BlogList Malaysia
Showing posts with label raja nong chik. Show all posts
Showing posts with label raja nong chik. Show all posts

28 November 2012

Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup

KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.

Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


“Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.

“Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

“Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi,” jelas Fahmi.

Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.

http://www.keadilandaily.com/nong-chik-arah-masjid-ar-rahman-um-ditutup/


Read More...

02 August 2012

Setelah Berjaya MENUMBANGKAN Shahrizat, Nong Chik Beralih Untuk 'MENAMATKAN' Nurul: DENGAN APA JUA CARA!

Sejak dakwaan mengejutkan bekas Pegawai Pilihanraya yang bertindak berat sebelah, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah menghantar aduan bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan atas kebimbangan ini mungkin mengancam peluangnya pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi sehingga kini beliau belum lagi menerima sebarang maklum balas.

Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu.


Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri

Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"RNC mungkin seorang yang kecil dari segi fizikal tetapi dia mempunyai ego yang besar dan penuh dengan tipu daya. Dia mahu memenangi kerusi itu tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Orang bawahannya berkata, dia telah banyak menaburkan wang di merata-rata tempat dengan berselindung di sebalik wang 'bantuan'," beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Mengapa dia harus berpuas hati dengan kuasa dengan tiket sebagai Senator yang mempunyai jangka tetap selama 2 tahun. Selepas itu, dia terpaksa bergantung kepada ketuanya untuk kerjaya politik. RNC telah merasa kuasa sebagai Menteri dan dia ingin memegang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang Untuk itu, dia tahu dia perlu mendapat mandat sendiri. Umum mengetahui bahawa Umno telah sibuk mencanangkan bahawa Lembah Pantai sudah berada dalam genggaman Umno. Dari situ, anda boleh membuat kesimpulan sendiri "

Dahulu Shahrizat, sekarang Nurul


Ini bukanlah pertama kali RNC atau lebih dikenali sebagai Nong Chik dituduh menggunakan muslihat kotor untuk mendapatkan kuasa politik. Bukan sahaja penyokong Nurul mengadu tentang mainan politik kotornya, rakan sekerjanya sendiri, Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Wanita, juga dipercayai telah tersungkur di tangannya.

Walaupun menafikan tuduhan, RNC dibelenggu desas desus bahawa dialah orang yang mendedahkan skandal yang akirnya menyaksikan kejatuhan RM250 juta NFC, yang telah menyusahkan keluarga Shahrizat. Suaminya telah disiasat kerana pecah amanah dalam projek ternakan lembu negara, manakala tiga anak mereka belum lagi jelas nasib mereka kerana masih boleh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan dana awam.

Walaupun Shahrizat sendiri tidak didakwa oleh SPRM, kerjaya dan reputasinya kekal hancur. Walaupun segala usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelamatkannya, pemerhati politik yang berpengalaman meramalkan kerjaya politik Shahrizat sudah terkubur.

Bagi ramai pihak , kejatuhan Shahrizat sememangnya patut dan hukuman yang telah diterimanya setakat ini belum mencukupi atau setimpal dengan rasuah NFC yang terbongakr setakat ini. Walaupun begitu, penyokong kuat Umno masih terkejut dengan taktik kotor yang dilakukan oleh RNC, yang sendirinya juga pernah dituduh menyalah gunakan kuasa dan memberi manfaat kepada keluarganya melalui cara rasuah. RNC telah menafikan penglibatannya dalam mana-mana kes rasuah tetapi tidak dapat menepiskan syak wasangka bahawa dialah yang membocorkan skandal NFC – bukan untuk melaksanakan pembaharuan atau memerangi rasuah - tetapi untuk menyingkirkan saingan politik.

Sesetengah kelompok Wanita UMNO yang pro Shahrizat berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya 'terlepas', namun masih marah pada Najib dan RNC. Ini adalah kerana RNC yang telah berusia 59 tahun tidak mempunyai latar belakang politik yang jelas tetapi telah dipilih Najib sebagai Senator dan dijadikan Menteri penuh pada bulan April 2009 apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi.

Terselamat walaupun skandal NFC memalitkan lumpur pada UMNO


Seorang akauntan terlatih, RNC dilahirkan di Perak tetapi menerima pendidikan di Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur dan kemudian di Victoria Institution sebelum belajar di Maktab Tentera DiRaja. Najib dipercayai telah memilihnya daripada calon-calon lain yang bertanding kerana dia percaya RNC datang dari keluarga politik lama yang mantap - sama seperti dirinya!

Mungkin ini juga kenapa RNC, yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai, tidak terjejas walaupun partinya dikecam hebat atas kes rasuah besar-besaran NFC terbongkar, di mana keluarga Shahrizat, dituduh membeli kondominium dan hartanah mewah yang lain untuk diri mereka sendiri dengan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan projek NFC.

