Cadangan perwakilan MIC ekoran kenyataan didakwa campur urusan dalaman MIC 'Kalung selipar' gambar Dr. Mahathir
Letakkan 'kalungan selipar' pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.
Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC kerana mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan daripada perwakilan lain.
Perkara yang sama juga dicadangkan terhadap Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, tetapi ia turut di bantah.
Perwakilan dari Ampang, M. Muniandy berkata, kesemua perwakilan yang membahaskan usul hari ini bagaimanapun sebulat suara mengecam dan menolak campur tangan bekas Perdana Menteri.
''Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini.
''Kami tidak akan terima apa-apa kenyataan yang boleh mengancam maruah Presiden parti. Kami tahu apakah peranan beliau serta komitmen beliau terhadap parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul-usul pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Minggu lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini.
Kata Muniandy, orang luar terutama ahli-ahli parti lain tidak ada hak mencampuri urusan MIC.
''MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.
''Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya," katanya.
Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang.
Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.-um
Guru Ajaran Cahaya dipenjara 6 bulan, denda RM2,000
2 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment