BlogList Malaysia
Showing posts with label pekida. Show all posts
Showing posts with label pekida. Show all posts

28 October 2012

Pekida Pasir Salak Jadi Lembu Dato' Tajuddin

Berita bahawa dato’ Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia, menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. Dato Tajuddin telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united.

Umumnya orang pengundi Parlimen Pasir Salak mengetahui bahawa DatoTajuddin Abdul Rahman merupakan penaung kepada PEKIDA Daerah Kampung Gajah. Kelebihan ini telah cuba digunakan untuk menguatkan kedudukan politiknya. Zainol Fadzi harus dihalang dari menjadi calon.


Justru itu, pada 19 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan program Malam Jalinan Mesra Pekida Kg. Gajah di simpang tiga Ulu Dedap. Diadakanlah majlis secara besar-besaran. Disembelih lembu, ditanak nasi dan dijemput seberapa ramai ahli pekida dan juga ayahanda-ayahanda pekida dalam negeri Perak untuk turut bertamu.

Secara tidak langsung Dato Tajuddin Abdul Rahman mungkin ingin menunjukkan kepada pimpinan umno bahawa beliau sebenarnya mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Maksudnya, PEKIDA cuba diperalatkan sebagai menyokong beliau.

Dato Tajuddin Abdul Rahman sendiri tahu, bahawa pekida tidak bertunjang kepada mana-mana parti politik. Perjuangan pekida merentasi politik. Politik kepada ahli pekida hanyalah merupakan pilihan individu, bukannya perjuangan organisasi yang boleh ditunggangi oleh seperti di zaman Dato Dr. Hj. Mohd Fuad dimana akhirnya ia telah merosakkan organisasi PEKIDA di peringkat Induk. Pihak-pihak yang berkepentingan akhirnya melarikan diri setelah mendapat apa yang dikecapi.

Akhirnya, tinggallah Haji Jamaluddin Yusof yg masih gigih dengan perjuangandan berjaya mengukuhkan kembali pekida. Dan kepada Haji Jamaluddin Yusof, berhati-hatilah kepada pihak yang berkepentingan. Akhirnya akan berlakulah, habis madu sepah dibuang.

Oleh itu sekali lagi dimaklumkan kepada Dato Tajuddin Abdul Rahman, ahli PEKIDA bebas memilih dan mengundi sesiapa saja dalam pilihan raya.

http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/10/dato-tajuddin-guna-pekida-di-pasir-salak.html


Read More...

12 June 2012

Bumiputera Untuk Semua Bangsa - Perkasa & Pekida Tak Mau Demo Ke?

PPP WP cadang bumiputera untuk semua

Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa.

Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen.

"Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia.


"Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita," kata Kamaraj.

Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka.


"Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera," katanya.

Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif.

Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia.

Buat masa ini, status 'bumiputera' merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak.

Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.

http://www.kedahlanie.info/2012/06/nasib-baik-ppp-bukannya-dap-yang.html#more


Read More...

08 June 2012

Towkey Sekinchan Ikan Bakar Tak Mahu Bertindak Ke Tolong Penyiaga Melayu Ni?

Pendapatan peniaga-peniaga Melayu di daerah membeli-belah utama, Bukit Bintang, dijangka terjejas dengan mulanya kerja di atas projek My Rapid Transit (MRT) bernilai berbilion ringgit, berdekatan Plaza Bukit Bintang (BBP) pada tahun 2013. Ia akan bermula di ruang legar bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor yang bersebelahan dari 1 Julai bagi kerja-kerja persediaan untuk membina stesen bawah tanah.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pemilik projek MRT Corporation Bhd telah memutuskan untuk memulakan projek dari sebelah BBP Jalan Bukit Bintang kerana rundingan dengan pemilik bangunan di seluruh kompleks membeli-belah terhenti dan masa kian suntuk untuk melengkapkan sistem MRT menjelang 2017.


BBP menempatkan majoriti peniaga Melayu manakala ahli perniagaan Cina menjalankan syarikat mereka di Plaza Sungei Wang yang bersebelahan dan rumah kedai berdekatan.

Keputusan untuk meneruskan kerja dengan mengambil alih bidang hadapan BBP dan Yayasan Selangor telah dibuat semalam pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan dihadiri oleh pegawai dari MRT Corp, pemilik BBP UDA Holdings Bhd, pengurus Yayasan Selangor .

"MRT Corp mengambil alih kawasan di hadapan kedua-dua bangunan dahulu, kemudian kawasan bawah tanah mereka untuk stesen bawah tanah, dan menjelang pertengahan 2013, semua orang akan terpaksa berpindah," sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Walaupun terpapar notis pembangunan tentang kerja-kerja untuk penyewa BBP, The Malaysian Insider difahamkan peniaga masih belum jelas tentang pampasan untuk meninggalkan kawasan itu sebelum pajakan mereka tamat tempoh kerana UDA Holdings mahu Perbendaharaan atau MRTCorp untuk menjamin bayaran.

Peniaga Bukit Bintang memulakan kempen mengumpulkan tandatangan Oktober lepas untuk memberi tekanan kepada Putrajaya kembali kepada pelan asal untuk dua stesen MRT di kawasan itu. Stesen tersebut, BB Barat dan Timur BB, asalnya bertujuan untuk melingkungi daerah membeli-belah utama tetapi cadangan itu kemudiannya bertukar kepada satu stesen di bawah persimpangan sibuk Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Pengkritik telah mempersoalkan keperluan bagi pengambilalihan wajib kedua-dua permukaan dan tanah bawah tanah kerana Kanun Tanah Negara 1965 telah dipinda pada tahun 1990 untuk membenarkan tanah bawah tanah boleh diambil tanpa menjejaskan hak permukaan.

Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah memulakan kempen berprofil tinggi yang melibatkan protes, kempen tandatangan dan tuntutan bahawa Putrajaya telah menjalankan "land grab"(penyambaran tanah) untuk membiayai kos projek.

Disesuaikan dari - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perniagaan-english-bukit-bintang-terancam-dengan-mulanya-kerja-mrt/


Read More...

05 June 2012

PEKIDA Kedah Buat Lawak.. Tuntut Perkara Yang Sudahpun Dilaksanakan..

Kelmarin Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida, dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya jawatan).

Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...

TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'


Antara tuntutan yang di tuntut kepada kerajaan PAS Kedah adalah seperti berikut :

1. MEMANTAU Operasi Pengeluaran lesen dan aktiviti Pusat Hiburan, Pusat Maksiat, Rumah Urut, Pub, Disko dan seumpamanya yang merugikan dan MEMURTADKAN Umat Islam dibawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS di Kedah.

(Kedah La: Alhamdulillah kerajaan negeri memang sentiasa memantau sekarang, cuma nak habag bagi tidak ada lesen dikeluarkan untuk Pusat Maksiat, Pub dan Disko. Lesen Rumah Urut ada dikeluarkan tapi untuk urut tapak kaki bukan pusat pelacuran. Bagaimanapun jika Pekida ada maklumat mengenai aktiviti maksiat di premis2 tersebut sila maklumkan secara tepat segala maklumat kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Minta maaf nak harap org PAS bg maklumat depa tak tau apa sebab depa tak pernah masuk tempat2 macam tu)

2. MENGHAPUSKAN unsur-unsur SYIRIK sama ada dalam bentuk monumen, tugu ataupun simbol-simbol yang berada di negeri Kedah TIDAK SELARAS dan BERCANGGAH dengan ajaran Islam dan Perlembagaan PAS (parti yang mentadbir Kedah).
(Kedah La: Setakat pengetahuan kerajaan negeri tidak ada monumen seumpama itu. Kalau Pekida ada maklumat sila maklumkan secara tepat untuk diambil tindakan)

3. MENJALANKAN operasi bersepadu agar anak muda,golongan remaja dan belia dapat dicegah dari aktiviti berpeleseran, jenayah jalanan, merempit, membuang masa, berkhalwat dan berzina.

(Kedah La: Kerajaan Negeri bimbing golongan remaja melalui Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Shakhsiah, Kem Belia Sejahtera dan macam-macam lagi. Jenayah jalanan dan rempit tu kerja polis, kena pi bagitau Najib atau Tok Mat Bashah. Konsert K-Pop untuk galak remaja bermaksiat dianjurkan oleh BN bukan PAS. Faham noooo)

4. MEMELIHARA Tanah Wakaf, Mahaahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat. Menjalankan usaha dakwah serta pengimarahan surau, masjid dengan kegiatan berfaedah dan perancangan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang berterusan dengan dokongan dan bantuan kukuh pihak kerajaan negeri, JAIK dan MAIK serta agensi berkaitan.

(Kedah La: Setakat ini semua itu dipelihara dengan baik. Jika ada tanah wakaf yang tidak berfungsi dengan baik, kerajaan lakukan Istibdal (pindah wakaf) supaya harta wakaf diimarahhkan dgn pelbagai kegiatan. Bantuan untuk institusi pendidikan Islam pun macam2 dihulurkan tidak seperti semasa BN perintah negeri dulu)

5. MENJALANKAN usaha-usaha terancang, bersungguh ke arah mengurangkan kemiskinan dan peningkatan peluang ekonomi di kalangan umat Islam Kedah. Ini disebabkan 'kemiskinan boleh menghampirkan umat ini ke arah kekufuran'.

(Kedah La: Alhamdulillah semua saranan itu telah dilakukan dgn baik berdasarkan kemampuan kerajaan negeri. Cuma yang tak buat kerja itu ialah Kerajaan Pusat.. Pekida kena pi habag kat Najib atau wakilnya Tok Mat Bashah mengenai isu ini)

6. MENYEMARAKKAN usaha pendidikan Islam yang sebenar bagi membolehkan lebih ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dilahirkan selain ilmuan dalam bidang keagamaan.

(Kedah La: Itu pasailaa kerajaan besarkan KUIN, tambah kursus pengajian, bina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Masalahnya puak2 pembangkang iaitu BN di Kedah kata besarkan KUIN tu membazir, Pekida kena pi serang puak UMNO tu)

7. MEMELIHARA alam sekitar, ekologi dan persekitaran dengan sebaiknya untuk keseimbangan hidup sepertimana tuntutan agama agar keuntungan tidak dilebihkan sehingga alam sekitar dirosakkan.

(Kedah La: Alhamdulillah semuanya terkawal oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan... dua2 tu agensi kerajaan Pusat/BN. Kalau depa tak buat kerja hantam depa cukup2)

8. MENINGKATKAN amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran kondusif dalam semua bidang kehidupan sama ada ekonomi, politik, pentadbiran, sosial, dan kemasyarakatan disebabkan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

(Kedah La: Alhamdulillah semua yang disaran tu sudah pun berjalan dengan baik. Isu sampah sarap ni hanya teruk di zaman BN dulu, laa ni semua cantik merelit).

9. MEMUPUK ukhwah dan semangat perpaduan dan penyatuan dikalangan umat Islam agar sentimen benci membenci, prasangka,taksub membabi buta kepada puak dapat dikendurkan disebabkan sentimen sebegitulah yang seringkali menjadi penyumbang sehingga persaudaraan Islam menjadi longgar.

(Kedah La: Kerajaan negeri sentiasa memupuk perpaduan di kalangan rakyat, malangnya usaha tersebut dipecahkan oleh puak pembangkang Kedah yang tak habis2 buat demonstrasi haram, usaha menjatuhkan kerajaan negeri, menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan negeri)

10. BERMUSYAWARAH, bermuafakat, berlaku adil dan ihsan dengan semua pihak berkepentingan bagi apa-apa isu yang melibatkan kepentingan umat Islam di negeri Kedah.

(Kedah La: Hak ni pun merelit..telah dibuat dgn baik oleh kerajaan negeri tahap A++++)

11. BERSUNGGUH, ikhlas,jujur.dalam melaksanakan kesemua perkara di atas dengan mengketepikan sentimen politik, kepentingan diri, puak atau parti.

(Kedah La: Alhamdulillah.. selama 4 tahun PAS perintah Kedah semua dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sentimen politik kepartian)


Read More...

17 May 2012

Pekida Pun Nak Nama Jugak..

NGO berkumpul di balai gesa tindakan pada BERSIH

Beberapa NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

Pada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.


"Begini caranya untuk kita berhimpun, tidak melakukan kerosakan... Bukan melakukan kekecohan atau rusuhan.

"Kita sokong untuk polis mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa pemandu BERSIH," ucap wakil Pekida daripada cawangan Puchong.

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan itu, mereka menolak "rusuhan dan huru-hara" yang boleh menjatuhkan imej negara, tanpa menyebut langsung nama BERSIH.

Kumpulan itu membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menyatakan sokongan mereka terhadap polis menjaga keamanan di negara ini.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "hidup polis".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.


Read More...

03 April 2012

Video Pukida Pukul Adam Adli



Insiden Kg Kerinchi kecoh, 3 mahasiswa dipukul

KUALA LUMPUR: Proses pengosongan flat PKNS Kampung Kerinchi awal pagi ini dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terbabit bersama anggota yang didakwa dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Tiga aktivitis mahasiswa yang terlibat ialah Adam Adli Abd Halim, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Adam Adli menjadi sasaran utama kumpulan terbabit sehingga mengalami cedera ringan apabila ditumbuk di mata kiri dan mulut.

Kehadiran Adam dan dua rakannya yang lain kurang disenangi sebahagian penduduk dan kumpulan berkenaan.

Insiden pergaduhan bermula apabila ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di salah sebuah flat yang akan dirobohkan.

Keadaan mulai tegang apabila kumpulan berkenaan menjerit mengarahkan Adam turun dan tidak mencampuri urusan pengosongan flat tersebut.

Ketika Adam dan dua rakan lain turun, mereka diserbu dan pergaduhan tercetus sehingga dileraikan oleh anggota polis.

Beberapa minit kemudian, seramai lapan anggota FRU mulai mengawal keadaan manakala Ekhsan Bukharee dibawa ke balai polis Lembah Pantai dan dilepaskan setelah seejam ditahan.

Detik cemas

FMT menemui Adam dan Ekhsan Bukharee kemudian menceritakan detik cemas yang menimpa mereka.

Menurut Adam kehadiran mereka sekadar memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam proses pengosongan flat terbabit.

“Orang kampung minta tolong agar kami (mahasiswa) memberi sokongan. Ketika kami naik ke flat itu ada ahli keluarga yang menangis jadi kami memberi sokongan dari sudut moral. Saya faham kami tidak boleh masuk campur dalam hal ini.

“Ketika kami mula naik ke tingkat tiga flat itu, provokasi telah pun bermula. Apabila saya turun ada dua orang datang tumbuk saya,” kata Adam.

Ekhsan Bukharee pula berkata beliau dibawa ke balai polis atas alasan keselamatan terhadap dirinya.

“Saya ditahan selama sejam dibalai dan kemudian dilepaskan. Mereka (polis) bawa saya untuk elak saya dari diserang,” jelasnya.

Proses pengosongan flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/insiden-kg-kerinchi-3-mahasiswa-dipukul/



Read More...

06 January 2012

Pekida beri amaran perhimpunan 901 jangan ganggu program di Masjid Wilayah

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 901 supaya tidak membuat kekecohan di kawasan Masjid Wilayah Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika perhimpunan pada 9 Januari ini.

Menurut Ahli Majlis Tertingginya, Mohd Syahril Abdul Aziz, Pekida akan menganjurkan program dakwah dan Qiamullail pada hari yang sama perhimpunan tersebut dijalankan.

“Sekiranya kumpulan Anwar buat onar, Pekida Malaysia akan ambil tindakan, jangan melampaui apa yang telah dirancang.

“Pekida ada program dakwah, dan qiamullail di Masjid Wilayah, jadi jangan buat kacau, masjid tempat untuk orang berdakwah dan beribadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurut Syahril, berikutan cadangan perhimpunan yang dianjurkan untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya turut dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut.

“Kami telah merancang program ini terlebih dahulu. Program ini bermula pada petang 8 Januari, dan tamat pada 9 Januari keesokan harinya.

“Kepada penyokong Anwar Ibrahim, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang turut hadir memberi penjelasan di ibu pejabat polis tersebut turut yakin polis akan bertindak bijak menangani perkara itu.

Abdul Rahman menjelaskan, dijangka seramai 2000 peserta daripada kalangan NGO tersebut akan menghadiri program itu.

“Saya yakin polis akan bertindak tegas, dan perhimpunan akan dapat dikawal sebaik mungkin,.

“Saya memberi jaminan ahli Perkasa tidak akan melakukan sebarang provokasi, kami akan hanya berada di kawasan masjid untuk program tersebut sahaja,” katanya lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pekida-beri-amaran-perhimpunan-901-jangan-ganggu-program-di-masjid-wilayah/


Read More...

17 December 2011

200 Ayahanda Pekida Demo Bantah 'Perak Darul Kartun'

IPOH - Kira-kira 200 ahli Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat DAP Perak di sini hari ini bagi mendesak Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kerana mempersenda kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, mereka juga menggesa Ahli Parlimen Taiping itu bertanggungjawab terhadap kenyataannya menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran 'Hitam Metalik' dan 'haram jadah' baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli berkata, kenyataan Kor Ming itu sangat tidak beradab kerana mempersenda kedaulatan negeri Perak, malah semakin berani menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.


Katanya, walaupun Kor Ming telah meminta maaf sebelum ini, namun permohonan maaf itu kelihatan tidak ikhlas dan dilakukan secara sambil lewa.

"Kami mahu dia mohon maaf secara rasmi, jumpa Menteri Besar dan minta maaf dengan dia. Selain itu dia juga perlu bertanggungjawab kerana mempersendakan kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

"Jika dia tidak suka dengan negeri ini, dia boleh keluar malah dia tidak layak langsung tinggal di negeri berdaulat ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil DAP Perak, Cheah Poh Hiun di pintu masuk pejabat berkenaan hari ini.

Mereka yang berkumpul hampir satu jam sejak pukul 3 petang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Jangan Biadap, Penderhaka Sultan', 'Jangan Hina Kedaulatan Negeri Perak', 'Jangan Hina Melayu' dan 'Jangan Mulakan Politik Maki Hamun'.

Halim menambah, sebagai ahli politik, Kor Ming tidak wajar bersikap biadap dengan menjadikan isu sensitif berkaitan peribadi pemimpin sebagai agenda dalam menyuburkan benih kebencian di kalangan rakyat.

Justeru katanya, sekiranya Kor Ming enggan memohon maaf kepada Zambry dan seluruh rakyat negeri ini, gerakan tersebut tidak akan berakhir di sini malah diteruskan dalam kuantiti yang lebih ramai.

"Kor Ming perlu berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Jangan suburkan politik kebencian kerana ia akan menggugatkan keharmonian negara," tegasnya.

-Utusex

Read More...

06 December 2011

PEKIDA Akan Dapat Habuan Dari Najib

PM ikrar bantu PEKIDA kerana sokong BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar untuk membantu Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) untuk memantapkan pertubuhan itu, selepas menerima ikrar taat setia mereka kepadanya di Shah Alam, semalam.

"Terima kasih kerana ikrar itu, saya amat terharu... Insya-Allah, saya akan membantu Pekida!" laung Najib di hadapan lebih 2,000 ahli PEKIDA yang hadir.

Bagaimanapun sebagai balasan, presiden Umno itu menuntut PEKIDA supaya bersedia membantu beliau menjamin kemenangan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


"PEKIDA mesti bersedia untuk mempertahankan pentadbiran kami. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu diinjak-injakkan di tanah air kita sendiri," katanya memberi amaran.

Najib juga mengakui bahawa sumbangan ahli-ahli Pekida amat besar kepada dirinya sendiri di kawasannya kerana dikatakan mampu menyatukan orang Melayu dan melindungi kepentingan Islam.

"Saya sendiri tahu, terdapat banyak ahli-ahli PEKIDA di kawasan saya sendiri, saya tahu... saya tahu (apa yang mereka lakukan)," katanya.

Jaminan bantuannya kepada PEKIDA itu diberi selepas presiden pertubuhan itu, Jamaluddin Yusof meminta Najib untuk mempertimbangkan cadangan meluluskan sebuah kolej di Melaka untuk NGO itu.

Read More...

12 October 2011

Ayahanda PEKIDA Ini Akan Sertai Umno Esok



Kenapa lambang jari awie sama dengan Satanic Skull?


KUALA LUMPUR – UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.

Mynewshub difahamkan, antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Mynewshub turut difahamkan, majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

MyNewHub

Read More...

11 June 2011

‘Mohon maaf atau hadapi saman’

“Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.


Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

“Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


“Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.


Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

14 January 2011

PAS cadang dialog selesai isu azan

PAS Lembah Pantai mahu semua pihak yang terbabit dalam isu membantah azan di Masjid Ikhlasiah, Lembah Pantai mencarai jalan penyelesaian secara rasional bukan emosional.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Adlin Soleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebarang kaedah penyelesaian berbentuk konfrantasi hanya akan merumitkan lagi keadaan.

"Kita menolak sebarang bentuk konfrantasi yang tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.

"Oleh itu, PAS Lembah Pantai menawarkan dialog diantara kedua-dua pihak bagi menyelesaikan masalah ini,"katanya.


Apa yang penting dalam isu ini tegasnya, masyarakat bukan Islam perlu memahami dan diberi kefahaman tentang hak orang Islam mengamalkan agama termasuk dalam isu azan.

Di Malaysia katanya, bukan sekadar izu azan malah masyarakat Islam yang hidup berdekatan dengan rumah ibadah bukan Islam juga akan terdengar suara atau terbau tempias daripada upacara keagamaan agama lain.

"Kita juga memahami hak mereka beragama dan mengamalkan upacara agama mereka.

"Namun, jika kesemuanya dibangkitkan tanpa ada toleransi, ia akan mencetuskan suasana tegang dan tidak harmoni dalam negara kita," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu bantahan azan yang didakwa 'terlalu lantang' di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi oleh seorang peguam, sehingga pembesar suara di masjid tersebut terpaksa diperlahankan.

Peguam tersebut yang tinggal di pangsapuri Pantai Hill Park didakwa menghantar terus surat aduannya kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Dalam surat yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid, peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu 'amat lantang' sehingga mengejutnya dari tidur.

Read More...

19 September 2010

Pekida Diminta Jangan Jadi Bodoh

Speaker Dewan Negara berpendapat tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan Majlis Peguam kononnya ia telah gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah, sehingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut Tan Sri Abu Zahar Ujang, berdasarkan maklumat sebelum Majlis Peguam itu turut telah mengambil tindakan tegas ahli-ahlinya termasuk salah seorang suspek kejadian tersebut.

Abu Zahar yakin Majlis Peguam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah atau salah laku ketika mengamalkan perkhidmatan guaman mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) semalam yang menyalahkan Majlis Peguam yang didakwa gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah.

Bekas Presiden Persatuan Peguam Muslim ini bagaimanapun berkata, Majlis Peguam perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana peguam jika didapati bersalah.

“Ada jawatankuasa disiplin yang akan mengambil tindakan sewajarnya (ke atas manmana peguam),” kata beliau.


“Kita memandang serius terhadap perkara ini dan memandang serius terhadap semua ahli peguam yang melakukan kesalahan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata sebagai pengamal guaman setiap peguam perlu menjalankan tugas dengan penuh kredibiliti dan tidak mencemarkan imej Majlis Peguam.

“Saya tidak menyangka apa yang berlaku dan setiap ahli peguam perlu faham tindakan bakal dikenakan ke atas mereka jika disabitkan salah,” katanya tegas.

Selain itu beliau berkata, undang-undang di negara ini jelas dan tidak boleh diperkotak-katikkan untuk kepentingan individu.

Semalam Pengerusi Pekida, Shahril Abdul Aziz bersama anggotanya menyalahkan Majlis Peguam yang didakwanya gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah.

Mereka juga membakar kain rentang mengecam Majlis Peguam. Noorhisham Mohamed, seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Semalam, polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas dua peguam adik-beradik yang merupakan suspek kes bunuh mereka.

Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah lebih tepat dengan mengeluarkan peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum mereka mahu menjalankan perniagaan mereka, kata Shahril.

Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Dijangkakan semua suspek akan dibicarakan dalam masa terdekat ekoran terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar ketika dihubungi berkata, Majlis Peguam sebelum ini sudah mengambil tindakan terhadap ramai ahli peguam, malah suspek pembunuhan kejam itu juga telah dipecat oleh badan peguam tersebut.

“Majlis Peguam sudah ambil tindakan pada tahun lepas memecat mereka, sudah ada tindakan daripada Majlis Peguam terhadap ahli peguam yang bermasalah.

“Untuk melakukan dan pemantauan 24 jam sehari terhadap semua ahli Majlis Peguam, memang susah sedikit kerana kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka setiap minit dan tidak menjangka apa yang dilakukan dan terjadi kemudiannya,” katanya.

Bagaimanapun beliau meminta Majlis Peguam melipatgandakan pendidikan akhlak, moral serta spritual kepada semua ahli peguam secara lebih kerap bagi mengelak perkara jenayah dilakukan dalam kalangan peguam.

Zainul berpendapat tindakan Pekida yang membakar kain rentang itu merupakan tindakan ekspresi mereka yang tidak boleh dilarang.

Beliau berkata selagi tunjuk perasaan itu tidak mengganggu keamanan negara, ia dibolehkan.

“Kalau Pekida hendak membakar kain rentang ke, logo peguam ke, semuanya adalah tindakan ekspresi mereka dan mereka berhak menunjuk perasaan selagi keamanan terjaga,” katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Ketika dihubungi hari ini, Ragunanth berkata pihak akan mengadakan sidang media mengenai isu tersebut.

Read More...

18 September 2010

Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang.. Perkasa bila lagi??

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.


Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati.

Read More...

04 June 2010

PEKIDA SYOK SENDIRI.. KESIAN...


Kren digunakan sebagai platform pentas

Pentas Pekida tidak disinggahi mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, dan ia lenggang dari tumpuan lebih 20,000 pendemontrasi.

Pekida yang mengambil kesempatan untuk muncul sebagai pemimpin demontrasi akhirnya terpaksa pulang awal setelah pentas yang diperalat dari sebuah lori kren yang disediakan tidak disinggahi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO pro Palestine tengahari tadi.


Mereka yang bersongkok hitam, berlilit kepala menaikkan pelbagai sepanduk meletakkan sebuah lori krin sebagai pentas utama berceramah, tiada jauh dari pintu masuk ke Kedutaan Amerika. Hanya seramai 15 orang penyokong kumpulan pro-Umno itu. Selain mengibarkan bendera Palestin, mereka juga mengibarkan sehelai bendera Umno dan sepanduk berbunyi "Mahathir sokong Intifadah".




Percubaan Pakida untuk menarik perhatian penyokong demontrasi Pakatan Rakyat meleset. Semua memulau tempat mereka dan kumpulan itu hanya berceramah sendirian. Sekali imbas, mereka seolah-olah mengganggu ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat yang berhadap dengan mereka. Corong pembesar suara membingitkan.

Pakida terpaksa "bungkus" awal sebelum Anwar, Lim Kit Siang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengadakan sidang media seusai menyerahkan memorandum. Para penyokong Pakatan Rakyat mulanya menyangka mereka sebahagian dari rakan demontarsi tetapi, setelah membaca dan melihat kelibat mereka sebagai Pakida, pendemontrasi
meninggalkan kawasan tersebut.

~Tarmizi Mohd Jam / Budak Kampung Online

Read More...

25 April 2010

PEKIDA Cuba Halang Orang Asli Dari Keluar Mengundi

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.- mkini

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas