Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat.
Exco Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, Pemuda Umno mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya melibatkan pilihan raya dan isu Bersih.
"Mungkin beliau (individu berkenaan) tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut.
"Saya akan mewakili Pemuda Umno dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Selasa lepas, semasa sesi "Sepetang Bersama Perdana Menteri" dihadiri 1,500 orang sempena lawatan kerja dua hari Najib ke United Kingdom, antara dua dan tiga orang muncul pada majlis itu dan berbuat bising sambil melaungkan perkataan 'Bersih'.
Muhammad Khairun berkata, jentera Umno di luar negara telah mengenal pasti individu itu yang merupakan seorang warganegara Malaysia 'agak senior' dalam komuniti Malaysia di sana dan bekerja di Reading, United Kingdom.
"Kami memilih individu itu untuk berdebat kerana beliau 'the loudest' (paling lantang) dan 'the most enthusiastic' (paling bersemangat) antara mereka yang membuat kacau pada majlis itu.
"Jentera Umno di sana telah menyampaikan hasrat (berdebat) secara umum kepada individu itu dan surat rasmi akan diberikan kepadanya hari ini. Kami beri masa tujuh hari untuk beliau beri jawapan," katanya.
Beliau berkata, sekiranya individu itu tidak menyahut cabaran untuk berdebat,rakyat boleh menilai sendiri 'individu penakut yang bagaimana' menyokongpergerakan Bersih itu.
Muhammad Khairun mengalu-alukan sekiranya ada wakil daripada pembangkang yang mahu menyertai debat itu, namun menegaskan individu itu perlu mewakili dirinya sendiri.
"Bila disertai pembangkang, kita ada tiga pihak jadi masa itu sudah jadi forum, tetapi jika pembangkang mahu mewakili individu itu, tidak boleh sama sekali kerana itu tindakan penakut dan berniat jahat.
"Individu itu perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dan kita beri dia platform untuk dia menjelaskan mengapa dia buat begitu," katanya.
Muhammad Khairun berkata, Pemuda Umno mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang mengganggu Najib pada majlis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan kurang ajar.
"Kita bercakap mengenai Perdana Menteri Malaysia yang sedang berucap kepada audiens seluruh dunia, sebagai seorang warganegara Malaysia kita perlu menghormati beliau.
"Tindakan itu menggambarkan rakyat Malaysia ini buruk budi pekerti dan tidak ada sopan santun hinggakan sanggup buat begitu kepada Perdana Menteri sendiri," katanya. -
Dipetik dari blog pencacai
Read More...
Summary only...
Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.
Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.
Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.
Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.
Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.
Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".
Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.
Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.
Malaysiakini
Read More...
Summary only...
Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar
SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).
“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.
Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.
Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.
Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”
“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.
Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih 2.0 yang bermatlamat murniberbanding rusuhan membakar dan menyamun yang berlaku di United Kingdom (UK).
Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah.
(Sumber: Hisham: Be thankful Bersih not like London riots http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hisham-be-thankful-bersih-not-like-london-riots/)
Katanya, perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku di Kuala Lumpur (KL) langsung tidak boleh disamakan dengan rusuhan di UK.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh membuat perbandingan antara rusuhan di UK dan himpunan aman Bersih 2.0 di KL.
Di UK, rusuhan telah berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menghasilkan suatu keadaan yang kacau-bilau.
Di KL, perhimpunan Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, PDRM, media dan orang awam dari awal-awal lagi. Penganjur Bersih 2.0 telah menegaskan bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan yang aman dari awal-awal lagi.
Di UK, beratus-ratusan perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh. Kehilangan harta benda dianggarkan bernilai berjuta-juta Sterling Pound.
Di KL, tidak ada satu pun laporan kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0. Sebaliknya, kedai yang buka pada hari itu seperti kedai makan minum mencapai perniagaan yang menguntungkan kerana kehadiran beribuan penyokong Bersih 2.0 di KL.
Di UK, berpuluh-puluh kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh menyebabkan keadaan berasap dan membahayakan keselamatan.
Di KL, asap yang wujud berpunca daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit atau FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin di mana penyokong Bersih 2.0 cuba berlindung.
Di UK, perusuh memegang senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail”.
Di KL, penyokong Bersih 2.0 tidak bersenjata tetapi sekadar memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin sendiri. Sejak bila t-shirt atau pun warna kuning dapat menggugat keselamatan dalam negeri?
Di UK, perusuh secara aktifnya cuba menyerang dan mencederakan polis.
Di KL, penyokong Bersih 2.0 mengelakkan pertembungan dengan PDRM dan FRU. Tindak balas para peserta Bersih 2.0 bersifat pasif dan tidak agresif.
“Saya ingin menggesa Hishammuddin supaya membuka hati beliau dan mengambil iktibar daripada bagaimana kerajaan dan pasukan polis United Kingdom mengawal keadaaan rusuhan yang sebenar,” kata Teresa dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Di UK, pihak polis hanya menahan 1,000 orang walaupun rusuhan telah berlanjutan selama lima hari.
Di KL, pihak polis telah menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh satu hari sahaja hanya kerana mereka cuba berhimpun di pusat bandar secara aman.
Beliau juga merasa kesal kerana Hishammuddin masih buta hati dan tidak insaf walaupun beratus-ratusan rakaman video membuktikan PDRM dan FRU telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan telah dimuat naik ke atas Internet untuk tontonan orang ramai.
“Beliau masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan PDRM dan FRU,” katanya.
Sehingga hari ini, ujarnya sebulan telahpun berlalu sejak perhimpunan Bersih 2.0 diadakan, Hishammuddin dan PDRM masih gagal membentangkan laporan keganasan PDRM dan FRU kepada orang ramai.
“Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dari segi siasatan terhadap anggotan PDRM sendiri?” soalnya.
Sumber Harakahdaily
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengatakan kecekapan pihak berkuasa semasa Himpunan Bersih 2.0 — berjaya mengelakkan insiden rusuhan sebagaimana disaksikan di Britain awal minggu ini.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss menyifatkan, Khalid seolah-olah tidak dapat membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman apabila menyamakan perkembangan semasa di Britain dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bulan lalu.
“Kami ingin menegaskan bahawa beliau perlu jelas dalam membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman. Amat dikesali seorang yang berpangkat tinggi tetapi sangat dangkal dalam menterjemahkan perbezaan tindakan tertentu.
“Himpunan yang berlaku semasa 9 Julai tempoh hari adalah himpunan aman rakyat Malaysia dalam mempraktikkan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10 yang mana ia adalah himpunan aman dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ribuan rakyat adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya manakala rusuhan di Britain merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal dan tidak mengikut undang-undang.
“Himpunan Bersih 2.0 juga membawa erti pendokongan rakyat terhadap kecintaan kepada negara.
“Manakala apa yang berlaku di London dan sekitar England adalah tindakan luar kawal yang tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang negara mereka dan boleh dikategorikan sebagai rusuhan,” katanya menambah kagum dengan pendekatan Britain untuk menyelesaikan rusuhan itu dengan baik dan bukan kekerasan.
Kata Raja Ahmad, pendekatan yang digunakan di Britain sangat berhikmah walaupun apa yang berlaku bukan perhimpunan aman atau demonstrasi.
Semalam Khalid berkata rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu “mimpi ngeri” sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.
Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.
“Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya menerusi laman Facebook.
Ekoran kenyataan itu Naib Presiden PKR menyelar tindakan Khalid yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan pegawai tertinggi itu “jahil.”
Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.
“Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.
“Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan tapi kalau Malaysia tidak berhati-hati kita menuju masa depan yang sama dengan Britain,” katanya.
Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak beberapa hari lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu.
Selain operasi besar-besaran polis di London dan bandar raya lain, hujan lebat di utara Britain turut membantu mengembalikan keadaan tenang, berikutan rusuhan selama lima malam berturut-turut. - TMI
Read More...
Summary only...
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar tindakan Datuk Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Timbalan Ketua Polis Negara itu "jahil."
Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.
"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.
"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.
"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.
"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.
Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.
Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.
"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan.
Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.
Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.
Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.
Read More...
Summary only...
LONDON - Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.
Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.
Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.
Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.
"Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba," katanya.
Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu. Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.
Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu. Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.
Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut. Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.
Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. - Agensi
Read More...
Summary only...
Britain Huru Hara Akibat Tindakan Polis, Ekonomi Terjejas Teruk
Dipetik dari
Jalan Pulang
Rusuhan yang bermula di London yang kini sudah merebak ke hampir separuh Britain sebenarnya bermula dari perasaan tidak puas hati masyarakat kulit hitam terhadap tindakan polis menembak mati kaum tersebut.
Akibatnya dengan bantuan laman sosial seperti BlackBerry Messanger (BBM), Facebook dan Twitter, berita mengenainya tersebar meluas hinggakan samapi satu tahap pentadbiran David Cameron mahu mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan hitam, yang mana pasukan tentera diberi kuasa penuh untuk melaksanakan undang-undang darurat.
Kesannya, ekonomi negara itu turut berdepan dengan krisis paling buruk kerana pelancong asing makin menjauhi negara itu atau membatalkan tempahan yang telah dibuat lebih enam bulan lalu.
Pengajaran yang dapat kita perolehi adalah, jangan sesekali pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman seperti perhimpunan Bersih di Malaysia sebulan lalu.
Nampaknya polis Britain kena belajar dengan Polis "Raja" Di Malaysia bagaimana mahu mengelakkan pertumpahan darah tapi dalam masa sama lebih 1600 orang ditangkap hanya kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
JALAN PULANG
Bermula dengan satu protes kecil secara aman di pinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
*Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.
*Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.
*Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.
SEMENTARA ITU
Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.
“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.
“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).
Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.
Read More...
Summary only...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.
Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung.
"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.
Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.
"Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib.
Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut "pembaharuan pilihan raya".
"Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah.
"Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata, perdana menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.
"Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih," kata Najib.
-Bernama-
Read More...
Summary only...
Permintaan kerajaan Malaysia agar pihak berkuasa Britain mengharamkan perhimpunan demo menyambut kehadiran Najib di sana ditolak mentah-mentah.
Bagi pihak berkuasa British, negara mereka menghargai kebebasan bersuara dan ia bukanlah merupakan satu kesalahan.
Mungkin pihak polis Malaysia boleh pergi ke sana dan beli seberkas senjata dan tunjukkan pada pihak berkuasa polis British bahawa para pendemo merbahaya dan perlu dikurung...tengok mereka akan percaya atau tidak.
Atau YB Zul Kulim perlu turun sekali dengan rombongan Najib dan mulakan ayat terkenalnya..."saya ada maklumat mereka membawa berbagai senjata termasuklah bom api bagi melumpuhkan ekonomi Britain"...
Baca seterusnya disini
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terus menerima sindiran hebat masyarakat dunia ketika kunjungannya ke Buckingham, London.
Sindiran yang dimaksudkan ialah apabila pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan dengan Najib semalam.
Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais membayangkan tindakan itu sebagai kritikan terhadap dasar Najib.
“Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.
“Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” katanya kepada KeadilanDaily.
Baca seterusnya disini
Read More...
Summary only...