PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah
Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.
Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.
Nasha: 'Kalau rezeki banyak, hak dia buat kenduri besar'
Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, menjadi hak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mengadakan kenduri perkahwinan secara besar-besaran.
"Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," katanya pada sidang media selepas pembentangan kertas kerja di seminar dakwah nasional hari ini.
Sebelum ini, perkahwinan anak lelaki Mohd Ali menjadi kontroversi apabila dihadiri seramai 130,000 dan dimasukkan di dalam Malaysia Book of Record.
Majlis perkahwinan itu juga menurut Ali menelan belanja sehingga RM600,000.
Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya difahamkan SPRM mula nak masuk. Kalau SPRM nak buat kerja dia, biar SPRM buat kerjalah," katanya.
Kali ini difahamkan Ali Rustam malam tadi telah membuat jamuan yang lebih mewwah dan "grand" yang dikhususkan untuk para pemimpin negara disebuah hotel bertaraf 5 bintang.
Minggu sudah diberikan kepada rakyat biasa.
Kini dia jamu untuk rakyat yang bergelar VVIP dan sebagainya.
Diadakan disebuah hotel 5 bintang dengan para jemputan seramai lebih kurang 900 tetamu.
Najib Razak dan Rosmah Mansor adalah diatara tetamu VVIP yang dijemput.
Kalau untuk rakyat biasa beliau belanjakan kira-kira RM600,000...Yang ini berapa pula harganya?.. Paling kokak pun RM100 satu kepala..
Rupa-rupanya lagi rakyat marah lagi dia tunjukkan keangkuhannya si Ali Rustam ini.
Inilah dinamakan KEANGKUHAN KUASA...
Cukup angkuh dan sombong bila dah lama memegang tampuk kuasa.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.
Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
"Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini.
"Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu.
"Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.
Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.
"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Kuala Lumpur hari ini.
Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni. Ini bukan soal dengki atau iri hati, tapi ini soal integriti. Ini soal kebertanggungjawaban.
Ali, kamu adalah Ketua Menteri, kamu pemimpin masyarakat. Tindak tanduk kamu diperhatikan. Kamu sepatutnya menjadi role model. Kamu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Kamu tidak sepatutnya tunjuk angkuh dengan berbelanja besar dalam keadaan terlalu ramai rakyat Melaka yang hidup dalam kesukaran. Kamu seharusnya faham bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Andai perbelanjaan kamu dipertikaikan, kamu sewajarnya jelaskan kepada rakyat. Bila kamu mengelak daripada memberi penjelasan, maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan kamu.
Ali Rustam, sekiranya benar, apa salahnya kamu mengaku bahawa sebahagian besar perbelanjaan perkahwinan anak kamu itu adalah hasil duit rasuah yang telah biasa kamu rembat !!!!
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.
Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
“Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya,” kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
“Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan,” tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.
“Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.
Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian,” kata Betty.
Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.
“Itu duit siapa?” tulis Nga.
Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.
“Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja,” tulis Kit Siang dalam Twitter.
Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.
“Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit,” tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.
Isteri kepada Yang DiPertua Negeri Melaka, Mohd Khalil bin Yaakob, Toh
Puan Zurina Kassim (dua kanan) di iringi oleh Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa (kiri) bersama isteri Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (dua kiri) yang
hadir pada majlis perkahwinan anak sulung lelaki Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka, Ahad.
Perkahwinan anak sulung lelaki Ketua Menteri, Mohd Ridhwan Mohd Ali
bersama cucu kepada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar
Isnin, Nur Azieha Mohd Ali di banjiri lebih 100,000 orang tetamu
termasuk para tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan kedua-dua
mempelai itu.-fotoBERNAMA, teksMstar
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.
"Itu duit siapa?" soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.
Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.
Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.
Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.
Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
“Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.
Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.
"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.
"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.
"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.
Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.
"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.
"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.
Ali Rustam Takut Berdebat Ganggu Ceramah Cikgu Mala
Dek Kerana tidak berani bersemuka dan berdebat dengan pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di MITC Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama konco-konconya telah mengadakan ceramah dan majlis cabutan bertuah berhampiran dengan program ceramah penerangan yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Bukit Baru.
Semasa program ceramah berlangsung yang dihadiri oleh penceramah undangan, Cikgu Normala Sudirman , UMNO kawasan Bukit Katil telah mengupah beberapa orang pemuda untuk mengganggu program ceramah berkenaan dengan membakar mercun dan mengadakan majlis cabutan nombor bertuah.
Gangguan ini menggambarkan bahawa UMNO Melaka jelas sudah semakin hilang arah dan penyakit yang dihidapi selama ini semakin kronik. Ini jelas ditunjukkan melalui gangguan yang dilakukan bagi menghalang rakyat negeri Melaka mendapatkan maklumat yang jelas.
KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.
Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.
"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.
"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.
Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.
Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah.
Malaysiakini sudah menghubungi ADUN yang dituduh itu bagi mendapatkan reaksinya. Bagaimanapun belum ada jawapan balas diberikan setakat ini.
"Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Itulah tema sebuah negeri Melaka yang agak kontroversi kemajuannya. Adakah mereka faham apa itu Bandar Teknologi Hijau dengan Bandar Hijau? Jika diperhatikan di Melaka mengikut sumber dari seorang JKKK yang rapat dengan aku bahawa Melaka sebenarnya bukan Bandar Teknologi Hijau sebaliknya Bandar Hijau.
Kata JKKK itu, Melaka tidak layak digelar Bandar Teknologi Hijau memandangkan tiada teknologi yang boleh dibanggakan. Mengapa JKKK itu berkata demikian mengenai Bandar Hijau kerana Melaka penuh dengan tumbuhan hiasan yang menghijau ditepi jalan dan itu yang dikatakan Bandar Hijau namun itu berlaku hanya di bandar dan tidak berlaku diluar bandar.
Berbalik kita kepada gambar yang di emel kepada aku pada tengahari tadi, banyak lembu terbiar bersepah di tepi jalan. Bagaimana lembu ini boleh dibiarkan meragut rumput di tepi jalan dan adakah itu ladang fidlot yang diusahakan oleh Ali Rustam. Lembu terbiar ini boleh membahayakan pengguna jalan raya kerana dekat dengan tepi jalan seperti dalam gambarajah di atas.
Adakah lembu ini pemberian Kak Ijat kepada Abang Ali? Kalau nak tahu cuba tanya sendiri Ketua Menteri Melaka. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus memainkan peranan supaya lembu yang berkeliaran ini tidak mencacatkan pemandangan Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini.
Riuh rendah pasal kerajaan negeri Kedah membeli sebuah kereta Mercedez yang baru sedangkan sejak memerintah Kedah lebih dari 3 tahun inilah pertama kali kerajaan negeri Kedah membeli kereta Mercedez itupun sebuah sahaja sedangkan negeri BN membeli berpuluh-puluh buah tidak pula mereka bising.
Menteri Besar Kedah sendiri menyatakan kereta itu bukan kegunaan beliau sahaja tetapi untuk kegunaan tetamu kenamaan negeri. Menurutnya beliau lebih selesa menggunakan kereta rasmi yang dibeli oleh kerajaan negeri terdahulu.
Baru--baru ini kerajaan negeri Melaka mahu membida nombor plat kereta MCC1 - MCC15 dengan harga RM317,000. Tetapi tiada pula yang bising dan membantah kecuali PAS. Inilah sikap double standard mereka yang memang suka membazir.
Baru-baru kerajaan negeri Kedah dilaporkan membeli sebuah kereta Mercedez Benz S Class dengan nombor pendaftaran KCX 8. Tindakan mengundang kecaman pelbagai pihak.
Sekolah Mengandung Ali Ketam Perlukan Dana Tambahan
ALOR GAJAH - Seramai 34 orang ditahan kerana kesalahan dadah dalam satu parti persendirian di sebuah banglo di sebuah resort terkemuka di sini, awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Md Azmi Othman berkata, serbuan kira-kira 2.30 pagi itu membabitkan empat pegawai dan 14 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik, Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Hisham A.Rahman.
Beliau berkata 87 orang terdiri daripada 70 lelaki dan 17 perempuan yang berumur antara 18 dan 35 tahun diperiksa dalam serbuan tersebut.
"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, sembilan orang iaitu lima lelaki dan empat perempuan didapati memiliki syabu beramai-ramai dalam sebuah bilik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Md Azmi berkata tujuh lelaki dan tiga perempuan turut ditahan kerana memiliki ganja dalam sebuah bilik lain.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, 12 lelaki ditahan kerana didapati positif ganja, dua lelaki positif ecstacy dan seorang perempuan positif syabu.
Katanya semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah sementara menunggu perintah tahanan reman.- Bernama
"RM2juta hanya untuk bergambar?" Lim (kanan) dan Zheng mengkritik kerajaan negeri membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membina satu kincir air yang tidak berfungsi.
MELAKA : Selepas kerajaan negeri mengeluarkan duit sehingga hampir RM 2 juta untuk pembinaan ‘Kincir Air’ di sungai Melaka bagaimanapun ia adalah satu kegagalan dan pembaziran keranya ianya tidak boleh berfungsi, menurut Adun Bachang ( DAP ), Lim Jak Wong.
Sehingga hari ini kincir air tersebut masih tidak berfungsi walaupun sebanyak RM1.76 juta telah dibelanjakan iaitu fasa pertama RM1,477,500.00; fasa kedua RM191,650.00 dan fasa ketiga RM98,000.00.
Sepatutnya segala perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti agar dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.
Kincir Air yang dibuat daripada kayu itu dibina pada 18 September 2007 dan siap pada 28 Mac 2008 oleh Rintiz Rezeki (M) Sdn Bhd dengan kos RM1,477,500.00 tetapi ianya gagal berfungsi atau bergerak disebabkan kayunya yang berat dan air sungai Melaka yang tenang tidak bergerak.
Lalu kerajaan negeri telah mengarahkan TPM Engineering Sdn Bhd anak syarikat Teknologi Park Malaysia merekabentuk dan memfabrikasi sistem gegalas, membekalkan motor dan kotak galas panel kawalan bagi menggerakkan roda kincir air secara mekanikal dengan kos RM191,650 pada 13 Jun 2008 dan siap pada 2 April 2009.
Namun, ianya masih gagal digerakkan dan diambil alih oleh Utem Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknika Malaysia Melaka pada 29 Julai 2009 dengan kos tambahan RM98,000 lagi di mana dikatakan berjaya berfungsi selama sebulan bermula 20 Oktober 2009 tetapi kemudiannya rosak semula.
Alasan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, bahawa beliau yang memberi idea pembinaan ‘Kincir Air’ tersebut dan mendapat ilham ketika berkunjung ke Li Jiang, China, kerana ianya telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
“Saya fikir baik dibina kincir air seperti di Li Jiang itu dan kita keluarkan tender reka dan bina serta hantar mereka ke Syiria untuk mendalami kepakaran itu tetapi ianya berat dan sungai Melaka airnya tenang terpaksa guna motor.”
“Kita terpaksa baiki dan gagal, jadi banyak pihak suruh buang untuk dibina yang baru, saya kata takkan nak buang RM1.4 juta kita ada teknologi takkan ini tak boleh dibuat.”
“Utem kata kosnya RM98,000.00 dan mereka setuju baiki, hari ini kita minta mereka baiki dan benda ini kecil aje pakar – pakar ramai orang dah boleh pergi ke bulan,” katanya.
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu.
Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.
Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.
Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.
"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.
"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu.
Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya.
Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka.
"Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah.
"Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu.
"Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya.
Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.
Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.
Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.
Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.
Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.
“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.
“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.
Ditentang pelbagai pihak
Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.
Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.
Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.
"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.
"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.
Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.
"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
Guan Eng mahu Ibrahim Ali, Ali Rustam hina Ambiga dihukum
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tindakan tegas ke atas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dan perkauman ke atas ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.
“Selain itu, kami juga menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menunjukkan komitmen terhadap slogan 1 Malaysia dengan menuntut agar Ali Rustam digugurkan sebagai Ketua Menteri Melaka.
“Kenyataan-kenyataan oleh Ali Rustam ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak berpatutan dengan jawatannya,” kata Setiausaha Agung DAP ini dalam satu kenyataan.
Lim yang juga Ketua Menteri Melaka berkata jika Hishammuddin dan Najib gagal untuk mengambil tindakan, ini bermakna mereka dan ahli-ahli Umno yang lain juga bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut.
“Diam tanpa setuju,” katanya.
Dalam kes ini, kata beliau, bukan Umno sahaja tidak bertanggungjawab tetapi semua parti komponen BN lain yang berdiam diri juga tidak bertanggungjawab.
“Jika mereka tidak menyebut perkataan bantahan dan menuntut agar tindakan terhadap kenyataan berbau kebencian ini diambil terhadap rakyat Malaysia, ini bermakna mereka juga tidak relevan dan berkesan,” katanya.
Lim menambah, semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sudah bosan dengan penipuan dan perkauman yang tiada kesudahan oleh Umno dan konco-konconya.
“Kami menuntut agar tindakan diambil terhadap kenyataan berbau zalim, yang bukan sahaja menghina peribadi Datuk Ambiga tetapi juga satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia secara am dan masyarakat India khususnya,” katanya lagi.
Lim memberitahu rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan yang tidak bertamadun oleh Ibrahim dan Ali yang mahu taraf warganegara Ambiga dibatalkan.
“Kenyataan Ali Rustam yang berbunyi ‘adalah lebih baik kehilangan seorang daripada kehilangan banyak nyawa’ merupakan ancaman berselindung secara halus dan benar-benar tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Menteri yang dipilih,” katanya.
“Kenyataan biadap sedemikian masih belum disiasat dan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak berpelembagaan dengan bersifat perkauman dan menghasut,” katanya lagi.
Calon PAS DUN Merlimau terima SMS ugutan ‘Geng Jebat Derhaka’
JASIN, 4 Mac — Calon PAS Yuhaizat Abdullah hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.
Kata Yuhaizat (gambar), beliau amat terkejut dan takut apabila menerima SMS berbaur ugutan itu.
“Saya ada terima (SMS), malam tadi... saya takut kerana ia SMS ugutan kata kenderaan anda tidak akan terjamin.
“Saya amat terkejut bila terima SMS itu namun saya yakin dengan kehadiran begitu ramai polis boleh mengawal keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin itu berharap pihak polis dapat mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya minta biarlah perjalanan pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar, beri peluang kepada saya untuk bersama amalan demokrasi,” katanya.
Selain itu Yuhaizat, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang.
Menurut Harun, SMS itu dihantar oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai “Geng Jebat Derhaka”.
Tegas beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu.
SMS tersebut berbunyi “Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin”.
“Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi ‘TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya?
“Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat,” kata Harun.
Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera.
Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
Bagaimanapun Yuhaizat tidak membuat laporan polis.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.
PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk “menawan” Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.
“PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.
“Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.
Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.
“Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.
“Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.
“Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.