RM50,000: Satu penyelewengan, harta negeri dibahagi-bahagikan!
Tahniah Zamry,buat harta kerajaan Perak macam harta mak bapak Barisan Nasional. Demi meraih sokongan Cina, Zamry yang dulu menuduh DS Nizar sebagai alat Cina menjelaskan sebenarnya dialah yang menjadi kuda tunggangan MCA.
Kenyataan Presiden MCA bahawa kerajaan Perak telah meperuntukan RM 50 ribu untuk setiap bahagian MCA adalah suatu pendedahan tindakan korup kerajaan Haram Zamry.
Saya yakin selepas ini MIC pun mahu peruntukan seperti itu. PPP yang dipimpin oleh Kaveyas tentunya lebih mahu lagi. Apakah ini budaya baru Barisan Nasional dalam membahagikan harta kerajaan Perak macam harta mak bapak mereka. Sudahlah kerajaan pun dirampas, kini harta pulak nak dirampas.
Kenyataan ini jelas satu penyelewengan harta kerajaan untuk kegunaan parti. Jika begitu, maka wajar penyokong Pakatan Rakyat tidak membayar cukai termasuk zakat kepada kerajaan negeri. Isu penyalahgunaan harta zakat pernah timbul semasa BN memerintah Perak dulu. Kini harta kerajaan Perak diselewengkan dengan terbuka tanpa berselindung lagi.
Tindakan berani kerajaan haram Zamry ini mungkin hasil keyakinan bahawa tiada siapa dapat mengatasi kuasa mereka termasuk undang undang. Mereka merampas kerajaan secara di luar undang- undang , maka apa perlu ditakut lagi pada undang-undang!
Inilah kesan bahaya dari rampasan kuasa di Perak. Institusi kehakiman perlu mengambil kira apa yang terjadi ini sebagai satu penilaian semula terhadap rentetan krisis undang undang di Perak.
Apakah selepas ini ada kuasa yang mampu menyekat kerakusan kuasa kerajaan Haram Zamri dalam melaksanakan apa sahaja cita cita rakus politik mereka? Rakyat sedang menanti dan memerhati tindakan rakus mereka.
Kesabaran rakyat terpaksa ditingkatkan kerana telah hilang kepercayaan terhadap semua institusi yang dirasakan boleh bernaung selama ini. Namun pilihan raya ke-13 tentunya akan menjadi detik ngeri pengajaran berpanjangan buat kerakusan kerajaan Haram Zamry dan semua yang bersekongkol dengan mereka,biar siapa dan apa pun kedudukan mereka.
Dalam negara demokrasi rakyatlah raja segala raja, sekalipun ternyata pincangnya proses demokrasi pilihanraya yang diuruskan oleh SPR! - anak sengat
05 May 2010
Negeri Perak Mak Bapak Aku Yang Punya - Zambry
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
krisis perak
,
zamby
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Tiada salahnya Kudeta Zamry bagi wang sebanyak RM50,000.00 bagi setiap cawangan MCA di PERAK . Kerana saya yakin setiap cawangan MCA di Perak akan mengunakan wang tersebut untuk rakyat Negeri Perak . Saya ulang sekali lagi wang peruntukkan akan di salur kepada rakyat negeri PERAK . Mana lebih baik Kudeta Zamry bagi kat setiap cawangan MCA di PERAK atau bagi duit kat Bik Mama untuk joli sakan kat luar Negara .So mana lebih afdal untuk rakyat atau shopping kat luar negara.
Post a Comment