KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.
Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
“Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.
“Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.
Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.
Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.
Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.
Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.
Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.
Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.
Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.
Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.
-Keadilandaily
Read More...
Summary only...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.
“Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.
“Justeru, Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya,” ujarnya.
Menurutnya, video itu bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak. Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.
“Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit,” ujar Yusmadi.
Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.
“Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah,” ujarnya.
Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.
KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar. Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.
Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.
-keadilandaily-
Read More...
Summary only...
Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek.
Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB.
Agensi kerajaan yang menggunakan email ini pula akan dikenakan caj 50 sen satu email yang akan diperolehi oleh Tricube sedangkan sebelum ini ia hanya percuma dan tidak akan menggunakan wang rakyat.


Sejak pengumuman ini, saham Tricubes telah naik mencanak di Bursa Malaysia kepada angka yang tidak pernah dicapainya sebelum ini.
"Jika nak sangat bagi jalur lebar untuk meningkatkan prestasi negara lebih baik bagi Wi-Fi percuma pada rakyat bukanya email 1 Malaysia. Lagipun ramai rakyat dah ada email sendiri termasuk remaja atau pelajar sekolah. Kita rasa Wi-Fi amat penting kerana ia dapat mengurangkan kos penggunaan internet sepertimana sekarang ia menjadikan syarikat telekomunikasi bertambah kaya buat keuntungan, " terang Yusmadi (gambar) ketika ditemui di majlis Hi-Tea di Nans Food Court, Taman Serdang, Kepala Batas baru-baru ini.
Lagipun katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengongkong rakyat terutamanya golongan pemuda agar memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan tranformasi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu sebelum menjelangnya tarikh piliharanraya Sarawak.
Selain mempunyai motif yang tersirat barangkali cara itu merupakan taktik Barisan Nasional (BN) melebarkan proganda dan dakyah kepada sasaran dengan lebih mudah terus ke dalam komputer yang mendaftar dengan email 1 Malaysia.
"Dengan kewujudan email yang dipantau oleh kerajaan lebih mudah untuk mereka menyebarkan propaganda bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " tambahnya.
Program khas sempena perlantikan Adnan sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Azmin Ali, Ketua Perhubungan KeAdiLan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husain. - hrkh
Read More...
Summary only...
Persepsi bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, telah membawa akibat yang tidak diingini terhadap pakatan itu yang membentuk kerajaan negeri.
Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (kanan) berkata, mereka yang kecewa, kini cenderung mempercayai propaganda Umno.
Katanya, walaupun ianya tidak benar dan palsu, tetapi propaganda tersebut memberi tanggapan bahawa Pakatan telah gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Sambil menegaskan bahawa persepsi adalah kritikal dalam politik, Yusmadi berkata masa akan menentukan sama ada ia betul-betul ada kebenarannya.
Yusmadi, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR pusat, turut membidas BN ketika merujuk kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu di Balik Pulau.
Parlimen Balik Pulau mempunyai tiga DUN - Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas - yang semuanya diwakili ADUN dari Umno.
Menurutnya, kerajaan BN dan Pakatan kerajaan telah gagal memahami keperluan di kawasan dominasi masyarakat Melayu.
Read More...
Summary only...
Akhirnya khabar angin yang sekian lama bertiup sepoi2 bahasa mencium pipi tembam menjadi kenyataan.
Terkini Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli katak Bebas.
Siapa lagi selepas ini? Adakah MP balik Pulau Yusmadi akan menyalin menjelma menjadi katak?
Adakah Anwar Ibrahim akan tingggal keseorangan menjadi wakil rakyat PKR tunggal di P.Pinang?
Hanya ada 4 MP PKR di P.Pinang tahun 2008 tetapi Zahrain dan Tan Tee Beng telah bertukar warna menyalin kulit bertukar menjadi katak yang boleh hidup di dua alam.
Dalam Islam... katak adalah haram dimakan kerana boleh hidup di dua alam. Wakil Rakyat Bebas tapi mesra UMCO...memang sah dua alam.
UMCO akan terus memburu YB PKR yang bermasalah dengan umpan yang menarik dan lumayan. Musim pilihanraya kecil adalah musim paling sesuai katak baru akan muncul.
Broker-broker bertaburan memburu pemimpin PKR dan pimpinan AMK Pusat mahupun Negeri tidak terkecuali diburu dan dihubungi untuk berbincang dan memberi tawaran serta projek yang agak lumayan.
Sharpshooter baru sahaja bertemu Yusmadi di Pejabat PKR Pusat Tropicana dalam mesyuarat AMK Pusat hari Ahad yang lalu.
Semasa makan selepas mesyuarat bersama Shamsul Iskandar, Yusmadi, Zulfikar dan Rahman, isu lompat ini memang kami sentuh dan bincangkan.
Terdahulu, Yusmadi adalah salah seorang yang tersenarai wakil rakyat yang akan lompat. Beliau dikatakan jarang balik ke Balik Pulau meninjau masalah rakyat. Beliau juga adalah mantan Ketua AMK P.Pinang yang terpaksa melepaskan jawatan setelah tidak mampu menyatukan AMK P.Pinang.
Beliau juga tidak dilantik menjadi ajk Pimpinan PKR P.Pinang di bawah pimpinan DR Mansor Othman. Mengapa? Dr Mansor Othman ada jawapannya.
Namun begitu Yusmadi adalah anak muda yang pintar dan banyak idea semasa dalam mesyuarat. Beliau berkebolehan dan sering diundang dalam Astro Awani. Beliau juga petah berhujah dalam Parlimen.
Cuma apa yang boleh sharpshooter katakan adalah harapan masih boleh terus diberi kepada anak muda termasuk Yusmadi kerana semua yang melompat adalah veteran bukan dari wakil rakyat anak muda.
Namun begitu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, imej dan kredebiliti PKR tercalar gara-gara katak najis. Katak najis hidup dalam sumpahan rakyat kerana rakyat mengundi mereka atas dasar Pakatan Rakyat.
Tidak cukup dengan laugan reformasi tetapi PKR perlu lakukan transformasi demi memulihkan imej PKR yang tercalar.- sharpshooter
Read More...
Summary only...