KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
“Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32401
Read More...
Summary only...
Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'
Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya AirAsia dengan MAS.
Ketua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli.
Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).
"Ini bukan penggabungan ... dakwaan monopoli itu gila," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani CCF di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Katanya, rangka kerja kerjasama itu akan menguntungkan bukan sahaja kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna. Ini kerana ia meletakkan pemain industri negara demi kepentingan perniagaan mereka dan ekonomi dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Azman Mokhtar berkata rangka kerja baru ini akan memberi penekanan kepada kekuatan utama kedua-dua syarikat penerbangan. Katanya, ia adalah "dua syarikat yang berbeza dan berasingan dengan dua model perniagaan yang berlainan.
Menurut beliau, fokus atau tumpuan adalah kecekapan teras kedua-dua syarikat itu, dengan MAS mengendalikan penerbangan perkhidmatan penuh jarak jauh manakala AirAsia pula mengekalkan operasi tambang murah yang berjaya.
Azman turut menafikan bahawa pertukaran saham itu satu bentuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang didakwa bermasalah itu.
Tegasnya, "tidak ada wang tambahan" yang dikeluarkan sama ada dari pihak kerajaan mahupun AirAsia dalam urusniaga itu.
Menurut Fernandes CCF itu bukan hanya akan meningkatkan daya saing mereka tetapi "menjadikan hub kami lebih kuat" dalam menarik lebih ramai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Langit had," katanya.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pengarah Urusan MAS Tengku Datuk Azmil Zaharudin digugurkan daripada jawatan itu selepas pemegang-pemegang saham syarikat penerbangan nasional itu memuktamadkan urusan pertukaran saham dengan AirAsia Berhad hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan satu jawatankuasa eksekutif diketuai Tan Sri Azman Yahya akan mengendalikan hal ehwal MAS manakala operasi harian pula akan diuruskan oleh oleh Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Mohd Rashdan Mohd Yusof, yang juga ahli lembaga syarikat itu.
Azmil akan menyertai Khazanah sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa 12 September 2011.
Di bawah proses pertukaran saham ini, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd akan menukar 10 peratus pegangannya dalam syarikat penerbangan tambang murah itu untuk mendapatkan 20.25 peratus dalam MAS, yang dihimpit tekanan kewangan, di bawah perjanjian yang dinamakan Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif.
Sebelum urusan pertukaran saham, Tune Air merupakan pemegang saham terbesar dalam AirAsia dengan 26.28 peratus pegangan manakala Khazanah memiliki 69.33 peratus saham dalam MAS.
Lembaga MAS juga akan menyaksikan beberapa wajah baru antaranya bekas ketua eksekutif IJM Datuk Krishnan Tan dan ketua eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan dan David Lau dari Shell Malaysia.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MAS secara rasmi mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan, Rohana dan David sebagai pengarah bukan eksekutif.
Rashdan juga dilantik sebagai pengarah eksekutif dan kesemua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata kenyataan itu lagi.
Lembaga MAS juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas berkuat kuasa 11 Ogos ini.
Dalam pada itu lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk N. Sadasivan, Keong Choon Keat, Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Sukarti Wakiman dan Martin Gilbert Barrow sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa 7 dan 8 Ogos.
“Lembaga juga mengumumkan peletakan jawatan Azmil sebagai pengarah urusan, berkuat kuasa hari ini,” kata kenyataan itu.
Sebelum dilantik sebagai pengarah urusan Azmil merupakan ketua pegawai kewangan MAS.
Selain itu, menurut lembaga, jawatankuasa eksekutif akan dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan anggotanya terdiri daripada Azman, Rashdan, Fernandes dan Kamarudin.
Read More...
Summary only...
Affidavit Tan Sri Tajuddin Ramli banyak membuka mata rakyat. Tan Sri Tajuddin memberitahu bahawa wang MAS sebanyak RM600 juta lesap kerana beliau diarahkan UMNO untuk merompak wang tersebut untuk UMNO. Tidak cukup dengan wang tersebut, MAS juga telah berhutang RM8 billion. Tan Sri Tajuddin juga menyatakan kehilangan wang MAS tersebut dilakukan oleh beliau atas arahan Presiden UMNO dan UMNO. Apa pun, sudahlah MAS hilang RM600 juta, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian MAS sebanyak RM8 billion selepas krisis kewangan 1997.
FELDA, PLUS, PROTON...
Kita baru sahaja tahu lebih RM2.7billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby pun tanam semula juga dengan kos yang berkali ganda lebih murah.
Lepas tu apa sebab bangunan FELDA boleh jadi begitu mahal macam tu? Apa untung peneroka FELDA dengan sebuah lagi bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bukankah FELDA sudah ada bangunan di Segitiga Emas? Adakah peneroka-peneroka dari pendalaman Negeri Sembilan boleh tinggal di bangunan Felda yang baru setiap kali mereka melawat Kuala Lumpur.
MAlahan dari pengkajian MAlaysiawaves, bilangan pejabat yang kosong di Kuala Lumpur sudah pun tinggi. DEngan menambah lagi bilangan pejabat di Kuala Lumpur adalah langkah yang bakal membawa kerugian kepada FELDA.
Proton pula bukan sahaja wang rakyat dirompak (dalam bentuk subsidi) sebanyak RM13 billion, rakyat Malaysia sendiri di rompak. Yakni dengan terpaksa membayar RM40k lebih mahal dario harga pasaran setiap kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia.
Misalnya, sepatutnya Proton Wira cuma dijual dengan harga RM20k tapi rakyat Malaysia dipaksa UMNO untuk membelinya dengan harga RM60k.
PLUS: Malaysiawaves telah mendedahkan PLUS digunakan untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank.
PETRONAS
Dari pendedahan-pendedahan terbaru ini, saya tak berani nak bayangkan sudah berapa lori wang Petronas dirompak UMNO dan kroni-kroni mereka.
Bayangkanlah sendiri.
TUlang Besi
Read More...
Summary only...
Kita semua tahu sewaktu Tajudin Ramli baru ambil alih MAS, akaun MAS mempunyai lebih RM600 juta. Apabila Tajuddin meninggalkan MAS, hutang sebanyak RM8 billion ditinggalkan dalam akaun MAS. Soalnya sekarang, kemanakah wang lebih RM600 juta + hutang RM8 billion telah "menghilang".
Sekarang ini, Tajuddin Ramli sedang turun naik mahkamah. Beliau menyatakan bahwa beliau hanya agen UMNO semata-mata. Wang milik MAS tersebut semuanya telah pergi ke UMNO dan beliau cuma menjadi alat kepada UMNO bagi memudahkan pemindah milik wang MAS kepada UMNO semata-mata.
MAlaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih keapda Raja Petra kerana menerbitkan affidavit Tajuddin Ramli kepada mahkamah MAlaysia di dalam mempertahankan diri beliau.
Affidavit Tajuddin Ramli ini boleh dibaca di sini
Kalau ingat, sebelum ini, Malaysiawaves pernah mendedahkan projek Lebuhraya Utara Selatan sebenarnya digunakan oleh UMNO bagi menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank.
Sekarang ni kita didedahkan pula bagaimana MAS dirompak UMNO bagi mengkayakan UMNO dan kroni2 mereka.
Tak heranlah ekonomi Malaysia semakin lama semakin layu. Semua kekayaan negara disedut UMNO dan kroni2 mereka.
TUlang Besi
Read More...
Summary only...
Naib Presiden PAS Pusat Salahuddin Ayub meluahkan rasa kesal terhadap keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerugian sebanyak RM8 bilion yang dialami oleh Malaysia Airline System (MAS).
"Alasan SPRM bahawa kes ini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan SPRM tidak mempunyai kuasa, tidak boleh diterima," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, selepas mengadakan pertemuan dengan SPRM.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerugian MAS ini telah berlaku hampir 10 tahun yang lalu tapi pihak berkuasa masih berdolak dalih bagi melengahkan siasatan.
"Saya amat kecewa dengan alasan yang diberikan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustapa Ali yang langsung tidak membantu untuk menyelesaikan penyelewengan MAS ini," katanya.
Ujar beliau, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak perlu memain peranan menyelesaikan kemelut MAS dengan segera supaya ia akan menjadi ikhtibar kepada semua pihak.
Dua PM tidak siasat
"Dah dua perdana menteri yang bergelar Tun gagal menyelesaikan isu kerugian MAS ini, tak kan Najib pun turut melindungi dalang disebalik kerugian besar ini," ujarnya.
Salahuddin berkata, beliau akan menunggu jawapan daripada pihak SPRM kepada dokumen yang diserahkan dan jika SPRM masih gagal, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Yang Dipertuan Agong.
"Saya selaku ahli parlimen yang mempunyai hak akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk melakukan penyiasatan terhadap kes kerugian MAS ini.
"Dalam perbincangan tadi, saya juga mengesyorkan kepada SPRM supaya memohon dipinda Perlembagaan Negara agar memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM.
"SPRM selalu memberi pelbagai alasan dengan menyatakan pihaknya tidak dapat mendakwa orang yang tertuduh kerana kuasa pendakwaan adalah dibawah Peguam Negara," katanya.
Salahuddin sebelum ini mendakwa bahawa pendedahan maklumat sulit berkenaan kerugian RM8 bilion daripada SPRM kepada polis menyebabkan bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut masih tidak didakwa.
“SPRM telah mendedahkan dokumen butiran yang diberikan oleh MAS kepada PDRM untuk membantu Tajuddin supaya beliau tidak akan disiasat. Ini bertentangan dengan Akta SPRM,” ujar beliau.
MAS mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika Tajuddin menerajui syarikat berkaitan kerajaan itu di antara tahun 1994 hingga 2001 sebagai pengerusi eksekutif.
Read More...
Summary only...
Bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion yang dialami syarikat GLC itu.
Ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mendakwa sedemikian hari ini ketika mendedahkan beberapa dokumen berhubung kerugian yang didakwa dialami syarikat tersebut.
Salahuddin berkata dokumen tersebut antara lainnya merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.
Beliau turut mendedahkan aduan yang dibuat oleh MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berkait dengan tindakan Tajuddin.
Kesemua salinan dokumen tersebut diedarkan kepada wartawan yang hadir di sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.
Tambahnya, beliau kini menghubungi pengerusi jawatankuasa khas rasuah SPRM yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kes tersebut.
Katanya, beliau juga menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada SPRM ataupun pihak polis.
Beliau juga menuntuk perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai saiz skandal PKFZ.
Read More...
Summary only...
Pakatan Rakyat menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat dokumen yang mendakwa Sistem Penerbangan Malaysia menanggung kerugian RM 8 bilion.
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata Parlimen perlu memberi perhatian kepada salinan surat dari bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengesyaki ada unsur-unsur jenayah disebalik kerugian ini.
“ Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya ialah, kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 8 bilion daripada tahun 1994 sehingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada PM itu mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil kepada beberapa orang individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing”, ujar Salahuddin Ayub.
Surat bertarikh 21 Julai ini mendakwa adanya unsur penipuan dan sabotaj sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional ini menanggung kerugian sejak 1994 sehingga tahun 2001.
Soal beliau sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, mengapa tiada sebarang tindakan diambil sedangkan cadangan untuk menyiasat perkara ini telah diserahkan kepada Tun Abdullah pada tahun 2007 lagi.
“ Kesahihan adakah dokumen itu benar merupakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri, harus disiasat dan adakah kandungan dokumen itu benar atau tidak juga harus disiasat kerana ia benar melibatkan kerugian rakyat sebanyak RM 8 bilion dalam MAS".
Read More...
Summary only...