BlogList Malaysia

17 May 2012

Skandal Artis - Menteri Semakin Panas

Aktres terkenal tanah air, Zahida Rafik hari ini tampil menjelaskan skandalnya bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang sedang hangat ketika ini.

Zahida yang dikaitkan dengan Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.

"Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?


"Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.

"Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.

Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Zahida menuduh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Ahmad yang juga anak saudara penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan sebagai bohong dan dusta tetapi tidak pula memberi dokumen dan fakta yang kukuh bagi menafikan dakwaan Noor Azman.

Sedangkan dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam jelas menujukkan bahawa Noor Azman adalah individu yang bertanggungjawab membawa wang tunai sehingga RM1 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida sendiri!

Zahida juga menafikan dakwaan Noor Azman bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Shafie Apdal sejak skandal hubungan mereka didedahkan media hiburan tempatan pada 2010 dengan gossip mengatakan mereka sudah berkahwin di London, United Kingdom.

Sekiranya benar penafian Zahida, mengapa polis menyoal siasat Noor Azman yang direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis menafikan dakwaan Zahida bahawa dia melarikan wang tunai RM200 ribu milik Zahida yang ingin dimasukkan ke dalam akaun bank.

Mengapa pula dalam soal siasat tersebut, Noor Azman ditanya oleh pegawai polis dari Cawangan Khas dan bukannya pegawai polis yang mengambil kertas siasatan tersebut?

Mengapa Noor Azman ditanya, adakah kamu mahu menghancurkan imej dan nama baik menteri (Shafie) yang berjasa kepada rakyat (kununnya)?

Tetapi yang paling menghairankan, mengapa tuntutan saman difailkan ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin oleh Zahida melalui peguam Umno-APCO terkenal, Muhammad Shafee Abdullah?

Bukankah Zahida boleh mengupah peguam lain yang tidak ada kaitan dengan Umno-APCO jika benar dia tidak ada hubungan dengan Shafie Apdal?

Lagipun, PKR tidak berminat dengan skandal mereka berdua sebaliknya mahu penjelasan dari mana datangnya wang sebanyak itu yang diterima daripada Shafie dan untuk tujuan apa?

Kenyataan Zahida jelas bakal memakan dirinya sendiri!

Jalan Pulang


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas