).
“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.
“Sudah tentu saya akan ambil peringatan, ini adalah titah Sultan Selangor.
“Apa lagi yang saya boleh buat?
“Saya kena patuh kepada titah Sultan Selangor kerana dalam surat itu Mais kata ia adalah titah daripada Sultan Selangor,” katanya lagi.
Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.
Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
21 January 2010
MUZAKARAH MAIS BERSAMA MADRASAH NURUL IMAN
PADA 19 JAN 2010
TEMPAT: TING 8, PEJABAT MUFTI ,MENARA UTARA
BANGUNAN MAIS,SHAH ALAM
MASA: 1025H – 1220H
PENGERUSI: DATUK MOHD TAMYES ABDUL WAHID
AHLI PANEL;
DATUK MOHKTAR SHAFIE
DATUK MURTADZA MOHD NOR
DR ABDUL MANAM MOHAMAD (UDM)
DR FAKHRULNAIM
DR UTHMAN EL MUHAMADY
MENJAWAB DAKWAAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, DATUK MOHD TAMYES ABDUL WAHID MELALUI SIDANG MEDIA DAN LAPORAN AKHBAR TEMPATAN PADA 20 JAN 2010.( BERITA HARIAN & SINAR HARIAN)
1.TAJUK BERITA “TARIKAT ISMAILIYYAH KELIRUKAN AKIDAH” BH MS:6, RUANG 1
MERUJUK KEPADA TAJUK BERITA INI PIHAK MNI INGIN MENAFIKAN SECARA TEGAS BAHAWA MNI TIDAK MENGAMALKAN DAN TERIKAT DENGAN MANA-MANA TARIKAT, SEBALIKNYA MNI MENGAMAL AURAD ISMAILIYYAH YAKNI MENGASUH UMMAH SUPAYA BERAMAL DAN BERZIKIR MENGIKUT SUSUNAN TOK GURU ISMAIL.
OLEH ITU, PARA PENGIKUT AURAD INI TERDIRI DARI PELBAGAI GOLONGAN YANG MANA MEREKA BEBAS UNTUK BERAMAL DAN BERZIKIR PADA SEBARANG WAKTU DAN TEMPAT.
2. PERENGGAN 1,” MASIH BOLEH MENGELIRUKAN AKIDAH UMAT ISLAM”
MELALUI KENYATAAN INI, MNI INGIN MENEGASKAN BAHAWA UNSUR AKIDAH YANG ASAS ADALAH KALIMAH SYAHADAH, JUSTERU ITU PIHAK MNI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN SEBARANG AJARAN UNTUK MENGAJAR UMMAH MENERIMA TUHAN SELAIN ALLAH SWT DAN MENOLAK NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI RASULULLAH .
MAKA KEKELIRUAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH PIHAK MAIS ADALAH DISANGGAH DENGAN SEKERASNYA..
3. PERENGGAN 4;” BERKAITAN AMALAN KEBATINAN TARIKAT ITU SEPERTI KUASA GHAIB”
ADALAH AMAT MALANG SEKALI KENYATAAN INI DIKELUARKAN OLEH SEORANG MUFTI KERANA KUASA GHAIB BUKANLAH SATU AMALAN KEBATINAN, SEBALIKNYA ADALAH KARAMAH YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG DIPILIH OLEHNYA.
OLEH ITU, APABILA DIKATAKAN AMALAN KEBATINAN MAKA SUDAH TENTU IANYA ADALAH SATU PERBUATAN KERJA YANG DILAKUKAN SECARA BERULANG DAN TETAP, MAKA DISINILAH KEDENGKILAN ILMU YANG DIPAMERKAN OLEH MUFTI DALAM MENGISTILAHKAN AMALAN KEBATINAN DAN KARAMAH ANUGERAH ALLAH SWT.
KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, KISAH SAIDINA UMAR AL KHATTAB MEMBERI ARAHAN PERANG KEDADA TENTERA ISLAM YANG DIPIMPIN OLEH SAIDINA KHALID AL WALID, SEDANGKAN KHALIFAH OMAR SEDANG MEMBACA KHUTBAH DI MADINAH.
APAKAH PERISTIWA INI KITA NAK KATAKAN WAHYU/ SUARA KETUHANAN ?
4. PERENGGAN 5; “ ADAB BERBICARA JUGA TIDAK DIBERI KEUTAMAAN”
DALAM KENYATAAN INI JELAS SEKALI LAGI MENAMPAK PIHAK MUFTI DAN AHLI PANEL MAIS BERADA DALAM KEADAAN YANG CUKUP DAIF, SESUNGGUHNYA ADAB BERBICARA YANG DITONJOLKAN OLEH TUAN GURU ADALAH SIKAP TEGAS BELIAU DALAM MENDEPANI PARA ILMUAN ISLAM PENTADBIR AGAMA YANG MENJADI TUKANG JUAK AMPU KEPADA PARA PEMIMPIN NEGARA YANG PENUH DENGAN KEMAKSIATAN AKIDAH DAN GEJALA KESONGSANGAN AKHLAK GENERASI HARI INI.
SESUNGGUHNYA KETEGASAN SUARA DAN SIKAP INI TELAH DIPUTAR BELITKAN OLEH AHLI PANEL.
SEBAGAIMANA DARI AWAL BICARA, TUAN GURU TELAH MENYATAKAN DENGAN TEGAS BAHAWA BELIAU DILATIH UNTUK TIDAK TUNDUK KEPADA KEMAHUAN MAHKLUK MANUSIA SEBALIKNYA HANYA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA PERINTAH ALLAH SWT.
MASYARAKAT HARUS TAHU, SIAPAKAH AHLI PANEL INI?
SEKALI LAGI JIKA KITA MENYINGKAP KARAKTER SAIDINA UMAR AL KHATTAB YANG MEMPUNYAI SIKAP DAN PENDIRIAN YANG TEGAS DIKALANGAN PARA SAHABAT, MAKA APAKAH KITA NAK MELABELKAN KHALIFAH INI KURANG ADAB?
MANAKALA, KISAH DAN PENGALAMAN SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI, JUGA JELAS MEMPAMERKAN SIKAP TEGASNYA DALAM BERDEPAN DENGAN PARA PENDUKUNG PEMIMPIN KERAJAAN YANG MENOLAK KEADILAN HUKUM ISLAM.( KISAH BERSAMA 40 ORANG PEMIMPIN)
5. PERENGGAN 6; “ KETUA TARIKAT TIDAK MEMPUNYAI NERACA YANG DIGUNAKAN SEBAGAI KAYU UKUR MENGENAI KEESAHAN BERKAITAN KEROHANIAN”
ADALAH MENJADI KEBODOHAN YANG NYATA BAGI AHLI PANEL YANG MENGUTARA PERSOALAN INI? KERANA JAWAPAN TUAN GURU ADALAH MENCAPAI KETENANGAN SETELAH BERAMAL DENGAN AURAD INI. JIKA DIMINTA PENGESAHANNYA , APAKAH MANUSIA MAMPU MENAFSIRKAN TAHAP KHUSYUKNYA DALAM IBADAH, DAN DAPATKAN PENGESAHAN DARI INDIVIDU LAIN ATAU MAIS TENTUKAN TARAF KHUSYUK ITU?
MAKA, JELASLAH AHLI PANEL TERLALU DAIF, DAN TAK PERLU DILAYAN SOALANNYA.
6. PERENGGAN 8; “ PENGASAS TARIKAT ITU PERNAH MENDAKWA MENERIMA WAHYU DARI LANGIT”
SESUNGGUHNYA KENYATAAN INI AMAT TRAGIS SEKALI, KERANA TUAN GURU TIDAK PERNAH MENDAKWA MENERIMA SEBARANG WAHYU.
MAKA, MNI MENCABAR PIHAK MUFTI DAN AHLI PANEL SEBUTKAN ATAU BUKTIKAN AYAT ATAU SURAH YANG DITERBITKAN, DITAMBAHKAN DALAM AL QURAN UNTUK DIJADIKAN SANDARAN TUDUHAN INI.
MAKA KAMI INGIN MENDAKWA BAHAWA INI ADALAH FITNAH !! ( TINDAKAN MAHKAMAH BOLEH DIPERTIMBANGKAN) MINTA RAKAMAN MUZAKARAH SEBAGAI BUKTI BAHAWA ISU WAHYU LANGSUNG TIDAK DIBINCANGKAN DAN DISEBUT.
7. “MENDAKWA PERNAH MENJADI PENASIHAT AGAMA KEPADA BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA DAN LUAR NEGARA TANPA DISANDARKAN KEPADA BUKTI.”
KEBIMBANGAN PIHAK MAIS DAN AHLI PANEL JELAS TERBUKTI, APABILA KENYATAAN INI DIUTARAKAN, IANYA HARUS DI BUKTIKAN MELALUI LANTIKAN WATIKAH BERTULIS.
MAKA SUKACITA MNI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA SEGALA NASIHAT DAN PANDANGAN DIBERIKAN KEPADA PARA PEMPIMPIN INI ADALAH SECARA MESRA UMMAH DAN PERCUMA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN ELAUN BULANAN ATAU SAGUHATI. IANYA LEBIH BERSIFAT ATAS KAEDAH DAKWAH IAITU BAHAWA AGAMA ITU ADALAH NASIHAT.
MAKA, BUKTINYA SECARA LANTIKAN INI SEMEMANGNYA TIADA DITERIMA DARI MANA KERAJAAN PUN, NAMUN IANYA DAPAT DILIHAT MELALUI PENGIKTIRAFAN KUNJUNGAN DAN SAMBUTAN HORMAT DARI PARA PEMIMPIN NEGARA DAN AGAMA DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.
PETIKAN LAPORAN MELALUI SINAR HARIAN.
8. RUANG 3 PERENGGAN 2; “ MENDAKWA BAHAWA BELIAU TELAH SUDAH BERTAPA DI SEBUAH HUTAN DI KEDAH SELAIN MENDAKWA TURUT BERKAWAN DENGAN ULAR, SINGA DAN HARIMAU KETIKA BERTAPA DI SITU”
INI SATU LAGI KENYATAAN YANG CUKUP DANGKAL DAN MENGELIRUKAN DAN MEMPUNYAI NIAT HASAD UNTUK MEMPERLEKEH USAHA TUAN GURU, SEDARLAH BAHWA USAHA BERUZLAH YANG DILAKUKAN OLEH TUAN GURU ADALAH UNTUK MELATIH DIRI SUPAYA TIDAK TUNDUK DAN TAKUT KEPADA MAHKLUK CIPTAAN ALLAH SWT DAN BUKANNYA SEPERTI DAKWAAN HIDUP BERKAWAN DENGAN BINATANG GANAS DAN BUAS INI. MALAHAN ADALAH TIDAK TEPAT SAMA SEKALI DI HUTAN MALAYSIA INI TERDAPAT SINGA, KERANA HABITAT SINGA BUKANNYA DI HUTAN TROPIKA. SECARA TABII ULAR DAN HARIMAU PUN TAK INGIN HIDUPNYA DIGANGGU OLEH MANUSIA.
INILAH PENDUSTAAN DALAM KENYATAAN MAIS, LATIHAN INI DILAKSANAKAN SECARA ULANG-ALIK DAN DALAM MASA 2 KE 3 HARI SAJA DAN BUKANNYA UNTUK SEPENUH MASA. ADALAH DIMAKLUMKAN USAHA UZLAH INI BERJALAN SELAMA 7 TAHUN LAMANYA.
RUMUSAN
MAJLIS INI TIDAK BERLANGSUNG DENGAN SECARA ADIL KERANA HANYA PIHAK MAIS MELALUI AHLI PANEL SAHAJA YANG BOLEH MENYOAL DAN KAMI DI PIHAK MNI HANYA TUAN GURU SAHAJA YANG BOLEH MENJAWAB.
PIHAK MAIS JUGA GAGAL UNTUK BERTINDAK SECARA BIJAKSANA APABILA KAMI DAPAT MENGESAN SANGGAHANNYA BERHUBUNG CAWANGAN MNI YANG BERADA DI DALAM DAN LUAR NEGARA. MAKA, MEREKA CUBA MENGAITKAN MNI ADALAH SESAT DAN TERLIBAT DENGAN RANGKAIAN KEGANASAN ANTARABANGSA.
MAKA, ADALAH DIDAPATI BAHAWA MAIS TELAH BERPERANAN UNTUK MENGELIRUKAN UMMAH MELALUI KENYATAAN MEDIA INI.
SEKIAN.SEGALA KELEMAHAN MOHON PETUNJUK ILLAHI, SELAWAT DAN SALAM BUAT KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW.
KESIMPULAN
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB UNTUK KITA TERUS MELAKUKAN USAHA DAKWAH BAGI MENGAJAK UMMAH AGAR TIDAK MENJADI DUNIA SEBAGAI MATLAMAT SEGALANYA, SEBALIKNYA MENJADIKAN DUNIA ADALAH LADANG UNTUK MELAKUKAN TANAMAN AKHIRAT.
SESUNGGUHNYA BENAR KATA GURU BAHAWA MASYARAKAT KITA MASIH LAGI SEPERTI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG.
KEINSAFAN YANG NYATA ADALAH BAGAIMANA HEBATNYA CELAAN , FITNAH DAN HASAD YANG DIPAMERKAN OLEH PIHAK MAIS, SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW MENGHADAPI LEBIH HEBAT DARI INI.
ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK TIDAK MENGHALANG USAHA KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN; SEKIRANYA KITA DILUAR KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA
Dihantar melelui e-mail
30 November 2009
Ahli qaryah bantah JAIS batalkan tauliah Khalid Samad!
TiDAK berpuas hati dengan pembatalan tauliah sementara ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sekumpulan ahli qaryah masjid dan surau di Shah Alam menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor (JAIS).
Jurucakapnya, Ismahali Ismail, 46, meminta JAIS menjelaskan secara profesional sebab-musabab Khalid dilarang menyampaikan khutbah Jumaah, kuliah dan tazkirah di kawasan Parlimen yang diwakilinya sendiri.
“Kalau penarikan (tauliah) itu disebabkan penyampaian (khutbah) YB Khalid tak mantap, jelaskan secara profesional di mana kelemahannya sebab YB Khalid membaca teks khutbah yang disediakan JAIS sendiri,” jelasnya.
Beliau yang juga seorang usahawan korporat menjelaskan bahawa beberapa masjid utama dan surau di sekitar Parlimen Shah Alam masih memohon YB Khalid menyampaikan khudbah dan ceramah agama belakangan ini, namun ada halangan daripada pihak tertentu dalam JAIS sendiri.
“Banyak surau dan masjid sendiri minta YB Khalid beri khutbah dan ceramah, tetapi dihalang pihak tertentu atas alasan tauliah sementaranya ditarik (balik),” jelasnya lagi.
“Sebagai wakil rakyat kita, tentu kita nak dengar khutbah daripadanya…sekarang banyak masalah sosial, sudah tentulah kita memerlukan seorang pemimpin masyarakat yang lantang dan profesional seperti beliau (Khalid).”
Beliau mendakwa JAIS seolah-olah tidak jujur menjelaskan kedudukan isu penarikan tauliah tersebut.
“Setahun sejak tahun lepas, tidak ada masalah…tiba-tiba ditarik balik atas alasan keselamatan dan (Polis) Bukit Aman tak mahu jelaskannya bila dihubungi,” jelasnya.
Baru-baru ini, Polis kata tidak ada apa-apa masalah lagi. Cuma, bila dirujuk kembali kepada Pengerusi JAIS, Datuk (Mohammed) Khusrin (Hj. Munawi), dia terluah kata khutbah Khalid tak mantap.”
Bercakap dalam suatu sidang media yang sama, Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Basiron meminta JAIS tidak menyalahgunakan kuasa mengeluarkan tauliah agama kepada para pendakwah Islam.
“Kita tak nafi tauliah itu perlu, cuma kita tidak mahu tauliah itu disalahgunakan seperti yang dikenakan ke atas Khalid tanpa suatu sebab,” jelasnya.
“(JAIS perlu) jelaskanlah di mana Khalid salah dalam penyampaian khutbah dan dakwah di masjid-masjid serta surau-surau…kalau JAIS jujur kita sendiri boleh sokong keputusan ini.”
Beliau yang juga Ahli Majlis Majlis BandarRaya Shah Alam (MBSA) dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 19 Bukit Julutong, berharap JAIS menilai semula tindakannya menarik tauliah sementara untuk menyampaikan khutbah dan ceramah agama daripada Khalid demi kepentingan Islam dan umatnya.
Seramai 1013 ahli qaryah masjid dan surau seluruh Shah Alam telah menurunkan tandatangan dalam memorandum tersebut sebagai membantah tindakan JAIS ke atas Khalid Samad.
Tindakan ini menjadi salah satu lagi protes rakyat ke atas JAIS, setelah kes penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sebelum ini disebabkan menyampaikan dakwah tanpa mempunyai tauliah. -END
——————–
Nota tak penting: Pemberi khutbah (Khalid Samad) atau teks khutbah yang dikeluarkan JAIS sebenarnya tak mantap. Sila tanya Ketua Dewan Ulama’ PAS Selangor Mohd Zain Abdul Rahman sebab beliau lepak dalam Jawatankuasa Teks Khutbah JAiS. - zainulfaqar
Mais bincang isu tarik balik tauliah Khalid
Status tauliah mengajar agama ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Khamis ini.
Pembantu wakil rakyat PAS itu Mohd Jamil Abd Rahim berkata, jaminan tersebut diberikan oleh Ahmad Zaki Arsyad, ketua penolong pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah ketika mereka bertemu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.
Mohd Jamil bersama sekumpulan ahli kariah Shah Alam menyerahkan memorandum kepada jabatan agama negeri bagi membantah tindakannya menarik balik tauliah mengajar agama kepada Khalid tahun lepas.
Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, Khalid diberikan tauliah sementara mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).
Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan pada 28 Oktober tahun itu susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah".
Rekod jenayah itu bagaimanapun tidak dijelaskan oleh Jais dan juga polis negeri.
Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin awal bulan ini dilaporkan berkata tauliah Khalid ditarik dengan alasan pemimpin PAS Shah Alam itu "tidak sesuai membaca khutbah."
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Jamil berkata memorandum berkenaan yang disokong dengan lebih 1,000 tandatangan ahli-ahli kariah di kawasan parlimen tersebut bertujuan membantah kenyataan Mohamed Khusrin tersebut.
Ketika dihubung kemudian untuk penjelasan, Ahmad Zaki berkata keputusan berhubung tauliah Jais kepada Khalid mungkin akan dapat diketahui seawal-awalnya pertengahan Disember.
"Untuk kes-kes biasa, mungkin keputusan dapat diberitahu (kepada pemohon tauliah) seawal dua minggu (selepas mesyuarat jawatankuasa).
"Tapi kes ini istimewa sedikit," katanya, yang akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Mais.
"Saya cuma boleh usulkan, tetapi bergantung kepada mesyuarat sama ada hendak bincang atau tidak."
Ahmad Zaki menjelaskan, mesyuarat jawatankuasa itu yang dianggotai tujuh orang, termasuk ketua polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, akan memutuskan sama ada untuk mengekalkan keputusan sedia ada atau memanggil wakil rakyat PAS itu untuk menjalani temuduga semula.
"Sebabnya ada pihak yang merayu supaya penarikan tauliah dikekalkan dan ada yang merayu supaya (Khalid) diberikan tauliah,” katanya.