Sama ada ini telah memberanikannya untuk melaksanakan taktik kotor ke atas Nurul pula masih belum boleh diketahui, tetapi serangan ini mungkin berubah menjadi ‘skandal Waterloo’ bagi dirinya. Jika serangan tidak menjadi, ia bukanlah sesuatu yang ironis jika Sharizat menjadi orang yang paling gembira, bukannya Nurul.

Hanya dengan menipu

Pada usia 32 tahun, Nurul bukan menang dari segi umur tetapi dia benar-benar popular dikalangan rakyat di Lembah Pantai tanpa mengira bangsa. Orang Melayu di sana suka akan budi pekertinya yang mulia, kesopanan dan kepintaran politiknya. Orang bukan Melayu merujuk kepadanya untuk penyelesaian kebuntuan negara dengan isu kaum yang telah menjadi kacak kerana politik perkauman dan agama yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN Najib.

"Jika RNC mahu menendang Nurul keluar, satu-satunya cara yang dia boleh lakukan adalah melalui penipuan. Sehingga pihak berkuasa yang berkaitan, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan komen serius yang dibuat oleh Pegawai pilihanrayanya, Nurul dan penyokongnya berhak untuk mempercayai bahawa mereka adalah sasaran RNC," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Tian merujuk kepada pertukaran yang berlaku pada 12 Julai di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di antara Nurul dan Tuan Hj Mohd Najib Hj Mohd, yang telah bertindak sebagai Pegawai Pengurus semasa pilihan raya umum 2008 di mana Nurul tanpa disangka-sangka telah mengalahkan Shahrizat, penyandang asal kawasan itu.

90% daripada "plot keji" untuk mendapatkan kembali Wilayah Persekutuan & S'gor sudah sedia?

Perlu diambil perhatian bahawa Mohd Najib juga merupakan Timbalan Pengarah Implimentasi Projek dan Penyelenggaraan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidang kuasa RNC.

Menyedari sifat RNC, Nurul telah menggesa dengan menyoal adakah dia sekali akan bertugas dalam pilihan raya yang akan datang lagi. Jawapan Mohd Najib cukup mengejutkan dan bagaikan ancaman secara terang-terangan" Jika saya bertugas, YB tidak akan menang sekali lagi di Lembah Pantai."

"Saya rasa terpanggil untuk membuat suatu aduan mengenai kelakuan Pegawai Pilihanraya yang berkenaan kerana dia berkelakuan tidak profesional dan jelas mempunyai sentimen tidak neutral yang boleh membawa kepada kemungkinan penipuan di peti undi jika dia yang bertanggungjawab," Nurul berkata dalam surat aduan bertarikh 16 jul yang dialamatkan kepada Shafie Taib, Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

“Walau apa jua hubungan politik Pegawai pilihanraya itu, yang bekerja dibawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugasnya adalah untuk mengetuai proses pemilihan. Siapa yang menang bergantung kepada siapa yang dipilih rakyat dan bukannya kemahuannya sendiri. Kenyataan Tuan Mohd Najib menyebabkan saya hilang kepercayaan dalam ketelusan, sikap tidak memihak dan profesionalisma SPR dan saya merasa tiada jaminan bahawa tiada berlaku penipuan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti dibawah pengurusan SPR.”

Amat mendukacitakan juga, walaupun seminggu telah berlalu, nampaknya Shafie dan jabatannya tidak berminat untuk memandang serius akan aduan Nurul. Ini boleh menjadi bukti bahawa gerak hati Nurul adalah tepat selama ini.

Umno dan koncu-koncunya sudah menyiapkan 90% daripada "plot keji" yang dispekulasi dibuat untuk merebut kembali Wilayah Persekutuan dan Selangor dari Pakatan Rakyat. Najib sendiri telah berjanji - "walau apa jua kos" yang diperlukan dengan apa jua cara.

Berikut adalah surat dari Nurul kepada Pengarah Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Shafie Taib

Rujukan Anda :
Rujukan Kami : PPLBM/P121/PERMOHONAN/12/07/167
Tarikh : 16 Julai 2012 / 26 Syaaban 1433H
Encik Shafie bin Taib
Pengarah Pilihan Raya Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Selangor
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt. Yang Berbahagia Encik Shafie,

ADUAN KENYATAAN DAN SIKAP TIDAK BERKECUALI PEGAWAI PILIHAN RAYA (RETURNING OFFICER) LEMBAH PANTAI 2008 YANG MENGGUGAT KEBERKESANAN PERJALANAN PRU KE 13 YANG BERSIH DAN ADIL

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada tajuk di atas.

Pada 12hb Julai 2012 jam 4.15 petang, di perkarangan Bilik Lembaga, Tingkat 29 Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah bertemu dan berbual dengan bekas Pegawai Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai sewaktu Pilihan Raya Umum 2008, iaitu Tn Hj Mohd Najib bin Hj Mohd (yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan DBKL), di mana dinyatakan:

Saya: Nanti Tuan akan jaga Lembah Pantai lagi dalam PRU yang akan datang?
Tn Hj Md Najib: Tak. Kalau saya jaga, YB takkan menang lagi di Lembah Pantai.

Beliau menjawab dengan nada yang amat serius. Beliau kemudiannya memberitahu saya bahawa beliau akan ditugaskan untuk menjadi Pegawai Pilihan Raya di kawasan Parlimen Segambut bagi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saya berasa terpanggil untuk membuat satu aduan mengenai tingkahlaku Pegawai Pilihan Raya yang dimaksudkan ini, yang berkelakuan cukup tidak profesional dan jelas memiliki sentimen yang tidak berkecuali - yang membawa kemungkinan kepada berlakunya penipuan di dalam perjalanan pilihanraya yang berlangsung di bawah seliaan beliau.

Walau apapun fahaman politik bagi setiap pegawai pilihanraya (Returning Officer) yang bertugas di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, tugas mereka adalah mengetuai perjalanan proses pemilihan dalam PRU, yang bergantung kepada pilihanrakyat, bukannya kemahuan peribadi sendiri. Kenyataan yang dikeluarkan Tn. Hj. Md. Najib telah menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada integriti, sikap berkecuali dan profesionalisme SPR dan merasakan tiadanya jaminan tidak berlakunya tipu helah dalam perjalanan PRU ke 13 di bawah tangan SPR.

Saya berharap pihak Tuan akan dapat menyiasat isu ini dan satu tindakan tegas diambil untuk mengembalikan kepercayaan bahawa di bawah SPR sedia ada, disertai dengan pilihan Pegawai-pegawai Pilihan Raya yang mampu, dengan tulus hati menjadikan proses pilihan raya yang akan datang benar-benar bersih.

“Demi Pilihan Raya Yang Bersih”
Sekian. Wassalam.

Yang berkhidmat,

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai

S.k Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya

Dato' Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Bersama BERSIH 3.0

Datuk A. Samad Said
Pengerusi Bersama BERSIH 3.0



Malaysia Chronicles


Read More...

29 May 2012

Nong Chik: Orang luar punca kecoh

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa kehadiran orang luar ke Lembah Pantai menjadi salah satu punca tercetusnya keganasan semasa ceramah PKR dan NGO 24 Mei lalu.

Katanya, semasa malam kejadian ramai orang luar yang ‘diimport’ masuk ke Lembah Pantai untuk melakukan provokasi dan menimbulkan suasana kecoh sehingga menimbulkan rasa tidak senang penduduk tempatan.

“Saya rasa kalau program libatkan orang tempatan tiada kekecohan akan berlaku.


“Bila bawak import ini yang selalu berlaku sebab ada cabar mncabar. Orang tempatan kalau ada cabar mencabar kita pun susah nak kawal kemarahan mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Santai Pemimpin Bersama Pesara Lembah Pantai di sini hari ini.

Katanya, ini dibuktikan dalam kejadian pemindahan penduduk Flat PKNS Kampung Kerinchi April lalu apabila kehadiran orang luar termasuk wakil pelajar pro pembangkang Adam Adli cuba untuk menimbulkan provokasi.

Isu tempatan

“Sepatutnya orang luar tak perlu terlibat langsung…ia isu tempatan tak payah libatkan orang luar sebab orang dalam tiada pun yang agresif,” katanya.

Keadaan itu sekaligus menurut Raja Nong Chik jelas menunjukkan Pakatan Rakyat gagal mengawal emosi penyokongnya apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai ini berkata, PKR sepatutnya mencontohi kumpulan Indraf yang mengadakan mogok lapar dan membuat himpunan di Brickfields sejak Sabtu lalu secara aman dan tertutup.

Beliau turut mencadangkan mana-mana pihak perlu memikirkan cara untuk membuat program dalam kawasan tertutup apabila berada di kawasan yang panas dan sensitif.

“Kalau buat ceramah secara tertutup, sekurang-kurangnya tak bagi kesan pada pihak berdekatan. Sama juga dengan Bersih, kalau dia buat di stadium tak akan menjejaskan suasana disekeliling,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan kejadian terbabit sehingga membabitkan kecederaan penduduk tempatan dan menyerahkan kuasa kepada polis untuk menyiasat.

Beliau juga berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan dan dijadikan alasan untuk modal fitnah pembangkang.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/28/nong-chik-orang-luar-punca-kecoh/


Read More...

17 May 2012

Raja Bersiong Yang Hisap Duit Rakyat Untuk Anaknya Yang Baru 26 Tahun

Skandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi.. jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..


Satu-satunya masalah dengan kontrak kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar.

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Raja Nong Chik berusia 26 tahun, Raja Farhana, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua orang Pengarah syarikat. Beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 saham. Ini bermakna secara praktikal beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan Pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu, yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu apabila Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta RM dan liabiliti semasa kira-kira RM400, 000 terhadap aset semasa..







Dipetik dari - SINI


Read More...

06 April 2012

Beza Nurul Izzah Dan Raja Bersiong (Dipilih Dan Dilantik)

Raja Nong Chik sifat dakwaan Nurul bermotif politik

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan prosedur pengambilan tanah projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi sebagai bermotifkan politik.

"Perkara yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah sengaja disensasikan bagi melihat projek tersebut gagal dilaksanakan dan memberikan kelebihan pula kepadanya," katanya.

Mengambil contoh pembangunan semula Flat PKNS empat Tingkat di Jalan Jelatek (Datum Jelatek) oleh kerajaan Selangor pada 2010, Raja Nong Chik berkata kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100 peratus daripada penduduk.


"Mengapa apabila kerajaan negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi di Wilayah Persekutuan dipolitikkan pula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sementara Penjaja Statik di ibunegara semalam.

Beliau berkata menerusi tindakan Nurul Izzah itu secara tidak langsung mahu dilihat kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah.

"Sedangkan hakikatnya penghuni berkenaan tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penghuni lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka," katanya.

Beliau berkata 432 (421 penghuni dan 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju.

Mengenai Lesen Sementara Penjaja Statik, Raja Nong Chik berkata ini selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diberi peluang kepada penjaja kecil untuk berniaga secara sah selagi perniagaan mereka tidak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

Raja Nong Chik berharap penjaja berkenaan akan menjalankan perniagaan mereka dengan penuh tanggungjawab serta tidak menyusahkan penduduk setempat, kerana sekiranya ada aduan pihak Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan.

Seramai 35 orang penghuni Rumah Pangsa Taman Gasing Indah Fasa I menerima lesen penjaja sementara untuk berniaga di kawasan lapang bekas tapak setinggan Kampung Pasir Kiri.

Lesen sementara selama enam bulan itu tertakluk kepada syarat seperti kebenaran penggunaan tapak adalah berstatus sementara, peniaga dibenarkan mendirikan struktur sementara dan tidak menimbulkan halangan dan setiap peniaga perlu menjalankan sendiri perniagaan mereka.

- Bernama


Read More...

25 February 2012

Raja Nong Chik Terkencing Disergah Nurul Izzah

Apa dah jadi dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin ni... ia berhubung debat bagi membincangkan isu dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah... sedangkan beliau yang membuat cabaran... dan cabaran tersebut telah pun di sahut oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehingga sekarang beliau masih belum menberi jawapan dimana dan bila debat akan diadakan... Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yb Nurul Izzah Anwar beliau amat kecewa kerana sehingga kini tiada respons daripada Menteri tersebut... sedangkan beliau yang membuat cabaran berdebat dengan tiga Ahli Parlimen PR... iaitu Nurul Izzah sendiri... Yb Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Yb Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara... dengan satu lawan satu.


Kalau dah cabar orang kenapa senyap aje kecut ke.... kah kah kah kah !!!... konon nya nak jadi pahlawan rakyat... tapi sampai sekarang masih membisu seribu bahasa... dimaklumkan oleh YB Nurul Izzah ianya tiada respons sejak 6 Feb'2012 waktu cabaran debat... sudah hampir dua minggu cabaran disahut... namun Menteri tersebut buat bodoh aje... dan boleh kata pulak tu yang Yb Nurul Izzah Puteri Spin... kah kah kah kah !!!... lawak-lawak... memang dasar muka tak malu ...kah kah kah kah !!!.

Rasa nya beliau akan terus buat bodoh aje... sebab segala nya tidak menyebelahi beliau... dan mencabar Ahli Parlimen PR berdebat satu kesilapan yang beliau lakukan... kah kah kah kah !!!... macam mana nak jawap... pinjaman dari wang KWSP dikenakan kadar faedah sehingga 6.5 peratus untuk Perumahan Rakyat Miskin... tapi bagi Projek Lembu NFC Untuk Jadi Kaya Raya kadar faedah hanya 2 peratus... kah kah kah kah !!!.

http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/02/selepas-nurul-izzah-menyahut-cabaran.html


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas