Minta rakan periksa jika ada kamera di bilik air
SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu sahabat karibnya, pemandu beliau Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai Kamal pernah mengambil gambar beliau dalam keadaan bogel.
Saksi Pendakwaan ke-16, tukang jahit, Habishah Bahari, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, pengakuan itu dibuat Sosilawati dalam perbualan melalui telefon pada malam 30 Ogos.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Idham Abdul Ghani, Habishah berkata beliau menerima tiga panggilan telefon daripada Sosilawati ketika beliau sedang berbuka puasa di rumah seorang rakannya.
Idham: Apa yang dimaklumkan kepada awak pada malam itu?
Habishah: Beliau beritahu saya pergi ke rumah beliau, masuk dalam bilik air, periksa ada kamera tersembunyi atau tidak.
Idham: Cuba bagi tahu ayat yang digunakan.
Habishah: Bila beliau telefon, beliau cuma cakap, “Wei. Aku tak percaya Kamal. Dia ada ambil gambar bogel aku. Kau pergi rumah aku. Masuk bilik air. Kau tengok ada kamera tertutup tak.
Idham: Adakah perkataan ‘Wei’ itu satu kebiasaan pada awak?
Habishah: Ya.
Idham: Ketika terima panggilan itu, apa reaksi awak?
Habishah: Saya jadi hairan, kenapa ayat beliau cakap Kamal ambil gambar bogel.
Idham: Kenapa?
Habishah: Sebab selama ini, tidak ada petunjuk atau petanda yang Kamal, (yang ada hubungan) pekerja dengan majikan, boleh ambil gambar bogel beliau (Sosilawati).
Beliau berkata, kira-kira jam 11 malam hari sama, beliau pergi ke rumah Sosilawati yang terletak kira-kira 10 minit daripada rumahnya, dan ketika sampai anak-anak Sosilawati serta pembantu rumahnya ada di situ.
Katanya, beliau meminta anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, memeriksa bilik air untuk mencari kamera tersembunyi yang dikatakan dan tidak masuk memeriksanya seperti yang diminta mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, Habishah meninggalkan rumah mangsa untuk pulang sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lagi anak Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari, yang memaklumkan beliau dan kakaknya ke Shah Alam, bagi memeriksa kereta pegawai bank, Noorhisham Mohamad.
Sebelum itu, Habishah berkata, beliau berasa bimbang dan tidak sedap hati selepas menerima panggilan ketiga daripada wanita itu, pada malam 30 Ogos lalu.
Habishah yang sudah lama mengenali Sosilawati, berkata beliau berperasaan sedemikian selepas Sosilawati menggelarkan dirinya Kak Wati dalam panggilan terakhir yang diterimanya itu, sedangkan pada kebiasaan, jika tiada apa yang berlaku, rakannya itu guna perkataan ‘aku’ dan ‘kau’.
“Saya tiba-tiba jadi risau. Saya berdebar-debar dan tidak sedap hati, sebab beliau bercakap dengan nama Kak Wati dengan nada yang lembut, " katanya.
Ketika ini, Habishah menangis menyebabkan Idham yang menyoalnya dalam pemeriksaan utama, memintanya bertenang dan menarik nafas serta bertanya sama ada beliau mahu berhenti sebentar.
Habishah berkata, beliau mahu berhenti sebentar dan Hakim Datuk Akhtar Tahir menghentikan seketika prosiding berkenaan bagi membolehkan saksi bertenang.
Apabila prosiding bersambung semula, Habishah menerangkan kepada mahkamah mengapa beliau risau dengan panggilan yang diterimanya.
“Kalau beliau dalam keadaan risau atau bermasalah, beliau akan cakap Kak Wati. Dalam keadaan biasa, beliau cakap aku kau. Bila beliau sebut begitu, saya rasa susah hati. Saya dapat rasa ada sesuatu yang menyebabkan beliau rasa susah hati, " katanya.
Read More...
Summary only...
Malaysiakini hari ini ada melaporkan:
The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.
According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.
Cuma hendak berkongsi fakta berkaitan dengan kes pembunuhan Dato Sosilawati berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai:
1. Seperti yang sudah mula diketahui peguam yang terlibat itu adalah Datuk Patmanaban yang tinggal di Banting dan mempunyai kekayaan yang luar biasa. Peguam ini sememangnya baik dengan orang-orang politik dan telah dikenali seorang peguam yang kaki putar-belit dan menipu. Bagaimanapun penampilannya sangat profesional dengan perawakan yang baik serta bersopan-santun. Menurut sumber yang diterima, beliau telah bercerai dengan isterinya yang sekarang telah duduk berasingan. Walaupun imej luaran Datuk Patma ini kelihatan baik, tetapi hakikatnya beliau seorang yang licik, di kelilingi gangster dan kaki perempuan, selain daripada hubungan yang kuat dengan 'orang atasan'.
2. Dato Sosilawati berurusan dengan Datuk Patma supaya dapat menjual tanahnya di Penang disebabkan Datuk Patma ini ada jaringan dengan ahli-ahli perniagaan dan politik. Tanah Datok Susilawati ini nilainya mencecah RM 200 juta. Setelah berurusan dengan Datuk Patma, tanah ini berjaya dijual kepada Dato' Rahman Palil (BN - Sementa dan bekas exco Agama Selangor zaman Khir Toyo) dan kroni-kroni perniagaan. Dato' Rahman Palil telah membayar pendahuluan sebanyak RM 4 juta dan baki selebihnya akan dibayar selepas urusan awal pembangunan tanah ini dapat diselesaikan termasuklah meng'halau' setinggan-setinggan yang menduduki kawasan ini (semasa menghalau nanti yang jadi mangsanya LGE
). Bagaimanapun Dato Rahman telah berjaya memperolehi PA asal tanah tersebut.
3. Datuk Patma pada masa yang sama telah berurusan dengan ramai pihak yang juga berminat untuk membeli tanah tersebut dan telah menerima beberapa bayaran pendahuluan antara RM 3 - 4 juta setiap kali berurusan. Dengan erti kata lain, ramai ahli-hali perniagaan dan politik yang telah dipedaya kerana hakikatnya tanah tersebut telah dimiliki oleh Dato Rahman Palil. Salah seorang yang berurusan dengan Datuk Patma itu telah berkesanggupan untuk membeli tanah itu dengan harga RM 200 juta lebih tinggi daripada perjanjian dengan Dato Rahman. Lalu Datuk Patma telah mencadangkan kepada Dato Sosilawati untuk membatalkan penjualan kepada Dato Rahman Palil dan mengembalikan pendahuluan RM 4 juta yang telah dibayar. Diberitakan berlaku pertengkaran antara Dato Rahman dengan Datuk Patma berhubung dengan perkara ini. Kemungkinan penipuan-penipuan ini telah diketahui oleh Dato Sosilawati lalu beliau bersemuka dengan Datuk Patma yang seterusnya membawa kepada pembunuhannya.
4. Kes ini telah ditangani sendiri oleh Dato Seri Bakri Zinin Pengarah Siasatan Jenayah dari Bukit Aman, bukan PDRM Banting. Bila Bukit Aman sendiri turun besar kemungkinan menunjukkan bahawa kes ini 'tidak mampu' diselesaikan oleh Polis Daerah. Betapa pula telah ditemui beberapa abu mayat yang lain yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa ahli perniagaan yang hilang yang tidak ditemui sehingga kini. Situasi ini seperti menunjukkan bahawa Polis Banting telah gagal menjalankan tanggungjawab dan tidak boleh ditolak kemungkinan wujud unsur-unsur rasuah sehingga tindakan memberkas jenayah Datuk Patma gagal dihidu. Perkara ini sekali lagi menjejaskan kredibiliti pihak polis yang gagal menyelesaikan kes-kes kehilangan individu-individu ini dan tindakan tegas perlu diambil sekiranya benar wujud persekongkolan dengan pihak Datuk Patma.
5. Datuk Patma ini mendapat anugerah Datuknya dari Sultan Kelantan. Menurut sumber itu beliau begitu rapat dengan Tengku Fakhry. Hubungan ini juga menimbulkan tanda tanya? Mungkinkan Datuk Patma ini turut terlibat dalam konflik Istana Kelantan?
6. Setakat itu dulu maklumat yang saya terima, mungkin sahabat-sahabat ada maklumat tambahan. Pada pandangan saya, kalau kita ingin memberi pandangan terhadap isu ini, ialah dengan mempersoalkan kebenaran data dalam mencapai NKRA yang menyatakan bahawa indeks jenayah telah turun 16% dari Januari sehingga Ogos tahun ini sedangkan menjelang raya sahaja telah berlaku beberapa pembunuhan sadis termasuk dua beranak dibunuh di Port Dickson. Kita juga boleh menuntut supaya diumumkan hasil siasatan ini secara telus tidak seperti yang dilakukan oleh media yang cuba mengaburi kisah sebenar, kerana kita percayai Datuk Patma ini mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli politik. Dan jangan pula kita lupa kisah VK Linggam yang sampai sekarang tiada tindakan bahkan dia telah dibenarkan mencabar keputusan Suruhanjaya DiRaja.
Sumber di sini
Read More...
Summary only...

Abdul Rahman Palil..tiba-tiba namanya jadi gah hari ini. Gah bukan kerana apa, tapi gah kerana kes bunuh. Dia dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai individu yang melindungi suspek kes bunuh Sosilawati. Lagipun dia merupakan pengarah syarikat yang dibawahnya turut disertai oleh suspek. Kalau nak tubuh syarikat, mesti ada kenal satu sama lain. Jadi nampaknya si Rahman Palil ni kena bebenor dengan suspek pembunuh ini.
Dan sebelum ini pun, bekas Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang mula jawat jawatan sejak 2004 ini seringkali terpalit dengan kes roswah dan penyelewengan. Antaranya :
Didapati bangkrap kerana menipu dalam urusan jual beli tanah (sini)
Skandal PKFZ. Beli RM 3 sekaki, jual pula RM 29.. (sini)
Bahkan dia sebenarnya menang free dalam Pilihanraya Umum lalu kerana ada seekor mamat PKR yang tak hadir hari penamaan kerana pergi 'bercuti' di Port Dickson. Bahkan dikatakan mamat berudu yang cepat sangat bertukar katak ini sebenarnya dibeli oleh adun umngok sementa ini..
Apalagi polis, jadikanlah dia ni sebagai suspek juga. Sebab nampak sangat si suspek pembunuh ini dilindungi oleh orang 'besar' yakni orang politik. Untung-untung kalau mahkamah dapati dia bersubahat dalam pembunuhan bersiri peguam itu, maka ber'PRK' lah kita buat kali ke-14. Ye lah, dia pun pernah kata tak nak bertanding PRU 2008 lepas (sini)..tut, tup..dia bertanding juga sebab tahu dah menang free..
Juctice For All
Read More...
Summary only...
Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.
Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.
Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.
“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis,” katanya.
Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.
Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.
Sementara itu, semalam polis membawa dua suspek yang terbabit kes pembunuhan Sosilawati ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting.
Read More...
Summary only...
Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang boleh mendatangkan kesusahan kepada polis.
S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, "pegawai polis" itu menelefon Usharani di Chennai dan menuntut sebanyak RM1 juta untuk pembebasan suaminya.
Muthuraja, pembiaya panggung wayang, dikatakan mempunyai hubungan dengan suspek-suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lowiya dan tiga yang lain. Beliau dilaporkan hilang Januari tahun ini selepas menemui peguam dua beradik itu.
Manikavasagam memberitahu hari ini bahawa apabila beliau menemani Usharani ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat, pihak polis meminta bukti rakaman itu tetapi beliau enggan memberi kepada mereka.
"Saya tetap tidak mempercayai mereka. Jadi saya mahu memberi rakaman ini kepada pihak media terlebih dahulu sebelum memberinya kepada polis," katanya, menambah beliau akan melakukannya pada sidang media esok.
Mengenai perbualan telefon, Manikavasagam berkata, ia dalam bahasa Tamil dan "pegawai polis" itu menyebut namanya sebagai "ASP Suresh".
Ditanya adakah ini menunjukkan bahawa suspek-suspek utama itu (peguam-peguam yang hidup mewah), mempunyai hubungan dengan polis, beliau menjawab, "sudah tentu, kemungkinan mereka turut terlibat."
"Malahan firma peguam suspek (di Banting) terletak betul-betul di hadapan di seberang jalan dengan ibu pejabat polis daerah itu," tambah beliau.
Isteri melawat tempat kejadian
Manikavasagam berkata polis memberitahu Usharani bahawa mereka yakin suaminya telah dibunuh dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302.
Usharani dibawa ke Ladang Gadong di mana pembunuhan itu berlaku dan juga ke sungai di mana tulang-tulang manusia yang tidak dikenali ditemui.
Meskipun demikian, Manikavasagam berkata Usharani enggan mempercayai suaminya telah mati.
"Usharani kelihatan tenang apabila bercakap dengan polis tapi menangis di tempat kejadian. Beliau sungguh sedih tapi berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada polis dalam usaha mencari suaminya," tambah beliau.
Sementara itu, pihak polis meminta salah seorang anggota keluarga Muthuraja datang ke Malaysia untuk memberi bukti DNA bagi mempercepatkan penyiasatan.
Ditanya kenapa Usharani meminta pertolongannya, Manikavasagam menerangkan bahawa beliau telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di India.
"Ramai orang di India mengenali saya melalui tugas saya," jelas beliau. "Orang ini secara kebetulan merupakan salah seorang daripada mereka dan memberinya (Usharani) nombor saya. Beliau (Usharani) menelefon saya meminta tolong dan saya setuju."
Manikavasagam memuji pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik dan menekankan bahawa ini berhubung dengan keadilan untuk para mangsa dan bukan hanya untuk Muthuraja.
Usharani, yang menginap di sini bersama saudaranya, akan berada di Malaysia selama seminggu untuk membantu siasatan.
Free Malaysia Today
Read More...
Summary only...
Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP Kapar diberi amaran
Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.
“Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang. Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu ... kita beri peluang.
“Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis. Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 Sept lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya.
Khalid juga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan membawa isteri ahli perniagaan warga India yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, S. Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati.
“Polis sudah pun merekodkan keterangan Usharani pada 8 September lepas dan akan meminta beliau datang semula dengan anaknya untuk membantu siasatan kita lagi termasuk untuk mengambil sampel DNA.
“Jadi, mana-mana ahli politik jangan cuba menjadi pegawai penyiasat dengan mencampuri urusan kita. Kalau jadi ahli politik buatlah kerja untuk membantu rakyat bukannya buat kerja polis,” katanya.
Bernama
Read More...
Summary only...
Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dengan mengarahkan polis melakukan siasatan susulan.
Difahamkan keputusan itu dimaklumkan kepada polis hari ini.
Kertas siasatan itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara semalam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan bahawa laporan lengkap kes pembunuhan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Hishammuddin berkata polis kini menunggu laporan DNA yang ada ketikanya mengambil masa sedikit untuk disiapkan.
Bagaimanapun, tarikh dan tempoh untuk laporan lengkap itu telah ditetapkan iaitu dalam tempoh dua minggu lagi sebelum hasil siasatan lengkap kes itu diserah kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan, katanya.
Setakat ini lapan suspek ditahan berhubung kes pembunuhan ini.
Tahanan perintah mereka telah dilanjutkan baru-baru ini.
Read More...
Summary only...
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini.
Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.
Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.
Semalam, dilaporkan beberapa NGO turut menziarahi rumahnya arwah dan menyertai majlis tahlil yang dianjurkan anggota keluarnya.
Sebagai salah seorang yang bersimpati dengan kematian jutawan kosmetik itu, Nik Aziz sebelum ini berkata kes pembunuhan kejam akan terus berlaku sekiranya tugas memperingatkan manusia kepada ketakwaan hanya diserahkan kepada golongan agama semata-mata.
Katanya, selagi orang ramai tidak berganding bahu dengan imam dan pak lebai bagi memperingatkan perkara itu, tidak ada yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah.
Apa berlaku hari ini, tambahnya, seolah-olah persoalan iman dan takwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan Sosilawati yang juga rakan baiknya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dilaporkan berkata pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut. -mk
Read More...
Summary only...
Terdapat persoalan dari orang ramai mempertikai pembunuhan 9 ekor anjing yang dikira bahan bukti. Sewajarnya anjing-anjing itu disuntik bius dan di masukkan ke dalam kandang. Mudahnya membunuh? walaupun anjing itu binatang dan najis tapi binatang juga makhluk Allah yang ada nyawa. Sedangkan anjing yang kehausan diberi air akan dapat ganjaran dari Allah.
Sewajarnya bukti itu boleh dijadikan analisa dan ujikaji bagi menguatkan pendakwaan. Begitulah kata bual orang ramai di kedai kopi yang memang tidak dipandang langsung.
9 ekor anjing dipercayai menjadi ‘penjaga’ kawasan Ladang Gadong kepunyaan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, mati selepas disuntik dengan pelalian dos tinggi yang membawa maut oleh Pasukan Penangkap Anjing Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama polis, di sini, semalam. Antara anjing ditangkap adalah 6 ekor anjing baka rottweiler, bulldog 1 ekor dan anjing berwarna hitam putih tidak dikenal pasti bakanya 2 ekor dalam operasi bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 10 pagi.
Bangkai semua anjing berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah bekas tapak pelupusan sampah Landfill Sungai Sedu, di Kampung Sungai Sedu di Telok Datuk, dekat sini, untuk ditanam.
Menurut sumber, sejak kes pembunuhan terbabit terbongkar, semua anjing itu kelaparan dan bertindak agresif dengan memakan binatang peliharaan lain seperti kambing, itik dan ayam.
Pasukan Penangkap Anjing MDKL dan polis yang tiba di kawasan ladang turut terkejut selepas menemui anjing jenis lain selain rottweiler kerana menurut maklumat asal, hanya anjing jenis itu saja yang berada dalam ladang.
Sumber berkata, ketika anjing berkenaan ditemui, ia bebas begitu saja tanpa sebarang kawalan.
Laporan media sebelum ini menyebut suspek membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.
Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.
Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.
Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.
PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Read More...
Summary only...
Assalamualaikum,,..
Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan tiga yang lain nampaknya dikembangkan lagi oleh kematian rakan karib arwah,Sarina Jaafar yang dilapurkan TERGANTUNG DI DALAM BILIK TIDURNYA.Ada kes bunuh dan bunuh diri di sini seperti kes mantan ADUN dan pembantu peribadinya dulu.Tetapi Sarina ialah orang Islam yang faham hukum jadi lapuran membunuh diri sebegini meragukan dan sekaligus meletakkan kes ini dalam mistri yang berpanjangan yang mungkin tidak akan dapat dirungkai oleh polis walaupun melanjutkan tempoh tahanan reman suspek.
Sarina seperti diberitahu oleh anaknya pernah meluahkan rasa sedihnya dengan pembunuhan Dato Sosilawati tetapi rasa sedih yang diluahkan bukanlah satu hujah yang kuat untuk dia membunuh diri.Rasa sedih itu juga mungkin kerana dia tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh umum dan mungkin juga menerima ugutan yang menyebabkan kehidupannya tidak tenteram, itulah mungkin bentuk rasa sedih Sarina yang menyebabkan dia membunuh diri.
Atau mungkin juga Sarina Jaafar tidak membunuh diri tetapi dibunuh untuk menghalang sesuatu skandal atau apa jua sebab kematian Dato Sosilawati terbongkar.Sarina kemudian dibuat untuk kelihatan seperti membunuh diri, namun apa jua yang sebenarnya berlaku, penulis yakin polis mengetahuinya.
Apa yang dinanti sekarang ini ialah pembongkaran kepada skandal atau urusniaga haram yang menyebabkan kematian Dato Sosilawati dan tiga yang lain yang melibatkan VVIP dari pasukan pemerintah.Kematian Sarina mengukuhkan teori bahawa peguam yang pernah didakwa diiringi polis dan peguam yang didakwa menggunakan dato palsu itu hanyalah kambing hitam dalam kes pembunuhan ini.
Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh umum tetapi diketahui oleh Sarina Jaafar dan mungkin beberapa orang lain. Sementara polis yang turut dicabar dengan kes dera amah Indonesia di Penang dan kehilangan jutawan India sedang diperhatikan rakyat dan terpulang kepada mereka sama ada mahu terus terhina menjadi barua atau mahu keadilan dan kebenaran ditegakkan kepada rakyat keseluruhannya.Polis mengetahui apa yang berlaku, itu keyakinan rakyat. - notan
Read More...
Summary only...

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.
batuvskayu
Read More...
Summary only...
Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.
Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.
Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".
"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.
Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.
Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.
Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.
Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.
"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.
Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.
Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati.
Read More...
Summary only...
DAP sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan fitnah yang mengaitkan parti itu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sedang dipertimbang dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Akhbar Umno berkenaan didakwa melaporkan bahawa suspek utama, peguam bergelar datuk tersebut adalah ahli DAP seumur hidup.
Sedangkan kata beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah memberitahu media bahawa suspek berkenaan mahu menjadi ahli MIC.
“Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” tulis Guan Eng dalam twitternya.
Utusan dalam laporannya Selasa lalu memetik bekas naib ketua AMK, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.
Mohd Zahid dalam laporan berkenaan mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.
Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."
Read More...
Summary only...
Kes Bunuh Sosilawati: Suspek utama tidak pernah terima pingat Sultan Kelantan
Peguam yang menjadi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, tidak pernah menerima sebarang pingat kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan.
Sumber berkata, semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun (kanan) terbabit tidak pernah tersenarai sebagai penerima pingat kebesaran Sultan Kelantan selama ini.
Katanya, dakwaan lelaki itu pernah menerima pingat dari Istana Kelantan adalah pembohongan dan tindakannya itu sesuai dengan latar belakangnya yang terbabit pelbagai penipuan.
"Kita menyedari ada pihak mendakwa wujud surat anugerah pingat kepada lelaki terbabit yang dikaitkan dengan Istana Kelantan, tetapi semakan mendapati dia tidak pernah tersenarai pada mana-mana majlis penganugerahan darjah kebesaran.
"Saya percaya surat terbabit adalah palsu dikeluarkan pihak tertentu yang menjalankan penipuan anugerah pingat kebesaran," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber berkata, seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan penipuan anugerah pingat kebesaran itu sudah terbunuh dalam satu kemalangan di Lembah Klang beberapa bulan lalu.
Berita Harian
Read More...
Summary only...
Cari bukti jelas yakinkan mahkamah, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.
Sambil menyampaikan ucapan syabas dan tahniahya kepada PDRM, beliau mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
“Ini satu kejayaan (pihak polis) yang begitu memberangsangkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana dapat bertindak cepat, pantas dan dapat membongkar mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan mangsa tersebut.
“Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu,” katanya.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat peringkat Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu berusia 47 tahun dan tiga rakannya yang lain telah selesai.
Tiga yang lain pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB bank cawangan Kampung baru, di sini, Noorhisham Mohamad, 38 dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib juga melancarkan program pemberian susu percuma kepada pelajar sekolah rendah yang dinamakan “Program Susu 1 Malaysia”.
Najib berkata polis tidak boleh bertindak terburu-buru membawa kes berkenaan ke mahkamah kerana mereka terpaksa mencari bukti kukuh yang boleh mensabitkan semua yang dituduh di muka pengadilan.
“Setakat ini (mereka akan) didakwa tetapi pendakwaan mesti disabitkan kesalahan di mahkamah. Ini yang kita mesti berikan masa dan ruang secukupnya (kepada polis) untuk mencari bukti yang boleh dibawa ke mahkamah sehingga tidak ada keraguan sama sekali. Sebab kalau nak jatuhkan hukuman, ia kena melangkaui keraguan munasabah,” katanya.
Mengenai pemberian susu percuma itu yang dijangka dilaksanakan pada bulan depan, beliau berkata Program Susu 1 Malaysia berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan.
Katannya sebagai permulaan susu berkenaan akan diberikan kepada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat kepada kelas pelajar lebih tinggi.
Najib berkata kos permulaan bagi program berkenaan ialah RM4 juta dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Menurutnya kerajaan negeri Sabah telah memberi jaminan kepada beliau bahawa negeri itu berupaya membekalkan susu mencukupi bagi mejayakan program berkenaan secara berterusan. — Bernama
Read More...
Summary only...
Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.
Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.
Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.
Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.
Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.
Di Banting, Bernama melaporkan bahawa pasukan forensik polis menemui lebih banyak objek di Sungai Panchau yang dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Sepasukan polis dilihat membawa beberapa objek, termasuk apa yang dipercayai sebagai serpihan tulang.
Pihak media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian malah skrin kanvas dipasang di kawasan tersebut, menjadikan keadaan lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Turut dilihat berada di tempat kejadian, Pengarah Unit Forensik, Datuk Abdul Malek Harun.-mstar-
Read More...
Summary only...
Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

PERSINGGAHAN TERAKHIR...Sosilawati dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga rakannya.
Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan. Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.
Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.
Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.
Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.
Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.
Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.
“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.
Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.
Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat.
Read More...
Summary only...

The Datuk lawyer in the centre of the hideous quadruple slaughters in Banting has a personal wealth of more than RM100 million, it emerged today.
His younger brother who is also a suspect in the kill and burn atrocity could have amassed up to RM20 million, sources said.
The estimated fortunes of the brothers were based on their bank accounts that the authorities know of and the properties they owned.
The police’s anti-money laundering division have got an order from the Attorney-General’s Chambers to freeze the assets, including bank accounts, of the two lawyers.
Millions are reportedly in single accounts, said the source. Checks are underway to ascertain if they had parked money in offshore banks.
While it is known that they own several parcels of land in and around Banting, including the 1.6ha farm where the killings are thought to have occurred, the authorities believe there are more.
The brothers own several shophouses and a medical clinic in Banting besides lavish homes, notably their mansion where both of them live. They also have a fleet of high-end luxury cars.
The gained their wealth allegedly through money-laundering, obtaining properties illegally and land scams.
It is believed the brothers secured dozens of land grants as collateral in illegal money-lending deals. Caveats on properties were also their way of extorting money, said a source.
The source said the lawyers often asked for jewellery as security when giving loans.
Police yesterday seized files from his law firm in Banting town believed to contain vital information on dubious land deals and money-lending activities.
The seized files are also thought to contain land grants that have now put the owners in a fix as these documents would be crucial in investigations and perhaps later as court exhibits.
Financial institutions have extended full co-operation in the declaration of transactions undertaken by the brothers.
Investigations into their financial transactions could be time-consuming as it is believed there were numerous movements of money in and out of the country.
The brothers are among six suspects held in connection with the murders of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya, 47, 44, her financial adviser and CIMB bank officer Noorhisham Mohammad, 38, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 and her driver Kamarudin Shamsuddin who were reported missing on Aug 30.
The killings were believed to have occurred after Sosilawati had gone with the others to confront the lawyer regarding the transfer of a land title in a deal believed to be worth RM25mil.
Police have yet to establish if Sosilawati had actually brought RM4mil for their meeting with the Datuk as speculated - Mimpi Senja / Malay Mail
Read More...
Summary only...