Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.
Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.
Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!
Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!
Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.
http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html
Read More...
Summary only...
Nilaikan sendiri apa yang ada dalam perut ustad umno ni..
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM -- Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.
Mohd Adnan berkata dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.
"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.
Mohd Adnan berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu
Read More...
Summary only...
SEBUAH jeti yang rosak dilihat terapung di Sungai Chao Phraya. Banjir besar yang melanda memaksa pihak berkuasa Thailand mengarahkan penduduk supaya keluar dari Bangkok.-Reuters
BANGKOK - Puluhan ribu orang membanjiri stesen bas dan lebuh raya dalam usaha meninggalkan ibu kota Thailand, Bangkok ketika situasi banjir di sini semakin meruncing dengan arahan perpindahan pertama telah dikeluarkan.
Kota metropolis yang dihuni sembilan juta orang itu kini dikelilingi air banjir.
Setakat ini, banjir yang melanda Thailand sejak Julai lalu telah mengorbankan 373 orang di seluruh negara dengan kerugian mencecah berbilion-bilion dolar. Lapangan Terbang Don Muang iaitu lapangan terbang kedua terbesar di sini turut ditutup akibat banjir.
Setakat semalam, kebanyakan kawasan di Bangkok masih belum ditenggelami air. Namun, warga kota dilihat giat melakukan persediaan ekoran banjir kali ini yang tidak dapat dielakkan.
Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, penduduk di dua daripada 50 daerah di sini iaitu Don Muang and Bang Phlat sudah diarah berpindah.
Kedua-dua daerah tersebut kini ditenggelami air banjir.
SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP
"Ini kali pertama saya menggunakan perkataan berpindah. Ini juga kali pertama saya meminta anda semua supaya beredar ke tempat lebih selamat," kata Sukhumbhand.
Di tempat-tempat lain di Bangkok, ribuan penduduk membanjiri terminal bas Mo Chit untuk meninggalkan bandar raya tersebut.
Kebanyakan mereka mengambil kesempatan cuti umum lima hari yang diisytiharkan oleh kerajaan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam banjir.
Cuti umum berkenaan yang bermula semalam hingga Isnin depan melibatkan kawasan-kawasan terjejas teruk akibat banjir termasuk Bangkok.
Sementara itu, peta satelit menunjukkan bandar raya itu kini 'dikepung' oleh air banjir.
Banjir yang melanda utara Thailand sejak Julai lalu sedang mengalir ke bandar raya ini dan menuju ke Teluk Thailand di selatan negara itu.
"Jumlah airnya amat besar," kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
"Sebahagian air banjir akan melanda Bangkok tetapi kita akan berusaha supaya banjir mengalir keluar dengan seberapa segera," tambahnya.
Menurut Yingluck, beberapa kawasan di sini mungkin ditenggelami air sedalam 10 sentimeter hingga 1.5 meter.
"Jika tiga tembok penghadang banjir di sini kekal utuh, situasi di Bangkok akan bertambah baik. Namun, jika benteng tersebut gagal, seluruh Bangkok akan dilanda banjir," ujarnya.
Sementara itu, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota memberhentikan pengeluarannya pada Sabtu ini di empat buah kilang di Amerika Utara termasuklah Indiana, Kentucky, Ontario Kanada dan Virginia berikutan impak banjir di Thailand.
"Banjir di Thailand telah menyebabkan gangguan dalam pengeluaran beberapa pembekal di rantau itu. Kami masih belum pasti sama ada boleh memulakan pengeluaran pada Isnin (31 Oktober) atau sebaliknya. Kami akan memantau keadaan di sana," kata jurucakap Toyota, Amiko Tomita.
- Agensi
Read More...
Summary only...
Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini.
Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut.
Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.
Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.
Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.
Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini.
-- Bernama
Read More...
Summary only...
Winds of Change in Thailand: A New Prime Minister takes over
Thai Prime Minister Abhisit Vejjajiva on Sunday conceded defeat in a hotly contested general election and congratulated a victorious opposition allied to fugitive ex-leader Thaksin Shinawatra.
“The outcome is clear — Puea Thai has won the election and the Democrats are defeated,” he told supporters at the party’s Bangkok headquarters. Thaksin’s political proxy, his youngest sister Yingluck Shinawatra, is now set to become Thailand’s first female prime minister.
“I will give the chance toYingluck, the first woman to form a government. I want to see unity and reconciliation. The Democrats are ready to be in opposition,” Abhisit said.
British-born Abhisit took office in a 2008 parliamentary vote after a court ruling threw out the previous administration, and he was accused by his foes of being an unelected puppet of the military and the establishment.
His Democrat Party, with traditional support in Bangkok and the south, has not won a general election in nearly two decades.
-AFP/ac
Read More...
Summary only...
Senator Dewan Negara Thailand Wilayah Pattani, Dr Worawit Baru menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Beliau berkata, perhimpunan itu sangat penting bagi rakyat untuk menyatakan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.
"Perhimpunan itu merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil yang terlepas daripada sebarang tuduhan," kata beliau ketika ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu, petang semalam.
Baca disini
Read More...
Summary only...
Astora Jabat tanding p'raya Thailand
Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.
Astora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.
"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.
"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.
Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.
Lebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.
Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.
Read More...
Summary only...
TUMPAT, 28 Mei: Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran.
Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai.
Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan berdaftar nombor kenderaan negara jiran.
Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan.
Hebahan mengenai program berkenaan juga dibuat sejak dua minggu lalu melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat.
Bagaimanapun program terbabit tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sehingga menimbulkan banyak persoalan ekoran terbongkar sindiket membuat kad pengenalan melibatkan warga asing untuk mendaftar sebagai pemilih di Selangor.
Ekoran itu PAS memantau program yang berlangsung hari ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur tidak sihat digunakan bagi tujuan politik.
Turut memantau dari dekat program tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim dan penghulu.
Kehadiran orang ramai pada program itu di luar jangkaan JPN apabila sambutan hangat sekali sehingga tidak terlayan pada sebelah pagi.
Malah ada yang datang membawa surat pengesahan sebagai anak mukim hanya menggunakan surat ditandatangani Ketua Cawangan Umno Pengkalan Kubur.
Ada juga wanita dari Thailand yang datang memberitahu mereka diberitahu pihak tertentu supaya menuntut kad pengenalan di kaunter JPN pada program berkenaan.
Bagaimanapun ramai pulang hampa memandangkan proses untuk memohon kad pengenalan tidak semudah disangka.
Pengarah Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Mohd Azimin Hassan berkata, pihaknya tidak menerima pengesahan sebagai anak mukim hanya berdasar surat ditandatangani ketua cawangan Umno.
”JPN mempunyai prosedur yang ketat untuk melayakkan seseorang boleh memohon kad pengenalan,” katanya pada sidang media bersama Kamaruddin di sini.
Menurutnya program tersebut dimulakan sejak 2008 bagi memberi penjelasan mengenai proses pendaftaran kelahiran, kematian dan permohonan kad pengenalan.
Kata beliau terdapat seramai 751 kes daftar lewat kelahiran di Kelantan sekarang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.
Kamaruddin berkata, PAS mendapat maklumat program tersebut dikatakan memberi ruang lebih mudah kepada bukan warga negara mendapat kad pengenalan.
Katanya, sebelum ini dikesan di Selangor di mana ada warga asing mendapat taraf pemastautin tetap bagi membolehkan mereka mengundi.
”Jadi berasaskan maklumat tersebut PAS dan pemimpin masyarakat di Tumpat memantau program hari ini kerana bimbang perkara yang berlaku di Selangor boleh berulang di sini.
”Bagaimanapun berdasar kepada penjelasan dibuat pegawai kanan JPN di sini kita agak berpuas hati terhadap perkembangan setakat ini.
”Kita tidak mahu program MyDaftar direbut peluang oleh pihak tertentu bagi mendaftarkan warga asing sebagai pemilih secara mudah,” katanya.
Beliau juga berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program terbabit sehingga ada ketua cawangan mengesahkan status anak mukim orang tertentu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasanya.
Mohd Zaki juga bimbang kerana ramai warga Thailand datang ke program berkenaan semata-mata untuk memohon mendapatkan kad pengenalan.
Katanya, ramai di kalangan mereka ketika ditemui menjelaskan datang ke sini kerana diberitahu pihak tertentu JPN membuka peluang bukan warga negara mendapatkan kad pengenalan.
”Kami juga berharap kerajaan negeri mendapatkan maklumat lebih lengkap daripada JPN mengenai program MyDaftar bagi mengetahui perkara sebenar,” ujarnya.
Wan Rusdi bimbang program MyDaftar dianjur JPN dan Jabatan Imigresen tersembunyi agenda lain, biar pun diakui tidak berlaku sebarang penyelewengan seperti disebut pegawai kanan JPN.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah,(gambar) yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.
Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.
Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.
Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.
“Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia,” kata kabel yang didedahkan tersebut.
Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.
Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau, dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.
“Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain,” tambal kabel itu lagi.
Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.
“Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.
"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru,” tambah kabel itu lagi.
Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.
“Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok),” kata kabel itu lagi.
Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.
Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.
Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Harakahdaily
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.
Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.
Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu “senang” untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.


Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.
“Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” kata Haris dalam entri blognya hari ini.
“Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.
“Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan,” kata Haris lagi.
Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.
“Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting,” katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra “seperti biasa” berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.
Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu.
“Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. ‘Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,’” katanya lagi.
Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan.
“Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut,” katanya.
“Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka.
“Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami,” kata Haris.
Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan.
“Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal,” katanya.
Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel.
“Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel.
“Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan,” katanya lagi.
“RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel,” katanya.
Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan.
“Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” katanya.
Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK.
“Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan),” kata Haris sambil berkata. “Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu.”
Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008.
Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan.
“Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana.
“Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis,” katanya lagi.
“Aziz juga cuba membuat pusingan ‘U’. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut,” katanya.
Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam.
“Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL.
“Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain.
“Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik,” katanya lagi. - TMI
Read More...
Summary only...
Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.
Blogger kontroversial itu (picture) kini berada di Bangkok sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.
Sumber di sini
Read More...
Summary only...






Read More...
Summary only...

Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
Read More...
Summary only...
Kapal selam: Thailand beli enam RM770 juta, Malaysia beli dua RM6.7 bilion
Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206.
Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).
Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.
Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.
Kapal selam Kelas U-206 itu pertama kali dikeluarkan pada 1970-an dan antara kapal selam terkecil di dunia dan dikatakan berkesan di kawasan sedalam 20 meter. Dengan anak kapal seramai 22 orang, kapal selam itu boleh dilengkapi dengan lapan peluru berpandu dan 24 periuk api.
Perkembangan berasingan di Malaysia, kerajaan dikatakan telah meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan kepada soalan bertulis hli parlimen Batu, Tian Chua, jumlah yang dibayar kerajaan untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene buatan Perancis adalah 1.34 billion euro (RM6.7 bilion).
Dua buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia cecah RM6.7 bilion berbanding 6 buah kapal Thailand yang dibeli hanya dengan RM770 juta sahaja. Canggih sangat ke kapal selam Malaysia yang juga didakwa juga terpakai berbanding yang dibeli Thailand.
Dahsyat..kalau ikut harga, peralatan ketenteraan Malaysia boleh dikatakan lebih canggih sebab ianya lebih mahal. Bukan sikit, tetapi berganda-ganda.
WarkahDaily
Read More...
Summary only...
Mayat 25 warga Thailand yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lepas dibawa ke Pangkalan TUDM Subang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dihantar pulang ke Bangkok.
Menteri Penasihat di Kedutaan Thailand, Somphong Kang Thong, berkata persiapan untuk membawa kesemua mayat itu mendapat kerjasama pihak hospital, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan perjalanan yang lancar.
Perjalanan dari sini ke Subang dijangka mengambil masa dua jam tiga puluh minit sebelum mayat diterbangkan ke Thailand menggunakan sebuah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.
Somphong berkata pihaknya belum membuat keputusan sama ada waris-waris dari Thailand yang tiba di Ipoh sejak dua hari lepas akan dibawa bersama.
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan pihak hospital bagi membolehkan lima daripada 10 pelancong Thai yang sedang dirawat di sini dibawa terus ke Hatyai, Thailand, menggunakan ambulans hospital itu.
Semalam, Setiausaha Pertama di Kedutaan Thailand, Suwit Mangkhala memberitahu Bernama pesawat akan berlepas ke Malaysia pada 8 pagi ini dari Terminal Tentera Udara Don Mueang dan dijangka tiba pada tengah hari.
Di hospital berkenaan, mayat-mayat disusun oleh pihak hospital, polis dan tentera di ruang legar Jabatan Forensik hospital itu. Kedengaran suara tangisan waris-waris tersebut dan ada antara mereka dilihat berpelukan sesama sendiri.
Dalam kejadian dua hari lepas, bas yang membawa pelancong warga Thailand terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan menuruni pusat pelancongan Cameron Highlands, mengorbankan 27 orang, termasuk dua rakyat Malaysia, dan mencederakan 10 yang lain dalam kemalangan jalan raya paling buruk dalam sejarah negara.
BERNAMA
Read More...
Summary only...