Senator Australia ditahan di LCCT, tunggu deportasi
Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara".
Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.
Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.
Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.
Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.
Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya.
Tiga lagi ahli politik Australia dijadual menyertai Xenophon dalam satu delegasi mencari fakta. Mereka ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Bagaimanapun, mereka belum berlepas ke Malaysia. Tidak pasti sama ada mereka akan menimbang semula rancangan ke negara ini ekoran perkembangan terbaru itu.
Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu.
'Arahan dari atas'
Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.
Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.
"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.
"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/221507
Showing posts with label air asia. Show all posts
Showing posts with label air asia. Show all posts
16 February 2013
BERITA PANAS - Senator Australia Ditahan Di LCCT Dan Akan Dihalau
10 August 2011
Malaysia Ada 30 Syarikat Penerbangan.. Mana Ada Monopoli.. Hahaha
Dakwaan monopoli AirAsia- MAS adalah 'gila'
Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya AirAsia dengan MAS.
Ketua dua syarikat penerbangan terbesar di Malaysia hari ini menolak kebimbangan bahawa rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) yang baru dimeterai mereka akan mewujudkan monopoli.
Mereka sebaliknya mendakwa tindakan itu akan menjurus ke arah pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam segmen pasaran masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata isu monopoli tidak timbul kerana perjanjian itu hanya melibatkan pertukaran saham antara syarikat penerbangannya dengan Penerbangan Malaysia (MAS).
"Ini bukan penggabungan ... dakwaan monopoli itu gila," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani CCF di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Katanya, rangka kerja kerjasama itu akan menguntungkan bukan sahaja kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna. Ini kerana ia meletakkan pemain industri negara demi kepentingan perniagaan mereka dan ekonomi dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Azman Mokhtar berkata rangka kerja baru ini akan memberi penekanan kepada kekuatan utama kedua-dua syarikat penerbangan. Katanya, ia adalah "dua syarikat yang berbeza dan berasingan dengan dua model perniagaan yang berlainan.
Menurut beliau, fokus atau tumpuan adalah kecekapan teras kedua-dua syarikat itu, dengan MAS mengendalikan penerbangan perkhidmatan penuh jarak jauh manakala AirAsia pula mengekalkan operasi tambang murah yang berjaya.
Azman turut menafikan bahawa pertukaran saham itu satu bentuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang didakwa bermasalah itu.
Tegasnya, "tidak ada wang tambahan" yang dikeluarkan sama ada dari pihak kerajaan mahupun AirAsia dalam urusniaga itu.
Menurut Fernandes CCF itu bukan hanya akan meningkatkan daya saing mereka tetapi "menjadikan hub kami lebih kuat" dalam menarik lebih ramai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Langit had," katanya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
