Kerajaan Pakistan mula memusnahkan bekas kediaman Osama bin Laden sejak 25hb.feb sabtu lalu. Pihak berkuasa Pakistan meruntuhkan rumah Osama itu tanpa memberi sebarang notis sebelumnya dan melarang para wartawan dari mendekati kerja kerja runtuhan itu kecuali beberapa wartawan yg berjaya menyelinap ke kawasan berhampiran.
Beberapa jentera meruntuhkan rumah itu dengan kawalan keselamatan yg agk ketat dan lori lori membawa serpihan rumah tiga tingkat itu yg dikawal rapi. Orang ramai hanya memerhatikan dari jauh saja, kerana setiasa dikawal oleh Polis dan tentera.
Ada juga orang ramai yg membantah perobohan rumah itu, untuk sebagai kenangan dan tarikan pelancung luar yg sering datang melihat nya.
Shabbir Ahmed, seorang pelajar berusia 22-tahun dari kolej di Abbottabad, berkata kehadiran orang ramai selalu mencetuskan kenangan buruk kepada mereka dan juga kehidupan para penduduk tempatan yang dikawal dan banyak sekatan pihak Polis. "Kami akan diperiksa dan mempersoalkan setiap kali kami mahu pulang ke rumah kami," Ahmed memberitahu The Associated Press.
Mohammad Sarwar, ahli perniagaan berusia 60 tahun berkata memusnahkan itu tidak masuk akal dan merupakan satu pembaziran wang. "Saya tidak tahu apa yang memberi manfaat kepada kerajaan kerana menghancurkan rumah itu dan bukan menggunakannya untuk beberapa tujuan rasmi atau awam, seperti menubuhkan sebuah sekolah, perpustakaan atau makmal," kata Sarwar.
Operasi Amerika yg menyerang Osama dahulu menjadi ketidakserasian hubungan kepada Pakistan kerana Amerika tidak memaklumkan terlebih dahulu.
Read More...
Summary only...
Bahan porno ditemui di rumah agam Osama mati ditembak
WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.
Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.
Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.
Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu.
Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.
Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.
Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.
Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.
Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.
Read More...
Summary only...
Osama bin Laden dilaporkan tidak bersenjata apabila komando Amerika Syarikat menyerbu masuk ke biliknya dan menembak beliau mati di tempat persembunyiannya di Pakistan, menurut White House.
Tindakan itu sekali gus menukar pernyataan rasmi mengenai insiden berkenaan dan menimbulkan persoalan apakah Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.
Namun menurut beberapa laporan yang belum disahkan, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.
Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.
Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.
"Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum," katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.
Saksi pembunuhan bapanya
Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.
Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.
Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.
Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.
Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.
- Agensi
Read More...
Summary only...
RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.
Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.
Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.
Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.
“Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain,” kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.
Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan “kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat),” katanya dipetik Reuters.
“Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu,” katanya.
Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.
Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.
Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.
Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.
“Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati,” kata Issa.
Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.
“Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain,” kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.
Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.
AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.
Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.
Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.
“Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan),” kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.
“Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim,” katanya lagi.
Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.
“Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian,” kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters
Read More...
Summary only...
NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.
Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.
Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.
Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.
Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.
Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.
“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.
Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.
Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.
Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.
Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.
Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.
Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.
Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: “(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”
Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”
Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.
Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”
Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: ”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”
Di lokasi “Ground Zero” New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.
“Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?’ kata pengurus projek Sal Leto, 59.
Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: “Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu.”
Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia “tidak gembira” dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat.” — Reuters
Read More...
Summary only...
Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".
"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.
Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.
"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Amerika juga pengganas
"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.
"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.
Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.
"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.
Read More...
Summary only...
Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ...
... might be a photo that was floating around the internet for the last few months!
And it appears to be photoshopped!
There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.
Did Obama just fall for a dirty trick by Pakistan's ISI? Inquiring minds want to know! :)
http://whatreallyhappened.com/
Read More...
Summary only...
Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.
Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.
Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.
Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.
Read More...
Summary only...