Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.
Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter.
Ketua Polis Kota Bharu, Ketua Siasatan Jenayah Kota Bharu serta pihak media hadir untuk melihat tempat kejadian.
Tengahari tadi saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting saya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.
Saya sudah membuat laporan polis dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
11 January 2010
Ganas!! Kickdefella Diugut Dengan Kapak Besi..!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Saudara-saudara ku dalam Islam,
Usaha sedang dijalankan untuk menghodohkan dan menghitamkan Tok Guru NiK Abd Aziz dengan pelbagai tuduhan yang meragukan. Jika anda mempunyai niat atau, ingin menyertainya, sila layar laman www.kickdefella.wordpress.com segera.
Dalam laman ini TGNA akan diwatakkan sebagai seorang pemimpin dan ulamak yang memiliki semua daki-daki hitam yang cemar. Mempunyai sifat keras kepala, kronisma, mempertahankan kebatilan, melanggar janji, bermulut hodoh, berdendam, suka rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebar seluas-luasnya, ganas dan mengunakan samseng (kapak terbang)dan ......
Perancangan ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan maruah TGNA dimata kepala ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.
Jika perancangan ini dizinkan Allah, TGNA akan meletak jawatan sebagai MB Kelantan, mursyid am PAS dan menjadi guru pondok. Kemungkinan perancangan ini datang daripada dalam PAS sendiri, atau daripada luar PAS. Namun khabar ingin bertiup hangat, dalangnya datang daripada dalam PAS Kelantan dengan menyembunyikan diri disebalik daun lalang.
Saya mengajak semua ahli-ahli PAS mempertahankan TGNA dan menghalau golongan yang cuba menjadikan PAS sebagai bunga tahi ayam yang busuk.
Segala kelemahan TGNA akan didedahkan pada bila-bila masa. Daripada menantunya, anaknya yang lelaki dan yang perempuan, tukang kebunnya, tukang guntingnya, drebarnya, anak muridnya, kawan-kawannya, jambannya, tangganya, masjidnya dan .....
Pilhan ditangan anda, adakah anda teperangkap atau anda turut sama mencemuh dan memaki hamun TGNA.
Kami yakin yakin 100% TGNA bukan maksum, tapi yakin 100% bahawa ada pihak sedang mencemar nama baiknya.
YA ALLAH!! SELAMATKAN TOK GURU KAMI. HANCURKAN MUNAFIQ DARIPADA KALANGAN KAMI.
salam..
Takbir !!! ALLAHU AKBAR!
Post a Comment