Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.
Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.
Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.
23 October 2012
Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah
23 July 2012
Projek Langat 2 Adalah Projek Tipu - Ronnie Liu
Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.
''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.
"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.
Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor.
Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.
Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/204412
16 August 2009
Surat Terbuka Dari Seorang Tua Di Kaki Gunung
Surat Kepada Presiden Pas, Naib Presiden Dan Bla...Bla... Lagi.
Datuk Seri,
Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?
Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.
Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.
Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.
Tuan Guru Datuk Seri,
Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.
Begitulah bla...bla...bla...
Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.
Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.
Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’
Betulkah?
Datuk Seri, maafkan saya.
Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi
Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.
Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?
Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?
Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.
Formulanya sangat senang:
Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.
28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.
Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.
Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.
Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.
Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu aklam. Maaf.
Posted by Tukya
13 August 2009
Laa.. Awat Jadi Macam Tu Pulak?
Gambar yang pasti membuatkan Umno/Bn menangis tak berlagu. Khir Toyo pulak naik meroyan..
Dua exco kerajaan Selangor yang bertegang urat berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.
Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media dan mengadakan sidang akhbar bersama.
Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".
12 August 2009
Hasan Ali Tidak Akan Tunduk Ugutan DAP
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam.
Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Dr Hasan sebaliknya berkata beliau akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi bagi memelihara prinsip parti Islam itu demi kebaikan rakyat Selangor.
Katanya, usaha beliau tidak akan terjejas dengan ugutan seumpama itu demi berjuang untuk Islam.
Malah, katanya, beliau sedia berdepan dengan apa juga tindakan daripada kepimpinan tertinggi, walaupun termasuk dipecat dari jawatannya.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kesungguhannya itu akan mencetuskan pergeseran dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, beliau menyifatkanya sebagai "riak kecil yang akan memperkukuhkan kedudukan kita".
Minggu lalu, Pua menuntut supaya Dr Hasan dikenakan tindakan disiplin kerana menggesa rakan exconya dari DAP, Ronnie Liu dipecat atau ditukar portfolio kerana "campurtangan dalam urusan agama Islam"
Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan tindakan Hasan itu "sebagai tidak perlu dan tidak wajar" kerana Liu telah "melaksanakan tanggungajawabnya dengan memulangkan barangan yang dirampas secara tidak sah dari pemiliknya".
Berikutan itu, Dr Hasan menuduh Liu campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas alkohol dari sebuah kedai serba aneka.
Liu bagaimanapun menafikannya dengan berkata pembabitannya dalam kontroversi tersebut hanyalah "menasihatkan"MBSA bahawa serbuan ke atas keda 7-11 di Seksyen 8 Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.
07 August 2009
Selangor Tidak Akan Haramkan Arak - Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, setiap pengedar arak di negeri itu perlu menjalankan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi penjualan arak.
Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam dalam tempoh sebulan.
Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
BERITA TERDAHULU
Isu arak: MB jumpa pengedar, penjual hari ini
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mempengerusikan mesyuarat bagi menyelesaikan isu penjualan arak di Selangor.
Sumber Pejabat Menteri Besar memberitahu mStar Online bahawa Khalid sedang bermesyuarat dengan penjual dan pengedar-pengedar arak di Selangor berhubung isu penjualan arak di negeri itu.
Sementara itu, setiausaha akhbar Khalid, Arfae'zah Abd Aziz berkata, Khalid tidak akan membuat sidang media berhubung hasil mesyuarat itu sebaliknya hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar pada pukul 3 petang ini.-tva
06 August 2009
ARAK - Pas Tak Campur Urusan Selangor
Pas hari ini mengumumkan bahawa isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Selangor hanya boleh diputuskan kerajaan negeri.
Setiausaha Agung Mustafa Ali berkata parti aliran Islam itu yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mampu menangani isu ini secara berhemah meliputi keprihatinan semua pihak.
"Kami di peringkat jawatankuasa kerja pusat yakin perkara ini dalam diselesaikan oleh kerajaan negeri. Pas yakin Menteri Besar Khalid Ibrahim dapat menangani permasalahan ini dengan bijaksana," tegas Mustafa.
Mengenai tuntutan Exco Hassan Ali supaya Exco Ronnie Liu meletakkan jawatan, Mustafa berkata isu ini tidak berbangkit.
Beliau turut menambah perbezaan pendapat adalah perkara biasa yang hanya dapat diatasi dengan kebijaksanaan dan kematangan.
"Dari sudut pandangan Islam, tiada ada pengharaman secara meluas (blanket ban) keatas penjualan alkohol," kata Mustafa.
Sementara itu, Pas Selangor akan menganjurkan protes seluruh negeri membantah penjualan arak di kawasan majoriti Islam di negeri itu.
Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Shahrir berkata protes ini boleh dijalankan walaupun parti aliran Islam itu adalah komponen Pakatan Rakyat.
"Bantahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti mengangkut sepanduk atau mengedarkan risalah, dan tidak semestinya dalam bentuk tunjuk perasaan," kata Roslan.
05 August 2009
Ronnie Liu Jadi Beban Kepada Kerajaan Selangor
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin mendesak agar Ronnie Liu dari DAP meletakkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ekoran desakan pelbagai pihak termasuk yang terbaru komponen Pakatan Rakyat PAS semalam.
Wakil rakyat PKR itu yang lazimnya lantang mengkritik menyifatkan Ronnie Liu sebagai “satu liabiliti” kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan Datuk Dr. Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) supaya Ronnie Liu segera meletakkan jawatan.
“Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,” kata beliau dalam blognya.
Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
“PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
“PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan,” kata Dr. Hasan lagi.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.
Dalam pada itu, menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.
Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.
Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.
Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.
Dalam tulisannya, Zulkifli menambah, belum pun reda isu Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru.
“Desakan Azmin dipercayai kerana terdapat persepsi di kalangan masyarakat umum khususnya di kalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, “jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!
“Baru-baru ini Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.
“Akibat kenyataan itu, Ronnie Liu telah membidas Wee walaupun Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco,” kata beliau sambil menambah, “Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.”
04 August 2009
Kerajaan PR Selangor Berkocak Lagi..
Salam 2 all.
Belum pun reda isu YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru. Desakan YB Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi dikalangan masyarakat umum khususnya dikalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".
Hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia merangkap Exco Hal Ehwal Islam & Infrastruktur Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya YB Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.
YB Dr Hassan Ali secara khusus merujuk kepada tindakan YB Ronnie yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. Kenyataan terbuka YB Dr. Hassan Ali itu berpunca daripada tindakan YB Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.
Baru-baru ini YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu. Akibat kenyataan itu, YB Ronnie Liu telah membidas YB Wee Choo Keong walaupun YB Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco.
YB Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.
Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya YB Ronnie Liu segera meletakkan jawatan. Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula.
Zulkifli Bin Noordin

