BlogList Malaysia
Showing posts with label putera unmo. Show all posts
Showing posts with label putera unmo. Show all posts

14 December 2012

Utusan Dan Azeez Kantoi Lagi..

Semua Ketua Rombongan dilantik Duta Khas Palestin bukan Ketua Putera UMNO seorang sahaja

KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.


Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.

19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).


Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.


(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)

Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.

"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.

http://paspb2.blogspot.com/2012/12/azeez-utusan-kantoi-semua-ketua.html


Read More...

06 September 2011

'Misi dikawal tentera, bukan pasukan upahan' - Azeez Mamak

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan.

Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

"Pasukan keselematan adalah kerajaan dia. Ada 60 orang menjaga kami, tentera dan polisnya. Itu sebab kita tidak pernah mendapat sebarang ancaman atau ugutan malah mereka raikan lagi kedatangan kami.


"Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," katanya lagi.

Abdul Azeez, (kanan) yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia.

Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru.

"Saya tanya beberapa kali berkenaan baju kalis peluru dengan kepimpinan mereka. Mereka kata tidak perlu," katanya lagi dalam satu majlis bagi meraikan petugas yang menyertai misi berkenaan di Kuala Lumpur.

Jelasnya, anggota daripada misi yang disertai VIP serta NGO beberapa negara Arab lain termasuk Turki, Qatar dan Sudan juga tidak memakai baju kalis peluru.

"Ada juga media daripada negara mereka datang buat liputan. Tak ditembak pun. Tapi ini takdir Ilahi," katanya lagi.

Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.

Beliau juga tegas menafikan bahawa kawalan pasukan bersenjata berkenaan menyebabkan konvoi tersebut menjadi sasaran.

Ketika ditanya, Abdul Azeez berkata misi bantuan oleh pasukan lain, termasuk Mercy Malaysia juga dikawal pasukan bersenjata.

Abdul Azeez turut tetap mempertahankan kenyataannya bahawa konvoi berkenaan tidak diserang manakala petugas media berkenaan, Noramfaizul Mohd Nor (kiri) terkorban akibat "peluru sesat."

"Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini.

"Kereta yang dinaiki arwah Noramfaizul juga kali ketiga (ditukar). Mereka tidak mensasarkan kita atau menembak kita. Tidak ada perkara seperti itu," katanya lagi.

Noramfaizul, 41, terbunuh akibat peluru yang menembusi paru-parunya ketika berada dalam kenderaan pacuan empat roda di Mogadishu.

Dilaporkan, tembakan berkenaan dilepaskan oleh pasukan pengaman Kesatuan Afrika dalam satu kejadian tembak menembak. Namun sebab tembakan itu dilepaskan setakat ini belum diperolehi.

Turut tercedera dalam insiden tembakan itu ialah seorang wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan.

Ditanya mengenai tempoh masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum pasukan misi itu berlepas pada 28 Ogos lalu, Abdul Azeez berkata perkara itu merupakan satu perkara biasa.

"Itu agak normal. Begitulah cara kita buat kerja. Bila kita hendak pergi, barulah kita beritahu kepada media," katanya.

Tambahnya, tindakan perlu dilakukan dengan cepat kerana bantuan makanan dan perubatan perlu disegerakan ke kawasan yang dilanda kebuluran itu.

Persoalan berhubung tempoh untuk membuat persediaan itu ditimbulkan oleh beberapa orang wartawan yang terselamat dalam insiden berkenaan, termasuk seorang daripada stesen TV3.

Selain persediaan keselamatan, persoalan berkaitan latihan kepada wartawan yang perlu membuat liputan di zon bergolak juga ditimbulkan.

Misi ke Somalia disertai 55 orang, termasuk 18 orang wartawan yang dijadualkan berada di Mogadishu selama 11 hari bagi mengedarkan sejumlah 550 tan makanan untuk 55,000 keluarga yang terjejas.

Abdul Azeez berkata, beliau bagaimanapun membuat keputusan supaya misi berkenaan dipendekkan dan seterusnya pulang bersama jenazah Noramfaizul pada 4 September.

Katanya lagi, satu laporan akan diserahkan kepada presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir dan juga Datin Seri Rosmah Mansor yang mengetuai badan amal BAKTI.

Setakat ini, 23 orang petugas media terbunuh sejak 2007 di Somalia, yang diklasifikasi sebagai negara paling berbahaya kepada wartawan, menurut kumpulan pemerhati Reporters without Borders


Read More...

Misi Somalia Putera 1 Malaysia Yang Malang

Kematian saudara Noramfaizul, seorang jurugambar Bernama ketika menyertai misi bantuan di Somalia menjadi satu lagi berita hangat di seluruh negara. Seperti biasa setiap kali berlakunya kemalangan yang meragut nyawa maka berduyun-duyunlah kenyataan demi kenyataan dikeluarkan mengulas kejadian yang berlaku.

Kelemahan perancangan dan pelaksanaan misi didedahkan satu demi persatu. Ayat-ayat seperti sepatutnya mereka perlu buat itu dan ini akan mula kedengaran. Kegiatan mencari salah siapa mula bergerak aktif mencari mangsanya.

Orang itu tak buat ini dan orang ini tak buat itu akan diulang-ulang sehingggalah ke suatu masa yang isu tersebut menjadi sejuk. Akhirnya tiada satu bendapun berjalan, dan semua orang diam kembali menantikan satu lagi kemalangan meragut nyawa berlaku untuk memulakan kembali kegiatan mencari kelemahan.


* Patutkah ia dipolitikkan - secara asasnya isu ini memang telah menjadi isu politik sejak hari pertama Kelab Putera 1 Malaysia ditubuhkan kerana ia ada kaitan dengan Umno dan ketuanya merupakan salah seorang pemimpin Umno yang sedang mencari tapak bagi menaikkan dirinya semula. Oleh itu tidak hairanlah ia menjadi isu politik dan akan terus begitu sampai bila-bila. Kebaikan akan dijulang Umno dan keburukan akan dibelasah pembangkang.

* Patutkah kita menyesali apa yang berlaku - sudah tentu semua orang kesal setiap kali ada keburukan berlaku. Tapi yang paling baik sekali adalah mengkaji kelemahan dan memperbaikinya untuk masa yang mendatang. Setiap keburukan didatangkan berpasang dengan kebaikan. Keburukan yang datang membuatkan kita menganalisa dan memperbaiki diri yang mana akhirnya timbullah kebaikan.

* Perlukah kita saman Putera 1 Malaysia - Itu eloklah diserahkan kepada waris serta keluarga si mati yang lebih layak membuat keputusan samada untuk saman atau tidak. Tak payahlah kita hendak mencucuk dan menjadi tukang bisik kecuali jika diminta waris si mati akan pandangan kita.

* Perlukah Putera 1 Malaysia menganjurkan lagi misi seperti itu - Kegiatan kebaikan tidak sepatutnya dihalang oleh sesiapapun. Niat melakukan kebaikan samada untuk menunjuk-nunjuk tak ada siapa yang dapat membacanya. Adakalanya menunjuk-nunjuk kebaikan dengan niat mengajak orang lain ikut, bukanlah menjadi satu kesalahan. Cuma cara perlaksanaannya perlu dikaji semula apabila ia melibatkan misi yang bahaya yang bukan menjadi kepakaran kelab itu mengendalikannya. Menggunakan agensi yang lebih pakar seperti Medicine Sans Frontiers adalah lebih bijak.

* Misi yang seperti mana sesuai untuk Putera 1 Malaysia - Mereka lebih sesuai melakukan misi menyelamatkan kerosakan moral remaja serta menjadi agen pencari remaja yang lari dari rumah.Tapi terlebih dulu pastikan moral para ahlinya hebat untuk dijadikan contoh ikutan. Misi meronda sekeliling negara mencari rumah orang miskin yang hampir roboh untuk dibantu juga amat sesuai dan tidak bahaya.

Dipetik dari sini


Read More...

05 September 2011

Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia pagi ini di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV.

Datuk Azeez Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kematian Noramfaizul Mohd Nor Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.

Ketua Putera Umno itu, yang muncul pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi ini, mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.


Azeez berkata Noramfaizul dimasukkan sebagai anggota misi dua hari sebelum pasukan Malaysia berlepas ke Somalia.

“Dia memberitahu kami bahawa dia wajar (diterima) pergi kerana ada pengalaman membuat liputan misi kami di Gaza dan Pakistan.

“Saya memberitahu mereka di Bernama, saya selesa dengan dia dan mereka bersetuju untuk menghantarnya,” kata Azeez.

Semalam, Kementerian Luar berkata pihaknya telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke sana.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.

Azeez juga berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu juga ada menghantar sebuah pasukan tinjauan, yang terdiri daripada seorang bekas duta dan bekas kolonel tentera darat, ke Somalia sebagai sebahagian daripada langkah persiapan.

“Apabila mereka tiba di sana, kami diberitahu oleh polis dan tentera di sana.... mereka memberi jaminan kepada kami bahawa adalah selamat... semuanya berjalan dengan baik. Kami berhati-hati,” katanya lagi.

Azeez juga berkata pasukan Malaysia dilindungi oleh askar tempatan dan itu sebabnya askar Malaysia tidak mengiringi mereka.

Bagaimanapun kata beliau, kesemua mereka yang menyertai dalam misi itu melakukannya secara sukarela dan mereka telah dimaklumkan mengenai risiko bakal dilalui.

Azeez berkata kesemua peserta termasuk mereka dari media telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab dan telah diberitahu hak mereka bahawa boleh menarik diri daripada misi jika mahu sebelum pasukan meninggalkan tanah air.

Justeru katanya, meskipun para peserta telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab itu, kelabnya masih mengambil insurans khas bagi anggota misi.

Azeez berkata, beliau dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa RM200,000 akan dibayar kepada keluarga Noramfaizul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Semalam, beberapa saudara terdekat mahu penganjur memikul tanggungjawab atas nasib yang menimpa jurukamera itu.


Read More...

04 September 2011

Misi Somalia Umno: Gara-gara cari publisiti murah

Pada masa artikel ini disiarkan, badan berusia 39 tahun Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama lewat, yang nampaknya mengikuti misi kemanusiaan Umno Putra kelab kepada rakyat Somalia telah tiba di Malaysia.

Ia adalah tragis, disamping beratus-ratus nyawa yang hilang semasa Raya di jalan raya Malaysia kerana ‘amukan’ balik kampung , Faizul pula menemui ajalnya dalam wilayah perang yang melanda Mogadishu, Somalia.

Adakah ini hanya satu kemalangan? Bolehkah ia dielakkan? Adakah UMNO yang terburu-buru ke Somalia benar-benar mahu membantu Somalia? Atau adakah parti ini telah hilang kewarasan dan tergesa-gesa tanpa berhati-hati ke Somalia pada malam Raya untuk satu aksi publisiti yang ngeri.


Jika ia adalah untuk satu aksi ngeri publisiti, maka kematian Faizul adalah sia-sia dan ini bukan kali pertama kakitangan kita, kedua-dua perubatan dan bukan perubatan menghadapi risiko bukan sahaja nyawa mereka, tetapi yang lebih penting orang di sekeliling mereka yang mungkin tidak sedar kepada bahaya seperti misi ini.


Apa kena mengenanya orang Somalia dengan 1Malaysia? Kalau dikatakan bodoh,
marah pula! Tetapi inilah antara contoh kebodohan penganjur misi ini

Pada tahun 2003, Mercy Malaysia, bertindak sama dengan meletakkan kakitangan perubatan yang berada di dalam bahaya.Dua Doktor , Dr Jamilah dan Baba bernasib baik untuk hidup walaupun kedua-duanya ditembak di Baghdad.

Tidak bernasib baik pemandu mereka orang Syria dan kakitangan perubatan Iraq yang mengiringi mereka. Kedua-duanya kehilangan nyawa dalam tembak menembak. Rakyat Malaysia mungkin bertujuan baik, tetapi menyampaikan bantuan di kawasan yang bergolak dengan perang dan bencana membawa risiko yang besar dan memerlukan latihan khusus.

Ia bukanya seperti satu aktiviti luar budak pengakap. Selain daripada aspek keselamatan, soalan-soalan telah timbul tentang bagaimana perjalanan ini adalah dibiayai dan yang siapa sebenarnya yang mengaudit usaha yang sukar ini?

Apabila tsunami 2004 melanda Acheh, rakyat Malaysia adalah salah satu daripada yang pertama tiba di Acheh. Tetapi mereka begitu buruk dilengkapi untuk menjalankan tugasan . Berbeza langsung, Singapura dan Australia telah menghantar tentera dan pakaian tentera laut mereka untuk menghadiri pengagihan bantuan.

Bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pasukan terlatih cenderung untuk menjadi lebih teratur, terancang, rawatan segera dan memberi tumpuan kepada membantu.

Rakyat Malaysia keluar untuk membantu Sendai, Jepun berikutan tsunami tahun ini , telah tidak dibenarkan walaupun untuk meninggalkan Subang untuk ke Jepun oleh pihak berkuasa Jepun, mereka secara sopan enggan menerima bantuan tersebut kerana mengetahui benar dan mereka tidak dapat menjamin keselamatan orang-orang mereka sendiri apatah lagi sukarelawan asing yang tidak terlatih dalam mengendalikan kebocoran nuklear .

Dari imej yang dipertontonkan di TV tempatan, pasukan Umno Putra nampak sebagai kakitangan yang tidak terlatih melakukan rondaan mereka di kawasan yang tidak mesra dan kadang-kadang agresif.

