Bahan porno ditemui di rumah agam Osama mati ditembak
WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.
Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.
Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.
Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu.
Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.
Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.
Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.
Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.
Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.
0 Komen :
Post a Comment