BlogList Malaysia

09 February 2011

Saya belum dijemput hadir mesyuarat Exco, kata Khusrin

Walaupun pertemuan formal dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berlangsung kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri yang baryu Datuk Mohd Khusrin Munawi masih belum menerima “lampu hijau” untuk menyertai mesyuarat mingguan Exco yang diadakan pagi ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Khusrin berkata, beliau tidak “dijemput” untuk menghadiri mesyuarat Exco hari ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini bermula pukul 10 pagi.

“Saya tidak tahu... saya tak dijemput (untuk hadir) bermesyuarat (hari ini), mungkin belum lagi.


“Setakat ini memang tak ada lagi, saya pun tidak tahu apa-apa tentang mesyuarat hari ini,” kata beliau.

The Malaysian Insider juga difahamkan Khusrin telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancangan ekonomi negeri yang diadakan semalam dengan dipengerusikan oleh Khalid.

“Datuk Khusrin ada hadir satu mesyuarat perancangan ekonomi negeri, yang dipengerusikan oleh MB sendiri, yang pertama selepas pertemuan kedua-dua mereka,” kata seorang Exco Kerajaan Negeri kepada The Malaysian Insider pagi ini.

“MB memberikan penjelasan tugasan kepada Datuk Khusrin sebagaimana dimaklumkan sebelum ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada Khusrin juga akan menghadiri mesyuarat pagi ini kerana perkara itu tidak disentuh semalam.

Malah Exco itu tidak pasti sama ada Khusrin akan mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

“Biasanya, berdasarkan pengalaman lalu jika melibatkan pegawai kanan kerajaan negeri, majlis seumpama ini akan diadakan sebelum Exco mulakan mesyuarat... setakat ini tiada apa-apa makluman,” kata Exco itu lagi. - MI

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas