Anwar: Pakatan anjur ‘jelajah negara’ jika digantung Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini disiasat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan memobilisasikan penyokongnya di seluruh negara jika beliau digantung dari menghadiri sidang Parlimen berhubung isu APCO.
Ketua pembangkang di Parlimen itu berhdapan dengan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, yang boleh mengesyorkan hukuman gantung ke atasnya, berhubung dakwaan konsep 1Malaysia, yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, diilhamkan oleh APCO Worldwide, perunding Amerika Syarikat yang sama di belakang kempen One Israel.
“Mesyuarat (jawatankuasa) bermula hari ini (semalam). Kemungkinan saya digantung, saya tidak tahu untuk berapa lama,” kata Anwar kepada hadirin di Stadium Selayang di sini malam tadi.
“Jika mereka menggantung saya selama enam bulan, untuk tempoh enam bulan kami akan mengadakan jelajah (penerangan) di seluruh Malaysia,” kata beliau di hadapan 1,000 penyokongnya yang menghadiri perhimpunan aman malam tadi.
Semalam, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menangguhkan keterangan bela diri Anwar.
Penangguhan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan, yang sepatutnya mendengar keterangan bela diri itu menolak permohonan Anwar supaya peguam Ketua Umum PR itu dapat turut serta dalam prosiding itu sebagai pemerhati.
Mesyuarat jawatankuasa berkenaan juga ditangguhkan bagi membuat keputusan mengenai peranan yang akan dimainkan peguam Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga bekas presiden Majlis Peguam Malaysia dalam prosiding berkenaan.
Pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, mesyuarat jawatankuasa itu akan disambung hari ini dengan memanggil dua saksi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan wakil APCO.
Anwar akan dipanggil semula pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Pandikar.
Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.
APCO yang menafikan dakwaan Anwar berkata kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas konsep 1 Malaysia diumumkan oleh Najib dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen One Israel adalah palsu.
Enam Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Prosiding jawatankuasa itu bermula semalam, sehari selepas Parlimen meluluskan usul yang dibawa Najib, mengecam serangan Israel ke atas konvoi kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang turut dinaiki 12 sukarelawan.
Sembilan orang dilaporkan mati dalam kejadian itu.
Anwar berkata, tindakan ke atas beliau itu menunjukkan kerajaan tidak serius dalam memperjuangkan isu Palestin.
“Apabila saya menyerang APCO, saya dipanggil sebagai musuh Israel. Ya, saya menentang Israel kerana kekejaman mereka menentang Palestin,” kata beliau kepada hadirin yang kebanyakannya orang Melayu.
Perhimpunan malam tadi, yang sepatutnya diadakan di Gombak tetapi dipindahkan ke Selayang kerana tidak dibenarkan atas alasan tiada permit, dilihat sebagai usaha PR untuk menguasai isu rakyat Palestin daripada tangan BN.
Majlis malam tadi turut dihadiri dua sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan diserang Israel, Jamaludin Elias dan Mustafa Mansur.
09 June 2010
Gantung Salah Tak Gantung Parah..
08 June 2010
Mahkamahpun Apco Boleh Atur, Apatah Lagi JK Hak Dan Kebebasan
Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan itu kerana jawatankuasa berkenaan menolak permintaan Anwar supaya ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati, manakala peguamnya walaupun dibenarkan mengikuti prosiding itu tetapi kuasanya tidak jelas.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.
Mesyuarat jawatankuasa itu hari ini juga mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide untuk tampil memberi keterangan esok.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) memaklumkan wartawan berhubung keputusan penolakan itu.
"Anwar dinafikan haknya untuk hadir bersama seorang peguam, keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan. Saya dan Sivarasa menentangnya tetapi empat yang lain tidak mahu berganjak,” katanya.
Menurut Karpal, di bawah Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya.
Anwar har
i ini tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.
Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.
Beberapa ahli parlimen - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.
"Ia adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya,” kata Gobind.
Ja
watankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.
Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.
Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.
13 February 2010
Abdullah Karim Jawab Tuan Ibrahim
Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.
"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.
Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.
Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.
"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.
Kenyataan tidak dibetulkan
Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.
"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.
"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.
Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.
Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.
Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.
"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.
Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini.
12 February 2010
JK Disiplin Digesa Buka Semula Kes Hassan Ali Dan Khalid Samad
Dilihat sebagai perkembangan yang jarang-jarang berlaku, penasihat undang-undang PAS menggesa jawatankuasa pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.
Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau akan meminta jawatankuasa pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akanmelihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.
“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.
Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan keputusan jawatankuasa disiplin itu dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.
Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran.
Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.
Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.
Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”. “Keputusan yang dibuat mesti kelihatkan logik dan rasional dan boleh diterima,” kata beliau yang juga anggota jawatankausa pusat PAS.
Dalam dunia politik baru kata beliau, orang ramai khususnya ahli-ahli parti mahu melihat sesuatu keputusan itu dapat diterima dengan logik dan rasional.
“Saya mendapati hukuman ke atas Khalid dan Hasan tidak seimbang, sepatutnya hukuman ke atas Hasan lebih berat berbanding ke atas Khalid,” kata beliau.
Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini. Bagaimanapun Hanipa yang mengakui tidak dapat menghadiri mesyuarat kali Ahad ini berkata, beliau tetap akan membangkitkan isu berkenaan.
Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.
Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak. “Saya akan menulis kepada jawatankuasa disiplin juga... tengok dulu apa penjelasan mereka,” katanya.
Kelmarin dipetik Harakah Daily, Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dicapai mereka terhadap Khalid dan Hasan perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.
Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata berkata mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.
“Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.
“Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke jawatankuasa rayuan yang ada,” katanya.
Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.
“Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah,” kata beliau.
06 February 2010
Kemarahan Terhadap JK Disiplin Adalah Manifestasi Sayang Terhadap Pas
Dunia PAS mutaakhir ini sering bergelora. Ombaknya beralun dek kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 Mac 2008. Kira-kiranya dah agak tenang selepas gelora UG tapi ramai yang meramalkan akan bergelora kembali selepas keputusan JK Disiplin PAS diumumkan. Ternyata ramalan tersebut menjadi kenyataan.
Ramai juga yang bertanya saya mengenai keputusan JK Disiplin tapi saya berdiam diri. Cuma.. bertambah ramai yang bertanya pandangan apabila mereka membaca luahan Abdullah Karim dalam blog. Orang bertanya saya mungkin atas dasar Pengerusi JK Disiplin adalah PJ Pahang dan Abdullah Karim juga Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang merangkap Penasihat/Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pahang(meletak jawatan pada 30.1.2010 kerana menemani isterinya di Scotland). Dan kebetulan saya pula diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Saya hanya mampu berkata "hormatilah dan akurlah dengan keputusan JK Disiplin pimpinan Dato' Tuan Ibrahim (DATI) dan hormatilah jua pandangan Abdullah Karim, seorang anak muda yang mungkin suatu hari nanti amat berguna mewarisi kepimpinan parti".
Saya telah membaca luahan DATI dalam blognya. Ya.. DATI adalah seorang yang baik dan jiwanya lembut. Kalau beliau menyatakan bahawa pada awalnya beliau menolak amanah sebagai Pengerusi JK Disiplin maka sesungguhnya penolakannya itu saya yakin kerana jawatan itu tidak sesuai dengan jiwanya. Beliau memang seorang yang mudah mesra dengan semua orang hatta dengan kanak-kanak. Bagi saya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada DATI boleh dianggap satu yang tak wajar. Meletakkan sesuatu, tak kena pada tempatnya adalah zalim namanya. Tapi akhirnya amanah itu terpaksa dipikulnya jua mungkin atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.
Saya mengenali DATI sejak kecil. Kami sekampung dan pernah berada satu sekolah tapi berpisah bilamana saya menyambung ke Al Azhar, beliau ke UKM. Rumah beliau depan rumah saya. Bahkan kami ada pertalian keluarga menerusi perkahwinan. Jadi..hubungan kami boleh dikatakan rapat. Sebab itu saya berani bercakap 'sikit-sikit' mengenai dirinya.
Apabila beliau diamanahkan supaya mengadili kes Dato' Hasan Ali dan YB Khalid Samad, dalam hati saya berkata 'Kesian kat DATI'. Tentu beliau sukar untuk berdepan dengan dua insan tersebut kerana seorang daripadanya adalah rakan dalam Forum Perdana dan seorang lagi sahabatnya. Saya pernah juga melontarkan kepada sahabat yang lain kenapalah PAS tidak memilih orang yang berkecuali untuk menjadi Pengerusi JK Disiplin yang terdiri daripada veteran parti seperti Ust Hasan Syukri, Dato' Mutalib Embong, Dato' Umar Muhamad dan seumpamanya. Rupa-rupanya perlembagaan PAS mensyaratkan Pengerusi JK Disiplin mesti dari kalangan AJK PAS. Maka saya amat bersetuju dengan cadangan DATI agar Pengerusi JK Disiplin diambil dari orang luar daripada AJK PAS Pusat. PAS Pusat kenalah segera buat pindaan perlembagaan.
Atas dasar pengetahuan saya tentang sifat DATI maka saya amat bersimpati pada beliau yang menjadi 'objek' serangan rasa tidak puas hati pencinta PAS terhadap keputusan JK Disiplin dalam kes Dato' Hasan Ali & YB Khalid Samad. Saya yakin keputusan itu bukan keputusan beliau seorang. Semestinya keputusan yang telah disepakati oleh JK yang lain. Tapi... adab beroganisasi maka baik buruk akan dipertanggungjawabkan pada ketua.
Kadang-kadang anak jahat, ayahlah yang dipandang buruk. Anak baik dan cemerlang ibubapanyalah yang dipandang mulia. Pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan SPM dan seumpamanya akan menyebabkan nama pengetua akan dijulang sedangkan yang bertungkus lumus mempastikan kejayaan itu ialah guru-guru dan anak murid yang akan mengambil peperiksaan. Bahkan akan memberi kredit kepada pengetua untuk cepat naik pangkat. Sebab itu di negara bermaruah seperti India, Jepun dan seumpamanya, kereta api tergelincirpun pasti menteri yang bertanggungjawab akan meletak jawatan. Padahal menteri tak reti pun hal kereta api. Tengok keretapi pun seram macam tengok hantu. Tapi dah keretapi tergelincir kerana hujan atau drebarnya cuai maka ketuanyalah yang dipersalahkan.
Dalam kes ini saya yakin DATI telah bersepakat dengan JK yang lain untuk memutuskan begitu. Sepanjang saya terlibat dalam Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP), saya sempat melalui 2 kali pilihanraya (2004 & 2008).
Semasa era DATI jadi PJ, saya dan anggota BPPNP amat berpuashati apabila semua calon-calon diputuskan bersama oleh Anggota BPPNP. Bahkan seingat saya lebih dari 3 kali dibuat semakan dan pindaan setiap calon yang akan bertanding dalam pilihanraya 2008 tempohari. Sedangkan sebelum ini mengikut 'orang lama', pemilihan calon biasanya diputuskan oleh pimpinan tertentu sahaja. Ini menunjukkan DATI cukup berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan jamaah.
Walaupun keputusan dibuat secara 'bersama' dengan JK yang lain namun DATI tak terlepas dari serangan oleh mereka yang tak berpuas hati. DATI kena menerima hakikat bahawa itulah nasib menjadi ketua.
Menyedari hakikat bahawa ketua akan dipuji atau dikeji bila membuat sesuatu keputusan maka ketua seharusnya menggunakan sedikit kuasanya untuk mengemukakan pandangannya sebelum membuat apa-apa keputusan. Mungkin kesilapan kerana tidak 'menjatuhkan hukuman yang berat' lebih baik jika dibandingkan dengan 'menjatuhkan hukuman yang berat'meskipun ianya betul.
Dalam kes ini, saya dapat rumuskan bahawa ramai yang tidak puas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana mereka yang dilihat menggongcangkan Pakatan Rakyat, dikenakan hukuman ringan manakala yang cuba memperkemaskan hubungan PR dikenakan hukuman yang berat. Sedangkan Tok Guru Nik Aziz pula memandang berat kes ahli atau pimpinan PAS yang cuba hendak melemahkan PR sehingga beliau mencadangkan EGM diadakan. Tok Guru kelihatan tegas terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yang mengkhianati ikatan PR. Ketegasan beliau boleh dilihat apabila Tok Guru menunjukkan kepada 3 pemimpin supaya dibei perhatian dan diambil tindakan (tak perlu disebut namanya). Tegas Tok Guru ni samalah dengan tegasnya Allah swt terhadap orang yang berdosa terhadap hambanya yang lain. Allah swt boleh berlembut bila melihat kepada dosa hamba denganNya. Tapi... Allah swt tidak boleh bertolak ansur bila hambanya mempunyai kesalahan dengan orang lain. Artinya kesalahan ahli dengan rakan dalam PR (orang luar) adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kesalahan ahli dalam partinya sendiri.
Kegagalan menjaga erti 'setiakawan' dalam PR akan memberi impak negatif yang besar kepada PAS. Orang akan kata PAS tidak boleh dipercayai. Oleh kerana PAS membawa imej Islam maka Islam akan turut sama tercemar dan kelihatan hodoh.
Fenomena ketidakpuasan hati ini menjadi lebih hangat apabila Abdullah Karim menulis. Bagi saya..tindakan beliau dan siapa jua yang menegur dan mengkritik PAS, sebenarnya melambangkan betapa sayangnya beliau dan mereka-mereka itu kepada PAS. Kritikan dan teguran masakini pula amat sukar untuk diasuh dan di'etika'kan kerana zaman telah berubah. Dulu orang tegur 'depan-depan'. Tapi... sekarang lain. Zaman sekarang adalah zaman internet, zaman orang menegur dengan jari yang diketuk pada laptop atau komputer lalu terus keluar di dalam blog lantas menembusi alam maya sampai ke Mexico, Jepun, Algeria, Mesir, China, India dan seumpamanya.
Cumanya.. kita harus memandang kepada potensi anak muda yang bernama Abdullah Karim. Setahu saya beliau orang yang tiada berkepentingan dalam parti. Pada PRU Tahun 2008, saya selaku YDP PAS Jerantut mewakili PAS Kawasan Jerantut telah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di DUN Tahan (DUN yang mana PAS pernah menang pada 1999) namun beliau menolak walaupun ayahnya adalah seorang guru yang dikenali di DUN tersebut. DATI yang mewakili BPPNP juga pernah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Temerloh dan beberapa tempat yang lain tetapi beliau tetap juga menolak.
Jadinya... kritikan beliau saya anggap satu kritikan yang datang dari seorang yang sayangkan PAS dan beliau harus diberi perhatian dan asuhan agar ia menjadi pemimpin PAS di masa akan datang. Janganlah menganggap beliau seperti buah kelapa yang busuk seperti yang disebut oleh seorang pemimpin Dewan Pemuda.
Walau apapun, saya ingin mengesyorkan agar dapatlah kiranya 'Orang Tua' dalam parti yang bertaraf ulama' mendamaikan dan mengharmonikan suasana yang menyempitkan dada ini. Bukankah kita menyatakan Islam adalah penyelesaiannya. Kalau ini pun kita tak mampu nak selesaikan maka apakah Islam yang tak lengkap atau kita yang tak cekap.
Mudah-mudahan Allah swt menyelamatkan PAS dari terus menerus dilanda fitnah dalaman.
Dari blog Kemurnian Dakwah
-Pejabat YB Khalid Samad- (sumber)
05 February 2010
Tidak 'Wala' JK Disiplin - Exco Pemuda Bakal Dipecat
Pemuda PAS akan mendapatkan penjelasan seorang exconya kerana mempertikai kewibawaan jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, secara keras dan terbuka.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, exco berkenaan, Abdullah Abdul Karim akan diminta menjelaskan sebab dan rasional kritikannya yang diutarakan melalui satu kenyataan pada hujung minggu lalu.
"Kita akan panggil beliau (Abdullah) beri penjelasan, apa rasional tindakan beliau, (dan) kenapa beliau menyalurkan perasaan tidak puas hatinya melalui media," katanya yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang.
"Saya harap tindakan ini akan meredakan polemik (berhubung kredibiliti jawantakuasa disiplin) itu."
Nasrudin diminta mengulas tindakan terhadap Abdullah yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai "melampau" kerana mempertikaikan keputusannya menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan.
Abdullah dilaporkan berpendapat, keputusan jawatankuasa disiplin PAS yang bersidang pada 29 Januari lalu tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.
Keputusan tersebut digambarkan sebagai berat sebelah apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dilihat tidak sealiran dengan Khalid, hanya diberikan amalan bertulis, walaupun kedua-kedua mereka didapati bersalah.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berharap dapat menasihati Abdullah yang dianggapnya mungkin salah faham terhadap keputusan jawatankuasa terbabit.
Ditanya tindakan selanjutnya jika Abdullah masih berpegang dengan pendiriannya, Nasrudin berkata, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa pusat PAS yang lebih tinggi hierarkinya.
Abdullah bagaimanapun dijadual berlepas ke United Kingdom beberaha hari lagi dan akan menginap di sana selama setahun.
04 February 2010
Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam
Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.
Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad:
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad
yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.
Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.
Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”
Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.
Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?
RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN
Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca
Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.
Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat
Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?
(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)
Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?
Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .
Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.
Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.
Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.
Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.
Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.
Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.
Tulang Besi
02 February 2010
Khalid Samad - Penjelasan Terhadap Pertuduhan JK Disiplin
Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.
Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.
Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.
Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.
Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:
1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:
a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.
b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.
c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.
d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.
2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:
a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.
Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.
Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.
Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.
Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.
Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.
Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
PAS Yang Semakin HamPAS Dan Meloyakan
Kenyataan Saudara Abdullah Abdul Karim, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan penggantungan selama 6 bulan kepada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam sebagai mengejutkan dan tidak boleh diterima adalah satu kenyataan yang serius dan harus diambil berat oleh pimpinan PAS.
Saya menyatakan bahawa kenyataan tersebut bukan sahaja menyanggah kredibiliti Ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS, malahan secara langsung menyentuh kewibaan proses pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut oleh PAS Pusat dan seharusnya menerima respon segera oleh PAS Pusat.
Saya juga menyatakan bahawa satu siasatan segera harus diambil bagi menyiasat dakwaan beliau dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada hasil siasatan. Saya juga mengharapkan agar siasatan tersebut bukan sahaja menjurus kepada kritikan terbuka Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib, tetapi juga kepada kenyataan beliau yang mengatakan laporan beliau yang tidak mendapat perhatian dari Jawatankuasa Tatatertib.
Saya menyatakan bahawa isu besar dalam kenyataan tersebut adalah berkenaan laporan beliau yang gagal mendapat perhatian dari PAS Pusat walaupun kandungan laporan tersebut adalah cukup serius lantaran kandungannya yang menyentuh mengenai konspirasi di kalangan ahli PAS untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Jawatankuasa Tatatertib PAS harus menyedari bahawa keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan dengan adil, tetapi yang paling penting dilihat adil. Kenyataan-kenyataan yang mengkritik keputusan Jawatankuasa Tatatertib harus diberi perhatian dan diperhalusi bagi mempastikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib tidak dilihat berat sebelah dan tidak adil.
Saya juga merasa hairan kenapa Jawatankuasa Tatatertib PAS beria-ia mengambil tindakan terhadap YB Khalid Samad, pada masa sama gagal untuk menyiasat kenyataan terbuka mantan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang menyatakan bahawa terdapat arahan dari pimpinan atasan untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan umno selepas keputusan pilihanraya 2008 diumumkan. Bukankah kenyataan tersebut lebih serius dari kenyataan YB Khalid tambahan pula dibuat pada muktamar PAS.
Yang benar,
HARIS ALIMUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng
31 January 2010
Jangan Sampai Orang Kata Begini... 2 X 5 Saja...
Salah seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat secara terang-terangan mengkritik keputusan JK Disiplin PAS Pusat. (Baca Tranungkite di sini).
Bahkan, jika dibuka banyak lagi blog, akan ditemui sekian banyak rasa tidak puas hati kepada keputusan itu.
Sehingga kini, belum ditemui blogger yang menulis menyokong dan berpuashati dengan keputusan itu kecuali artikel Roslan SMS bertajuk ‘Sucikanlah hati… (di sini). Sementara yang lain melahirkan rasa tidak puas hati sekurang-kurangnya secara tersirat.
Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak setimpal samada ke atas Khalid (terlalu berat berbanding kesalahan) atau ke atas Hassan (terlalu ringan kerana ada pertuduhan yang tidak diambil kira).
Bahkan, ada yang menganggap hukuman ke atas Hassan sekadar ‘wayang’ sahaja untuk dilihat umum bahawa JK Disiplin PAS adalah telus dan adil. Manakala hukuman ke atas Khalid adalah hukuman sebenar.
Isunya bukan Hassan atau Khalid. Pimpinan tidak boleh menghadkan kesan hukuman itu ke atas Hassan dan Khalid sahaja tetapi lebih penting adalah kesan kepada parti.
Kalau suatu ketika dulu Lembaga Disiplin Umno dikritik kerana mengenakan hukuman yang berbeza, kini JK Disiplin PAS juga berhadapan kritikan yang sama. Jangan sampai orang kata, “JK Disiplin PAS dan Lembaga Disiplin Umno, sama saja.”
Pemimpin PAS tidak boleh berasa selesa dengan situasi parti masa kini. Jangan menganggap begini, “Tak apa, kita buat macam mana pun, orang PAS tetap akan undi PAS…” Anggapan itu mungkin benar untuk suatu ketika tetapi tidak benar untuk sepanjang masa.
PAS menang bukan kerana undi orang-orang PAS sahaja, tetapi undi orang Umno juga. Justeru kalau orang Umno yang undi PAS menyimpulkan PAS sama dengan Umno, bagaimana? Jangan sampai orang kata, “PAS dan Umno, sama saja.”
Kecuali, PAS tidak berminat lagi dengan pilihanraya dan PAS ingin jadi badan kebajikan atau badan dakwah sahaja. PAS boleh persetankan semua itu.
Bagaimana kalau suatu hari nanti ada orang berkata begini, “Aaaahh… nak perjuangkan Islam bukan melalui PAS sahaja, saluran lain pun boleh?” Tolonglah, jangan sampai orang kata begitu.
Kebimbangan lain ialah, ada pemimpin PAS yang berasa tahun 2010 adalah sama dengan tahun 1985. Politik kini lebih rencam. Media baru sangat besar kesannya kepada masyarakat.
Rakyat bukan ‘ular sawa’ yang menelan tanpa mengunyah. Rakyat adalah ‘harimau belaan’ yang sanggup menerkam tuannya pada bila-bila masa sahaja kalau tidak dilayan dengan betul.
JK Disiplin tidak boleh melihat Hassan sebagai Hassan, begitu juga Khalid. Lihatlah kepada ‘idealisme’ yang mereka bawa. Khalid dengan idealisme Pakatan Rakyat dan Hassan sebaliknya (saya tidak mahu menyebut ‘idealisme’ Hassan, sebab saya meluat).
Saya percaya juga pada waktu ini, jika ditampilkan Khalid dan Hassan untuk suatu pemilihan yang berkaitan dengan ‘idealisme’ itu, ahli dan penyokong PAS akan memilih Khalid.
Adakah JK Disiplin tidak memahami, meneliti dan merasai gelombang ini? Atau, gelombang ini dipersetankan?
Saya tidak bimbang dengan dasar dan perjuangan PAS tetapi saya bimbang dengan keupayaan PAS untuk mendepani cabaran politik masa depan yang semakin rencam dan kompleks, jika PAS seperti sekarang. Iaitu, gagal menyelami denyut nadi, aspirasi serta harapan masyarakat umum.
Saya ulangi, PAS boleh ketepikan semua itu dengan syarat PAS tidak perlu memasuki pilihanraya.- (Sumber)
30 January 2010
Keputusan JK Disiplin Pas Macam Celaka (3)
"Diorang ingat bila dah duduk kat atas tu, orang yang di bawah ni takda akal"
Salam Ayahanda,
Keputusan JKD-PAS semalam menjadi bahan lawak jemaah di masjid sesudah subuh pagi tadi.
Ada yang buat lawak, ada yang nampak benggang sungguh dan ada yang akan boikot setiap program anjuran PAS untuk akan datang.
Nasib le... diorang ingat bila dah duduk kat atas tu, orang yang di bawah ni takda akal agaknya...
Yang pasti, ada suara jemaah pagi tadi yang mengatakan.
"kalau nak minta sumbangan program itu ini jangan minta kat aku, pi mintak dengan hasan ali, aku haramkan duit aku walau satu sen pun kalau bagi kat PAS, baik aku bagi anjing makan lagi baguih."
Penarik Beca
Keputusan JK Disiplin Pas Macam Celaka (2)
KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA
1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.
2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.
3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.
4. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.
5. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.
6. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.
7. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.
8. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.
9. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.
10. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !
11. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.
12. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.
Yang benar,
ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011
- dari pinkturtle.
Keputusan JK Disiplin Pas Macam Celaka
Exco Pemuda persoal ketetapan Lembaga Disiplin PAS!
KETETAPAN Lembaga Disqiplin PAS Pusat (LDPP) menggantung semua jawatan Khalid Samad dalam parti selama enam bulan dan memberi amaran keras kepada Datuk Dr. Mohd Hassan Ali dipersoal.
Menurut seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat Abdullah Abdul Karim menganggap ketetapan tersebut seperti melindungi mereka yang anti Pakatan Rakyat.
“Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS,” dipetik dari teks kenyataan akhbar beliau.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pahang berkata, ketetapan PAS itu sekaligus menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang selama ini menganggap PAS merupakan platform Pakatan Rakyat terbaik untuk membela nasib mereka kelak.
Jelasnya lagi, pergantungan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana mempertahan dasar dan keputusan parti untuk terus bekerjasama begitu menghairankan beliau.
Dalam pada itu, beliau menganggap ketetapan LDP sebagai ‘wayang.
“Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk ‘membersihkan’ Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak PAS kembali menilai tujuan asal dibentuk LDP tersebut.
“(LDP adalah) satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR (Pakatan Rakyat),” jelasnya.
Beliau yang sebelum ini antara yang membuat aduan tentang konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, turut mendakwa bahawa pihak tertentu cuba memadamkan aduannya.
“Mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali) sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid dan Dr. Hassan masing-masing dilaporkan menerima ketetapan PAS dengan hati yang terbuka. -END (sumber)
Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad
Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan,boleh di baca di sini
Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini .
Mana lagi teruk?
Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:
(NOTA:Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.)
Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.
Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.
Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.
Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.
Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.
Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.
MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS
Tulang Besi
ps artikel Malaysiakini seperti dibawah:
Kroni Umno taja muktamar PAS?
Jimadie Shah Othman
Jun 10, 09
1:45pm
kemaskini 6.25pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.
Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.
Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.
Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.
Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut.
Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.
Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.
"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.
"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."
Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.
Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.
Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.
Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.
Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.
Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.
Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.
Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.
29 January 2010
Khalid Samad Hanyalah Mentimun Yang Lemah
Khalid digantung enam bulan, Hasan lepas
Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.
Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.
Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.
Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.
Bercakap dalam sidang media selepas dua jam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim berkata, kedua-dua keputusan tersebut dibuat berdasarkan fasal 75 perlembagaan PAS.
'Kesalahan Khalid lebih serius'
Fasal tersebut memperuntukan hukuman amaran, menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat keahlian dalam parti.
Kedua-dua tokoh itu dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.
Mengulas kesalahan yang dilakukan oleh Khalid, Tuan Ibrahim menyifatkannya sebagai "lebih serius".
"Ia berdasarkan kepada pengakuannya sendiri dalam siasatan bahawa (tindakannya) memberi impak kepada parti. Perkara yang sulit (mesyuarat PAS negeri) tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Tuan Ibrahim.
Khalid yang tidak hadir kerana berada di Arab Saudi menghantar seorang wakil bagi menerima keputusan bagi pihaknya hari ini.
Tuan Ibrahim berharap hukuman kepada kedua-dua tokoh PAS Selangor itu akan menjadi iktibar kepada ahli dan penyokong agar tidak melakukan perkara yang sama.
"Sebaliknya kita harus menumpukan gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 daripada menimbulkan polemik dalaman.
'Guna saluran dalaman'
"Sekiranya tidak berpuas hati, guna saluran dalaman parti, bukan diluar parti," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar keputusan penghakiman jawatankuasa itu kepada kepada Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dengan segara.
Sementara itu, Dr Hasan yang hadir bersama beberapa kepimpinan PAS Selangor berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Ini satu proses pendidikan kepada saya dan keputusan itu tidak mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai exco... dan atas sifat saya sebagai ADUN Gombak Setia," katanya dalam sidang media di lobi ibu pejabat PAS.
Beliau mengharapkan keputusan tersebut dapat melonjakkan PAS Selangor untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Sementara itu, Khalid ketika dihubungi melalui SMS memberitahu Malaysiakini, beliau akan memutuskan sama ada perlu membuat rayuan selepas pulang daripada luar negara pada 12 Februari ini.
22 January 2010
JK Disiplin Pas Macam Cibai..
Khalid Samad menghadapi dua tuduhan iaitu:
1)Membuat ucapan terbuka mengkiritik pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tatatertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).
2)Kerana Khalid telah menulis dalam blognya, mendedahkan minit mesyuarat badan perhubungan PAS selangor pada 27 September 2009.
Hasan a/l Ali juga menghadapi dua tuduhan.
1)Membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat.
2)Membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Wahhhh... gua agak hailan loooo... itu tuduhan pecah rahsia parti sama blogger umno tatak masuk ka…? Sudah terbukti dan jelas lagi dengan rakaman audio dan gambar, apasat tarak jadi isu (tuduhan) sama itu Hasan a/l Ali.
Itu sudah kira kes banyak berat... ooooo, hingga membawa kepada isu "baiah talak sepuluh" oooo… bikin kecoh satu malaya oooo... Sampai itu parasit umno ambik kesempatan memburukkan parti dan kasi damage satu malaya... apa celita ini oooo…
Ok… lah… gua kasi picah ini rahsia lah..., memandangkan ini Jawatan Kuasa Disiplin PAS pun sudah macam hamPAS PIS PUS... aaaarr… ada betui ka… geng umno wa kasi cakap itu macam sama PAS, sebab itu PAS pun sudah macam lu orang juga dia punya perangai macam celaka wal cibai wa cakap sama lu...
Itu rahsia baiah “jatuh talak sepuluh kali aarr…” memang ujud maaa… itu “baiah” hanya di buat dalam negeri Selangor sahaja, oleh dia punya Pesuluhjaya PAS Selangor itu cibai namanya Hasan a/l Ali untuk calon2 PAS yang bertanding dalam PRU-12 itu hari.
Itu hari Khalid Samad sudah terlepas cakap, itu baiah memang ujud, lain2 pemimpin aarrr... itu Tuan Presiden sama Mursyidul Am pun talak tau ini “baiah” ada ka… tarak... sebab itu di olang ada blur.. blur.. dan manyak lambat mau kasi statement, wa tengok saja itu kes… pasat wa sudah tau… ini semua kerja Hasan a/l Ali, ini Hasan aaarrr manyak jahat punya olang… tarbiyah PAS pun tarak pernah pergi… Usrah PAS… jauh sama sekali…, dia punya planning… sama umno aarrr manyak long term punya planning…
Lu olang mau tanya mana wa tau ini celita ka…., aiiiiyyaaa… wa tau sama itu dua tiga olang bekas calon PAS untuk PRU-12 yang telah di persetujui oleh PAS Pusat… akan tetapi aaarrr... ini calon2 aaarrr... kena cantas sama Hasan a/l Ali yang manyak busuk dia punya hati..., dia punya mulut manyak manis tapi dia punya hati manyak busuk punya olang… itu pasal wa manyak benci sama ini bekas umno punya olang…
Wa.. tanya sama itu ustaz aarrr… (nama rahsia), dia cakap pun aarrr… dalam PAS Selangor kalau boleh aarrr… kasi buang ini Hasan a/l Ali…, kalau tidak aarrr… akan jadi macam PAS Kuala Selangor… beramai2 keluar dari PAS dan masuk PKR.
Apa pasal itu macam…? Lu orang pi tanya itu Syaitan nama HASAN a/l ALI… sama dia punya kawan baik… itu Iblis nama Nasharudin Mat Isa…. sama lain2 pencacai yang ada di Terengganu dan Perlis... Itu suara perpaduang sudah berkumandang kembali… Presiden sudah cakap tutup kes… tapi ini olang semua manyak degil… kasi diam sekejap… lepas tu pelan2 kasi nyanyi lagi… lu orang tunggu dan lihatlah… ini politik.. lu olang kena paham maaa…
Aaiiiyaaa... sudah berapa bulan gua lupa telan pil wala’…..-(Sumber - ISA)
Tangguh Lagi..?? Lawak Ke Apa nie..??
Keputusan kes Hasan, Khalid diumum 29 Jan
Nasib dua pemimpin PAS Selangor yang “bertembung” sejak lebih setahun lalu iaitu Datuk Dr Hasan Ali dan Khalid Samad hanya akan diketahui 29 Jan ini.
Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua mereka tidak dapat hadir petang ini.
“Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak. Jadi keputusan akan diumumkan 29 Jan ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Terdahulu kata beliau mereka diperlukan untuk hadir secara fizikal petang ini sebelum penghakiman dibuat.
“Selepas meneliti segala dokumen, kami mahu kedua-dua mereka hadir (di hadapan Jawatankuasa Disiplin) sebelum keputusan diumumkan,” katanya.
Kata beliau pihaknya sudah menghubungi kedua-dua Hasan dan Khalid sebentar tadi.
“Tetapi setakat ini (2 petang) belum ada kepastian sama ada mereka akan hadir ataupun tidak... kamu menunggu respons mereka dulu,” kata beliau semasa dihubungi sebentar tadi.
Jawatankuasa itu yang dijadual membuat keputusan hari ini bersidang sejak 10 pagi.
Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Khalid merupakan bekas timbalannya.
Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati.
Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.
Dalam pada itu Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan ahli Parlimennya berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.
Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.
Jawatankuasa Disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.
Pada akhir bulan lalu awatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan Khalid.
Khalid dan Hassan masing-masing telah dipanggil menghadap anggota jawatankuasa disiplin pada 7 dan 9 lalu.
Jika disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama.
12 January 2010
Tuan Ibrahim Marah Akhbar Dahului Keputusan JK Disiplin
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan laporan sebuah akhbar berkaitan kes membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad yang sedang disiasat oleh jawatankuasanya.
Menurut beliau, laporan akhbar Sinar Harian hari ini bertajuk 'Hasan, Khalid tidak akan dipecat' merujuk kepada kenyataannya adalah tidak betul sama sekali malah akhbar berkenaan didakwa cuba membuat andaian semata-mata.
"Jawatankuasa Disiplin dukacita dengan laporan tersebut.
"Andaian yang dibuat adalah tidak betul dan satu kesilapan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Kes tersebut tegasnya masih dalam proses siasatan dan sebarang keputusan mahupun penghakiman terhadap kes tersebut belum lagi dibuat.
"Kita masih lagi menunggu satu lagi dokumen baru dari orang kena tuduh untuk membantu siasatan.
"Dokumen itu akan diserah dalam minggu ini kepada jawatankuasa dan keputusan berkenaan kes ini saya jangka akan diketahui paling awal pun minggu depan," jelasnya kepada Harakahdaily.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya memberitahu Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad tidak akan dipecat dari parti.
Laporan itu juga menyebut sekiranya didapati bersalah, Hasan dan Khalid 'berkemungkinan' hanya akan berdepan dengan amaran bertulis atau digantung jawatan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Disiplin PAS telahpun mendengar keterangan daripada Khalid Samad dan Dr. Hasan Ali, masing-masing hari Khamis dan Sabtu lalu.
Kedua-dua mereka berdepan tuduhan menjejaskan imej dan kewibawaan PAS berdasarkan beberapa tindakan mereka sebelum ini.
09 January 2010
Minggu Depan Pulak..
Keputusan kes disiplin Hasan Ali, Khalid minggu depan
Jawatankusa disiplin PAS yang selesai mendengar keterangan dua pemimpin parti itu dari Selangor akan membuat keputusannya minggu depan.
Jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas selesai mendengar keterangan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali selama tiga jam petang ini.
Bekas timbalannya Khalid Samad telah memberi keterangan kelmarin dengan membawa seorang saksi.
Ketika ditemui The Malaysian Insider di Ibu Pejabat PAS di sini lewat petang ini, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya boleh membuat keputusan membabitkan kedua-dua mereka hujung minggu depan.
Beliau ada tarikh ditetapkan untuk tujuan itu.
Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat pagi esok tetapi ia tidak akan sentuh kes mereka.
“Kami rasa hujung minggu depan sudah boleh membuat keputusan... sudah agak lama juga siasatan dijalankan,” kata beliau.
Bagaimanapun jelas beliau pihaknya menanti satu dokumen yang hendak dikemukakan oleh Hasan dan saksi yang beliau bawa hari ini.
Hasan membawa tiga saksi hari ini, kata Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS.
Saksi Hasan terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dan Bendaharinya Yusof Ludin yang juga bekas setiausaha perhubungan negeri.
Hasan berhadapan dengan tuduhan membuat yang merugikan Pakatan Rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan saluran rasmi untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Tuduhan ini dirujuk kepada kenyataan beliau mengenai Selcat dan pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor awal tahun lalu.
Dalam pada itu Khalid berhadapan dengan tuduhan mempertikaikan Hasan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dengan membuat kenyataan terbuka meminta beliau dipecat.
Selain itu Khalid juga dikenakan tuduhan mendedahkan maklumat mesyuarat perhubungan kepada publik.
Jawatankuasa disiplin menyiasat mereka selepas PAS mengadakan mesyuarat khas Nov lalu ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan muktamar agung khas.
“Tidak ada saksi lain akan dipanggil.
“Jawatankuasa disiplin merasakan cukup maklumat cuma dokumen tambahan yang akan dibekalkan oleh pihak Datuk Hasan.
“YB Khalid tidak ada apa-apa dokumen tambahan lagi. Jawatankuasa disiplin berpuas hati dengan penjelasan mereka yang diberikan ruang yang luas,” katanya.
Terdahulu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor tiba di pekarangan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini kira-kira pukul 2.53 petang tadi.
Beliau menghadap jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim mulai 3 petang.
Pertemuan itu sepatutnya diadakan sebelah pagi tadi tapi ditangguhkan sehingga 3 petang ini.
Penangguhan itu ekoran majlis taklimat isu-isu semasa anjuran parti itu di Shah Alam.
Hasan yang didampingi The Malaysian Insider sebelum memasuki pejabat PAS enggan mengulas apa-apa.
Bagaimanapun ketika selesai sesi pendengaran yang berakhir 6 petang, Hasan berkata, “saya OK kerana telah diberikan kemudahan dan masa untuk memberikan penjelasan.”
“Sama ada gembira atau tidak ia adalah subjektif,” katanya.
Turut mengiringi beliau ketua penerangan PAS Selangor Roslan Sharir dan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Dr Che Rosli Che Mat.
Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.
Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin.
Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama.
25 December 2009
JK Disiplin Pas Dapati Ada Kes Terhadap Hasan Ali Dan Khalid
Jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap dua pemimpin PAS Selangor termasuk ketua negeri Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, Hasan yang kini merupakan pesuruhjaya PAS negeri dan bekas timbalannya Khalid Samad akan dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut kepada jawatankuasa itu minggu pertama bulan depan.
Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.
“Jadi, kami memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek,” tambah beliau ketika dihubungi.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan aspek yang memerlukan penjelasan lanjut.
Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.
“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.
“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya.
Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Belum ada keputusan untuk memanggil saksi-saksi lain, kata beliau.
“Jawatankuasa disiplin akan menentukan hukuman, bukannya jawatankuasa pusat. Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat,” kata Tuan Ibrahim.
Mengenai khabar angin bahawa Hasan sudah diputuskan hukuman ketika pertemuan kelmarin, Tuan Ibrahim menafikan perkara itu.
“Kami masih di peringkat mengkaji penjelasan mereka, jadi tiada situasi demikian (hukuman sudah dijatuhkan),” katanya.
Khabar angin bahawa Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor sudah dikenakan hukuman bertiup sejak awal pagi semalam, beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin selesa mengadakan mesyuaratnya.
Spekulasi mendakwa jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan agar Hasan digantung dari parti selama dua penggal.
Hasan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.
Bagaimanapun kelmarin Hasan memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia meletakkan jawatannya dalam parti jika perkara itu diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.
Namun beliau berharap apa pun keputusan yang bakal dikenakan jawatankuasa disiplin, ia perlu dibuat secara adil dan tanpa sebarang muslihat.
The Malaysian Insider juga difahamkan khabar angin Hasan sudah dikenakan hukuman disebarkan oleh saingan dalam parti dalam usaha untuk mengenakan tekanan ke atas jawatankuasa disiplin agar menghukum Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia itu.
Kumpulan yang menentang kepimpinan Hasan bimbang jawatankuasa disiplin akan mengambil masa sebelum membebaskan beliau, demikian kata seorang pemimpin PAS.
Bagaimanapun dua lagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semasa dihubungi The Malaysian Insider lewat semalam juga menolak khabar angin sedemikian.
“Apa jua keputusan ia mesti disahkan oleh jawatankuasa pusat tetapi kami belum mendengar apa-apa,” katanya.
Salahuddin juga berpandangan sama dengan Mahfuz.
Bagaimanapun katanya, beliau “tidak pasti” sama ada jawatankuasa disiplin sudah memutuskan bentuk hukuman ke atas Hasan.
Dalam pada itu, Khalid pula ketawa besar sambil menganggap ia sebagai “jenaka” hujung tahun.
“Saya ada mendengar khabar angin ini dan ada blog yang membawa maklumat ini,” kata Khalid, juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, yang turut dihubungi lewat semalam.
Bagaimanapun kata beliau, adalah terlalu awal untuk mengatakan mengenai keputusan siasatan jawatankuasa disiplin.
Khalid mengandaikan mereka akan mengetahui keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan depan.
“Kita masih di peringkat awal siasatan, mereka (jawatankausa disiplin) masih meneliti laporan kami dan mereka akan mengemukakan kepada jawatankuasa pusat untuk perbahasan,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.
The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa pusat PAS akan mengadakan mesyuarat akan datang pertengahan bulan depan.