Bagaimana akan memberi suntikan taun / vaksin secara adhoc dan mengendalikan klinik pesakit luar tanpa persediaan di kem-kem pelarian membantu orang awam di sana dalam jangka panjang?

Dan mengapa anda mahu melakukan suatu tugas yang anda tidak dilatih untuk mengendalikan terutamanya di persekitaran anda tidak begitu ketahui dan tidak begitu mesra.

Kita dalam keadaan aman pula dan ini akan mempunyai misi yang baik untuk mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Tiada bahaya yang pasti kapal selam kita tenggelam kerana mereka tidak boleh menyelam, atau jet tentera udara kita tanpa enjin terhempas dan sudah tentu tidak ada komunis untuk diawasi atau yang sedang menunggu untuk mewujudkan satu lagi keadaan Bukit Kepong.

Jika kita mengkaji secara ringkas di laman web hospital tentera menunjukkan bahawa hampir kesemua hospital-hospital mereka tidak ada pesakit. Apa yang doktor tentera dan medik kita buat dengan begitu banyak masa lapang?

Bukankah sepatutnya mereka yang pergi dan bukannya kelab Umno. Kecuali, tentunya, bantuan yang Umno pergi untuk sampaikan adalah ‘satu pertunjukan’, menu utama ialah publisiti untuk parti atau pemimpin berdasarkan laporan harian dalam imej MSM dan TV pada masa perdana.

Adakah ini kempen pilihan raya GE13 menggunakan kesengsaraan Somalia dan wartawan kita diperalatkan untuk mencuci otak orang-orang kampung di Jengka dan Baling?

Umno kini perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang sukar. Misi tiba di Somalia pada 30 Ogos di salah satu daripada destinasi paling berbahaya di dunia dan negara yang merupakan rumah kepada lanun yang boleh memberi malu ke atas angkatan laut paling besar di Lautan Hindi, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya ia telah ditetapkan masa untuk menyediakan bantuan Hari Raya dan mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan juga untuk bersolat Hari Raya di sana!

Jika Kementerian Kesihatan yang terlibat dan telah menghantar beberapa anggota mereka, Liow Tiong Lai lebih baik bersiap sedia dengan beberapa jawapan!. Dengan keadaan rakyat Malaysia sendiri seolah perlu berperang untuk mendapatkan rawatan literal di kebanyakan hospital kerajaan, amat menarik untuk mendengar alasan Liow, seperti di Tung Shin.

Bantuan sepatutnya untuk diagihkan kepada lima kawasan, dengan Mogadishu menjadi persinggahan pertama. Lain-lain termasuk Badbadur, kira-kira 25km dari Mogadishu, di mana kira-kira 250,000 orang mengambil perlindungan, Al Shabeb di Merka di mana 300,000 orang terjejas oleh kebuluran dan di kem Balet Veni yang menempatkan 100,000 orang.Kedua-dua kawasan ini terletak 100km dari Mogadishu.Malah ketua Operasi Lt-Kol Zahani Zainal Abdin telah memberi amaran bahawa adalah sangat berisiko untuk terbang ke Mogadishu pada waktu malam.

Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 55 sukarelawan dan ahli-ahli media yang membentuk sebahagian daripada misi meliputi kawasan dalam lingkungan hampir 200 km di negara di mana tanpa undang-undang kecuali untuk satu kuasa 9000 yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) --satunya undang-undang dalam negara 10 juta.

Jangan buat kesilapan, di negara ini walaupun berumur baru berumur 12 tahun , mereka membawa AK-47. Ahli-ahli kelab Umno tidak ada sebab berada di negara ini dan dalam mengejar publisiti murahan yang membahayakan nyawa orang awam lain , dan nyawa kedua-dua rakyat, Malaysia dan Somalian

Mana-mana misi yang membawa orang awam dan wartawan adalah kecacatan kepada mana-mana anggota tentera kerana ianya mendedahkan bahaya walaupun komando tentera paling terlatih menjadi umpama seekor itik duduk.

Al-Fatihah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Mari kita berharap Bernama dan Utusan tidak memutar belitkan kematiannya yang tidak sepatutnya dan tidak perlu sebagai "mati syahid".

sumber Alhusseyn


Read More...

Azeez Masih Trauma?? Lakonan Terbaru Dari Ketua Kelab Putera 1 Malaysia..

SERDANG, 4 Sept — Ketua Kelab Putera 1 Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor malam kelmarin.

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu.

“Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi,” katanya.


“Mungkin nanti saya akan buat sidang media,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini.

Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.10 petang.

Dalam kejadian kelmarin, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 cedera di lengan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3.

The Malaysia Insider


Read More...

Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera

SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.





Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas