BlogList Malaysia
Showing posts with label palestine. Show all posts
Showing posts with label palestine. Show all posts

27 January 2013

Kepulangan 'Wira Negara Gaza' Disambut Meriah













Read More...

Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.

Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.


“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.

“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.

Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.

Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.

Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.

Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.

“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.

“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.

Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.

Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.

caption: Ismail Haniyeh bergambar kenangan bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai oleh Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City.


Read More...

14 January 2013

PANAS - Ketua Misi Bantuan Gaza Songlap RM500,000 Ditahan Di Cairo

Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.

Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.

Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.


Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu meyelesaikan panahanan berkenaan.

Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.

Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.

Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada ersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.

Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]

http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/ketua-misi-bantuan-ke-gaza-ditahan.html


Read More...

14 December 2012

Utusan Dan Azeez Kantoi Lagi..

Semua Ketua Rombongan dilantik Duta Khas Palestin bukan Ketua Putera UMNO seorang sahaja

KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.


Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.

19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).


Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.


(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)

Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.

"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.

"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.

http://paspb2.blogspot.com/2012/12/azeez-utusan-kantoi-semua-ketua.html


Read More...

11 December 2012

Umno Berjaya Lahirkan Ulama Yang Bebal..



Read More...

09 December 2012

Bendera Pas Berkibar Megah Di Gaza

Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hammas.
Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.

Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.


Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.

Saya melihat kehebatan Pas ini dari sudut terpencil yang mungkin tidak terpandang oleh sesiapa; iaini mengenai kegigihan dan kesungguhan pendokongnya meletakkan lambang parti itu di mana-mana saja. Lambang atau panji adalah simbol kekuatan hayat sesebuah perjuangan atau parti itu. Lambang atau bendera Pas sehingga ini sudah berada di mana-mana, bukan saja di bumi Malaysia, tetapi nun juah di dunia dan benua terpencil.


Terbaru saya sungguh teruja, dan menyebabkan jantung saya berdenyut kencang tatkala melihat bendera Pas terselit di celah ribuan bendera Hamas yang berkibar di Ghozzah (Gaza) kelmarin dalam upacara menyambut ulang tahun ke-25 pertubuhan tersebut. Kelmarin kira-kira 200,000 rakyat Ghozzah keluar berhimpunan memenuhi jalan-jalan raya untuk meraikan ulang tahun pertubuhan siasah itu. Sempena itu juga seorang tokoh dan pemimpin Palestin yang berada di buangan pulang buat pertama kalinya ke Palestin.

Tokoh dimaksudkan itu Khaleed Mashaal berada di Mesir sejak tahun 1975.

Ikhlas, mula-mula saya terpandang bendera itu yang diposkan dalam facebook, saya mengira ianya adalah satu permainan super impose saja sebagai menunjukkan simpati dan sokongan Pas kepada Hammas. Saya tidak begitu mempedulikannya kerana memang saya alergik kepada kreativiti super impose . Tetapi selepas Subuh tadi saya mengamati sekali lagi gambar-gambar diposkan itu, dan mendapat penjelasan insan yang cekap merakam gambar itu, jurufoto muslimat Sharina Ahmad Sharkawi, baru saya merasakan ia sesuatu yang amat berharga.

Sharina kini sedang bertugas dan berjihad di Ghozzah bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain dalam usaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman kekejaman Zionis Israel.


Seperti dikatakan tadi sebelum ini bendera Pas sudah berkibar di pelusuk dunia hatta di lokasi yang tidak terfikir, di mana ia dibawa dan dipacak oleh pendokongnya. Antara tempat atau lokasi yang pernah menerima pacakan dan kibaran bendera Pas ialah di Makkah dan Madinah di musim Haji. Kewujudan ini menjadi satu kemarahan pihak tertentu.

Ratusan ribu rakyat Palestin keluar meraikan HUT Hamas.
Bendera Pas juga pernah dipacak dan dikibarkan di puncak Gunung Ais Everest oleh pendakinya asal Kelantan. Bendera Pas juga turut sama dipacak di mana-mana saja ada lokasi bencana alam, di Indonesia, Myamar, Pakistan, Russia, Thailand dan di mana-mana saja yang dibawa oleh delegasi kemanusiaanya.

Di dalam negara ini usah dikira lagi, di mana-mana saja bendera Pas dikibar dan berkibar megah hatta di bumbung rumah orang Umno? Paling merujakan lagi bukan saja di lokasi-lokasi politik tetapi di dalam stadium juga bendera Pas turut sama dibawa dan dikibarkan.

Hebat.. itulah kata-kata yang tumpah dari dalam diri saya untuk Pas mengenai hal ini. Timbul juga persoalan apakah parti lain khasnya Umno tidak terliur dengan apa dicapai Pas? Mungkin para pemimpin mereka jelous dengan kewujudan itu namun apa boleh buat pendokong dan ahlinya tidak sekental pendokong dan ahli Pas. Atau bendera Umno atau BN memang ada dibawa tetapi ia tidak tergamak atau malu untuk dikibarkan oleh sang pembawanya atas sebab-sebab tertentu.

Syabas kepada pendokong Pas yang membawa panji perjuangan mereka ke mana-mana saja. Dan syabas dan terima kasih juga kepada jurufoto muslimat terulang negara, Sharina Ahmad Sharkawi kerana kecekapan anda serta keprihatinan yang tinggi dalam menghasilkan seni foto. Sesungguhnya foto anda itu adalah termahal dan penyuntik semangat buat pendokong Pas dan Islam di sini.

Sangat wajar kalau mana-mana pihak di dalam Pas terutamanya Dewan Muslimat menghulurkan anugerah khas di atas 'kejayaan' Sharina ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan atas jasa yang kita tetapi besar ertinya. [wm.kl.7:24 am 09/12/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/bendera-pas-berkibar-megah-di-ghozzah.html


Read More...

01 December 2012

Bom Besar

KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi ‘bom besar’ berkaitan penjualan minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman.

“Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.


Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.

Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel.

Selasa lalu, Suara Keadilan pada muka depannya melaporkan, Felda menjual lebih 100 tan minyak sawit untuk sebulan, malah nilai import dari Israel berjumlah RM2 bilion pada 2010 dan 2011.

Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November.

“Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar. Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan perkara ini,” tegas Mazlan ketika dihubungi.

“Saya ada banyak lagi maklumat untuk didedahkan, terpulang pada dia untuk saman, tapi ingat, setiap pendedahan akan bawa kesan yang lebih teruk kepada Umno,” katanya.

Mazlan sebelum ini mendedahkan penjualan sejumlah besar minyak sawit kepada Israel sejak tahun 2010.

Mazlan turut mendedahkan invois jualan minyak sawit mentah kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel berpengkalan di Singapura.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Read More...

24 November 2012

Israel belanja USD30 juta pintas roket Gaza

Pintasan Iron Dome ke atas roket Palestin semasa pertempuran lapan hari di Gaza melibatkan kos sebanyak $25 juta hingga USD30 juta, lapor kerajaan Khamis lalu, berhujah bahawa sistem yang disokong Amerika Syarikat itu adalah pelaburan yang sangat berbaloi.

"Andai Iron Dome diniagakan di bursa saham (Tel Aviv) atau Nasdaq, harga sahamnya akan naik berlipat kali ganda," ujar Menteri Pertahanan Awam Avi Dichter kepada Radio Israel dalam satu temu bual di mana beliau menerangkan perbelanjaan sistem tersebut.


Menggunakan peluru berpandu pemintas berpandukan radar, bateri Iron Dome yang ditunda menggunakan lima trak menembak jatuh 421 dari kira-kira 1,500 roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza antara 14 Nov sehingga Rabu lalu, lapor pihak tentera.

Ini meletakkan kadar kejayaan Iron Dome pada 90 peratus. Untuk mengurangkan kos, Iron Dome yang melancarkan dua peluru berpandu sekaligus hanya memintas roket yang mengancam kawasan berpopulasi padat.

Serangan roket telah membunuh lima rakyat Israel dan berpuluh-puluh cedera semasa konflik, lapor pihak polis. Tiga terkorban di pantai Ashdod pada hari sistem berkenaan mengalami kerosakan, seperti yang diberitahu Rafael Advanced Defence Systems Ltd, pengeluar Iron Dome milik Israel.

Seorang pegawai kanan kerajaan menganggarkan bahawa peningkatan itu boleh melibatkan kos sebanyak $380juta sehari kepada Israel. Dalam mengekang risiko tersebut, Amerika Syarikat telah membantu pembiayaan Iron Dome. Rabu lalu, Presiden Barack Obama berjanji untuk terus memberi sokongan.

Israel berkata mereka memerlukan 13 bateri untuk pertahanan negara yang memuaskan. Satu sumber industri pertahanan meletakkan kos sekitar USD50 juta seunit.

Fokus serangan udara Israel ke atas Gaza adalah stok simpanan dan silo roket yang diimport atau diubahsuai oleh Hamas dan pihak lain. Pegawai perubatan Gaza melaporkan seramai 162 rakyat Palestin terbunuh dan lebih separuh daripada mereka adalah orang awam.

Roket yang paling berbahaya adalah roket yang direka Iran, Fajr-5S dengan julat 75 km (46 batu) dan 175 kg (385 lb) kepala peledak, walaupun Hamas juga menggunakan versi buatan Gaza, "Qassam M-75".

Iran menafikan membekal senjata kepada rakyat Palestin. Tetapi laman web Iranian Young Journalists Club web pada Rabu lalu memetik komander Pengawal Revolusi di republik Islam berkenaan, Mohammad Ali Jafari, mengatakan “pihak tentera Gaza memiliki teknologi peluru berpandu Fajr-5 dan sekarang beberapa peluru berpandu telah dibuat dan tersedia untuk mereka. (todayszaman.com)


Read More...

Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel

KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.


Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.


"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.

"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.

Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.

"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.

"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.

"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.


Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.

Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.

Felda tolak memorandum

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.

Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.

Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.

- harakahdaily.net


Read More...

23 November 2012

PAS Kesal Kerajaan Enggan Iktiraf HAMAS

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)mengecam kerajaan Amerika Syarikat mempertahankan Israel menyerang bumi Gaza dan membunuh umat Islam Palestin. Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang mempertahankan tindakan Israel dengan alasan untuk mempertahankan diri mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Amerika Syarikat masih memperlihatkan peranan mereka selaku pelindung utama kepentingan Israel sehingga sanggup menjadi ‘budak suruhan’ Israel dengan membenarkan apa sahaja tindakan Zionis ke atas umat Islam di Palestin. Dalam keadaan seluruh dunia mengecam tindakan rejim Zionis Israel, AS masih membutakan mata mereka daripada melihat kebenaran serta kezaliman yang dilakukan oleh Israel.


DPPM juga mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin. Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat. Dalam hal ini, DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

DPPM mengingatkan kerajaan supaya jangan bersikap bermuka-muka dalam mengangani isu Palestin. Kerajaan sepatutnya bertindak lebih agersif dan serius dalam menangani keganasan terhadap bumi Gaza. Setakat kecaman bukanlah suatu tindakan yang konkrit dan meninggalkan kesan mendalam terhadap Israel. Kerajaan perlu bertegas sebagaimana yang dilaungkan oleh Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi serta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang memberi amaran keras terhadap Israel.

Justeru, DPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia bersama negara umat Islam yang lain di bawah OIC untuk memberi amaran keras terhadap Israel serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menghantar tentera bagi membantu perjuangan umat Islam Palestin. Sudah sampai masanya negara umat Islam dibebaskan dari belenggu ketakutan terhadap Israel dan naungannya, AS.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://pemudagombak.com/v1/kenyataan-media-dewan-pemuda-pas-malaysia-kesal-kerajaan-enggan-iktiraf-hamas>


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas