GUA MUSANG: Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.
Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad.
Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.
"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini - mstar
04 April 2011
JAMBATAN GANTUNG HAMPIR SIAPA DIBINA DI GALAS RUNTUH
11 November 2010
Umno Menipu Di Galas
Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.
Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.
Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.
Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.
Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.
Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.
Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.
”Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.
”Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.
”Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.
”Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan,” katanya.
05 November 2010
Apa Akan Jadi Jika PAS Menang Di Galas
Saya terpanggil untuk menulis di sini, apa akan terjadi jika PAS menang di Galas dalam PRK pada 4 Nov 2010?
Jawapannya, sudah tentulah SPR akan membatalkan kemenangan PAS di Galas kerana dakwaan PAS menyogok pengundi-pengundi dengan duit RM200, RM250 atau RM300 samada untuk "mileage claim" atau wang zakat.
Akan tetapi jika Umno yang menang (dan sudahpun memenanginya), maka adakah SPR akan membatalkan kemenangan Umno BN itu?
SPR mestilah bersikap profesional dan adil dalam menjalankan tugasnya sebagai sebuah suruhanjaya bebas sesuai dengan perlembagaan negara, bukanlah menjadi ejen Umno/BN yang suka-suka sahaja untuk menggubal undang-undang atau menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu untuk sesuatu PRK tertentu sahaja dan tidak pula dikuatkuasakan kepada PRK yang lainnya.
Sebagai contoh, masih ingatkah kita tentang satu PRK yang lepas yang mana SPR telah menguatkuasakan dengan keras peraturan tidak membenarkan anak-anak muda untuk membawa bendera parti secara berkonvoi dengan motosikal? Mengapa larangan itu dibuat? Jawapannya adalah mudah, kerana pada waktu itu kebanyakan anak-anak muda yang berkonvoi itu menyokong parti dari Pakatan Rakyat, maka dengan cara menguatkuasakan undang-undang itu sahajalah Umno BN dapat menyekat 'perang psikologi' dari PR itu dengan berkesan.
Walhal pada PRK di Batu Sapi misalnya (seperti yang dilihat di dalam media TV juga), secara terang-terangan dilihat beberapa anak muda berkonvoi motosikal sambil membawa bendera BN maka mengapa pula SPR berdiam diri sahaja? Ini kerana BN suka perkara itu berlaku dan tiada apa-apa yang SPR perlu lakukan untuk menghentikan perbuatan itu. Maka dengan mudah sekali bolehlah kita simpulkan bahawa, SPR ini hanyalah umpama sebuah ejen BN dan bolehlah juga dikatakan sebagai sebuah sayap dalam Umno seperti mana juga Pemuda Umno, Wanita Umno, Puteri Umno, dan SPR Umno.
Rakyat perlulah membuat tekanan keras kepada SPR supaya menguatkuasakan keperluan untuk pilihanraya yang lebih telus, akauntabiliti dan adil. Menyalit dakwat pada jari selepas mengundi sememangnya adalah WAJIB untuk dilaksanakan untuk merealisasikan proses pilihanraya yang benar-benar boleh dipercayai. Mengapa Umno BN perlu takut akan peraturan ini? Hanya kerana mereka boleh terus dengan agenda 'pengundi-pengundi hantu' mereka untuk terus memenangi pilihanraya-pilihanraya akan datang?
Sogokan-sogokan menjelang pilihanraya dalam apa sahaja bentuk seperti projek-projek, bantuan atau wang kepada para pengundi perlulah diHARAMkan sama sekali oleh mana-mana parti sekalipun kerana ternyata inilah yang menjadi talian hayat Umno/BN selama ini untuk memenangi sesuatu PRK atau PRU. Jika PAS menyogok seperti yang didakwa (yang jumlahnya tidaklah sebanyak mana berbanding sogokan Umno/BN) maka SPR cepat benar mengeluarkan kenyataan untuk menguatkuasakan undang-undang itu. Jika Umno/BN yang buat (walaupun berjuta-juta atau berbilion-bilion wang yang telah dibelanjakan dalam PRK / PRU tersebut adalah wang Kerajaan/RAKYAT juga), maka SPR hanya berdiam diri. Wajarkah keadaan ini terjadi?
Pemuda Bulatan,
Puchong.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. - hrkh
04 November 2010
Akhirnya Galas Kembali Ke Pangkuan BN
Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoritiundi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.
mkini_bm Keputusan tak rasmi, BN dahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS mendapat 4,108 undi berbanding BN sebanyak 5,177 undi.
insider_latest GALAS - Official results for 20/26 streams show BN: 3,864 & PAS: 3,048 for majority (BN): 816
mkini_en BN has unofficially won in Galas. BN 5,177, PAS 3,744. Majority 1069.
Galas - Keputusan Terkini
7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.
7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.
6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.
6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.
6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.
Kompom Ini Bukan Rasuah..
300 beratus untuk RM250
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.
Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.
Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.
Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.
12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.
Galas dicemari ketegangan, pengundian diteruskan
Suasana proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang tenang awal pagi tadi menjadi kecoh apabila penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS terlibat dalam pertengkaran ketika cuba meraih undi.
Ia kejadian pertama dilaporkan di Galas hari ini.
Kekecohan itu berlaku di daerah mengundi Bandar Lama Gua Musang dan pusat mengundinya ialah Sekolah Kebangsaan Gua Musang.
Insiden tersebut berlaku ekoran dakwaan tindakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN.
Pada mulanya polis bertugas dapat menyelesaikan kekecohan itu yang tercetus sekitar 8.30 pagi, namun pada pukul 9.05 pagi kekecohan berulang.
Polis terpaksa menggunakan sebuah Land Rover untuk memisahkan 500 penyokong yang berhimpun di luar pusat pengundian Bandar Lama.
Kekecohan muncul balik, kali ini berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas pergaduhan mulut antara penyokong kedua-dua parti, antara lain dipercayai memakai dan mempamerkan lambang parti ketika hendak memasuki pusat pengundian.
Akibatnya berlaku kejadian tolak-menolak antara penyokong.
Kejadian itu menyebabkan polis terpaksa campur tangan meleraikan kekecohan itu.
Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian untuk meleraikan kekecohan itu dan penyokong BN dan PAS dapat ditenangkan kira-kira 10 minit kemudian.
Proses pengundian di Galas bermula 8 pagi. Pusat pengundian itu turut dilawati Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kekecohan kembali berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang.
Kejadian kali ini berlaku kira-kira 20 meter dari tempat kejadian pertama tadi.
Kekecohan kali ini, sekitar 9.50 pagi, juga berpunca dari sikap penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong BN.
Cuma kali ini anggota polis bertindak pantas dengan terus membuat benteng antara kedua-dua penyokong parti.
Sepanjang meraih undi kedua-dua penyokong bersorak.
Penyokong PAS menyebut “Hancur hancur, hancur BN, “Hidup hidup, hidup PAS dan bertakbir “Allahuakhbar” manakala penyokong BN pula “Nik Aziz 300, Nik Aziz rasuah. Kedua-dua penyokong masing-masing turut membawa kain rentang yang menghina Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka juga membawa bendera dan gambar calon masing-masing.
Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berkata, “Ini memang sikap orang PAS, mereka ini ganas ketika berkempen.”
“PAS memang kalau berkempen akan bertindak secara ganas, sebab itu berlaku kecoh tadi. Kita dah biasa bila bertembung dengan PAS.
“Ini bukan perkara baru ketika kempen pilihan raya,” kata Pengarah Pilihan Raya BN ini ketika ditemui di pekarangan pusat pengundian ini.
Sementara itu, wakil PAS Mohd Hilmi Raidzan dari Dewan Pemuda Kedah pula berkata, “Punca kecoh adalah disebabkan tidak berpuas hati dengan jarak antara satu sama lain.”
“Lagipun penyokong BN tak mahu ikut arahan polis. Sebab itu berlaku kekecohan. Selain itu sebab kutuk-mengutuk tadi. Sekarang sudah OK,” kata beliau lagi.
Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kesal dengan insiden pergaduhan itu dan menyifatkan tindakan penyokong PAS lebih bersikap agresif terhadap penyokong BN.
“Saya dimaklumkan mereka bukanlah penyokong PAS tempatan tetapi mereka adalah penyokong dari Terengganu. Memang kebiasaan penyokong dari luar mudah mencetuskan sikap agresif begini,” katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keadaan itu bukanlah sesuatu yang sihat dalam pilihan raya kecil berkenaan dan PAS dilihat tidak bersikap demokratik dengan mengamalkan sikap sedemikian.
“Malahan sikap tidak demokratik itu dapat dilihat apabila penyokong PAS menjerit-jerit kepada pengundi dan membuat kecoh di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi,” katanya.
Beliau berkata BN telah menghantar cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar larangan dibuat terhadap penyediaan khemah dekat pusat pengundian bagi mengelak gangguan terhadap pengundi.
Mustapa berkata beliau berharap SPR dapat pertimbangkan perkara itu.
03 November 2010
Timb. Pengerusi SPR Tak Iktiraf Wang Zakat
SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.
Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.
"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.
"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.
Galas - Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Wang Zakat Tok Guru
PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.
Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam.
Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.
Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.
Umno Tukar Wang Zakat Kepada Rasuah
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.
"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.
Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.
"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.
"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.
"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.
02 November 2010
Galas - Umno Macam Orang Gila
Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi.
Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang.
Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu.
Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, ceramah yang hanya dihadiri 12 orang, termasuk enam orang Puteri Umno selebihnya anggota keluarga dan jiran terdekat terpaksa dihentikan dengan arahan SPR.
Tindakan itu dilakukan SPR memandangkan pihak terbabit tidak mempunyai permit sebagaimana yang ditetapkan.
Sepanjang ceramah itu berlangsung, golongan muda yang rata-ratanya terdiri dari pengundi ‘bertakbir’ beramai-ramai sewaktu pemimpin mereka berceramah yang kebanyakkannya menyelar pimpinan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.
Gangguan ceramah PAS sejak akhir-akhir ini berlaku hampir setiap malam apabila dianya diadakan di tempat yang sama dengan program PAS.
Pada malam sebelumnya kejadian yang serupa berlaku pada majlis ceramah PAS yang diadakan di Ladang Chin Tek.
Kejadian berlaku apabila majlis ceramah PAS disampaikan oleh Datuk Nasuruddin Daud, di mana Umno memasang karaoke dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS. - Jalan Pulang
01 November 2010
MCA Gelapkan Peluang BN Di Galas
Kemunculan tidak diduga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “Malaysians for Beng Hock” di Galas dikatakan menjejaskan peluang BN bagi memenangi pilihan raya kecil di situ, khususnya dalam mendapatkan undi masyarkat Cina yang dijangka sebagai faktor penentu.
Heng, yang juga timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat telah menafikan Soh dikasari ketika cuba menghampirinya, sebaliknya mendakwa peristiwa itu sebagai 'kemalangan'.
Namun penjelasannya itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Cina tempatan.
Menurut ketua pemuda DAP, antony Loke, gambar yang dirakam dengan jelas menafikan dakwaan Heng bahawa laluannya dihalang oleh Soh dan rakan-rakannya.
"Terdapat banyak ruang untuk Heng bergerak. Bagaimana dia boleh tuduh Soh menghalangnya. Sebenarnya, ahli MCA yang menolak jatuh Soh secara aggresif, “ kata Loke.
Menurut ahli parlimen Rasah itu, MCA sepatutnya bertanggungjawab dan membuat permohonan maaf secara terb uka kepada Soh dan bukannya menafikan hakikat sebenar.
Beliau berkata jika MCA terus tidak mahu mengakui perkara yang sebenarnya, parti itu akan dihukum oleh pengundi pada hari pengundian.
Tok Guru - Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.
Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS (gambar) menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
“Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).
“Kita tidak suka cakap kosong,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini.
Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk.
Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin.
“Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah).
“Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya),” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya.
“Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja,” katanya.
Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan.
“Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli.
“Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan,” katanya.
Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini.
Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.
Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff.
Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Kajian dapati pengundi muda sokong PAS di Galas
Kebanyakan pengundi muda yang ditemubual menerusi panggilan telefon oleh sebuah badan penyelidikan bebas berkata mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung 4 November ini.
Dapatan ini dikeluarkan oleh badan penyelidikan bebas Ilham Centre, yang sentiasa mengikuti perkembangan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
“Kami membuat panggilan telefon semalam dan hari ini kepada 2150 pengundi muda dalam kawasan DUN Galas dan 320 melayan dengan baik dan member I kerjasama,” kata Pengarah Eksekutif Ilham, Muhamad Hisommudin Bakar di sini petang ini.
Mereka yang ditelefon mewakili semua daerah-daerah mengundi di Galas dan berumur antara 21 hingga 40 tahun.
Daripada jumlah itu beliau berkata 168 responden mengaku akan mengundi calon PAS, 41 akan mengundi calon BN manakala 112 lagi belum membuat keputusan.
Ilham turut mengadakan kajian lapangan dalam tempoh kempen pilihanraya kecil ini dengan menurunkan 50 pembanci dan satu gambaran menyeluruh akan dikeluarkan kepada pihak media sebelum hari mengundi.
Sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Ilham telah membuat kajian lapangan menjelang sesuatu pilihan raya kecil.
Sehingga kini, kesemua hasil kajian Ilham adalah tepat dengan keputusan pilihan raya sebenarnya termasuk yang terakhir di Bgan Pinang di mana sejak dari awal lagi kajian Ilham menunjukkan sokongan terhadap PAS lemah di kawasan pilihan raya itu.
Galas - Ini Bukan Rasuah.. Hahaha
| RM100 untuk majlis 1Malaysia di Galas | |||
| |
Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.
"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain,” kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.
Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.
"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS,” katanya.
Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.
"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi,” katanya.
Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.
Galas - Usaha Sogok Pengundi Dijangka Bermula Hari Ini
Berbaki tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas 4 November ini, PAS akan memperketatkan jentera kawalannya dalam menangani gejala menabur fitnah dan sogokan.
Penasihat Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberitahu arahan kepada anggota keselamatan di semua peti undi sudahpun dikeluarkan bersama beberapa strategi bagi mengesan amalan tersebut.
Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendapat maklumat awal dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan usaha sogokan kepada pengundi dijangka berlaku mulai hari ini.
“Kita telah mengarahkan pihak keselamatan di semua peti undi untuk mengambil tindakan tegas terhadap usaha menabur fitnah dan juga usaha untuk membuat sogokan kepada pengundi.
“Mana-mana pihak yang hadir ke semua peti undi untuk menabur fitnah, membuat sogokan akan berdepan dengan pihak keselamatan PAS yang telahpun disusun atur untuk membuat tangkapan awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, jika berlaku tangkapan orang berkenaan akan dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Menjawab sama ada pihaknya kini telah mendapat sebarang laporan mengenai perkara itu beliau berkata, belum ada laporan rasmi.
“Belum ada laporan rasmi, cuma kita sudahpun menerima maklumat daripada pihak-pihak yang boleh dipercayai perkara ini akan berlaku mulai 1 November hingga hari mengundi nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Menurut Abdul Rahim, antara bentuk sogokan yang dapat dikesan sekarang adalah dalam bentuk wang tunai RM1,000 dan set peti televisyen.
Pada perkembangan yang sama beliau berkata, dalam kempen yang telah masuk hari keenam hari ini PAS lebih menumpukan kepada undi orang Melayu.
“Tumpuan utama kedua belah pihak sekarang ini ialah di peti undi Sungai Terah kerana di situ PAS telah mendapat undi popular sebanyak 69 peratus pada pilihan raya umum 2008.
“BN sendiri berpendapat sekiranya peti undi itu boleh dicairkan maka mereka akan mencapai kemenangan. Jadi pertempuran sengit akan berlaku di Sungai Terah,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, peti undi Sungai Terah telah menyumbang kepada kemenangan PAS di Dun Galas dengan majoriti 500 undi.
Berikutan itu, beberapa langkah diambil untuk memastikan sokongan terus diberikan pada PAS di kawasan seperti Sungai Terah.
“Walau apapun parti itu tetap yakin akan dapat mengekalkan sokongan di kalangan pengundi Orang Asli dan meningkatkan undi daripada pengundi Cina di Galas,” katanya.
Balik Mengundi Sekalipun Merangkak - Tok Guru Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.
"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.
"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.
Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.
Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.
Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.
Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.
"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.
"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC< bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana," katanya lagi.
Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.
Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti.
31 October 2010
Galas - Pemuda Umno Akan Buat Laporan Rasuah PAS Kepada SPRM
Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.
“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.
Dalam masa yang sama, Bazelan melihat ini merupakan tindakan terdesak pihak Pas yang cuba untuk mempertahankan kerusi Galas, dan hilangnya keyakinan penduduk dan masyarakat yang tinggal di Galas terhadap Pas.
“Mereka perlu mempertahankan kerusi Galas, namun mereka sudah tidak yakin lagi dengan sokongan masyarakat Galas yang kini kembali memberi keyakinan, kepercayaan dan peluang kepada calon kita, Ab Aziz Yusoff untuk mewakili mereka di DUN Galas ini,” ujarnya yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Negeri Kelantan.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.
Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.
