BlogList Malaysia

03 November 2010

Timb. Pengerusi SPR Tak Iktiraf Wang Zakat

SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.


Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS. Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

3 Komen :

Anonymous ,  November 3, 2010 at 8:27 PM  

UMNO/SPR MENAFIKAN HAK MUALAF UNTUK MENDAPAT WANG ZAKAT. - satu lagi fatwa songsang yang dibuat oleh pemimpin UMNO.

Anonymous ,  November 3, 2010 at 8:42 PM  

Celakalah UMNO. Kita sepatutnya meraikan saudara baru, ini tidak membuat fitnah yang melampau. Kamu bukan nak mendekatkan lagi orang kafir terhadap Islam sebaliknya menjauhkan mereka sejauh-jauhnya.

Sebab itulah Islam semakin teruk di bawah pemerintahan UMNO. Beratus tahun penjajah menjajah Tanah Melayu...agama Islam tak tergugat... UMNO yang memerintah baru 50 tahun sudah mengharu-birukan Islam. Memang UMNO ini adalah koncu-koncu Dajjal dan Yahudi. Semoga Allah menghancurkan dan membinasakan kamu dengan kebinasaan yang maha hebat.

Anonymous ,  November 3, 2010 at 9:56 PM  

WAN AHMAD NI SEORANG ISLAM ATAU BUKAN ISLAM ATAUPUN SEORANG ISLAM YANG JAHIL?

TAHNIAH KPD SPR KERANA BERTINDAK PANTAS......

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas