Terdapat persoalan dari orang ramai mempertikai pembunuhan 9 ekor anjing yang dikira bahan bukti. Sewajarnya anjing-anjing itu disuntik bius dan di masukkan ke dalam kandang. Mudahnya membunuh? walaupun anjing itu binatang dan najis tapi binatang juga makhluk Allah yang ada nyawa. Sedangkan anjing yang kehausan diberi air akan dapat ganjaran dari Allah.
Sewajarnya bukti itu boleh dijadikan analisa dan ujikaji bagi menguatkan pendakwaan. Begitulah kata bual orang ramai di kedai kopi yang memang tidak dipandang langsung.
9 ekor anjing dipercayai menjadi ‘penjaga’ kawasan Ladang Gadong kepunyaan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, mati selepas disuntik dengan pelalian dos tinggi yang membawa maut oleh Pasukan Penangkap Anjing Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama polis, di sini, semalam. Antara anjing ditangkap adalah 6 ekor anjing baka rottweiler, bulldog 1 ekor dan anjing berwarna hitam putih tidak dikenal pasti bakanya 2 ekor dalam operasi bermula jam 8.15 pagi dan berakhir pada 10 pagi.
Bangkai semua anjing berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah bekas tapak pelupusan sampah Landfill Sungai Sedu, di Kampung Sungai Sedu di Telok Datuk, dekat sini, untuk ditanam.
Menurut sumber, sejak kes pembunuhan terbabit terbongkar, semua anjing itu kelaparan dan bertindak agresif dengan memakan binatang peliharaan lain seperti kambing, itik dan ayam.
Pasukan Penangkap Anjing MDKL dan polis yang tiba di kawasan ladang turut terkejut selepas menemui anjing jenis lain selain rottweiler kerana menurut maklumat asal, hanya anjing jenis itu saja yang berada dalam ladang.
Sumber berkata, ketika anjing berkenaan ditemui, ia bebas begitu saja tanpa sebarang kawalan.
Laporan media sebelum ini menyebut suspek membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.
Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.
Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.
Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.
PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
20 September 2010
Polis Musnahkan Bukti Pembunuhan Sosilawati?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
pdrm
,
sosilawati
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment